Selamat Tinggal April

Salam 1 Malaysia

Pejam Celik. Duduk Bangun. Makan Tidur. Akhirnya kita dah berada di penghujung april
Masya-Allah.. Begitu cepat masa berlalu. Semakin pantas, semakin tak terkejar. Tapi itulah hakikatnya..
Tentang tanda² akhir zaman sudah sedia dimaklumi melalui hadis nabi.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah pula, katanya : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Artinya : Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan , setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejum’at, sejum’at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap”.
Allah sedang menguji hamba²Nya. Adakah masih mengingatiNya walau sebok dengan hal duniawi.
Kita sesama insan pun harus saling ingat-mengingati. Seimbangkanlah dunia dan akhiratmu.

Okay cukup, sedikit peringatan untuk kekawan dan diri ini.

Memang tak terasa sungguh bulan April ni, tengok sahaja entri mokcik pun tak seberapa.. Selepas kewujudan Kiki Bundle, mokcik memang sebok nak upload kat sana. Lepas tu, nak layan booking dan kelola pengeposan barang². Bukan nak abaikan blog pecisan ni. Tapi, agaknya dah takde isu relevan untuk di kongsi. Mokcik memang pilih² jugak isu untuk dikongsi, supaya tidak tersasar atau menabur cerita2 yang tak sepatutnya. Selain dari sebok tu memang tak dinafikan lah.

Macam hari ni jugak, memang takde isu.. Hehe.. Cuma mokcik tengah teringat² apa yang telah dilalui sepanjang bulan April ini. Dari awal bulan, ada entri tentang ke Johor utk makan nasik kenduri, tapi tak kesampaian. End-up dengan makan nasik minyak kat kedai mamak. Huhu..
Tapi minggu kedua, ada pulak undangan kenduri kahwin, kali ni kat sungai penchala jer.. So, apa lagi layan jer lah.. Dapat jugak merasa nasik kenduri kawin.. Ngeh3x

Sudah makan, sempat gak bergambar ngan pengantin. Mokcik tepek sekalik kat sini..

Iklan ubat gigi Mukmin
Okay, setakat ini dulu untuk april. Jumpa lagi di bulan Mei.. Semoga kita tetap terus dapat berblogging dan bersilahturrahim.

Wassalam.

No comments: