Krisis Mesir Meruncing

Salam Lewat Malam!

Dah macam wartawan lak hari ni, cuba mencari² info terkini pasal keadaan mereka di Mesir akibat rusuhan di sana. Dalam hati - Risaunyer tak terkata. Doa, doa dan hanya doa yang dapat dikirimkan buat semua rakyat Malaysia di sana terutamanya para pelajar.

Dah jumpa satu sumber ni, agak bagus untuk disebar dan dikongsi bersama untuk pengetahuan umum.

Boleh check info terkini kat sini or boleh lihat snippet
di sebelah BERITA MESIR TERKINI

Mesir Tengah Darurat Ke

Assalaamualaikum!

Baru nak jer mula berblogwalking.. dah terbaca satu blog ni.. infonya yang cukup merisaukan dan mengerunkan. Apa taknya, bila terbayang kalu kita dikenakan perintah berkurung - memang dasat! dan betapa huru-haranya tempat itu. Tajuknya berbunyi:

(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir, sebarkan kepada semua



Memang kat sana tengah huru-hara. Kalu nak tahu lanjut, pergilah baca sendiri. Klik tajuk tuh!


Nota: Hanya doa yang mampu ku panjatkan. Moga semuanya selamat dan dimudahkan Allah. Aamiiin

Mesir Merusuh::Selamatkah Pelajar Di sana

Salam Sayang buat Pembaca!

Siapa yang ada adik or sedara mara yang sedang belajar di Mesir?
Bila last diaorg update keadaan mereka di sana?
My niece & cousin ada kat sana sekarang, semalam dpt kabar dari my niece kata dalam keadaan oke - tiada apa2 masalah. Itu pun bukan dengar sendiri dari mulut beliau, dari kakaknya. Aku risau itu adalah ayat nak sedapkan rasa jer. Apa2 pun aku  sentiasa doakan mereka semua di sana dalam keadaan selamat. Aamiiiin.

Ni diselitkan petikan dari berita Bernama:

Malaysia Hantar Pasukan Menilai Keperluan Memindah Rakyat Malaysia Di Mesir, Kata Kohilan
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Timbalan Menteri Luar A. Kohilan akan berlepas ke Kaherah malam Isnin mengetuai sepasukan lima orang untuk menilai keadaan semasa di sana serta melihat keperluan memindah lebih 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia, berikutan krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di negara itu.

Kohilan berkata bergantung kepada keadaan, antara penilaian dan pilihan yang akan dibuat ialah mengenai sama ada pelajar dan rakyat Malaysia perlu dibawa keluar terus ke Malaysia mahupun dipindahkan ke negara berhampiran seperti Arab Saudi dan Libya.

Menurutnya antara pilihan yang akan dilihat ialah membawa atau memindahkan melalui jalan darat, laut dan udara, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan di sana yang sentiasa berubah.

Berikutan perkembangan terbaru, beliau berkata kerajaan telah menaikkan tahap klasifikasi keselamatan yang sebelum ini kuning kepada oren kerana "situasi telah mula membahayakan rakyat Malaysia".

"Jadi kita akan pergi ke sana dan melihat sama ada perlu membawa keluar pelajar-pelajar kita dan rakyat Malaysia atau mempunyai cara lain untuk terus memberi bantuan kepada mereka...kita akan lihat akan kesesuaian (pilihan yang ada)...kita boleh merancang macam macam cara tapi mungkin keadaan di sana agak lain sedikit," katanya kepada pemberita di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini, Isnin.

Kohilan berkata pasukan tinjauan ini dianggotai oleh wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan juga dari Kementerian Luar Negeri bagi menilai keadaan semasa sebelum sebarang pemindahan rakyat Malaysia dilakukan.

Katanya Majlis Keselamatan Negara telah mengadakan mesyuarat kali kedua membincangkan pemindahan pelajar Malaysia di Mesir berikutan keadaan yang semakin buruk akibat tunjuk perasaan besar-besaran rakyat menuntut pengunduran Presiden Hosni Mubarak.

