Cuti Hari Wilayah

Assalaamualaikum!

Yeah..yeah.. Sok cuti! Tapi untuk orang yang kerja kawasan wilayah sahaja yer..

Rasanyer, dari minggu cuti CNY, malaysia ni asik cuti memanjang.. Sejak tu jugak mokcik cuti hapdate belog.. Hehehe.. Coming weekend ni cuti maulud nabi lak.. huyeah-huyeah..

Tertanya² bila la malaysia nak wat cuti alternet day lak... Macam orang kat u.k. punya cuti daa... Best woo.. cuti macam tuh.. Contoh: kerja 3 hari lepas tu off sehari.. So, if ada urusan dengan bank ke apa ke, tak nyah dah nak apply cuti atau curi tulang, sebab boleh berurusan pada hari kita cuti tu lar.. Nak pegi soping pun xder ler sesak jer memanjang pada hari sabtu atau ahad.

Amacam.. Best kan?!

Apa² pun cuti wilayah takder kaitan pun ngan mokcik.. sebab bila² masa jer leh amik cuti.. hohoho..

"Selamat Cuti² pada orang Wilayah dan yang sewaktu dengannyer."


Jom window shopping

Review Miecyber's Blog

Assalaamualaikum!
Cara menyertai

1.Blogger  perlu buat posting Review Miecyber's Blog.

2.Berikan pendapat anda mengenai Miecyber's Blog  

3  Ceritakan tentang Giveaway yang sedang berjalan ini,

4.Letak banner Giveaway di dalam entry dan link kan kepada entry ini.

5. Klik Like Fanpage Penaja Giveaway

Panaja Pertama

Penaja Kedua

6. Postkan link giveaway anda di bahagian komen

Hadiah Untuk Review Yang Paling Menarik

a. Top up RM 30 & Cenderahati
b. Top up RM 20 Cenderahati
c.Top up RM 10 Cenderahati

Giveaway ini berlangsung selama 3 minggu bermula 21 hb Januari 2012


Pendapat tentang Miecyber's Blog:
Kadang macam laju kadang takk, mungkin sebab line internet kot. 
Yang pasti memang laju dari nak bukak blog saya ni. Hehe..
tapi kalu "My Blog List" tu dapat di pendekkan lagi jadi 'Show 5 blog' ke mungkin akan melajukan lagi loading blog anda.
"About Me" rasa patut letak kat atas kot..  
atau bawah.. asalkan sudut di penjuru atau hujung sekali..
Itu pendapat saya jer kan.. (^_^)

Harapan:
bestnye kalu dapat pergi taman negara.. tak nah sampai situ.
Wish me luck!

Rape Ordeal for 24-year-old Trainee


Assalaamualaikum!

Berhati² wahai kaum hawa. Wanita tidak selamat bila bersendirian. Beremang bulu roma akak! Korang pun mesti takot kan..

Tambah² kalu kena keluar rumah sorang².. Tapi macamana nak buat, nak pergi sana-sini, takkan semua nak suh suami teman kan..

Meroyan dan rasa takut ni makin menjadi² lepas baca berita di laman yahoo yang bertajuk 'Rape Ordeal for 24-year-old trainee'.

Merujuk kepada berita tersebut: seorang pelatih lembaga tabung haji yang berusia 24 tahun telah dirompak semasa meletak kenderaan di tempat parking di stesen komuter batu 3 shah alam pada pukul 6 pagi. Dia juga dirogol dan dipaksa pose untuk gambar tidak senonoh.

Seriaulah kan.. Korang berhati²lah kalu bersendirian tuh.. Sentiasa alert sekeliling dan jangan lupa terus berdoa dan berserah kepadaNya.

Sepatutnya kes yang macam ni yang perlu diambil berat dan dicanang di muka depan akhbar.. Bukannye sibuk dok mengaibkan orang lan yang sudah jatuh maruah mereka.

"Ya Allah Engkau Jauhhkan lah kami daripada menjadi mangsa niat buruk jin dan manusia jahat".
Aamin.

