Rasa Syukur



Saya bersyukur.. Kerana hari ni saya:-

Tarikh 12.12.12

Assalaamualaikum.

Apa yang ada pada tarikh 12.12.12 ini di mata anda? Biasanya ia akan disemat untuk meraikan tarikh pernikahan atau tarikh hari pertunangan.. Sebab atau supaya mudah diingati kelak. Tapi bagi mokcik kalu dah tarikh penting haruslah semua pasangan itu ingatkan.. sebab ia adalah hari penuh bersejarah. Tidak gitu?

Sumbangan kepada Aqsa Syarif

Assalamualaikum!!

Maha suci Allah Tuhan Pencipta Alam Semesta, dan Selawat & Salam kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ni terpanggil lagi untuk menulis tentang sumbangan.

Kalu sebelum ni anda sudah buat sumbangan ke Viva Palestine, apa kata sumbangkan pula kepada NGO lain yang sedia membantu saudara kita di Palestin sana. NGO yang dimaksudkan adalah Aqsa Syarif. Aktiviti tentang mereka boleh anda lusuri sendiri di laman web mereka.

Frigde Makin Sejuk

Alhamdulillah...
Peti sejuk mokcik dah makin sejuk. Entah apa penyakit ia sebenarnyer.. Dah beberapa hari, ia telah buat banyak barang rosak. Tapi hari ni ia dah makin sejuk.
So, masih ada masa untuk menabung dan prepare minda untuk beli yang baru..

Peti Ais Rosak

Salam di petang2 selasa.
Petang ni kepenatan selepas membikin kek tempahan. Semalam pun ada tempahan juger. Tapi penat buat kek pun kira ok lagi...
Tak laratnyer bila kena berperang dengan askar semut. Nak tahu; kat rumah dah lama berkoloni sang askar ni. Sampai dah buntu nak letak ubat apa lagi.
Sekarang ni hanya mampu menengok jer ia berbaris. Kadang2 bila geram, ku gilis jer dengan kain lap.
Semalam nak dijadikan tragedi.. terserempak dengan askar ni berbaris dalam peti sejuk lak. Panik giler lah, pasal yang dihurun tu kek coklat. Bertungkus-muluslah berperang, sehingga berkali2 kena bukak tutup peti ais.
Sudahnyer, peti sejuk mokcik dah tak sejuk lagi.... uwaaaaaa
Apa nak buat yer, boleh dibaiki ke, bahagian freezer macam ok lagi.. atau kena beli baru?
#aduh! kena kumpul duit lagi

Gaza Under Attacks - Emergency Funds

Assalaamualaikum!

Sihatkah anda..? Dimana jua anda berada, harap semuanya sihat sejahtera di sisi keluarga tercinta. Terfikirkah anda pada saudara se-Islam kita yang berada di Gaza, Palestin. Mereka di serang lagi baru2 ini oleh puak Laknatullah - Israel..

Jom berdoa, berdoa & berdoa untuk kesejahteraan saudara kita, dan kehancuran mereka yang jahat hati perutnya, kalau ada hati prot, mesti ada sifat kemanusiaan kan.. Ish..!

Jangan lupa hulurkan sumbangan anda kepada Pertubuhan Viva Palestin. Ngo ini akan terus hantarkan wang anda untuk mereka yang memerlukan pakaian, ubatan dan makanan. Boleh baca & tengok sendiri di web : http://www.vivapalestina-my.org/


Info sumbangan
Pertubuhan Viva Palestina Malaysia
Account no : 5-64324-601324
Swift Code : MBBEMYKL
Bank : Malayan Banking Berhad
Bank address : Block C, Damansara Offices Complex, Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia


Menghitung..

Assalaamualaikum!

Salam November juger buat teman² seperjuangan.



Tajuk hari ni adalah 'Menghitung'. 
Nak hitung duitkah, atau hitung hari? Boleh jadi hitung hutang kot.. 
Apa bende yang hendak, perlu, atau kena hitung tuh.. Meh terus baca kalu rasa nak tahu..

Kiki Dah Sihat

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya... Kita masih beraya tau.. raya haji sebulan okay... Bukan raya puasa jer nak beraya sebulan.. Jom berziarah, jika ada masa terluang.

Singgah nak cerita pasal Kiki..

Setelah 10 hari kena kurung, Kiki dah boleh bebas.. Kalu kita sebagai manusia ni boleh dikatakan boleh keluar ward. Bekas jahitan pun dah tak nampak.. Alhamdulillah.. Kiki takde masalah nampaknyer selama  kena cage rest..

Alhamdulillah.

Salam Eidul-Adha

Assalaamualaikum. 