"Adalah dinasihatkan supaya rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan atau lawatan tidak penting ke Mesir. Rakyat Malaysia yang berada di Mesir juga dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa Mesir termasuk arahan perintah berkurung serta mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnnya seperti yang dimaklumkan kedutaan besar Malaysia di Kaherah," kata Kohilan.

Menurut Kohilan, setakat ini sejumlah 11,319 pelajar Malaysia berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Kaherah dan tidak menolak kemungkinan angka ini lebih besar lagi dan menambah kata bahawa setakat 12 tengah hari ini, kesemua pelajar dan rakyat Malaysia dilaporkan selamat di negara itu.

Menjawab satu soalan, Kohilan menjelaskan bahawa misi ini hanya untuk menilai keadaan untuk keperluan pemindahan, serta memberi segala bantuan yang diperlukan dan memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia dan tidak ada sebarang perjumpaan akan dilakukan dengan sebarang menteri negara Mesir.

-- BERNAMA

Kunci Rezeki

SALAH SATU KUNCI REZEKI

Melaksanakan haji dengan umrah atau sebaliknya adalah salah satu kunci rezeki. Dalil syar'i:

Nabi ada bersabda yang bermaksud:
"Laksanakanlah haji dan umrah, kerana sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagaimana api dapat menghilangkan kotoran besi, emas dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur itu melainkan Syurga"
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu'anhuma


Nikon Projector Camera Coolpix S1100pj



Salam kasih..

Hari ni terasa nak syer citer tentang kamera hebat ini - Kamera Projektor Nikon.
Hebat kan namanya, sehebat fungsinya!

Nama model - COOLPIX S1100pj
Ini adalah kamera kompak pertama di dunia yang dibangunkan dengan fungsi projektor. Sangat sesuai untuk berkongsi gambar, video terus dari kamera mahupun file presentation, yang disimpan didalam pc atau mac tanpa perlukan alat tambahan lain selain kamera projektor nikon itu sendiri dan dedicated software. Bagi saya itu sudah cukup hebat!
Amacam rasa nak kena ada satu nih?!

Jom tengok spec penuh:

Sensor • 1/2.3" Type CCD
• 14.1 million effective pixels
• 14.48 million total pixels
Price • RM 1,049.00
Image sizes TBC
Movie • HD 720p : 1,280 x 720/30 fps,
• VGA : 640 x 480/30 fps
• VGA: 640 x 480/15 fps,
• QVGA: 320 x 240/30 fps
• QVGA: 320 x 240/15 fps
Projector • Brightness: up to 14 lumens
• Image size : 5 to 47 in.
• Throw distance : approx. 26cm to 2.4m  (10 in. to 6 ft. 6 in.)
• Endurance (battery life: approx. 1 hour
• Resolution (output) : VGA equivalent
Lens • 5x Zoom-Nikkor (28-140mm equiv.)
• f/3.9-5.8
• f= 5.0-25.0mm
Optical image stabilization Lens-shift
Digital zoom Up to 4x
Focus distance • 30cm (1 ft.) to infinity (∞)
• Macro close-up mode: 3cm (1.2 in.) to infinity (∞) [
ISO sensitivity • ISO 80
• ISO 100
• ISO 200
• ISO 400
• ISO 800
• ISO 1600
• ISO 2000
• ISO 3200 (3M or smaller)
• ISO 6400 (3M or smaller)
• Auto (auto gain ISO 80-800)
• Fixed range auto (ISO 80-200, 80-400)
Aperture f/3.9 - f/5.8
Flash • Built-in
LCD monitor • 3.0-in TFT LCD with anti-reflection coating
• 460,000-dot
Connectivity • USB
• AV out
Storage • SD / SDHC/SDXC card
• Approx 79MB internal memory
Power • Rechargeable Li-ion Battery EN-EL12 (supplied)
• AC Adapter EH-62F (optional)
Battery Life Approx. 220 shots with EN-EL12 battery
Weight (no batt) Approx. 155 g (5.5 oz.)
Weight (with batt & card) Approx. 180 g (6.4 oz.)
Dimensions Approx. 101 x 62.7 x 24 mm (4 x 2.5 x 1.0 in.) excluding projections
Supplied accessories • Rechargeable Li-ion Battery EN-EL12
• Battery Charger MH-65
• USB Cable UC-E6
• Audio Video Cable EG-CP14
• Wrist Strap
• Remote Control ML-L5
• Software Suite CD-ROM
• TP-1 Touch Pen
Optional accessories       • AC Adapter EH-62F
• Leather cases (CS-S14, CS-S15, CS-S21, CS-S22).

