Frigde Makin Sejuk

Alhamdulillah...
Peti sejuk mokcik dah makin sejuk. Entah apa penyakit ia sebenarnyer.. Dah beberapa hari, ia telah buat banyak barang rosak. Tapi hari ni ia dah makin sejuk.
So, masih ada masa untuk menabung dan prepare minda untuk beli yang baru..

Peti Ais Rosak

Salam di petang2 selasa.
Petang ni kepenatan selepas membikin kek tempahan. Semalam pun ada tempahan juger. Tapi penat buat kek pun kira ok lagi...
Tak laratnyer bila kena berperang dengan askar semut. Nak tahu; kat rumah dah lama berkoloni sang askar ni. Sampai dah buntu nak letak ubat apa lagi.
Sekarang ni hanya mampu menengok jer ia berbaris. Kadang2 bila geram, ku gilis jer dengan kain lap.
Semalam nak dijadikan tragedi.. terserempak dengan askar ni berbaris dalam peti sejuk lak. Panik giler lah, pasal yang dihurun tu kek coklat. Bertungkus-muluslah berperang, sehingga berkali2 kena bukak tutup peti ais.
Sudahnyer, peti sejuk mokcik dah tak sejuk lagi.... uwaaaaaa
Apa nak buat yer, boleh dibaiki ke, bahagian freezer macam ok lagi.. atau kena beli baru?
#aduh! kena kumpul duit lagi

Gaza Under Attacks - Emergency Funds

Assalaamualaikum!

Sihatkah anda..? Dimana jua anda berada, harap semuanya sihat sejahtera di sisi keluarga tercinta. Terfikirkah anda pada saudara se-Islam kita yang berada di Gaza, Palestin. Mereka di serang lagi baru2 ini oleh puak Laknatullah - Israel..

Jom berdoa, berdoa & berdoa untuk kesejahteraan saudara kita, dan kehancuran mereka yang jahat hati perutnya, kalau ada hati prot, mesti ada sifat kemanusiaan kan.. Ish..!

Jangan lupa hulurkan sumbangan anda kepada Pertubuhan Viva Palestin. Ngo ini akan terus hantarkan wang anda untuk mereka yang memerlukan pakaian, ubatan dan makanan. Boleh baca & tengok sendiri di web : http://www.vivapalestina-my.org/


Info sumbangan
Pertubuhan Viva Palestina Malaysia
Account no : 5-64324-601324
Swift Code : MBBEMYKL
Bank : Malayan Banking Berhad
Bank address : Block C, Damansara Offices Complex, Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia


Menghitung..

Assalaamualaikum!

Salam November juger buat teman² seperjuangan.



Tajuk hari ni adalah 'Menghitung'. 
Nak hitung duitkah, atau hitung hari? Boleh jadi hitung hutang kot.. 
Apa bende yang hendak, perlu, atau kena hitung tuh.. Meh terus baca kalu rasa nak tahu..