Selamat Hari Raya 
&
Semoga kita semua dalam keadaan sepanjang tahun


Kiki -kucing tersayang- Masuk Hospital

Assalaamualaikum & Salam Tengahari buat pembaca blog yang gersang ini..

Hari ini Kiki akan dibedah-siasat. Oh! Apa sudah jadi pada kucing tersayangku itu.

Okay, semalam mokcik pergi hantar Kiki jumpa vet sebab ada temujanji yang telah dibuat 2 bulan lalu. Kiki perlu dioperasi kerana atas sebab hendak mandulkan ia. Kucing ku itu telah tua sebenarnya - 9 tahun sudah. Sejak dua menjak, dia asik jer miscarriage her baby... Dengan kata lain anak yang dilahirkan tak cukup bulan.

Plus Size Blog Shop

Assalaamualaikum!

Anda susah untuk mencari pakaian bersaiz besar?
Jangan RISAU!!

Kini di Kiki Bundle ada menjual pakaian bersaiz besar. Baju2 dan seluar ini adalah pakaian terpakai dari Australia. Walaupun bunyik bundle, tapi kualiti tetap mantop. Setengahnya masih baru, dan tidak pernah dipakai pun. Menarik lagi harga pun adalah sangat murah. Kalu tak percaya cubalah beli dulu..

Jom test

My IQ test result is 100. It is better than average. Come on and test you

Siapa?

Assalaamualaikum

Siapa?
Cinta hati anda..

Wangian Terlarang


Assalaamualaikum!


Dah lenguh jari buat breakdance atas keyboard sambil ber belogwalk? 
Singgahlah sebentar kat blog mokcik ni buat apa² yang patut, yang patut dilarang sama-sekali okay.

Siapa tahu tentang wangian terlarang?
Mesti wangian ni ada alkohol takk. Kalu rasa terkeliru tentang wangian terhalang atau rasa nak tahu lanjut jom kita korek² hidung ilmu tentangnya. Malam ni akan dikupas kat tv al-hijrah, iaitu channel 114 bagi yang ada astro.

Tiada Kuasa

Makin hari makin takder feel nak update belog. Buktinyer, memang ketandusan entri dah kat sini.. Orang lain sebok dok hapdate ngan memacam citer/berita terkini dari sana dan sini. Adakah sesiapa sekapal dengan diri ini?

Terasa malas jer nak citer tentang diri mahupun buat ulasan tentang yang lain. Terasa seakan diri ini keseorangan dan tiada teman untuk terus berjuang dan terus menaip. Siapalah aku. Tiada rupa. Tiada gaya. Tiada ilmu. Ada jemu. Tiada uang. Tiada daya. Tiada kuasa.



Kalu nak ikut isu. Akhir² ini memang berlambak isu² hangat dan membarakan hati. Cuma itulah sebab kurang ilmu nak beri pandangan. 

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata yang baik atau diam”. (HR. Bukhari Muslim)

Wallahua'lam.
Sekian. Wassalam.

Cuti Sekolah & Cuti Umum 2013


CUTI SEKOLAH TAHUN 2013
Cuti Sekolah Mac
Sabtu 9 Mac – 17 Ahad Mac 2013  ( 9 hari )
Cuti Sekolah Mei-Jun
Sabtu 25 Mei – Ahad 9 Jun 2013 ( 16 hari )
Cuti Sekolah Ogos ( 9 hari )
Sabtu 17 Ogos – Ahad 25 Ogos 2013 ( 9 hari )
Cuti Sekolah Hujung Tahun (Nov-Dis)
Sabtu 10 November 2013 - Ahad 5 Januari 2014 ( 57 hari )