First GiveAway by Butik Fiqra

Assalaamualaikum!
Di hari Jumaat yang mulia ini - 
Mokcik join GA dari Butik Fiqra


cara nak join giveaway:

1) Buat 1 entry di blog masing masing, dengan tajuk 
" First Giveaway By Butik fiQ'Ra "
2) Letakkan banner giveaway di entry ( linkkan sekali )
3) Tag kepada 3 rakan blogger ( diorang mesti tahu )
4) follow Butik fiQ'Ra dan Like page Butik fiQ'Ra 
5) hantarkan link entry ke entry ini ( sertakan id follower & id facebook )

random.org yang akan memilih pemenang dan cukup syarat :)

Pemenang pertama x2
sehelai shawl +  sehelai inner bawal

Pemenang kedua x3
sehelai inner bawal + 1 pcs brooch ribbon

Top referral x1
wang tunai RM30

giveaway berlangsung dari 16 Januari 2012 - 31 Januari 2012


Kali ni nak tag :

Okay GA terbuka kepada sesapa yang singgah di sini juger
Jangan lupa if know this GA from Mokcik-Ann
Mention me as your referral kay.

Nanti klik ini juger yer:
Jom LIKE pages Surf-Shoppe

Design Baru Fesyen Muslimah

Assalaamualaikum..

Baru jer selesai mengupdate blogshop Surf&Shoppe. Ada beberapa baju design dan patern baru yang agak cantik, tak kurang jugak yang agak kurang menarik. So, mokcik amik yang menarik ajer lah yer. Itu pun ikut mata hati ini, mungkin berbeza bagi berbeza ikut mata dan pandangan orang lain. Memandangkan modal untak banyak ada, amik jerlah yang mana patut.. Almaklum lah jualan pun bukannyer kencang sangat. Rezeki banyak tu jer yang ada..

Marilah tolon mokcik beri pandangan ke atas design yang terbaru ni. Menarik ke tidak.. Yang mokcik kurang menarik tu takder lah pulak gambarnyer yang dapat di snap tadi.. So, korang nilaikan yang mana ada ni jer yer.. Kalu berkenan boleh tempah at blogshop Surf&Shoppe.

Nota Mokcik: Tengah² update tadi, baru terperasan ada design yang lepas mokcik luper nak up ke blogshop.. Apalah pelupa jadinyer.. Lain kali kena lebih berhati² sket..

Apek Khairul Fahmi Bakal Jutawan

Assalaamualaikum.

Ye ker?! Itu rezeki dia.. Jangan ada yang nak jeles2 lak ekk.. Kalu nak jugak, kena usaha sendiri. Usaha tanga kejayaan. Bukannyer usaha nak mendajalkan orang lain. Hu-hu.. Apa yang mokcik merepek ni.. Jom lah layan berita yang mokcik petik dari sumber Mymetro semalam.

KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.
Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam,
Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.
“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya.
Apek berkata, menerusi KKFCM dan KFR yang menjalin kerjasama dengan Rakyat Travel (anak syarikat Bank Rakyat), beberapa pakej ditawarkan sebagai syarat keahlian dengan pakej paling tinggi membabitkan bayaran yuran RM750 (pakej Family Combo) dan paling rendah RM10 (pakej rakyat).
Menerusi pakej itu, ahli kelab boleh menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk perlindungan insurans bernilai RM40,000 setahun tajaan KFR, potongan menginap di Khairul Fahmi Villa Inn Kota Bharu, potongan pakej pelancongan dan pakej umrah selain menyertai aktiviti bersama Khairul Fahmi pada masa depan.

Nak gambar jugak ke? Meh sini tengok kita letak sekali neh..

Chong Wei Juara 8 Kali

Salam Sejahtera..

Wehuuuu.. Layan berita sukan la pulak ye! Badminton adalah sukan yang paling mokcik gemar sejak zaman kanak² lagi tau.. Rugi dulu tak bercita² jadi pemain badminton. Kalu tak mesti dah jadi macam Dato' Chong Wei kita sorang ni. Weyy! Jangan berangan lah dah terlambat daaa...

Up (untuk pengetahuan) sekarang pun masih minat badminton ok. Cuma malas nak layan game kat tv, just main kat belakang umah jer. Tapi 2-3 hari ni tak dapat main, raket hilang! Ha-ha-ha.. macam² lah mokcik ni. Tapi serius.. raket tidak dapat dikesan sejak main hari minggu hari tuh.. Aiyakk, nampaknyer nak kena beli baru. Misi untuk menhapuskan kolestrol mokcik harus tetap diperjuangkan!

