A Moment As A Nanny

A moment being a happy nanny...

It's play time:


1st swine flu case in Malaysia

Refer to : http://malaysiakini.com/news/104378


M'sia hit with first A(H1N1) flu case
May 15, 09 1:53pm
The Health Ministry has confirmed Malaysia's first case of A(H1N1) infection after tests were conducted on a student currently warded at the Sungai Buloh hospital.
Warded at Sungai Buloh hospital
Health DG: Situation under contro
=========================================
Let's we pray for avoidance...


Original link for the prayer above is located here.

Koleksi Hadis, Quran dan Pesanan

Salamualaikum.

Sahaja lar ku bina slot ni... Koleksi dari langganan celcomblue. Sebagai langkah nak menyimpan ilmu, nak dibiar di henpon utk tatapan sendiri bukan tak bulih, cumer leceh nak bukak, tatap dan baca, juga pasal nak clear kan memori kad-sim ku. Isinyer akan bertambah dari masa ke semasa, selagi org kat celcom tu dok hantar.. Semoga ilmu ini kita bulih manfaatkan bersama-sama. Baca sambil amal.

1# Apa sahaja yg kamu nafkahkan krn mencari redha Allah akan dibalas (pahala dll) sehinggakan apa yg kamu suap ke mulut isterimu (akan dibalas). -Hadis Bukhari

2# Seburuk-buruk meminta tangguh ialah ketika kehadiran maut(ajal) dan seburuk-buruk penyesalan ialah ketika hari kiamat. -Hadis Baihaqi

3# Sesiapa yg bersabar Allah akan lipat-gandakan (pahala), sesiapa yg menderhakai Allah akan menerima AzabNya. -Hadis Baihaqi

4# Nabi S.A.W. ditanya; Apakah amalan yg paling baik? Jwb Baginda; Beriman kpd Allah! Lps tu? Jwb Nabi, Jihad pd jalan Allah! Lps tu? Jwb Nabi, Haji Mabrur. -Hadis Muslim

5# Tidak harus dengki kecuali 2 perkara; pd Org yg byk menafkahkan hartanya kpd kebaikan dan pd Org berilmu yg beramal dan mengajarkannya. - Hadis Bukhari

6# Setiap yg bernyawa akan mati. Siapa yg dijauhkan dari neraka dan dpt masuk syurga itulah org yg berjaya, kehidupan dunia hanya tipudaya. -(Surah Ali-Imran:185)

7# Nabi ditanya; Bilakan hari kiamat? Jwb Nabi; Bila diserahkan tanggungjawab kepada yg bukan ahli tunggulah kiamat. - Hadis Bukhari

8# Nabi ditanya tentang puasa Isnin; jwb nabi: Itulah hari aku dilahirkan dan aku dibangkitkan menjadi Rasul. - Hadis Muslim ..(dan pada hari Isnin juga nabi wafat)

9# Kata Ummu Atiyah; Wanita yg berkabung krn kematian suami itu 4 bulan 10 hari, dilarang bercelak, berwangian, berpakaian warna dan bercorak. - Hadis Muslim

10# Sesiapa yg berselawat ke atasku(Rasulullah) sekali, Allah akan berselawat(memberi rahmat) kpdnya 10 kali dan ditulis baginya 10 kebaikan. - Hadis Tirmizi

11# Seorang yg mahir membaca Al-Quran, Malaikat akan mengiringi bacaannya. Orang yang terrangkak-ranggak membaca Al-Quran tetap mendapat dua pahala. - Hadis Muslim

12# Islam mengangkat darjat wanita setaraf dgn lelaki, Islam melebihkan lelaki pd suatu hak tetapi melebihkan wanita hak yg lain pula. - Hassan al-Banna

13# Orang yangzuhudkan dunia (tidak gemarkannya), akan mudah melalui musibah dan Orang yg selalu mengingati mati, akan segera berbuat kebaikan. - Saidina Ali r.a.

14# Sesiapa yang berpaling dari mengingatiKu maka baginya kehidupan yg sempit (di dunia) dan di akhirat kelak akan dihimpunkan dalam keadaan buta. - (Surah Taha:124)

15# Sesungguhnya apa yg dijanjikan kpd kamu(tentang akhirat) itu benar-benar akan sampai masanya, (pd ketika itu) kamu tidak dpt menolaknya. -(Surah al-An'am:134)

16# Sebaik-baik wanita itu wanita Ansor krn sifat malu tidak menghalang mereka memahami agama (utk bertanya hal-hal wanita kpd Rasulullah). - Hadis Ibnu Majah

17# Tujuh yg mendapat naungan Allah; 1.Pemimpin yang adil. 2.Pemuda yg membesar dlm ibadat. 3.Org yg hatinya mengingati masjid. 4.Org yg merahsiakan sedekah. 5.Lelaki yg menolak ajakan zina. 6.Dua org yang bertemu dan berpisah krn Allah. 7.Org yg menangis krn mengingati Allah. - Hadis Muslim

18# Islam merupakan jawapan kepada 3 persoalan manusia. 1.Dari mana kita datang? 2. Kenapa kita didatangkan? 3.Ke mana kit apergi selepas didatangkan? -Karim Zaidan

19# Apabila kamu memasuki masjid maka hendaklah kamu solat 2 rakaat (sunat tahiyatul masjid) sebelum kamu duduk. - Hadis Muslim

20# Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali utk mengabdikan diri kepadaKu, Aku tidak mohon rezki dari mereka dan tidak minta diberi makan. - (surah Az-Zariyat:56)

21# Nabi S.A.W. menasihati Abu Zar: Bertaqwa kepada Allah kerana itulah modal kamu (bertemu Allah), Bacalah Quran & Zikir kerana itulah cahaya bgmu di dunia. - Hadis Tobrani

22# Haram bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung lebih dari 3 hari kecuali berkabung kerana suamninya iaitu 4 bulan 10 hari. - Hadis Muslim

23# Telah kami mudahkan Al-Quran untuk di ingati(difahami dan hafaz), maka adalah orang yang mahu mengambil perhatian (belajar/menghafaz)? - (surah Al-Qamar:17)