150 Kucing Mati dalam Kebakaran

21 Feb 2012
Assalaamualaikum!

Semalam ada tengok berita takk. Fasal kucing-kucing seorang nenek berumur 84 tahun, di Beijing telah mati dalam kebakaran. Dikatakan lebih 150 yang mati.. Kucing² tu mati sebab tak dapat keluar daripada bilik tempat ia ditempatkan. Kejadian berlaku pada awal pagi Jumaat lalu.. Sedihnyer..

Sekarang tinggal 30 ekor kucing dan 50 ekor anjing yang terpaksa kongsi bilik dengan nenek 'Ding', penjaga mereka. Dikabarkan kucing² dan anjing² ini telah dikutip sejak 30 tahun yang lalu.

Jom layan gambar² lak..

Bilik yang sudah terbakar.

Kongsi bilik tidur bersama kucing²


Comey² kucing ni..

Nenek Ding dan kucing²nya

Geramlah tengok kucing nenek nih.


Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah


Assalaamualaikum!

Salam kenal ye Wawa..
Hari ni kemaruk join GA lak.. 
Lepas belog tinggal usang entri. 
Apa tunggu lagi..
Jom lah join sekali...
Jangan segan².. Klik jer banner kat atas tu ekk!

Syarat-syaratnye simple je.
  1. Semua kawan-kawan boleh join giveaway ni. Tak terhad. Dan juga terpulang kepada individu berkenaan untuk follow blog Wawa atau tidak. 
  2. Tajuk entry mestilah "Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah"
  3. Letakkan sekali gambar di atas.
  4. Kemudian, tinggalkan link u olls beserta dengan entry masing-masing di ruangan comment. 
  5. Tarikh mula giveaway ni pada 17hb February - 15 March 2012.. 
  6. Genap 12 mlm, 15 March 2012...giveaway ni akan tutup. :)
Hadiahnyer pulak:

Pertama :
  • Face mask from The FaceShop Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick
  • Uncang Cute.
Kedua :
  • Face mask from The FaceShop Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick
Ketiga :
  • Face mask from The Etude Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick

~Wish me Luck!!~

Mala Nasohah 1st Giveaway Contest 2012

Assalaamualaikum

Jom join Mala Nasohah Giveaway!

Syarat-syarat :

Buat satu entry bertajuk ' Mala Nasohah 1st Giveaway Contest 2012' di dalam blog anda masing-masing.
Jangan lupa letakkan banner di atas dalam entry. Pastikan letak link'http://adeqrifqi.blogspot.com/2012/01/mala-nasohah-1st-giveaway-contest-2012.html' dalam entry anda tu .Tuliskan kata-kata semangat @ mutiara kata bertemakan semangat yang positif dalam entry. Ringkas-ringkas pon boleh..Mudah, tepat dan difahami.
Tinggalkan link entry yang anda dah buat, pada ruangan komen entry saya ini. 
Jadi FOLLOWER blog Mala Nasohah
LIKE pada page AdeqRifqi Dot Blogspt

TEMPOH CONTEST = 29 JANUARI sehingga 29 FEBRUARI 2012

*********
Daripada Aisyah r.h.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
********

Ikan Jerung Gergasi


Assalaamualaikum!

Seekor ikan jerung gergasi telah ditemui terperangkap dalam pukat oleh sekumpulan nelayan di Karachi, Pakistan. 

Semasa menemui ikan ini sudah pun mati. Diberitahu ikan ini ditemui di Laut Arab. Beratnya adalah 7 tan metric dan sepanjang 40 kaki. Mak-aii besarnyer.. Allah Maha Besar.

Agak² nak makan ni, berapa  bulan baru leh habiss.

Misteri Lelaki Hilang - Disangka Mati Muncul Semula

Assalaamualaikum!

Hohoho.. Masih ingatkah anda tentang misteri seorang lelaki hilang lepas tengok bola Piala FA 1 Jun tahun lalu.. Kini dia muncul semula.. Jom layan berita ini..