1st GiveAway Ang Pow Chinese New Year


Salam..

Saya ikut serta give away ini kerana sudah di tag oleh Cha
Give away ini diadakan saya yakin betul adalah kerana bersempena menyambut kedatangan Chinese New Year. 
Saya ucapkan selamat berbahagia dan bergembira kepada yang meraikannya dan selamat bercuti kepada yang bercuti panjang!

Jom lar kekawan lain yang nak cuba nasib, ada hadiah angpow!
Tarikh tutup adalah pada: 10 Feb 2011
Hanya klik gambar di atas untuk ikut serta.

Tak lupa untuk segmen mengetag:

Sekian. Wish me luck!

First GA Pearl by Moon


Salam..

I wanna join the GA just becoz to try my luck dan sambil menambah kenalan blogger, harap tuan belog pun sudi yer!
Antara putih, peach dan hitam, i choose peach - juz becoz, peach adalah warna yang unik, dan sangat fikir secara positif ia adalah sangat manis&sesuai untuk digayakan oleh si hitam manis... hehehe

Jom lar kekawan lain yang nak cuba nasib, masih ada banyak masa untuk ikut serta, tarikh tutup adalah pada 14 Februari 2011 (Isnin) 
Hanya klik gambar di atas!

Kali ni Ann nak tag:

Sekian. Trimas

Google Opens Kuala Lumpur Office

Salam.

Eh! Google buka ofis di Kolumpo.
Baru jer tengok kat berita di waktu perdana tadi..
Ini adalah ofis yang ke tiga google di Asia selepas Singapore dan Korea.

Ermm.. Takde keje kosong ke kat sana?
Ha-ha.. Kalu ada leh ler antar resume...
Ada sesapa yang ada kontek tak.. ekekek

Nota: Tak tahu menahu pun google nak buka ofis di malaysia.. mesti cool ofis kat sini.. mcm yang kat obercie!
Nota2: Kenapa malam ni slow sesangat line.. tak dapat nak  balas jejak kekwn

Please Pray For Me

Salam to all readers!

Today im going to have an interview with one of big-big co. It will be held thru phone call.. at 4.30pm
Wish me luck kay...
I'm scared to death.. Haha... Really?
Does it obviously interview session will make peeps scared or have something feel uneasy?
All what i can do is pray to God - "All will be easy for me to handle it. Aamiiin."
Please pray for me too yar my dear fellows

Notes: Why it is sound like different slang in the last statement? i wonder..

DANIEL ADIE GIVEAWAY: Diary Motivation 2011


Salam.

I am joining this beautiful motivation giveaway from Daniel Adie. It's first GA from him.
Let we support him and his cool blog.

The GA will end on 27 Jan 2011. So, hurry!!
Please click banner above to join and read all the simple terms.

Now, time for me to tag peoples:

Thank You Daniel.

Notes: Hope i will get this, since don't have yet any new diary for 2011.. Ha-ha.. Good Luck For Me!

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali
  • Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
  • Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sembahyang malam.
  • Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  • Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  • Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkan bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
  •  

Wallahu'alam. Wassalam

Cuti Thaipusam 2011

Salam Hormat...


Hari ni 20 Jan 2011. Cuti hari Thaipusam.
Hampir saja nak bersiap2 pegi keje... Hahaha.. Rupanyer cuti daaa..
Ada yang kena kerja jugak ker hari ni?

Mesti ada jugak yang dah apply sambung cuti besok ni kan..

Bila Facebook Nak Tutup?

Salam Geng!

Ntah bila ada geng ntah.. Syok sendiri jer ni sebenarnya kan ni.. Yelah.. Apa taknya.. Entah ada ke orang nak baca nko punya belog ni.. Huhu
Takper lah.. Aku tulis, aku sendiri yang baca. Haha.. Syok sendiri adalah T-E-R-A-P-I kebahagian di dunia semata.