# # #

KALENDAR CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN NEGERI (MALAYSIA) 2013
DateHolidayApplicable to
1 Jan (Tue)New YearAll except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Mon)Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
20 Jan (Sun)Sultan of Kedah’s BirthdayKedah only
24 Jan (Thu)Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
National
27 Jan (Sun)ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Fri)Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 Feb (Sun)Chinese New YearNational
11 Feb (Mon)Chinese New Year (2nd Day)National except Kelantan and Terengganu
4 Mar (Mon)Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
29 Mar (Fri)Good FridaySabah & Sarawak only
15 Apr (Mon)Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Fri)Sultan of Perak’s BirthdayPerak only
1 May (Wed)Labour DayNational
7 May (Tue)Hari Hol PahangPahang only
17 May (Fri)Raja Perlis’ BirthdayPerlis only
24 May (Fri)Vesak DayNational
30 May (Thu)Harvest FestivalSabah & Labuan only
31 May (Fri)Harvest FestivalSabah & Labuan only
1 Jun (Sat)Agong’s BirthdayNational
1 Jun (Sat)Hari GawaiSarawak only
2 Jun (Sun)Hari GawaiSarawak only
6 Jun (Thu)Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sun)Georgetown World Heritage City DayPenang only
10 Jul (Wed)Awal Ramadan *Johor, Kedah & Malacca only
13 Jul (Sat)Penang Governor’s BirthdayPenang only
20 Jul (Sat)Sultan of Terengganu’s BirthdayTerengganu only
26 Jul (Fri)Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
8 Aug (Thu)Hari Raya Puasa *National
9 Aug (Fri)Hari Raya Puasa *National
31 Aug (Sat)National DayNational
8 Sep (Sun)Sarawak Governor’s BirthdaySarawak only
16 Sep (Mon)Malaysia DayNational
5 Oct (Sat)Sabah Governor’s BirthdaySabah only
12 Oct (Sat)Malacca Governor’s BirthdayMalacca only
15 Oct (Tue)Hari Raya Haji *National
16 Oct (Wed)Hari Raya Haji (2nd Day) *Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
24 Oct (Thu)Sultan of Pahang’s BirthdayPahang only
3 Nov (Sun)DeepavaliNational except Sarawak & Labuan
5 Nov (Tue)Awal Muharram (Maal Hijrah)National
11 Nov (Mon)Sultan of Kelantan’s BirthdayKelantan only
12 Nov (Tue)Sultan of Kelantan’s BirthdayKelantan only
22 Nov (Fri)Sultan of Johor’s BirthdayJohor only
10 Dec (Tue)Hari Hol Almarhum Sultan JohorJohor only
11 Dec (Wed)Sultan of Selangor’s BirthdaySelangor only
25 Dec (Wed)ChristmasNational


Salam 3 September

Assalaamualaikum!

Apa kabar? Sihat hendaknyer kawan2 di luar sana tuh..

Mokcik jer yang kurang sihat, selsema makin menjadi2 pulak.. Daripada minggu lepas lagi dah dapat sakit tekak, tapi lepas amalkan magnetic aura, Alhamdulillah sakit tekak cepat hilang. Yang tinggal hanya rasa penin kepala, campur hidung tersumbat dek seleseme. Masa tu gagah lagi pergi beraya satu hari.. Esoknyer, surrender.. Beraya atas katil jer.. Badan pun nak rehat. Masuk Isnin, Alhamdulillah rasa dah pulih sket.

Tup-tup, Jumaat hari merdeka, seleseme datang balik. Kalu dah selesema memang akan rasa penin kepala lar.. Badan pulak memang tak cukup rehat, sebab banyak sangat aktiviti nak buat, belom campur aktiviti dalam kepala lagi tengah berputar jer carik idea. Sampaikan magnetic aura dan habbatus sauda yang dok amal tu terbengkalai.. Memang asik terlupa jer lah.. haiyaa..

Bila difikir dan diingat balik, tyme jadi suri-rumah ni memang lagi bz lah, rasa masa tu tak cukup jer.. Belom tambah wat keje sambilan kat rumah lagi nih.. Ish..ish..ish.. ke mokcik ni tak reti nak atur masa.. Huhu.. Fokus ok.. Fokus!

Jom hayati terjemahan surah ni:

AL ‘ASHR (103)


Merdeka, Merdeka, Merdeka!


Assalaamualaikum Warahmatullah

Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke-55.
Sebut jer Merdeka, mesti ada kait dengan bunga api kan. 
Tu yang letak gambar bunga api.
Semalam pun detik 12 malam berdentam-dentum kat kawasan rumah mokcik.
Tak leh tidur dibuatnya.
Apakah perlu semua itu?

Maaf Zahir Batin


0-0 yer semua..

Semoga Allah menerima amalan kami & amalan kamu

Fadhilat Ramadan 6


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Dipetik dari: http://www.darulnuman.com/

Iftar

Assalaamualaikum!

Apa kabar? Hari ni iftar dengan nasi arab home made. Anda?

Fadhilat Ramadan 5


Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Dipetik dari: http://www.darulnuman.com/

Fadhilat Ramadan 4


Lagi hadis untuk renungan..

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Dipetik dari: http://www.darulnuman.com/

Fadhilat Ramadan 3


Jom baca hadis ini pulak yer..

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Dipetik dari: http://www.darulnuman.com/

Fadhilat Ramadan 2



Jom tengok hadis ni pulak

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Fadhilat Ramadhan 1

Jom kita renungkan sejenak hadis ini.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN


Ucapan yang biasa diucapkan ketika menyambut Ramadhan:
Ramadhan Kareem...
Jawapan: WALLAHU Akram!
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!

