Kenangan Gegar

Salam.

Selamat bersua kembali.. sudah agak lama tulisan Ann menyepi, entah ada ke lagi yang sudi melewati blog ini. Hari ni Ann terpanggil untuk membuat coretan. Mahu berkongsi sedikit pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai akhir hayatku.

Jika semalam anda ada mendengar berita mengenai gempa bumi di Indonesia yg berskala rikter berukuran 7.3, anda mungkin tidak tergambar bagaimana kuat atau tidak gegarannyer. Tapi bagi Ann, itulah ole-ole paling besar yang diterima.

Semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Indonesia semalam, ia adalah pengalaman paling ngeri dalam sejarah hidup. Sewaktu gegaran, Ann berada di ruangan menunggu, tingkat dua bangunan BDO, bersama beberapa orang penumpang lain. 

Pada mulanya, Ann sangkakan rasa gegaran adalah disebabkan kapal terbang mahu mendarat. Masa bergegar tu terlintas jugak dalam hati, kapal terbang ni nak jatuh atas bumbung tempat kami menunggu tu ker? Lama-kelamaan makin kuat pula gegarannya. Masing-masing berpandangan terpinga-pinga, maklumlah semua yang ada di situ adalah bukan orang tempatan.. Semua tak der pengalaman untuk merasai gempa bumi yang sebenar-benarnya. Rasanya dah lebih 10 saat, baru masing-masing lari beredar carik pintu keluar, waktu tu jugak tetiba berlaku black-out. Jalan keluar pula kena melalui tangga untuk turun ke bawah pun bertukar gelap. Saat tu juger rasanya gegaran terhenti. Semua yang berlari tadi pun berhenti, termasuk Ann yg masih berada di tingkat atas, hanya mampu memandang keluar melihat pegawai BDO yang berada di luar melihat ke arah bangunan BDO. Ann x jadi turun kebawah, tp mengambil keputusan untuk berada berhampiran pintu keluar ke ruangan menaiki kapal. Ann cuba mencari pegawai atau staff BDO yang tadi ada kelihatan di tingkat yang sama, rupanyer diorg dah lari lagi awal. Nampaknya, memang yang tinggal di tingkat atas itu hanya kami, penumpang yang terpinga-pinga.

Dari saat awal gegaran, Ann hanya mampu berselawat dan minta dijauhkan dari segala musibah. Dalam kegawatan itu, masing-masing hanya mengeluh, bila lah nak naik kapal untuk pulang.. Bila pegawai di situ sudah membuka pintu untuk keluar dari bangunan, dan kami dibenarkan keluar dari bangunan BDO, ada salah seorang anak penumpang berkata, ' Nasib baik kita tak mati kat sini'.

Alhamdulillah... kami semua selamat mendarat dalam waktu yang telah ditetapkan.

Itulah pengalaman Ann pada 2 September 2009 pada saat menunggu menaiki pesawat jam1525 untuk pulang ke Kuala Lumpur.


Wassalam.


Di dalam ruangan menunggu (Sebelum gempa)
Di luar bangunan BDO (Selepas gegar)

No comments: