Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama

Tempoh segmen dilanjutkan



Assalamualaikum.

Dengan lafaz 'Bismillahhirrahmannirrahim' Mummy ingin menganjurkan lagi segmen. Kali ini bersempena menjelangnya hari raya dan berakhirnya Ramadan yang pasti kita akan rindui.


Pengalaman mummy yang tidak seberapa:
"Seingat mummy, puasa pertama mummy adalah masa sekolah darjah empat atas desakan Allahyarhamah ibu tercinta. Dalam masa yang masa Allahyarham bapa pula masih tidak galakkan untuk mummy berpuasa lagi, sebab katanya, mummy ni cekeding je.. Haha!
Sebagai menghormati suruhan ibu, maka berpuasalah juga, tapi bila balik dari sekolah mesti duduk berjam² dalam bilik air, konon² hendak sejukkan badan tepi kolah. Petang² pula curi² bukak peti sejuk. Kalu takde orang nampak, sempat teguk air sejuk. Haha! Zaman kanak² lah katakan.
Kueh raya pertama mummy ingat lagi, namanya Biskut Aloha. Waktu itu berusia 12 tahun iaitu masa sekolah darjah enam. Bila teringat macam tak percaya pula, bercampur bangga. Hehe.. Mummy buat sendiri dari kerja menyukat, menguli hinggalah membakar sampai masak. Tak hangus oke! Sebelum itu, memang tiap² tahun dari zaman tak sekolah selalu tolong ibu buat kueh tart yang sudah jadi biskut raya turun temurun."


Cara menyertai segmen insya-Allah senang saja:
1- Follow blog dan google+ mummy (Ann-zack Smile)
2- Buat entri bertajuk 'Segmen Puasa& Kueh Raya Pertama' dan link kan entri ke belog anda dengan menampal banner di atas. Boleh copy link banner di bawah: 
3- Tinggalkan URL link entri anda di ruangan komen di bawah.
4- Bonus: Sediakan perengan ringkas tentang pengalaman puasa atau kueh raya pertama anda, atau ceritakan tentang kedua-duanya sekali.  ~Optional~
5- Tinggalkan juga ukuran bahu anda dan saiz baju yang biasa anda pakai S, M atau L di ruangan komen atau dalam entri anda. Siapa tahu mungkin anda bertuah. ~Optional~
6- Senaraikan juga belog ini, ke dalam blog list anda yang sedia ada. ~Jika ada~

Kebaikan menyertai segmen:
1. Menggalakkan blogwalking sesama peserta bagi menambah kenalan blogger dan rapatkan lagi ukhwah.
2. Total 30 Blog (dipilih secara rawak) akan di link di sini selama 3 bulan mengikut kategori (bermula dari hari pengumuman).
3. Akan mendapat Hadiah misteri berupa tshirt atau kemeja untuk wanita atau lelaki yang mempunyai referral tertinggi ke blog Macam² Ann untuk kategori Bonus.

Ucapan Khas Selamat Hari Raya


Salam Aidilfitri.

Harap masih belum terlambat untuk ucapan Selamat Hari Raya Fitrah, walau orang bertakbir raya pun kedengaran setakat pada 1 Syawal iaitu tiada lagi takbir setelah solat sunat hari raya. Sebagai manusia  masih dalam mood beraya dan berziarah ke sana-sini. Tapi ingat.. Jangan makan berlebihan ye! Nanti kena ziarah klinik² berdekatan pula. Mummy tahun ni beraya ala kadar jer. Suami cuti takder, dah habis katanyer. So, beraya ajer la kami sedekat yang boleh, beraya bersama keluarga pakcik mummy di sekitar Bangi ni. Alhamdulillah, raya masih meriah rasanya. Sedih pun takk.. Haha. 

Bagi persepsi mummy, raya tu terletak pada solat sunat hari raya. Kalu tak dapat solat takder nikmat raya gitu, selain dapat bersama orang² tercinta. Kalu ditakdirkan takde orang tercinta, asalkan orang yang sayangkan kita. Ngee... Semoga Allah menerima Amalan ku dan amalan mu.

Giveaway Teka Wajah Eda by Blogger Euruka Seven

Salam Jumaat.

Hari ini rasa ada sesuatu nak kongsi, tapi takder idea pulak nak mengayat panjang². Tulis pendek kan jadi macam status facebook atau twitter pulak kan.. Sudahnya, semasa jalan² belogwalking terjumpa blog baru ni buat giveaway. Elok lah tu, mummy buat segmen, Eda buat giveaway teka². Mummy pun join. Hehe.

