Nasib Peniaga

Salam Malam Tahun Baru Masihi 2011

Ehsan Ncik Google


Sana-sini, dok sebuk dengan bola lagi ke?
Ann minat bermusim jer. Hihi..
Ada juga yang saling dok tanya apa azam tahun baru?
Tapi, Ann percaya dah ramai yang pasang azam sejak masuk tahun baru Islam baru² ni.

Malam ni ada lah tu yang pasang bunga api, baik tidur awal, nanti detik kul 12 langsung tak leh tidur, sebab bising! Huhu.. Tengok gambar bunga api kat sini cukuplah.

Banyak² berita yang ada dalam paper kosmo, ada satu yang menarik perhatian, sebab kesian  kat peniaga ni, cedera di kepala akibat ditetak. Dah baca ke? Apa ke jalan singkat yang depa 6 orang tu nak cari duit.. Na'uzubillah.

Jom layan berita pendek.



Peniaga cedera ditetak 6 perompak

REMBAU - "Walaupun badan saya ditetak berkali-kali namun saya tetap kerahkan seluruh tenaga melawan enam perompak yang bersenjatakan parang.

"Namun, saya rebah dan tidak berdaya lagi kerana kehilangan darah yang banyak selain cedera di kepala, muka dan tangan kanan."

Itulah detik-detik cemas yang dialami seorang peniaga getah, Abdul Razak Ahmad, 56, yang menjadi mangsa rompak di kediamannya di Kampung Pedas Hilir di sini semalam.

Abdul Razak berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama isterinya sebelum terjaga akibat terdengar bunyi bising kira-kira pukul 3 pagi.

Katanya, dia yang mengesyaki sesuatu terus mencapai selaras senapang patah di dalam almari tetapi belum sempat dia mengisi peluru kumpulan penjenayah berkenaan terus masuk ke dalam biliknya.

Petikan dari kosmo.


Nota: Minta Tuhan jauh kan lah dari segala kejadian buruk dari menimpa ku dan seluruh keluarga ku. Aamin.

Esok Public Holiday - Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010



Alhamdulillah.

Malaysia buat pertama kali menang Piala Suzuki AFF. Sebagai penghargaan, PM kita dah umumkan esok , 31 Disember 2010 adalah cuti!!!! Tak sia2 semalam tengok bola dan sokong malaysia.. Hehe

Hmm.. Apa lagi nak taip yer. Ada bende nak taip ni, tapi takut lak ada orang salah faham kan..kan.. Sebab semalam pun ada orang datang sini, tinggalkan nota yang tak suka di baca.. Haishhh.... Oleh itu ku pun batalkan saja niat nak terus mencoret.

Akhir kata, Syabas kepada semua pemain Malaysia.

Wassalam.


Nota: Kalah  menang adalah adat pertandingan.

ADAB-ADAB BERDOA

Adab² Berdoa:
  • Memilih waktu yang baik seperti hari Arafah, hari Jumaat, bulan Ramadhan, waktu sahur dan 1/3 daripada malam
  • Memilih suasana yang baik seperti waktu sujud, waktu hendak mendirikan sembahyang, waktu antara dua khutbah dll
  • Mengadap kiblat
  • Tidak dengan suara yang terlalu nyaring (kuat)
  • Khuysuk, gerun dan takut dengan kehebatan Allah s.w.t. ketika berdoa.
  • Merasa tenang dan yakin dengan penerimaan Allah.
  • Mengulang-ulang sebutan.
  • Memulai doa dengan menyebut nama Allah dan selawat.
  • Berwudhuk
  • Bersih dari najis.
Wallahua'lam.



Nota: Hanya memberi ingatan kepada sahabat, dan juga pada diri ini.