Back to Chong Wei kay - Mokcik salute lah dia. Dah lapan kali menjadi juara Terbuka Malaysia. Umur baru 29 tahun, muda lah dari mokcik. Apa kaitkan? Okay, memang tak kait ngan usia. Hehe.. Best pasal dia ni, rasanya sebab semangat juang dan keinginan yang tinggi yang ada dalam diri yang telah menjadikan dia juara berkali². Dah siap bukukan perjalanan hidupnya hingga berjaya dalam  “There To Be A Champions“ yang bakal dilancarkan tak lama lagi.

Gambar Sumber Mymetro

Bibik Mati Dihempap Pagar

Assalaamualaikum.

Sedih lah pulak mokcik baca berita ni kat paper myMetro hari ni. Sekali baca tajuk macam tak percaya jer mati kena hempap pagar. Tapi itulah realiti kehidupan kita di dunia ni. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kepada yang belom baca mokcik dah siap² paste kat sini. Kalu nak baca berita lain klik jer lah link atas tu yer.

JOHOR BAHRU: “Ketika saya cuba mengangkat pagar itu, Bibik masih bernyawa, tetapi beberapa minit kemudian dia diam dan tidak bergerak,” kata Shahrul Hassan, 41, menceritakan insiden amahnya terbunuh akibat dihempap pintu pagar rumah majikannya di Jalan Raja Udang, Larkin Jaya, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Oneh, 50-an, tergelincir ketika membersihkan halaman rumah dan memaut pintu pagar bagi mengelakkan terjatuh, namun pagar besi seberat lebih 200 kilogram itu tumbang lalu menghempap kepala serta badannya.
Shahrul berkata, dia menyedari kejadian itu apabila terdengar dentuman kuat.
Sebaik keluar rumah untuk mencari punca bunyi, dia menemui Oneh yang dipanggil Bibik dan bekerja dengan ibu bapanya sejak lebih tiga tahun lalu, berlumuran darah dihempap pintu pagar.
“Saya sedih melihat keadaannya dan tidak banyak yang dapat kami buat untuk menyelamatkannya. Saya juga sebak mengenangkan hasrat Bibik mengerjakan haji tidak tercapai kerana dia pernah memberitahu wang simpanannya sudah mencukupi.
“Bagaimanapun, kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini dan menganggap ia sebagai takdir Allah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. 


Mega Giveaway By Cik Bunny


Assalaamualaikum!

Mokcik sudah dijemput sendiri oleh Cik untuk join giveaway beliau. 
So, i'll join lah. Ramai lak yang sponsor Mega Giveaway by CikBunny. 
Inilah pertama kali mokcik join GA yang seumpamanyer.. 
So rasa²nyer ada peluang nak menang takk. 
Hadiah manyak wooo... Hehehe..
Acu tengok ni, kalu tak percaya:


  • Cik Bunny: Blog /Fanpage
  • Amir Nawawi: Blog /Fanpage ( New Sponsor)
  • Amely Afandi: Blog
  • Mira Miraie: Blog
  • Shawls Gallery: Blog / Fanpage ( New Sponsor)
  • Herba Tihara: Blog
  • Atienabila: Blog
  • Ika: Blog /FanpageNew Sponsor)
  • Kedai Kaspersky Online (KKO): Blog / Fanpage


  • Banyakkan sponsornyer?
    Tak kesahlah menang ke tidak.. Hu-hu.. 
    Saja² je ni cuba nasib dan untuk tidak menghampakan tuan punyer belog.
    Korang apa lagi..

    Jom lah sekali..
    Mokcik tag korang sumer yang baca ni..
    terutamanyer:

    Jangan lupa mention nama 'mokcik-ann' atau 'ann zack' 
    atau
    'macam-macam-ann.blogspot.com'
    as ur referral
    jika anda tahu GA ini melalui mokcik.


    Multishout Dot Com

    Assalaamualaikum.

    Just to inform mokcik already setup new shoutbox. I named it as Kedai Kopi 23 Jam. u guys can check it out on right column. And it from multishout. Its absolutely free and ad-free also.

    So, feel free to comment or leave any message.

    Good nite..!



    Gambar takde kaitan dgn shoutbox baru

    Wordless Wednesday [13]

    Malware Detected

    Assalaamualaikum.

