Musim Kelajuan Internet Tahap Siput

Salam Petang Jumaat.

Ceria² selalu.. Harapnya para penyinggah di sini sihat semuanya. Pagi tadi sempat buat lawatan ke beberapa belog kawan², memang sekarang ni musim internet sangat perlahan, makanya, penjelajahan ke belog rakan² amatlah sedikit bilangannya. Maafkan aku, ini bukan salah ku!

Lebih memeritkan bilangan pengunjung ke sini pun sangat² lah berkurang. Haku tahu belog ni agak berat juga timbangannya, tapi apa nak buat, kalu nak buang semuanya, nanti dah tak lawa la pulak.. Hehehe.. Kita nak ikut sedap mata memandang sapa, tuan punya ke, pengunjung? Jawapannya ada dengan anda!

Fesyen Baru Lagi

Salam Hari Khamis.

Adeh! Penat..
Baru jer beres menghapdate belog yang lagi satu...
Ada 3 belog, ahaks! Tamaknya... Bukan apa, lain belog lain halnya.. Malas nak campur-adukkan.. Ngeh..ngeh..ngeh..

Tapi bila belog dah asing², ada masalah lain pulak..
Idea kurang menjadi.. Hehehe
Plus, harus jadi kering.

SMS Scam

SMS SCAM | SMS HANGIT

Salam Petang Sabtu,

Baru jer lepas santap.. Hehe.. Makan petang, merangkap makan tengahari dan boleh jadi merangkap dinner sekali... Huhu.. Jimat kan?!

Kat luar dah dengar orang azan, tapi tangan ni gatal nak menaip pulak!

Ni adalah gara² mendapat pesanan hangit lagi mengjengkelkan haku.. Korang mesti penah dapat pesanan seumpama yang berbunyik;

Siri 7: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja² Dahulu

Empat hal yang menambahkan kejernihan air muka
  • Jaga wibawa
  • Tepati janji
  • Berbuat baik
  • Taqwa

Kata Kunci Minggu Lepas

Salam Hari Jumaat.

Moga para penyinggah di blog ini sihat² hendaknya. Hari ni ku lepak kat umah ajer. Bukan sebarang lepak tau, lepak makna tak masuk opis jer, tapi kerja tetap kena jalan jugak. Kalu tak, caner nak berasap dapur tu.. Dah letih pikir pasal kerja, nak relax jap ngan update belog yang tak seberapa ni..

Teringat minggu sudah ada wat capture screen keywords dari analitik nuffnang. Ada sesuatu rasa nak kongsi dengan pembelogger sumer. Jom intai² apa yang ada..

Siri 6: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja² Dahulu


Empat hal yang dapat menghilangkan kejernihan air muka
  • Dusta - Hati² kepada penaip pesanan palsu di ruangan sembang.
  • Tidak punya malu - Kucing pun tahu malu, berdasarkan peribahasa 'Malu² kucing'
  • Banyak bertanya tanpa menguasai masalah - 'Lebih baik diam dari berkata²'
  • Banyak buat maksiat - Termasuk maksiat mata, maksiat mulut dan maksiat hati, eh ada ke maksiat hati?

Pesan Mokcik: Anak² pikirlah sendiri yek..



    Krisis Nuklear Jepun

    Bayi tengah di scan radiasi
    Salam.

    Semalam, 15 Mac 2011, Jerman telah mengumumkan akan penutupan tujuh loji nuklear mereka, yang telah beroperasi sejak sebelum tahun 1980 - Lama tu dah beroperasi!

    Keputusan diambil setelah krisis nuklear yang melanda Jepun selepas gempa dan kesan tsunami - Okay jugak tuh, ambil iktibar katakan.

    Kesian dah ku tengok orang2 kat Jepun tu.. Dah lah kena gempa, lepas tu tsunami, sekarang ruang udara mereka di cemari kesan radiasi pulak. Syukur kita kat Malaysia masih dinaungi Rahmat Allah tiada mala petaka seumpama itu sekarang ni.

    Siri 5: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

    Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja² Dahulu

    Empat hal yang menguatkan tubuh
    • Memakai pakaian yang licin(tidak kasar) - baju cotton termasuk licin ker?
    • Mandi secara  teratur - kadang² susah jugak nak bagi teratur 
    • Makan makanan yang manis dan berlemak - tapi rasanya tidak secara berlebihan
    • Mencium wangian - okay lah kot ye cium jer, tak nyah pakai wangian, org perempuan pakai lebih² kang berdosa lak