Ni.. Hari tuh dok heboh Facebook nak tutup.. Tup-tup, tak jadi pulak! Sakanlah depa ni.. Propana Proganda jer ker.. Lau betul2 nak tutup, aku tak kisah pun..

Cara Paparkan Link di Profile anda

Tutorial bergambar.

Daripada Menu Dashboard >

Skrin1 - Klik untuk besarkan


Skrin2 - Klik untuk besarkan



Skrin 3 - Klik untuk besarkan



Mudah jer kan!

Ayeen's Craft Giveaway


Salam..

Saya nak join GA new year Ayeen.
Dah jadi follower 228 kat sana kay..
Tarikh tutup pada 20 Jan 2011
Masih ada masa lagi pada sesapa yang ikut serta..


Hadiah nya adalah sangat cumil.. mesti sama comel mcm tuannya.
Syarat pun senang ajer eh..

Jom beramai2 join GA Ayeen.
Sila klik gambar untuk ikut!
Sekian. Trimas


Nota: Berapa GA daa mau join ni.. hehe

Sakinah Give Away


Salam..

Last minute joined!
Kalu tak dikira pun takperlah.. Cuba nasib.. kikiki
Saja jer nak tambah kenalan blogger ni.. Menyelam sambil minum air.. Mana tahu ada tuah lak..
Tarikh tutup adalah hari ni.. 15 Jan

Kalu rasa sempat nak join.. Sila klik gambar di atas ye!

Kali ni Ann nak tag:

Sekian. Trimas

Masalah Problemo Berulang

Kengkawan...
Acu tengok ni.. Acu tengok ni...

Nadya Bubble Give Away

Klik Gambar utk join

Salam.

Aiseh.. Dah lama dah sebenarnya ditag oleh Cempaka Kuning, tapi hari ni baru teringat dan menyempat untuk ikut serta.. Jom ikut sekali.. Ramai² memeriahkan tuan belog cik Nadya kita..

Senarai Kehendak :: ELECTRONICS, I.T & FURNITURE EXPO SHOW

Iron??
Apakah senarai kehendak?
Hihi.. Wish list lah..
So, what's your wish list this year?

For me, ada banyak!! but one of them....
Obviously, displayed above.

Kerja Tertangguh

Salam Semua & Selamat Pagi!

Pada pagi yang sunyi ini, dimaklumkan Ann akan mengemaskini kerja² memfolo orang yang telah menjadi pengikut setia belog Ann-Macam², bila Ann ada masa terluang nanti. Sebut lagi sekali, a-kan. O.K.!
Setia yang tahap mana tidak lah dapat dikesan. Itu tak kesah sangat, yang kesah nya, pasal janji ni!
Sebagai janji manis yang telah tersiar pada mula² aktif berblogging semula dulu. Tapi itu bukannya paksaan pun utk ikut, ada sesiapa ingat takk. Kalu tak ingat, bagus jugak! Tak payah susah² nak ikut balik. Hihi.. Melawak ajer lah.

Petua Menambat Hati Isteri

Awas!! Ini adalah tips kebahagian rumahtangga. Khusus untuk para suami untuk menambat hati sang isteri. Kalu nak bahagia anda bulih lakukan tanpa was².
"Tambat Hati Kukuhkan Ikatan,
Kasih Sayang Pasti Berkekalan."

Cewaahh.. Ada pantun 2 kerat dari Mokcik untuk anda semua!
Selamat membaca...

Hari² yang sang suami perlu buat:

Kedai Online

Salam Ceria!

Mai rapat, mai dekat.. Nak dengar citer tak? 
Korang mesti tak tahu punya citer ni, takkan dapat baca citer ni kat mana² blog lain. Pasal ia adalah asli dari ladang blog ini, dan bukannya di cedok dari mana² sumber sekalipun. Jom layan..

Ubah Cara hidup! Ubah Cara Hidup!

|Catatan 5 Januari|

Assalamualaikum.

Ke hadapan kepada kawan² blogger ku. ««(Macam nak tulis surat jer)
Sihat hendaknya korang semua, walaupun harga minyak telah naik lagi.
Takper lah.. Sket jer naik tuh, esok-lusa, bulan depan ke, ia naiklah lagi sket².