Adab Sebelum Tidur

Salam

Ehsan Ncik Google

Tidur bagi seseorang yang beriman kepada Allah lebih baik daripada ibadat 1000 orang jahil. Maka seharusnya untuk memenuhi tuntutan itu, di bawah disenaraikan amalan² yang patut dilakukan sebelum tidur:

  1. Berwudhuk
  2. Mengadap kiblat
  3. Membaca Bismillah
  4. Membaca surah 3 qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, Al-Nas) - dihembuskan bacaan di kedua telapak tangan dan digosok ke seluruh badan, amalan ini mengelakkan daripada terkena sihir
  5. Mengucap  Dua Kalimah Syahadah
  6. Selawat
  7. Doa atau Ayat Kursi

Wallahua'lam.

Give Away Mummy Chacha


Assalaamualaikum!

Kawan² sihat ker? Harap semuanya Ok!
Malam ni Ann nak sertai satu lagi giveaway. Kali adalah dari mummychacha yang bermurah-hati, yang bertarikh tutup pada 11 Januari 2011.
Bukan hadiah yang menarik minat nak ikut-serta, tapi cuma untuk memeriahkan peserta dan mempromot blog mummychacha. Tapi kalu bertuah, rezeki takkan ditolak. Huhu..
Jom terjah blog mummychacha.. Sila klik gambar di atas ye!

Kali ni Ann nak tag:

Sekian, dimaklumkan.

Adab² Berzikir

Selamat Malam Minggu!

Oleh kerana semalam secara tak langsung sudah pos satu zikir. Tak salah kan nak kongsi adab² berzikir. Walau mungkin semua orang sudah tahu, kali ni mungkin untuk memperingati kita semua, termasuk diri ini yang bernama manusia sering dalam kealpaan.

Zasss.. Layan!



ADAB BERZIKIR:

  • Berzikir dilakukan samada dengan lidah ataupun di dalam hati. - Yang afdal lidah menyebut, hati bergerak mengetahui maknanya.
  • Sebaik² tempat berzikir ialah tempat lapang - Seperti di masjid, dalam bilik dan di mana² sahaja tempat yang difikirkan sesuai, bersih dan terhormat.
  • Berzikir dengan ikhlas, hadir hati, insaf - Serta memahami apa yang diucapkan.
  • Perlahan dan tidak terlalu kuat.

    Wallahu'alam.

    Malam Minggu Mimpi Nan Indah

    Salam Ceria..

    Harap sumer yang tengah skodeng/singgah/baca belog ni sihat² dan ceria² sokmo.
    Ann jer yang tak ceria.. Boring sket. Sket jer, tak banyak mana pun.
    Hari ni takder tip nak kongsi pun, tapi baru lepas berblog-walking, penat pulak rasa. Rehat sekejap untuk meluah perasaan yang bosan ini.

    Apa nak buat pulak lepas ni?

    Tidurlah kot ye. Harap² esok boleh menaip lagi untuk kongsi² ilmu.
    Hmmm.. Tidur nak mimpikan Hanis Zalikha lah.. Ahaks
    Sapa tak kenal dia kan? Hanis Zalikha.. Hanis Zalikha..

    Nak amik aura Hanis sket.. Hihi

    Selamat Malam.


    http://www.emocutez.com


    p/s: Bila rasa bosan, boleh isikan dengan zikrallah. 
    Daripada Abu Hurairah r.a.berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Dua kalimah yang ringan lidah menyebut tetapi berat pada timbangan. Kedua² kalimah sangat disukai Allah iaitu:
    سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
    'Maha suci Allah dengan segala kepujian-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung'"

    Tip Legakan Resdung

    Tip Legakan Resdung Macam Saya

    Salam.

    Pada sesiapa yang ada resdung macam saya;
    - Hidung sesak bila bangun dari tidur
    - Hidung berair / sesak bila kena habuk
    - Hidung sesak lepas makan ayam


    Cara elakkan 1:

    Pesanan Lokman Al-Hakim Kepada Anaknya

    "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka nabi yang lalu iaitu,sabda mereka";

    1. Apabila engkau sedang bersembahyang, maka jagalah baik-baik fikiranmu.
    2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jaga-jagalah matamu.
    3. Apabila engkau berada di dalam majlis, jagalah lidahmu.
    4. Apabila engkau di majlis jamuan makan, maka jagalah perangaimu.
    5. Ingat kepada Allah selalu.
    6. Ingatlah akan mati(dengan menyediakan amalan-amalan untuk menghadapinya).
    7. Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain.
    8. Lupakanlah kesalahan orang terhadapmu.
    Wallahua'lam.


    Gambar Hiasan

    p/s: Mari kita sesama ingat-mengingati.

    Kontes Blog Terkemas


    Assalaamualaikum!

    Salam Ceria semua...

    Sepertimana tajuk itulah yang sedang berlaku sekarang.
    Ann ikut serta dalam kontest blog terkemas oleh Hana setelah di tag oleh Princessfeyqa
    Hmmm.. Adakah blog daku tidak kemas? 
    Adakah blog korang kemas?

    Jom Masak Kerang

    Salam Ceria.


    Apa kabar kekawan?
    Harap semua sihat² semua.
    Alhamdulillah, Ann sihat jer, tapi resdung di hidung belom lega sepenuhnya.
    Hari ni pada hari minggu, satu rumah dah Ann kemaskan. Bila dah masuk tengah hari, baru la terhegeh² nak masuk dapur pulak..

    Lima Jenis Racun & Penawarnya

    5 Jenis Racun & 5 Penawar
    1. Dunia itu racun, zuhud ubatnya.
    2. Harta itu racun, zakat ubatnya.
    3. Perkataan yang sia2 itu racun,  zikir ubatnya.
    4. Seluruh umur itu racun, taat ubatnya.
    5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan ubatnya.
    Wallahua'lam.
    Gambar Hiasan


    p/s: Mari kita pakat renungkan.

    My Very 1st BE

    Salam Malam Jumaat.

    Ada nak bagitahu sesuatu nih kat uols, tapi malu!

    Ye lah kan, orang lain dah lama dapat, banyak pulak tuh. Kita baru bertenggek satu! Amaun pun ada baper sen jer.. Well, saya tetap bersyukur sebab Ncik Nuff sudi menganugerahkan juga BE untuk diri ini. Eh, tapi korang percaya ke?

    Giveaway Separuh Jiwang


    GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh

    Salam Ceria...





    Di kala malam seperti malam² sebelumnya berjalan² lah daku merayap ke blog kekawan. Maka terserempak lah dengan blog ni, ada wat give away! So, apa lagi joinlah. Cepat-cepat kalu ada sesapa nak join gak. Tarikh Tutup adalah pada 19/12/2010.

    Hadiahnya ada banyak, entah bertuah ke tidak ni, siap boleh pilih nak adiah apa, tapi tu pun kalu menanglah.  Minat nak pilih: Beg Sulam dari Padang. Hihi.. Semoga diri ku bertuah.. Aamiiin.

    Macam biasa ada syaratnya, kena tag rakan blogger lain. Ann tag:  Selipar Korea vs Selipar Jepun

    Sekian.

    p/s: Jom sesapa nak join lagi... klik gambar GA tuh. 

    Catatan 14 November 2010

    Gambar Hiasan


    Assalaamualaikum...

    Selamat petang dan selamat beristirehat!

    Hari ni ditakdirkan belum sihat lagi. Tika dan saat menaip ni pun tengah terbatuk².. Huk..Huk.. Huk.
    So, idea nak mengayat pun tersangkut² jugak. 

    Semalam semasa menunggu giliran nak jumpa tuan doktor, kawan ada hantar text tanya kabar, rupanyer dia pun baru lepas baik demam. Bila masuk jumpa doktor, pun terbatuk², demam juga doktor ni. Ye lah, dia pn manusia. Memang dah musim demam sekarang ni. Sapa lagi yang demam, angguk kepala! Hmm.. Harap²mereka yang di luar sana yang senasib dengan diriku, semoga cepat² sembuh yer! Rajin² jaga kesihatan.

