Aidil Fitri 2011

MAAF ZAHIR & BATIN
0 - 0 yekkk..

Selamat Tinggal Ramadan



Ramadan..
Bakal melabuhkan tirai
Berakhir sudah segala amalan dan ibadat khusus
Terawih di tiap malam
Moreh.. Sadakah..
Yang ganjarannya berlipat-ganda

Ramadan..
Kami akan merindui - Mu
Semoga kita bersua lagi

Ya Allah pertemukan kami lagi
Aamiiiin....

Malam Laitul-Qadar

Salam Ramadan 10 Terakhir...

Malam sepuluh terakhir Ramadan akan adanya malam lailatul-qadar. Satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam yang dinanti² oleh para muslimin dan muslimat.
Adakah ia malam 21 baru² ni?
Atau malam 23?
Atau malam² berikutnyer?

Seingat mokcik, malam 21 tempoh hari adalah malam yang sangat tenang dan damai, tanpa angin bertiup, mahupun hujan ataupun terasa hangat. Antara tanda² malam laitul-qadar:
1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
 4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Walau bagaimanapun, malam sepuluh terakhir masih berbaki. Jangan pula kita abaikan. Bersesuaian dengan hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. :
Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Hadis lain Aishah meriwayatkan:
Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Wallahu'alam.
Nota mokcik: Jom beramal & mencari malam Lailatul-Qadar.
rujukan: sumber di internet

Makna Doa yang Kita Lupakan

Besarnya Makna Doa yang Kita Lupakan - Semasa Duduk antara Dua Sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku) 
Wa'fuannii (maafkan aku) 
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

Okay.. Tulisan ni mokcik cedok, tapi lupa nak save link asalnyer... 
Sekadar untuk ingatan&tatapan bersama

BE Di Bulan Ramadan

Assalamualaikum

Hari ni dah 15 Ogos. Bermaksud kita dah berpuasa pada hari yang ke-15 juger.. Wadusss.. begitu cepat masa berlalu-pergi. Semoga kita masih lagi dalam mood untuk meraih pahala dan mencari keberkatan bulan mulia ini.

Diam tak diam juger, dah lama sebenarnya, tak bukak my dear nuff-nyer akaun. Tup-tup.. ada BE daaa...

Alhamdulillah... Setelah sekian lama BE menyepi dari belog mokcik, akhirnya ada tiga sekali melekat!! Memang mokcik tak jangka langsung.. BE yang lama pun rasanya tahun lepas ada sekali dapat. Rasanya ncik nuff nak buat anniversarry kot.. Hehe.. Tapi ini tahun, ia melekat kat dua belog mokcik sekaligus..

Nak taw ke apa BE yang melekat untuk kali ni?

Meh.. Meh.. Selongkar...


U-Mobile melekat kat Kedai S&S
U-Mobile lagi kat Macam2 Ann
dan yang ke-3 adalah Perodua Tweckbot jugak kat Macam2 Ann


Harap korang pun ada dapat jugak..


Nota Mokcik: Syukur tak terhingga kerana Allah telah membuka hati ncik Nuff untuk beri sinar buat diri ini.

Syaitan di Rantai

Petikan ini adalah dari email:

Assalamu’alaikum

Penjelasan kepada hadith “Syaitan di rantai”

Sabda Nabi :saw :-

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
 "Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai" [Hadith Riwayat Al-Bukhaari #1899 dan Muslim #1079].

Ulama mempunyai beberapa intepretasi mengenai hadith ini. Perlu di ingat, bahawa hadith ini berbicara permasalahan ghaibiyat (ghaib) yang hanya Allah swt yang tahu perkara sebenarnya.

1. Al-Hafiz Ibn Hajar berkata, menurut al-Halemi “syaitan dirantai” boleh bermaksud syaitan tidak berupaya menggoda orang Islam disebabkan umat Islam sibuk dengan berpuasa, dimana puasa membendung keinginan, mereka banyak membaca al-Quran dan banyak berzikir kepada Allah.