    Cara Kira Zakat Perniagaan



    SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN

    • Muslim: Hanya bahagian pemilikan orang Islam sahaja yang wajib dizakatkan.
    • Harta Halal: Harta yang halal sahaja yang diwajibkan Zakat.
    • Cukup Haul: Haul dikira daripada awal perniagaan sehingga genap tempuh satu tahun mengikut kalendar Hijrah (355 hari) atau Masehi (365 hari).
    • Cukup Nisab: Nisab harta perniagaan dan wang dinilaikan berdasarkan harga pasaran 86 gram emas.
    • Milik Sempurna (al-Milk at-Tam): Zakat diwajibkan terhadap harta perniagaan yang mempunyai status milik sempurna dari segi pemilikan fizikal (hiyazah) dan berkuasa mengurus tadbir (tasaruff) harta tersebut.
    • Harta Produktif (an-Nama’): Harta yang diwajibkan Zakat mestilah yang boleh berkembang atau berpotensi untuk berkembang.
    • Niat Perniagaan (urud at-tijarah): Niat perniagaan mesti dilakukan apabila harta tersebut dipunyai peniaga dengan bertujuan diperniagakan untuk memperolehi keuntungan.

    FORMULA KIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN

    Zakat Perniagaan = (Aset semasa – Liabiliti semasa +/- Pelarasan) x 2.5% x % Pemilikan Muslim



    CONTOH KIRAAN UNTUK PERNIAGAAN KECIL

    1. Aset Semasa:
    Wang tunai di tangan = RM3,000
    Wang tunai di bank = RM5,800
    Stok akhir = RM4,500
    Hutang pelanggan = RM1,500
    Jumlah Aset Semasa (A) = RM14,800


    2. Tolak Liabiliti Semasa:
    Hutang dagangan kepada pembekal = RM500
    Lain-lain hutang (kos operasi sahaja) = RM2,000
    Jumlah Liabiliti Semasa (B) = RM2,500

    Aset Semasa Bersih (A-B) = RM12,300

    3. Pelarasan:
    Campur Aset Semasa
    + Derma pada suku akhir tahun (C) = RM500
    + Pengambilan wang kegunaan sendiri (D) = RM30,000
    Tolak Aset Semasa
    - Stok lapuk / Usang (E) = RM1,000

    Nilai Aset yang dikenakan Zakat (A-B+C+D-E)= RM41,800

    4. Kadar Zakat 2.5%: = RM1,045


    5. % Pemilikan Muslim (Contoh: 100%): = RM1,045

    Jumlah Zakat Perniagaan = RM1,045


    Sumber: MUIS

    Nota kaki: Jauhnya pergi buat rujukan sampai Singapore. Ilmu kan.. tak kira lah di mana pun ia berada.



    Siri 4: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

    Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja2 Dahulu

    Empat hal yang dapat merosakkan mata
    • berjalan tanpa alas kaki
    • sepanjang hari berwajah masam dan susah
    • terlalu banyak menangis
    • terlalu banyak melihat benda2 halus.

    Siri 3: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

    Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja2 Dahulu

    Empat hal yang menggembirakan jiwa
    • memandang benda2 hijau
    • memerhatikan air yang mengalir
    • memandang orang yang dicintai
    • melihat buah-buahan

    Siri 2: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

    Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja2 Dahulu

    Empat Hal Yang Merosakkan Badan
    • Fikiran susah
    • Bersedih
    • Lapar
    • Berjaga malam(tidak tidur)

    Gambar Hiasan

    Siri 1: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

    Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja2 Dahulu

    Empat Hal Yang Menyebabkan Tubuh Sakit

    • Banyak berbicara - mengakibatkan air liur menjadi kering dan mencepatkan uban tumbuh di kepala.
    • Banyak tidur - mengakibatkan wajah menjadi kekuningan, hati jadi buta, malas bekerja dan tubuh menjadi lembap.
    • Banyak makan - akibatkan rosaknya perut besar, melemahkan tubuh, sesak nafas dan bau mulut yang tidak sedap.
    • Banyak bersetubuh - badan lemah, kekuatan berkurang dan akan dirasai di seluruh tubuh.

    Gambar Jepun Dilanda Tsunami

    Manusia Di atas Bangunan Di Airport Sendai
    Gelombang Tsunami








    Sumber: Guardian.co.uk

    Gubahan Bunga Hantaran



    Salam Hari Jumaat.

    Hari ni hari akhir persekolahan. Bermakna cuti sekolah bakal bermula.
    Tyme cuti sekolah, pasti ada banyak panggilan atau jemputan Walimatul-Urus kan.. kan..
    Gubahan kat atas tu pun adalah gubahan untuk wat hantaran.. Sapa yang nak kawin tu leh tempah dulu, tapi untuk yang terdekat cuti sekolah ni x dapatlah kan.. Masa dah suntuk benar.
    Gubahan bunga ni bukan sebarang bunga tau.. Bukan bunga untuk dilihat2 saja ni.
    Malahan boleh makan lagi.. Bunga dari agar2 kering!
    Sebakul lebih kurang harga seratus. Makk-aii.. mampukah aku nak menaja orang nak kawin bulan enam nanti nih.. Huhu..
    Harap2 sempat nak menabung dulu.. Atau boleh mintak harga lebih-kurang dari sahabat gue..
    Erm.. Kepada yang hendak menempah boleh kontek sahabat ku itu.