    Sebab hari ni dah 8 Muharam, dan besok adalah 9 & 10 Muharam. Jom pakat puasa!
    Aii, larat ker nak puasa ni, tengah lemah badan lagi. Meh kuatkan semangat.

    Demam Dah Kebah

    Assalaamualaikum..

    Demam dah kebah dah ker? Tapi suara lak tak mau keluar. Macam serak² basah lak, macam suara Ella, penyanyi rock tuh. Ish, tersebut pula nama penyanyi ni. Mana dia pergi ekk, dah lama tak dengar cerita dia. Tak per lah kita tinggalkan dia dulu, datang ni nak bercerita pasal diri ku yang malang ni.

    Pada suatu malam yang dingin, ditakdirkan sebelum nak masuk tidur terasa sejuk tapi badan lak panas sket. Pada siangnya dah kena sakit tekak. Lepas tu esoknya, conform demam. Tak semena-mena selesema pun hinggap sekali. Lepas sakit tekak hilang, suara pula tak keluar. Selsema tak payah cakap lah, sampai hari ni masih ada lagi. Memang, hari ni mc ler.. Campur kepala rasa penin², ni mesti sebab selesema yang telah membuat hidung ku tersumbat.

    Aku Tak Bodoh

    Salam Hormat..

    Pagi² hari minggu terberangan² pula nak pergi panggung.
    Dengar² ada citer best sekarang.

    Hantu kak limah balik umah! Betul ke tajuk ni?
    Apa-apa pun, citer hantu lagi.
    Katanya, citer ni adalah sambungan dari citer Zombie Kg Pisang.
    Oh! Kalu gitu bukanlah citer hantu sangatlah. Tapi citer kelakau.
    Best jugak ni kalu dapat tingok, lagipun dah lama tak berdating dengan pokcik di panggung, kalu berdating kat rumah dah selalu sangat dah.

    Macamaner Ke Rupernye?

    Salam Satu Mesia!

    Adeh, mata dah mengantuk, tapi ku tahankan jua.. Demi.. 
    Demi apa? Ala korang mesti tahu punya kan.. Hehehe
    Kita tinggalkan soal mengantuk dulu.. Ada bende lain yang bermain di fikiran nih..
    Sebenarnya udah lamer, mokcik dok pikir.. 
    Camaner ke rupernyer si BE (Buffered Earning) yang Encik Nuff dok beri kat semua orang tuh.. Kecuali mokcik ler.. Belom merasa lagi... Entah bila dapat merasa

    Mandi Junub

    Assalamualaikum,
    Nak berkongsi sedikit ilmu yang dicedok dari facebook.. Bukan berniat nak copy n paste, tapi bab² agama kalu salah ulas nanti salah pula maksud yang hendak disampaikan.

    Mandi wajib yg betul…..
    Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

    Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

    Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

    Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

    Assalaamualaikum & Salam Satu Mesia!





    Pada malam ini, dengan terujanya Ann telah mengambil keputusan untuk menyertai give away (GA) daripada seorang blogger yang pemurah bergelar Mama Kembar 3. Ini merupakan kali pertama Ann menyertai mana-mana contest yang seumpama dengannya.

    Hadiahnya adalah merupakan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets. Semoga diri ku bertuah untuk mengondol hadiah2 tersebut.. Aamiiin. Hehehe..

    Antara syarat untuk menyertai GA adalah mesti mengetag tiga rakan blogger lain. Maka, tertaglah orang2 ini:

    Sekian dimaklumkan.

    p/s: Jom sesapa nak join lagi... klik gambar GA tuh. 

    Isteri-Isteri Sentiasa Dara

    PETUA DARI Dr. FATIMAH AZ-ZAHRA

    Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

    ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

    Tagging bukan Ragging

    Was tagged by Sharifah Nor & Whiteco-p 

    R.U.L.E
    "Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."


    25 facts about me???