Pemenang Anniversary Give Away 2012



Asalaamualaikum Warahmatullah

Sempena di hari Sayyidul Ayyam, iaitu hari Jumaat ini, 

Hadiah GA

Assalamualaikum!

Keputusan dah ada di tangan.
Harap para peserta akan bersabar sedikit masa lagi..
untuk uruskan pengumuman

Soriiiiii for being so late to announce!!
sebab mokcik terlalu biziii

Cute kan saya?!
Sedangkan Nabi ampunkan ummatnya.. Apatah lagi kita sesama ummat.
Time-out utk prepare dinner..

See you soon..

6 Julai Sudah...


Assalaamualaikum.

Hari ni dah 6 Julai 2012 bersamaan 16 Syaaban.
Cepat kan masa berlalu, dah tak lama lagi kita nak mula berpuasa. Mohon umur kita dipanjangkan supaya dapat bersua Ramadan al-Karim.

Cepat masa berlalu juga, membuatkan mokcik terpaksa membiarkan belog cumil ni kekeringan entri. GA hari tu pun terlewat buat inspection. Tapi jangan risau, senarai peserta dah beres, penyertaan jer nampak macam tak beres. Hehe.. But, no worry, pemenang akan diumumkan jugak. Tolong yer check balik link entri anda semua dan tungguuuuu..

Ada sedikit masa terluang ni sebenarnya nak citer pasal cucu sorang ni. Jangan tak tau, mokcik dah ada cucu wei.. Cucu yang ke-3. Hebat kan bunyiknyer.. Dah ada cucu, cuma anak jer belom ada, tapi tak termasuk anak kucing, anak kunci, anak tekak dan yang sewaktu dengannya, semuanya lengkap.

Gempa Bumi 4 Jun 2012

Salam 1 Malaysia.

Terkini gempa bumi berskala ricther 6.1 di Sukabumi, Selatan Jawa, Indonesia pada jam 7.18 malam. Turut dirasai di Tasik Malaya, Bandung, Jakarta Selatan dan Bogor. Tiada amaran Tsunami dikeluarkan.

Teringat masa mokcik berada di Bandung yang merasai gempa kat Tasik Malaya beberapa tahun sudah.

Boleh baca sini.

Peserta Anniversary Give Away 2012

Assalaamualaikum.

Berikut senarai penuh peserta. Sila check balik link kalu nak hadiah okay..
  1. http://cempakakuningku.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html < OK
  2. http://syielagilacontest.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html  < Banner OK
  3. http://gulahatimama.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html < OK
  4. http://thelittlefh.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html > referrer: nazlyizan < x sertakan id fb < xder banner
  5. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012_17.html  > referrer: cempakakuning <OK
  6. http://nazlyizan.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html < OK
  7. http://syesukepoohhhh.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html < xder banner tapi acceptablelah < OK
  8. http://loveyoucontest.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html > referrer: hairuliza
  9. http://fiqrakendet.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html < banner xder > referrer: hairuliza <Ok jugak lah sebab saya yg lambat
  10. http://thisforjoin.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html < OK
  11. http://fatinlovecontest.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html > referrer: che rosliza che mat < OK
  12. http://cik-tom.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html  > referrer: noor fatin < OK
  13. http://bertuahx.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html   > referrer: nadratul syazwana < OK
  14. http://alongnidar.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html   > referrer: ina noorlina < OK
http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html < link not exist
http://syiedalikes.blogspot.com/2012/05/ann-anniversary-give-away-2012.html < blog removed

Jalan² Ipoh Naik ETS

Assalaamualaikum!

Tiket Platinum

Hari ni dah Selasa, tapi mokcik nak citer pasal hari Sabtu yang lalu.. Ada jemputan orang kawin kat sungai siput - sepupu hubby kenduri kawen. We all plan nak balik dengan kereta antik hubby, untuk balik kampung dia sekali, plus nak gi carik stok makanan gabbit kat sana.. Tapi plan hanya tinggal rancangan, nama dah antik, ada pulak yang tak kena dengan tayarnya, tak sempat nak repair hari jumaat tuh.

Tup-tup, rancangan bertukar sepantas kilat - kena naik ketapi ETS yang direct dari KL Sentral terus ke Ipoh. Tiketnye rega RM45 satu. Hu-hu.. Lumayan kan.. Terpaksalah. Sebab nak gi bersilahturrahim, dapat makan nasik minyak lagi.. Ingat tak sebelum ni, mokcik ada citer nak gi JB makan kenduri, pun tak jadi sebab kete antik ni jugak. Hu-hu.. Dugaan tul lah..

Pengumuman Penting

Salamualaik...

Jom.. Jom.. Jom...

Meh baca sini.

Ada pengumuman penting mokcik nak syer.