    Wassalam.

    Lagu Tema Sinetron Kejora & Bintang

    SILA JANGAN LAGHA!!






    SALAM.

    Kesan bahana dari seben ku menonton Sinetron Kejora&Bintang, ku pun ikut sama.
    Ini adalah sountrack dari sinetron tersebut.
    Lagu tema ni selalu jer dok beralun dalam otak ni.
    Boleh la layan, masa dok boring² dalam washroom. Hihi
    Sesuai untuk dijadikan halwa telinga sahaja yer.
    Jangan lagha lebih² kay..

    Sesungguhnya, zikir dan alunan dari Al-Quran sahaja yang dapat memberi ketenenangan jiwa kepada yang beriman kepadanya.

    Wallahua'lam.

    GIVEAWAY 3 SPONSOR



    Salam Hari Isnin

    Dah lama tak join GA, tak penahnya dapat tuah.
    Hari ni terasa nak join lagi. Orang kata sapa yang lahir tahun naga bertuah, tipulah.. jarang amat bertuah.
    Dah tahu memang jarang2 bertuah - tapi kali ni tak kira nak join gak!

    Sapa lagi nak join pun boleh, klik banner atas tu ekk..

    MULA GA:
    3 March 2011 (KHAMIS) : 9.00 pagi

    GA TAMAT: 
    11 March 2011 (JUMAAT) : 11.59 malam


    Ann nak tag: k-pah

    Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

    RAHSIA KESIHATAN SEPANJANG HAYAT
    • Jangan kahwin kecuali dengan yang masih muda.
    • Jangan makan daging kecuali yang segar.
    • Jangan minum ubat kecuali memang sakit.
    • Jangan makan buah-buahan yang tidak ada pada musimnya.
    • Kunyahlah makanan sampai lumat.
    • Tidur siang hari lepas makan tidak salah, tetapi jangan tidur selepas makan malam kecuali berjalan² sekurangnya 50 langkah sebelum tidur.
    • Jangan makan kecuali sudah lapar.
    • Jangan memaksa wanita bersetubuh.
    • Jangan menahan buang air kecil.
    • Jangan menambah makanan ketika perut masih penuh.
    • Jangan sesuatu yang tidak dapat dikunyah oleh gigi, kerana perut juga tidak dapat mencernanya.
    • Sebaik²nya simpanan darah adalah di dalam tubuh, oleh itu jangan dibuang kecuali benar² diperlukan dan harus dilakukan.
    • Berehat juga dengan tidur, kerana ada beberapa penyakit akan keluar melalui tidur.

    Buat Seikhlas Mungkin

    Salam Malam Minggu

    Hari ni rasa nak meluahkan perasaan ciket lah.
    Apa korang takder perasaan ke, kalu orang hari2 singgah tempat korang, lepas tu tinggalkan pesanan yang berbunyik;
    'Saya dah klik tuttt.. Nanti klik balik yer'

     Buatnya masa tu terajin lak ke, terbuat lah nota kaki sket, sekian berapa hari bulan, ada orang dah klik!
    Ahak.. Ku tak penah buat yer nota ni. Bila dah tiba time waktunye.. xder pun earning. Kan dah kantoi, pesanan hanya tinggal pesanan, bukannyer buat pun kan!
    Ada pulak, yang setengah tu baru join. Umpukan pun dari dulu sampai la ni dok tang 40sen jer memanjang. Tapi pesanan acap kali masuk, ayat dok bunyik serupa hat di atas tuh. Kesian lah kan bagi harapan palsu.
    Baik tak usah pesan suh klik balik ke hapa..
    Dah banyak kali habaq, nak buat sesuatu tu biarlah I.K.H.L.A.S. Tak nyah nak canang keliling pinggang kampung! Sesapa yang nak klik, klik jer, tak nyah habaq.. Hati tarak kecik, dosa pun tarak lekat. Ahak..

    Assalaamualaikum!

    Muslimah Tee Patern Baru

    Salam uols..

    Ada baju baru hapdate.. Patern panas² lagi ni.













    Betul ke t-shirt ni? Memang betul ni t-shirt, tapi kelihatan seperti blaus. Boleh dipakai bersama kain/skirt sedia-ada untuk bergaya ke pejabat. Yang penting tak perlu seterika. Cuba tengok yang bawah ni.. Sekilas pandang adalah seperti blaus atau baju mini kurung jer..












    Belian borong juga dialu²kan.
    Kalu nak wat hadiah untuk istri pun boleh, mereka boleh bungkuskan cantik².
    Moh ler jenguk² SURF&SHOPPE