Klik banner untuk join
Tarikh tutup: 31 Julai 2014

Hasil Semakan Kiblat

Assalaamualaikum.

Pada 18 Julai tempoh hari, telah berlaku lagi Istiwa A'zam. Ini membolehkan umat Islam seluruh muka bumi sejak dahulu sehingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah kiblat dengan mudah dan tepat.

Ditakdirkan pada hari yang sama, cuaca di sini agak mendung. Memandangkan tiada langsung bayang, mummy kecewa sebab tidak dapat semak kiblat di sini. Namun, hasrat hendak semak arah kiblat rumah di kampung tercapai dilakukan oleh seorang agen yang mummy lantik sebagai wakil diri. 'Hehe.. Jangan marah arr siapa yang berkenaan tuh..'

Jom tengok hasilnya..
Kayu yang ditegakkan dan bayangnya

Sedih Menyelubungi #MH17



Assalaamualaikum warahmatullah.

Pada pagi Jumaat, kita telah dikejutkan dengan satu lagi berita tentang penerbangan Malaysia MH17. Mummy di sini bukan nak ulas tentang kemalangan tersebut, pasti semua sudah sedia maklum. Hanya hendak berkongsi rasa sedih dan sayu. Tidak tergambar jika ada keluarga atau sahabat-handai terdekat yang terlibat sama. 
Hanya doa moga roh merekayang beragama Islam di tempatkan bersama orang² solih dan 
harapan semua keluarga mangsa terus bersabar dan tabah. 

"Yang hidup pasti mati"

Innalillahirajiunn

Bukan Mengganas: #doauntukgaza




Hamas bukan pengganas seperti yang telah digembar-gemburkan oleh pihak barat. Begitu juga Briged Al-Qassam, mereka adalah pejuang Palestin. Mereka hanya mempertahankan bumi mereka yang diceroboh. Mereka bukan memerangi sebab penceroboh itu orang Yahudi. Tetapi sebab mereka menceroboh tanah Palestin, membunuh rakyat Palestin sesuka hati. Anak² menjadi yatim piatu, wanita menjadi balu, malah ada yang sekeluarga mati terkorban. Semoga Allah sentiasa dihatimu wahai Pejuang Islam.

Kos Perbelanjaan Hari Raya

Kos Sebenar Hari Raya

Baju Raya : Pakaian terbaik(sunnah nabi) yang terdapat dalam almari = RM0
Kuih Raya : Tiada dalam hadis atau dari sunnah Nabi s.a.w.= RM0
Duit Raya : Tiada dalam amalan sunnah nabi = RM0
Zakat Fitrah : Ikut Negeri (untuk Selangor) = RM7

SEMAKAN ARAH KIBLAT PADA 16 JULAI

Assalaamualaikum.

Mungkin ramai yang sudah tahu atau pernah semak arah kiblat di tempat tinggal masing². Pada yang belom, masih tidak terlambat untuk melakukannya, kerana setiap tahun ada dua tarikh yang boleh kita menyemaknya. Macamana hendak semak kiblat?

Senang je..

Ehsan dari Google


Menurut Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, umat Islam di Malaysia boleh menyemak ikut waktu piawai Malaysia iaitu pada tarikh 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun masing² pada waktu jam 5.16 petang dan 5.28 petang. Pada waktu tersebut, matahari akan berada tepat atas Kaabah, menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan arah kiblat.

Dirikan sebatang kayu atau tiang yang kurus lurus di kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah kiblat. Disarankan jam yang diguna-pakai adalah tepat untuk memastikan kesempurnaan semakan kiblat. Ini merupakan kaedah tradisional ahli falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat di seluruh dunia.

Sumber




Tabung Kecemasan Gaza: #doauntukgaza

Salam 13 Ramadan.

Mummy ingin panjangkan mesej yang mummy dapat dari fesbuk. Kita sebagai insan yang prihatin, mungkin tidak dapat berjihad seperti mereka untuk mempertahankan bumi suci mereka, tetapi hanya mampu kirimkan doa dan bantuan kewangan. Bantulah sedikit walau bukan berjuta ringgit sekali pun, asalkan ikhlas lillahitaala...

Mummy sertakan juga emel bagi yang buat transfer secara online banking.

Email: office@amanpalestin.net | amanpalestin@yahoo.com

----------

Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.

Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.

Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?

Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!

----------

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922


----------

Doakan Gaza: #doauntukgaza

Salam,

Mesej ini mummy baru terima dari seorang sahabat di fesbuk mummy. Tolong doakan keselamatan mereka di Gaza.
....

Azma Khalil

- Israel telah mengistihar perang ke 3 ke atas GAZA dan menamakan ia sbg 'Operasi Batu Konkrit '

- Israel telah mengepung sempadan GAZA melalui darat dan udara. Mereka melancarkan serang bertali arus ke arah keluarga pejuang Hamas.

- Roket-roket Al Qassam tidak akan membiarkan lagi darah rakyat Palestin walau di mana mereka berada ditumpahkan oleh pengganas Yahudi dengan mudah. Roket Al Qassam kali ini juga sebagai tanda menuntut bela atas pembunuhan kanak-kanak Palestin di Tebing Barat, Hussin Abu Khdeir.

-Abraham, stesyen radio ketenteraan Yahudi melaporkan 65 roket Al Qassam telah jatuh di Israel dalam tempoh kira-kira 30 minit terakhir tadi sahaja.

-Iron Dome Israel hanya dapat menghalang kira-kira 25% shj roket hamas . Bakinya berjaya menembusi Israel.

-Gambar yang berjaya dirakam menunjukkan roket Al Qassam dilepaskan ke arah 'bumi yang dijajah'.
doauntukgaza‬ pray4gaza‬

-Kerosakan yang melanda sebuah gudang menyimpan bahan bakar Israel di Negev akibat serangan roket Al Qassam.
#doauntukgaza #pray4gaza

- pemuda2 seluruh Palestin telah bangkit melawan, walaupun hanya bersenjatakan mercun dan batu-bata.

-Al Qassam berjaya menghentikan/ memusnahkan salah satu sistem anti roket Iron Dome israel.
Sumber : Aman Palestin HQ
prayforGAZA‬. 

GazaUnderAttack‬
[07:26, 08/07/2014] aaidilidham: Tolong sebarkan dan doalah utk Gaza. Kalau mampu lagi boleh banyak kan sumbangan pada Palestin. Situasi mereka sgt teruk sekarang ni.
: اللهم انصر دعواتنا وأنشر فكرتنا
وبارك اخواتنا وألف بين قلوبنا
وارفع رأيتنا وحقق غايتنا
ووفق مرشدنا ومراقبنا وقادتنا
وأجمع في الجنة اخواتنا واخواننا علي سررمتقابلين
Berikan masa anda 1minit untuk aminkan doa untuk mesir, syria, palestin, iraq, afganistan dan negara2 Islam..
Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.
Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.
Ya Allah! tepatkanlah tembakan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir , Pelastine, Syria dan semua tempat.
Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!
Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..

Sent from my mobile®

Kisah Api

Ketika NABI ADAM AS. diturunkan ke bumi, beliau tidak lagi memperoleh makanan secara mudah seperti di syurga. Beliau harus bekerja keras untuk memperoleh buah-buahan atau daging untuk dimakan.

Ketika beliau memperoleh binatang buruan dan menyembelihnya, ternyata tidak bisa langsung dimakan begitu saja kerana masih mentah dan tentunya tidak enak. Maka, beliau berdoa kepada Allah agar diturunkan api untuk memasak. Maka ALLAH SWT. mengutus MALAIKAT JIBRIL meminta sdikit api kepada MALAIKAT MALIK di neraka untuk keperluan NABI ADAM.

MALAIKAT MALIK berkata: “Wahai JIBRIL, berapa banyak engkau menginginkan api?

MALAIKAT JIBRIL berkata: “Aku menginginkan api neraka itu seukuran buah kurma.

MALAIKAT MALIK berkata: “Jika aku memberikan api neraka itu seukuran buah kurma, maka tujuh langit dan seluruh bumi akan hancur meleleh kerana panasnya!

MALAIKAT JIBRIL berkata: “Kalau begitu berikan saja kepadaku separuh buah kurma saja.

MALAIKAT MALIK berkata lagi: “Jika aku memberikan seperti apa yang engkau inginkan, maka langit tidak akan menurunkan air hujan setitis pun, dan semua air di bumi akan mengering sehingga tidak ada satupun tumbuhan yang hidup!”