Cuti Sekolah 26 Mei - 10 Jun

Assalaamualaikum...

Apa kabar kekawan. Harap semua sihat sepanjang cuti sekolah ni yer..

Syioknyer bagi yang bercuti, mesti dapat gi jenjalan makan angin bersama keluarga. Mokcik takder cuti yang khusus. Tambahan lagi takder pun budak² kat rumah yang nak diraikan bila tiba waktu² cenggini.. Mokcik cuti ikut suka dan keperluan diri sendiri jer. Ha-ha.. Bunyik macam best, tapi biasa² jer lah, sebab cuti sorang². Huhu..

Special Mother's Day Giveaway!!

klik gambar untuk join

Assalaamualaikum!
Hari ni mokcik ikut serta giveaway yang dianjurkan oleh

Digi WWWOW AWARDS 2012 - Undilah Muslimah Apparel Surf & Shoppe

(Sticky Post)

Assalaamualaikum!
Last minit, join Digi WWWOW Awards untuk tahun 2012. Mokcik nak ajak kekawan undi kedai online mokcik ni yep.. 

Satu hari hanya satu kali klik jer.. 
dari 23 Apr - 13 May 2012

Sambutan Hari Buruh

Assalaamualaikum..

1 Mei yang lepas, ada sambutan kecil-kecilan kat umah sempena cuti hari buruh, dan merangkap hari telah terlahirnya insan yang bergelar mokcik lewat tiga puluh plus plus tahun yang lalu.

Malasnye nak taip panjang².. Sebab nak kluar pi airport dah sat lagi.. Yippii.. Hip² horay.. Jom layan gambar jer lah yer.. Kita tengok sapa yang datang meraikan hari buruh bersama mokcik

Ann Anniversary Give Away 2012


Assalaamualaikum!

Bulan Mei datang lagi.. 
Tiba sudah bulan untuk bergive-away bersama Mokcik Ann.
Jom raikan sama2 bulan ulangtahun kelahiran mokcik dan juga bulan ulangtahun perkahwinan mokcik dan suami terbeloved. Cukup 36 tahun sudah hidup kat doniya ni.. Huhu.. Tua sudah meh..



Syarat:
1-Buat entri ringkas seringkas boleh yang bertajuk 'Ann Anniversary Give Away 2012'.

2-Link kan entri anda ke sini.

3-Letak banner kat sidebar.
Copy url di sini:

4-Seterusnya, kepada yang belom sila:
Follow blog Macam-macam-ann
Follow blog Surf-Ann-Shoppe
Follow blog Kiki Bundle

5-Tinggalkan link, id google, dan nama fb anda di ruangan komen,  supaya mokcik dan kawan2 lain boleh terjah blog dan add anda balik.

6-Tag seorang kawan atau lebih - tiada paksaan.

7-Sila letak nama atau link daripada mana anda tahu tentang GA ini (untuk tentukan hadiah referral)

8-Vote Blogshop Surf&Shoppe Sekurang²nye sekali.
Kalu selalu rajin on fb atau twitter boleh tolon vote kan setiap hari sampai 13 May - dimansuhkan sebab dah tamat pun


Hadiah Utama:
Baucer RM15 + Hadiah Misteri Tajaan Surf & Shoppe
Hadiah kedua:
Baucer RM10 + Hadiah Misteri Tajaan Kiki Bundle
Hadiah Referral tertinggi:
Tasbih Digital + Hadiah Misteri

Pemenang akan ditentukan secara rawak, kecuali bagi pemenang Referral.

Penyertaan tidak sampai 10 orang, automatik GA akan dibatalkan.
Harap GA kali ini akan mendapat sambutan, dan dapat kita jalinkan silaturrahim sesama kita.
Juga akan membahagiakan mokcik di bulan yang penuh bermakna ini.
Jika anda membahagiakan saudara anda hari ini, suatu hari nanti, Allah akan bahagiakan mu pula.

Selamat Berjaya!

Selamat Tinggal April

Salam 1 Malaysia

Pejam Celik. Duduk Bangun. Makan Tidur. Akhirnya kita dah berada di penghujung april
Masya-Allah.. Begitu cepat masa berlalu. Semakin pantas, semakin tak terkejar. Tapi itulah hakikatnya..
Tentang tanda² akhir zaman sudah sedia dimaklumi melalui hadis nabi.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah pula, katanya : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Artinya : Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan , setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejum’at, sejum’at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap”.
Allah sedang menguji hamba²Nya. Adakah masih mengingatiNya walau sebok dengan hal duniawi.
Kita sesama insan pun harus saling ingat-mengingati. Seimbangkanlah dunia dan akhiratmu.

Kerusi Batu

Assalaamualaikum!