    Pepagi muka mokcik jadi macam ni
    Pasal belog mokcik dah kena sampuk MALWARE.
    Malware dikesan dan berpunca dari
    free-shoutbox.net
    So, terpaksa mokcik buang dulu kedai kopi baru ituw.
    Harap pelayar yang singgah tak akan rasa serik untuk datang tinggalkan jejak.
    Sebab uols still leh jerit kat memana tempat komen di entry post kay.
    Sementara mokcik tukar ke kedai kopi lagi baru..
    Sapa ada cadangan?


    2012 Special Giveaway

    Klik banner

    Jom join!
    Tarikh tutup: 31 January 2012

    Mokcik tag: Cempaka kuning

    Jom Blogwalking By Ieyza Afieyna

    Assalaamualaikum.

    Mokcik pun akan letak Ieyza dalam blog list mokcik.. Bila ada time untuk belogwalking, insya Allah akan sampai sana. Kali ni nak tag kawan² lama di kalangan blogger, harap mereka sudi join sekali untuk meriahkan..
    Jom blogwalking bersama.. 

    Dalam Hati ada Taman

    Alhamdulillah..
    Tuah ayam nampak di kaki,
    Tuah mokcik siapa tahu,
    Cik cempaka yang tolon bagitahu,
    Hihihi...

    Okey itu adalah pantun tunggang terbalik khas tercipta bila dalam hati ada taman. Mana tak ber'taman'nyer.. Seumur hidup sejak ber'belog'-ging dan join GA, ini adalah pertama kali nama mokcik timbul. Tak caya kan?! Mokcik pun tak percaya mula² nampak nih...


    Apa² pun terima kasih kepada penganjur Wan Myzura Collections & Cempaka Kuning kerana war²kan sudah kepada mokcik.. Tahniah juga kepada Cempaka kuning sebab dah menang referral teringgi dalam GA yang sama. 

    Sekian. Wassalam.

    Mega Giveaway 2012 Belog Nemomimosh


    Assalaamualaikum.

    Dah banyak hari tak sempat nak update belog, hari ni terasa malas jugak nak kupas mana2 isu termasuk buah pun malas nak kupas... Hu-hu..
    Tetiba terserempak pulak dengan banner yang kiut ni - 'sebab ada gambar kucing hitam'
    So, apa lagi mokcik join lah.. rugi tau kalu uols tak join.. 
    Sebab hadiah dia beshhhh..
    Tak caya..

    Meh sini usyar..

    Best kan? 
    Terima kasih kepada penganjur >> Cik Nemo

    Jom lah ikut sekali.. Sambil kita tambah kenalan.
    Salam kenal yer Cik Nemo..
    Sementara tu mokcik nak pegi hantar tag kat mereka ini:

    Nota: Wish me Luck!


    Malam Tahun Baru 2012

    Assalaamualaikum.

    Selamat tahun baru 2012, kepada yang menyambutnyer. Mokcik tak sambut pun - baru jer sambut tahun baru di awal Muharram baru² ni.
    ^_^

    Mereka menyambut tahun baru dengan dok sebuk berdentam-dentum dengan mercun bagai, takpun ada yang dok intai² percikkan bunga api dari tingkap rumah. Rasanyer yang paling happening malam tahun baru adalah tang dok counting-down ke detik 12 malam tue.. Mokcik tak penah buat okey selama orang dok sambut tahun baru.

    Sebelum ni selalu jugak mokcik intai² bunga api dari tingkap rumah jer, sekadar nak tengok cantiknyer warna-warni bunga api. Tapi malam tu, tidak sempat nak intai pun. Uhuk.. Sebab mokcik sebuk dok merawat my beloved kitty cat - name cici. Umur ia dah capai 7 tahun dah.. Kalu masih idup lagi sampai oktober 2012, maknanyer cukuplah 8 tahun. Tapi apakan daya.. Ia dah tinggalkan mokcik pada petang/senja 1hb di tahun baru. Nak menitis air mata ni sambil jari-jemariku sedang menaip. Tapi control jer sebab tak nak bg basah mata, kang susah lak nak tengok skrin.

    Macam ada nak citer lagi, tapi mokcik batalkan jer.. Sebab tak nak bagi banjir terowong lak.. Biarlah ku simpan dalam hati betapa sedih dan teringatnyer kat kucing ku yang sangat comel dan manja ini.

    Gambar waktu tengahari 1-Jan-2012