MARANG - Misteri kehilangan seorang lelaki selepas menonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun tahun lalu akhirnya terjawab.
Pada Ahad lalu, lelaki terbabit, Adi Saiful Che Kor, 27, pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Sawa di sini selepas lapan bulan menghilangkan diri kerana bekerja di Singapura.
Kemunculan semula lelaki itu melegakan seluruh ahli keluarganya selepas mereka dimaklumkan oleh beberapa bomoh bahawa Adi Saiful kononnya sudah meninggal dunia.
Mengimbau semula apa yang berlaku, Adi Saiful berkata, ketika itu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuantan.
"Selepas tengok bola di Bukit Jalil (Stadium Nasional), saya balik semula ke Kuantan. Saya kemudian dapat kerja di Singapura melalui seorang ejen.
"Sebelum bertolak ke Johor Bahru menaiki bas kira-kira seminggu kemudian, telefon bimbit saya hilang dan saya bercadang menghubungi keluarga setelah bekerja di sana," katanya di sini semalam.
Sepanjang berada di Singapura, dia bekerja di sebuah kedai dobi dengan gaji bulanan sebanyak S$1,200 (RM2,800), namun dia tidak dibenarkan meninggalkan negara itu dalam tempoh enam bulan pertama.


Cik Bunny Buat Giveaway LAGI, Join Sekarang!



Assalaamualaikum!

Jom ramai² join GA Cik Bunny
(klik banner ye utk makluman lanjut)

Antara Syarat²nya:

1) Mempunyai alamat di Malaysia.

2) Tak wajib follow Blog Cik Bunny dan like facebook fanpage.

3) Buat satu entri bertajuk "Cik Bunny Buat Giveaway LAGI, Join Sekarang!" Tajuk lain selain ni akan di reject.

4) Copy banner giveaway DI SINI dan linkkan ke entri ni.

5) Letak link sponsor dalam entri:


6) Wajib like dan follow sponsor KECUALI dinyatakan untuk tidak wajib follow/like *pihak sponsor bukan sekadar menaja, tapi segelintir daripada mereka akan umumkan pemenang giveaway. So, please be alert k.

7) Tag kalau nak tag *tak wajib

8) Dah siap? Tinggalkan link entri anda di bahagian komen entri ini. Kat tempat lain tidak diterima.

Tarikh Tutup: 6 March 2012

Kucing Hilang

Salamualaikum!

Wehuu.... Dah 3 febuari lah hari ni.. Semalam x dan pun nak up kan this belog. Ada citer sebenarnye nak tulis.. tapi lupakan lah sebab ada citer lagi hot untuk disyer hari ni... 

Pasal kucing hilang...Tapi bukan kucing mokcik! Tapi kucing si Hanis Zalikha yang hilang! Hari ni tetiba rasa rindu nak gi jenguk muka Hanis. Tetiba terbaca lak sal kucing dia ilang.. Sedih maa.. Mokcik boleh rasa apa yang tengah Hanis rasa sekarang. 

Kucing Hanis yang hilang. Dah macam karpet 

Becoz my cat pun pernah hilang.. Hilang dan x kembali. Ada jugak yang hilang pastu tetiba ternampak di suatu tempat selepas setahun, tapi memang takder rezeki kot.. Dia macam dah ilang ingatan.. Tak nak balik, dan dah lupa tuan ia! Sob..sob..sob.. Tempat tu dalam radius 1 kilo jer.. dari rumah ku.

ini kucing mokcik

Berbalik kepada citer kucing Hanis. Sementara masih baru ni, sesiapa ada ternampak kucing si Hanis tolonglah berbuat sesuatu. Sini mokcik sertakan lagi gambar kucingnyer. Namanyer Nougat. Si Hanis ni mesti suka makan naget. Ngee.. Jangan marah yer Hanis Jalikha.

Missing Cat

If found, please return to Hanis Zalikha