Hari Sabtu lepas gi jalan² rumah anak sedara kat Subang Suria.. Berhenti sekejap kat salah satu petrol pam, ternampak pulak set kerusi batu ni.. Cantekk.. 

Cantekk takk..

Ada jugak serbey².. Ada tu harga cecah tujuh lapan hatus.. Tak sanggup nak kuar duit manyak tu.. Sebab ada tengok kat paper harga dalam dua tiga ratus pun dah boleh dapat.. Cuma masa tu masa belom tyme untuk beli.. 

Dah lama ku mengidam nak ada satu.  Untuk menghiasi taman kecil kat depan bilik spa. Haa... Jangan tak tahu, mokcik ada wat spa kat umah.. Hehe.. Khas untuk sedara-mara dan sahabat handal handai. Tapi kalu ada kekawan blogger nak try pun bolih gakk.. Jangan lupa pm me epp...

Produk Bumiputra

Salam 1 Malaysia

Dah ngantuk ke belaka²? Mokcik dah rasa mengantuk gak ni.. Tapi gagahkan mata jap, letak batang mancis, untuk tahan dari tertutup rapat.. Mulut je lah yang tak leh wat per, asyik nak ternganga jer ni.. Tapi takkan ku biarkan ia terus terme-nganga. Harus ditutup yep..Nanti setan masuk! Hehehe..

Okay.. Meh lah nak story direct to the point.

Rasa Penin

Assalaamualaikum!

Apa kabar?
Ada sihat ka?
Atau ada fenin..?
Kalu yang terasa gegar beberapa hari yang lalu, mesti ada rasa konon penin2 kan masa tuh. Mokcik penah melalui saat tu pada tahun 2004 yang lalu. Masa tu berada di kampung halaman seben kat Bagan Datoh.

Apa cer ni, penin2 dan gegaran lak.. Kan dah lepas.. Amaran tsunami pun dah kena tarik balik beberapa jam lepas gegaran.

Alang2 hari ni dah penin, mokcik pun nak citer lah kan, nak interframe sket. Dah kat setengah bulan April dah ni. Baru nak masukkan satu entry.. Huhu..
Tadi tu penin fasal, mokcik sudah minum Nescafe. Order kedai punyer. Dah lama tak minum nescafe, tetiba itu lak yang terkeluar dari mulut. Dan alkisahnyer, selama ni tak perasan pun bolih penin lau minum nescafe.. Selalu dengar citer orang jer.. Hari ni aku merasa sendiri.

Dah jangan penin2 lagi dengan membaca entri ini.

Full-stop.


Doa Sakit Gigi


Assalaamualaikum!

Dah lama tak syer² info doa dan amalan ni. Jom hafal dan boleh kita amalkan bersama. Bagus juga kalu dapat dihafal oleh si anak² kecil ni.

Meet Danish Rayyan

Assalaamualaikum!


Hari Ahad lepas, keluar outing dengan Danish Rayyan, nak gi makan nasik minyak kat Kluang. Tapi tup-tup, kereta rosak, terpaksa buat keputusan patah balik, sebelum kereta rosak lebih teruk. 

Oke, ini entri khas Danish Rayyan, anak sedara hasben - yang dah lama 'Mak Long' tak tengok.. Hehe.. Meh² sini mokcik nak tayang gambar² latest Danish Rayyan yang sempat di snap semasa Danish Rayyan berada di sini selama 2 hari..

Test Darah Lagi..

Assalaamualaikum.

Apa kabar kekawan? Harap semuanya sihat2 belaka.
Mokcik lak rasa macam kurang sihat sejak malam sabtu hari tempoh hari. Badan rasa panas jer. Tapi bila check suhu takderlah melebihi suhu normal badan pun. So, untuk precaution, terus lah menogok air cap badak. Alhamdulillah, esoknye dah rasa ok.

Lepas tu, hari isnin lak, sekali lagi terasa panas badan. Check suhu masih tidak lebih dari 37 darjah. Tapi jiwa ni tetap rasa cuak, sebab petang Ahad tu, ada orang dari jabatan kesihatn buat fogging kat jalan depan taman mokcik. Ayoyo.. Nauzubillah dari terkena demam denggi.

Kebetulan, hari isnin pun mokcik terkena cirit-birit, ada penin2 + sakit kepala jugak. Apa lagi terus, pesan ngan seben air cap badak lagi.. Air 100 plus, air mineral... Macam kat rumah takde air masak kan.. Hehe.. 
Malamnyer check suhu - hanya 37.5 darjah jer yang paling tinggi. Tu pun sebab lepas spa ngan rendaman air panas.