    Selamat Tahun Baru 1432H : Jom Tutup Aurat

    1 Muharam 1432 adalah bersamaan 7 Disember 2010. Kepada pembaca muslim, 'Selamat Tahun Baru'.  Apa azam tahun baru anda?

    Muharam adalah bulan pertama dalam kalendar Islam.  Pada hari ini, umat islam memperingati peristiwa penting dalam sejarah Islam, hari penghijrahan Nabi Muhamad SAW. dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. 

    Simboliknya, penghijrahan ini kepada kita adalah boleh diterap dalam kehidupan, iaitu berhijrah atau berubah kepada ke arah yang lebih baik, yang menjurus kepada sikap, tindak-tanduk, atau perilaku kita sebagai hamba kepada pencipta kita. 

    Apa ke Bendenye Ni?

    Adeh.. Sejak dua menjak ni, Ann perasan selalu kuar bende alah 'bandwidth exceeded' nih...
    Apa sebenarnyer yang telah berlaku?
    Argh.. Malasnya nak google nak carik jawapan.. Huhu
    Ann ada hal lain lagi nak buat ni, blogwalking pun baru nak mula,  Tapi rasa tak leh nak jalan jauh sangat..
    Afsal? Fasal besok nak pegi keje la.. Macam orang lain tak keje.. Haha
    Ahem.. Tapi Ann sirius ni..
    Adakah sesiapa yang lalu-lalang kat sini tahu?Anda dipersilakan memberitahu, jika tahu..Hehe
    Andaian Ann sahaja:
    Adakah sebab terlalu ramai yang pakai widget ni? Tak aci lah gituh..
    Atau post Ann yang dah exceed widget tuh.. Tapi rasanya blog belom cecah 100 pos pun!


    p/s: Saje le tanya, kot2 ada sesapa yang tahu apa solutionnyer.. jimat masa tak nyah google lagi.. Segala bantuan didahului dengan Terima Kasih!!! Eh, ada lagi satu soklan: caner nak dpt BE dari nuffnang.. uwaa.. blom penah dpt lar.. ngee~

    Wassalaamualaikum!

    Dah Kena Saman Dah..

    Salam uols

    Masih ingat kah saudara? 
    Pasal pendedahan berani Uncle Seekers tentang bekas permaisuri agong di blog beliau..
    Agak heran juga.. Betapa berani uncle seekers ni.. 
    Dan yang tak herannya.. Tang bila kena saman tu.. 

    Ann xder nak belah mana2 pihak. Tapi kalu keaiban kita orang dedahkan, apa nak buat? Saman jugak lah kan..
    Baca Berita penuh dari kosmo:

    Catatan Seminggu - Akhir Nov & Awal Dis

    Gambar Hiasan


    Assalaamulaikum kekawan,

    Dari sehari ke sehari, catatan Ann asik saja tergendala. Tergendala dek masa, dan adakala kerana malas juger, sebab line internet yang merangkak lebih slow daripada siput. Ehehe..
    Malam ni pula amatlah terasa hangat dan panas - mungkin hendak hujan kot. Hampir sahaja membakar semangat ku untuk tidak membuat catatan di sini, tapi Ann gagahkan juga. Kata-kata semangat Ann hanya ringkas, 'Jika bukan hari ni, Bila lagi?'
    Maka bermulalah coretan ku:

    'Short Entry'

    Salam uols...

    Sapa sangka..
    Dalam masa satu hari tak sempat nak jenguk blog, Ann dapat kejutan lagi..
    Tak sedap pulak kalu biar lama x berjawab, takut orang kata tak sudi pula nak ambil.
    Ni Ann buat very short n simple entry utk mengucapkan terima kasih kepada yang telah memberi kejutan kepada Ann semalam..
    My special thanx goes to Sharifah Nor & Edy.. Terima kasih bah!
    eh kuar loghat sabah pulak.. pepagi ni..
    Nak cepat ni.. huhu

    Papaii.. lap u ols

    p/s: Nanti Ann penuhi hasrat korang ekk.. trimas lagi sekali utk  tag & award