Zack Zukhairi Kembali

Salam.

Zack Zukhairi sudah kembali?
Siapa dia Zack Zukhairi?
Korang kenal ke?

Huhu.. Aku sorang jer yang tak kenal kot. Maklum ler dah tua, panggilan pun mokcik - cucu pun dah ada sorang! Apa lak kaitan tua ngan tak kenal. Nyanyuk ni kot.. Sudah lah tak berapa nak muda, baru 2-3 bulan aktif berblog pulak Sebelum in biasa² jer. Kalu nak tahu kenapa tiba² aktif.

::1st Giveaway:: Tupperware With Love

Salamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini rasa macam kemaruk nak masuk GA, pasal ada banyak yang terserempak tadi masa merayau² di blog kekawan. Tapi banyak² tu tak save lak link. So, dapat satu yang ni. Entah ada tuah ke tidak.. Wakakaka.
Tarikh tutup adalah pada 31 Januari 2011.

Jom! Jom! Ikut sekali.. 
Kali ni Ann tag semua follower Ann-Macam² dan semua pengunjung yang terbaca entri ni. Jom lah. Apa tunggu lagi tuh. Sila klik gambar kay utk join..

Terima Kasih Nidza

1st GA from Aesya


Assalaamualaikum!

Ada GA lagilah.. Jom join sekaki. Sajer je ni nak menyebuk.. Ahak.
Tarikh tutup seperti tertera di sebelah.
Takda sapa pun tag kita, tapi itulah kita tetap kena tag orang.
Jom join sekali. Sila klik gambar sebelah ye!



Sekian, dimaklumkan.

Catatan 3.1.11

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Salam Ceria & Salam Hormat..


Rentetan daripada malam minggu yang busan, maka berlarutan hingga ke hari ini. Hari² yang dilalui tetap juga dalam lingkungan yang sama, iaitu busan. Hari ni dah nak masuk malam ke-4 tahun 2011, baru terhegeh² nak buat entri. Memang saja jer melambat²kan sebab tiada semangat wajar.

Kalu nak diplotkan pada graf tahap kebusanan ni, maka terhasillah garisan yang mendatar sahaja, tiada garisan menaik walau sedikit. Tapi jika digambarkan di monitor ECG (tahu tak apa maksud ku?). Ala.. Mesin yang cek jantung tuh, kan ada skrinnya yang hitam dan ada garisan warna hijau. 

Okey, sambung balik ayat tadi.. Jika digambarkan pada skrin itu, maka maksudnya; orang itu sudah tiada lagi. Ni haa contoh grafnya:


Tapi dalam kes ni, bukan ada sesapa yang meninggal, cuma ibarat sahaja. Kenapalah imaginasi ku sampai ke situ. Bukankah ini betul³ menunjukkan tahap kebusanan terlampau. Tolon lah paham kepada sesiapa yang sudi prihatin. Huhu..

Sekarang, ruang untuk mengenal-pasti kenapa tahap busan masih juga bertahan. Tapi ada ke orang nak layan punca² ni? Kita kurang femes pun, malah tak femes langsung. Takpelah, kita hentam sajalah. Yang penting rasa hati ku terluah.. Ngeee.. Harap² boleh cepat lega!


  • Faktor 1 # BE dah jadi ME - Ncik Nuff dah kuarkan BE saya, dan hanya itulah satu²nya yang wujud sebelum ni, dan pungutannya pun amatlah sedikit. Sekarang sudah nehi.. Zero.. Nyilek.. Tarak BE lagi. Tapi akan ku tetap setia menanti.. Walau harapan untuk cash out masih jauh ke hadapan. Namun, jika ditakdirkan ini adalah rezeki ku, akan ku pertahankan. Jiwang sket mak malam ni.

  • Faktor 2 # Blog ke aku yang tak femes² - Wakaka.. Ada jugak perasan ini. Tak dapat disangkal, siapa yang tak mau fofular. Tetaplah takkan femes punya, fasal kita tak lawa macam orang yang dah femes² tuh. Faktor ni terhilite bukan sebab nak giler femes, tapi sebenanrnya teringin nak buat kontes atau give-away gak.. Hehe.. Tapi takder idea nak buat dalam bentuk camaner, supaya tak menyusahkan diriku dan dirimu jua. Bila dah ada kontest, bulih femes sket kan blog kita ni.. Weee... Ehek, kan menyelam sambil minum air. Tapi segan gak nak buat, kot takder sambutan.. Maklumlah, hadiah pun mungkin tak seberapa. Nantilah, akan difikirkan lagi yek!

  • Faktor 3 # Tahun lepas tiada bonus - Oh! Bonus-link ada lah... Tapi belom sempat tengok lagi berapa point yang ada. Sahkan bonus, malahan gaji tahun lepas pun belom dapat laei ni! Boss, mana gaji saya? Saya tahu lah bulan² terakhir saya banyak berblogging jer. Tapi tu bukan salah saya. Boss yang tak bagi keje, apa saya nak buat lagi, selain isi masa lapang berblog jogging. Salah ke saya? Mana tahu cepat sket dapat cash out dari Nuff. Boss tu yang tak create projek, kalu ada projek, baru saya ada keje.. Betul tak saya cakap ni? Huhu.. nak gaji boss.. sengket tahap sarat dah ni.
Cukuplah kot 3 punca yang sudah tereka-cipta, ni pun rasa takder yang baca pun. Hukhuk.. Sabar ye sayang! Yeah.. Aku sayang apa, pada diriku sendiri. Selain sayang pada Allah, Rasul dan Ibu-bapa. Suami? Sayang dia kalu dia sayang jugak kat kita. Uwaa... tangkap syahdu lak bunyi. No-no, kena sayang-menyayangi hanya kerana Allah. Al-fatihah buat kedua ibubapa ku yang telah lama pergi.
Wei, bila nak berenti menaip ni? Idea mencurah² pulak.. Tapi kena stop jugak.

Nota: Astaghfirullahal'azim. Sori, entri malam ni hanya luahan penulis yang boleh dibuang dalam tong sampah sahaja. Tapi penulis berkeras untuk menyimpannnya di sini sebagai mengenang masa² getir. Getir sangatlah~

Malam Minggu yang Busan

Assalaamualaikum!

Korang buat apa tu hah?
Tengah jenjalan lah tuh... Eh, samalah kita!
Tapi ni dah penat berjalan.. Berenti nak menaip la pulak. Harap2 ada idea nak taip apa.

Hasil daripada perjalanan hari ni, rata2 berita berkenaan kematian seorang artis yang agak muda. Innalillah..
Kalu dia, Allahyarham Faizal Yusof, meninggal hari ini (1/1/2011) disebabkan jantung, bagaimana kita? Bila? Di mana? Sebab-musabab? Hanya Allah yang mengetahui. 

Setiap yang bernyawa, pasti akan mati. Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana persediaan kita melakukan amalan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang. Manusia yang sentiasa mengingati mati akan melakukan tugas dengan jujur, bersungguh, dan ikhlas demi mendapat keredhaan Allah.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh Malaikat maut adalah sakit tidak terperi yang tidak boleh digambarkan. Nabi ada bersabda, yang bermaksud
"Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitu sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang."

Hmm.. Macamana? Boleh gambarkan? Bayangkan kalu kuku tercabut dari isi pun sakit tak tertahan, ini kan pula kena tetak. Oleh yang demikian, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh Malaikat maut disarankan beberapa amalan tertentu. Antaranya:

Sebelum Tidur
  • Baca Surah al-Ikhlas 3 kali
  • Selawat ke atas Nabi
  • Beristighfar
  • Membaca tasbih
Amalan Harian
  • Sentiasa membaca al-Quran
  • Menjaga sembahyang terutama solat fardhu
  • Membaca tasbih
  • Memperbanyakkan sedekah
  • Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan Yang Perlu Dijauhi
  • Dusta
  • Khianat
  • Mengadu domba
  • Kencing berdiri

Wallahu'alam.

Dipetik dari buku2 lama dalam koleksi peribadi.


Nota: Sekadar berkongsi, jika ada tersalah mohon diperbetulkan.