Masuk hari Selasa, iaitu hari ni, badan still panas. Tapi masih di bawah suhu normal badan. Seben balik jer dari keje ajak mokcik gi klinik - dalam hati macam malas sebab suhunye tak lebih 37 darjah pun.   Cuak punya pasal, pergi jugaklah kan... 

Doktor pun suggestkan untuk wat Rapid Test khas untuk denggi - Enam puluh hinggit yer regenyer. Macam biasa nak amik darah, memang ada masalah.. Hehe.. Mokcik pitam lagi.. Dah cuba untuk tidak fobia bila tengok darah. Tapi tak jalan.. Last2 doktor kata 'tutup mata'. 'Jangan tengok'.

Lepas 15-20minit, dapatlah result. Negatif okeh.. Alhamdulillah... 

Lupa lak nak amik gambar bende tu.. Ia macam pregnensi test daa... kalu kuar 2 line positif. Ngee...

Sekian.

Aktiviti Terbaru Lagi Best



Salam.

Meh sini nak dengar gossip orang tak femes... Ceh! Sapa nak dengar atau baca kalau dah tak femes kann. Tak perlah x femes, mokcik tetap nak stori jugakk. Sebab ni belog mokcik kan, korang kena baca jugak mokcik nak citer apa kali ni. Kekekekek...

Sejak bulan lepas lagi, iaitu februari 2012. Mokcik secara rasmi telah melibatkan diri dalam usahawan bundle weih... Setelah selama beberapa tahun dok berkecimpung dalam bisnes baju² baru. Teringin lak nak jual bundle, sebab mokcik memang suka konsep jual murah² & mampu milik. Almaklumlah semua orang nak kena pakai baju kan..dan barang² pulak semakin naik harga.

Lagipun nak ikut sunnah Nabi kita - iaitu berniaga. i loikke bisnes. Lagi untuk isi masa lapang, yang takderlah lapang sangat sebenarnya. Tapi tak salah isi dengan aktiviti yang boleh meningkatkan ekonomi keluarga dan bantu suami nak sara keluarga dia dan keluarga kita. Lagi terpanggil nak tolong bantu anak² yatim yang mak mertu tengah bela. Lagi, mokcik nak kena sara binatang ternakan mokcik yang berupa arnab², kucing², burung², ayam² orang singgah datang makan, harimau belang, harimau bintang yang kaler hitam tu.. Hiks! banyaknyer binatang.... Ha-ha mokcik tokok tambah jer ni...

Maklumlah dulu, kita makan gaji. Sekarang dah takder gaji tetap untuk nak sara makan, bawak gi klinik, beli pasir untuk poo-poo nyer.. dan macam² lagi lah nak buat yang nak kena pakai duit.

Harap dapat sokongan dari kawan² di sini dan di sana juger.. Tak kiralah sokongan moral ker, sokongan tak moral ker.. Asal aktiviti mokcik ni akan terus menerus berjalan. Amiiin.

Berbalik kepada bundle tadi.. Mokcik beri nama sebagai 'Kiki Bundle'. Kiki Bundle start dengan jualan ladies dress. Suatu masa nanti bercadang nak tambah pakaian anak² dan jugak kaum bapa. Ada ke jejaka ensem yang sudi nak beli dengan mokcik?

Sekarang tengah nak bawak masuk skirt pulak.. Baru nak snap² gambar.. Skirt labuh ada.. skirt pendek pun ada.. Alahai... sapa pulak nak pakai skirt pendek ni.. Pendek paras lutut jer.. Kalu uols ada kawan² Chinese or bangsa² lain yang pakai skirt pendek ni.. Tolon lah promotekan Kiki Bundle kat diorag yep.. 

Segala pertolongan dan sokongan anda didahulukan dengan ucapan Terima Kasih Daun Keladi.


Jemputlah singgah epp..  Kiki Bundle

Monyet Di Sungai Ramal

Assalaamualaikum!

Janji nak update pasal citer² busy last month, tapi still bizi kan.. So, tak dan lagi nak fokus citer tersebut.. Tapi ada citer lagi terhangat ni..

Tadi lepas ada ternampak 4 ekor monyet - disyaki anak beranak sebab ada 2 yang kecik masih baby la maksudnyer, tengah makan² di satu kawasan tempat longgokan sampah di tepi jalan di sungai Ramal. Dah lama sebenarnya tak kelihatan monyet² ni di kawasan tersebut sebab dah takder sangat dah kawasan hutan/pokok² kayu kat situ. Dek kerana sudah banyak kawasan sudah di jadikan penempatan manusia. Ada taman perumahan, dan rumah persendirian juger.