2. Berkata Qadi ‘Iyaad – ia boleh diintepretasikan dengan maksud literal, bahawa ini merupakan petanda kepada malaikat akan permulaan bulan ini, bulan yang penuh kebajikan, dan dapat menghalang syaitan mengganggu umat Islam. Ia juga merujuk kepada terlalu banyaknya ganjaran dan kemaafaan, dimana ia mengecewakan Syaitan, lalu diisitilahkan sebagai Syaitan telah di rantai!

3. Ada yang mengatakan ia sebagai metaphor kepada gagalnya syaitan menggoda orang-orang yang benar-benar puasa. Sebab itu orang yang tidak benar-benar berpuasa masih boleh diganggu syaitan. Tukang sihir masih lagi mensihirkan orang dalam bulan Ramadhan……

4. Selain itu, ada ulama’ mengatakan Cuma syaitan yang bernama MAARID sahaja yang di rantai, sebagaimana pendapat yang dipegang oleh bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh yang mengatakan :  tidak semua Syaitan itu di ikat atau di rantai, sebagaimana sabda Nabi  didalam hadith yang lain :-

أتاكم رمضان، شهر مبارك، فرض الله عليكم صيامه، تفتح فيه أبواب السماء، وتغلق فيه أبواب الجحيم، وتغل فيه مردة الشياطين
 "Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat (giant)/Maarid........." [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i #2105]

Syeikh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa hanya Syaitan2 kuat yang bernama Maarid yang dirantaikan.Cuma beliau menegaskan bahawa hadith ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak mendiskuskan lebih lanjut. Ini lebih selamat kepada aqidah seseorang itu.

5. Menurut kitab Fathul al-Baari, perkara kejahatan berkurangan pada bulan Ramadhan, jika di bandingkan dengan bulan yang lain. Walaupun Syaitan di rantai, ini tidak bermakna kejahatan tidak akan berlaku, kerana terdapat perkara-perkara lain punca kejahatan disamping Syaitan, seperti Jiwa yang jahat, perangai jahat dan manusia-manusia jahat.

Ramadhan Mubarak!! BarakallahuFiKum

Wallahu’alam.
(Khairol Amin) kamin

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Di petik dari : Zaharuddin.net
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Penjelasan lengkap klik sini >>  zaharuddin.net

Rusuhan Di Britain

Salam..

Yuhuuuuu.. Sejak Ramadan ni, tak menyempat lak nak hapdate belog. Lepas tengok di tv semalam pasal rusuhan di britain, terpanggil lak nak mengarang sket.

Selepas rusuhan besar²an di Mesir, dan lepas itu Libya.. Kini di Britain lak. Rusuhan adalah bermula di bandar Liverpool, dan Birmingham. Di jangka akan merebak ke bahagian lain. Banyak bangunan di rosakkan dan dirompak. Terbaru, ada pelajar dari Malaysia yang turut tercedera dan telah menjadi mangsa rompak. Jom tengok video..

Sedikit-sebanyak kejadian rusuhan pasti memalukan kerajaan Britain. Teringat pulak isu Bersih di Malaysia tempoh hari, juga turut mencalar nama Malaysia. Itu ajerlah nak kongsi-kongsa untuk malam ini. Lain² boleh google lah yer. Hik!

Nota Mokcik: Minta Tuhan jauhkan lah dari segala malapetaka dan mara bahaya yang seumpama .

Salam Ramadan Al-Mubarak 1432H 2011M


Assalaamualaikum!

Sekejap jer masa berlalu.. Sebentar lagi nak masuk asar lepas tu Maghrib, masa yang ditunggu untuk berbuka! Maka, akan genaplah sehari sudah hari berpuasa kita di bulan yang mulia dan penuh barakah ini..

Marilah kita sama² merebut peluang keemasan untuk melakukan sebanyak mana amalan sunat, kerana kelak pahala yang berlipat-ganda Allah akan berikan. Terutamanya amalan yang kita takkan dapat lakukan di bulan² lain, iaitu, solat sunat terawih.

Banyakkan juga berdoa dan bertaubat di bulan ini. Salah satu doa:

اللهمّ, انّك عفوّ, تحبّ العفو, فعف عنّي

Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni

Ertinya: "Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Engkau suka memberikan keampunan Maka ampunkanlah aku."

Wassalam.


Nota mokcik: Dah nak kena masuk dapur.. Tak dapat balas jejak mu lagi..