Kesian lak negok bintanang² ni tak der tempat tinggal lagi.. makan pun kutip sampah jer.. Hu-hu.. Kalu ada lah sesapa yang ada kaitan ngan Perhilitan.. Tak leh tangkap nyet² ni untuk pindah ke tempat lain.. Leh gak dia-ekor survive tanpa makan sampah..

Oklah itu jer nak story - ringkas dan segera.

What Causes Female Belly Pains?

Source from Yahoo! Health 2008

Korang bacalah ekk, mokcik tak dan nak translate satu². 
Sangat² berguna ni tau!

At 12 o'clock is the stomach:

Nausea is a common symptom that can have many causes. Is your period late? Could you be pregnant? Consider a urine pregnancy test.

Heartburn can be a sign of gastritis (inflammation of the stomach lining),  and is common among singers and pregnant women. Try Tums®, Pepto-Bismol®, or Maalox®. If you take a lot of ibuprofen (Motrin®) or naprosyn (Aleve®), you may have developed an ulcer. If symptoms persist, your doctor may recommend starting antacid medicines like Prevacid® or Prilosec®.


From 2 to 5 o'clock is the area of the descending colon:

Constipation, especially in young women, can cause pain in this area. Based on the many abdominal X-rays I've seen, more people are constipated than will admit it. If you don't have a daily soft stool that is easy to pass, consider increasing your fluid intake and drink a glass of water with fiber (like Metamucil or Citrucel) every day.

Miss You....

Assalaamualaikum!

Ahak... I miss youuuuuuu. Miss kat sapa pulak ni kan. I miss you lah... Tak percaya ker?

Mokcik miss u.. My dearie blog.. Miss u my kawan² bloggies jugak..

Lately, mokcik the very bizi, buzier lah.. Dari tengah Februari, sampai ke hujungnyer.. Tup-tup.. Aik dah masuk Mac. Hari ni 3 Mac - ada lak temujanji petang kakrang... Amboii busy apa lak ni kan.. Nantilah senang² mokcik story.. Huhu

Sapa dah baca berita pasal salji kat baitul maqdis, palestin? Waa.. Bedaboo.. Terkejut kan! 

Itulah kuasa Allah. Dia Maha Berkuasa. Allah Maha Besar. Dia boleh buat apa saja yang Dia kehendaki. Okey, bukan nak ulas sangat pasal ni. Just nak bagi ingatan sesama kita terhadap Kuasa Pencipta kita. Apa saja Dia boleh buat.. Lain macam kita hanya mampu merancang.. Allah yang akan tentukan.

Pada yang nak baca pasal salji tu klik jer gambar bawah ni yer
Syiok ekk dapat main salji


150 Kucing Mati dalam Kebakaran

21 Feb 2012
Assalaamualaikum!

Semalam ada tengok berita takk. Fasal kucing-kucing seorang nenek berumur 84 tahun, di Beijing telah mati dalam kebakaran. Dikatakan lebih 150 yang mati.. Kucing² tu mati sebab tak dapat keluar daripada bilik tempat ia ditempatkan. Kejadian berlaku pada awal pagi Jumaat lalu.. Sedihnyer..

Sekarang tinggal 30 ekor kucing dan 50 ekor anjing yang terpaksa kongsi bilik dengan nenek 'Ding', penjaga mereka. Dikabarkan kucing² dan anjing² ini telah dikutip sejak 30 tahun yang lalu.

Jom layan gambar² lak..

Bilik yang sudah terbakar.

Kongsi bilik tidur bersama kucing²


Comey² kucing ni..

Nenek Ding dan kucing²nya

Geramlah tengok kucing nenek nih.


Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah


Assalaamualaikum!

Salam kenal ye Wawa..
Hari ni kemaruk join GA lak.. 
Lepas belog tinggal usang entri. 
Apa tunggu lagi..
Jom lah join sekali...
Jangan segan².. Klik jer banner kat atas tu ekk!

Syarat-syaratnye simple je.
  1. Semua kawan-kawan boleh join giveaway ni. Tak terhad. Dan juga terpulang kepada individu berkenaan untuk follow blog Wawa atau tidak. 
  2. Tajuk entry mestilah "Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah"
  3. Letakkan sekali gambar di atas.
  4. Kemudian, tinggalkan link u olls beserta dengan entry masing-masing di ruangan comment. 
  5. Tarikh mula giveaway ni pada 17hb February - 15 March 2012.. 
  6. Genap 12 mlm, 15 March 2012...giveaway ni akan tutup. :)
Hadiahnyer pulak:

Pertama :
  • Face mask from The FaceShop Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick
  • Uncang Cute.
Kedua :
  • Face mask from The FaceShop Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick
Ketiga :
  • Face mask from The Etude Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick

~Wish me Luck!!~