MALAIKAT JIBRIL jadi kebingungan, sebanyak apa api neraka yang aman untuk kehidupan di bumi? Kerana itu JIBRIL berdoa: “YA ALLAH, SEBANYAK APA API NERAKA YANG HARUS AKU AMBIL UNTUK KEPERLUAN ADAM DI BUMI?

ALLAH SWT. berfirman: “AMBILKAN API DARI NERAKA SEBESAR ZARAH (SATUAN TERKECIL, ATOM).

Maka MALAIKAT JIBRIL meminta api neraka kepada MALAIKAT MALIK sebesar zarah dan membawanya ke bumi. Tetapi setibanya di bumi, JIBRIL merasakan api yang sebesar zarah itu masih terlalu panas. Maka beliau mencelupkan (membasuhnya) sebanyak 70 kali ke dalam 70 buah sungai yang berbeza. Setelah itu baru membawanya kepada NABI ADAM dan meletakannya di atas gunung yang tinggi.

Apabila api tersebut diletakkan, gunung tersebut hancur berantakan. Tanah, batuan, besi dan semua saja yang ada di sekitar api itu menjadi bara yang sangat panas, dan mengeluarkan asap. Bahkan api sebesar zarah itu terus masuk menembusi bumi, dan itu membuatkan MALAIKAT JIBRIL khuatir. Kerana itu JIBRIL segera mengambil api tersebut dan membawanya kembali ke neraka. 

Bara terbakar yang ditinggalkan itulah yang sampai sekarang menjadi sumber api dunia, termasuk yang menjadi magma-magma di semua gunung berapi di bumi ini. Tidak boleh dibayangkan bagaimana panasnya api neraka tersebut, kalau bara api dunia itu umumnya berwarna merah, maka bara api neraka itu berwarna hitam kelam, seperti hitamnya gelap malam.

NABI saw. pernah menanyakan tentang keadaan api neraka itu, maka MALAIKAT JIBRIL berkata: “Sesungghnya ALLAH SWT. menciptakan neraka, lalu menyalakan api itu selama 1000 tahun sehingga (baranya) berwarna merah. Kemudian (ALLAH) menyalakannya (menambah panasnya) selama 1000 tahun lagi sehingga (baranya) berwarna putih, dan (DIA) menyalakannya (menambah panasnya) selama 1000 tahun lagi sehingga (baranya) berwarna hitam.Maka neraka itu hitam kelam seperti hitamnya malam yang sangat gelap pekat, tidak pernah tenang kobaran apinya dan tidak pernah padam (berkurang) bara apinya.”

SUMBER : Dari kisah AL-HABIB UBAIDILLAH BIN IDRUS AL-HABSYI SURABAYA (ALUMNUS RIBATH DARUL MUSTHAFA YAMAN)


ALLAHUAKBAR... 
Tak terbayang betapa panasnya neraka itu, dan begitulah beratnya seksaan Allah Taala. 
Sempena di bulan Ramadan Kareem ini, mari kita sama-sama mohon keampunan agar kita dijauhkan dari seksaan api neraka. Sampaikanlah kisah ini kepada orang lain, moga ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang kita sampaikan, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kita juga akan mendapat pahalanya sampai hari kiamat..
Wassalam.

Wordless Wednesday 2014 [08] : Inspector Sahab Jr.


Terima Kasih Nuffnang

Malam ni tidur tersengih²
Dah lama sebenarnya CPUV sepi dari belog pecisan mummy, tup² tadi tergerak hati nak bukak akaun pakcik Nuff. Alhamdulillah, berkat ramadan ada melekat satu dan still on-going pulak tuh. woot-woot!! Suka sangatlah tuh. Terima kasih lagi sekali Allah! Okay, control ayu balik..

Terima kasih lah pada nuffnang, kerana masih ada yang sudi lekatkan. Terima kasih juga kepada yang sudah singgah dan klik iklan di belog mummy. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.

Wassalam.

NOTA: Tips dapat CPUV, kena rajin update entri.

ALHAMDULILLAH.. Neelofa Sudah Berhijab

Assalaamualaikum warahmatullah..

Setiap petang Jumaat akan disiarkan Usrah Nurani di radio Ikim.fm, dan mummy berkesempatan mendengarnya petang tadi. Teruja kali bila dengar #Neelofa @ Lofa menjadi salah seorang ahli usrah. Bukan apa, sebab memang sudah maklum tentang dia baru sahaja menukar imej baru, iaitu berhijab, dan paling bermakna adalah Lofa sudah berhijrah. Alhamdulillah. 

Mummy mungkin telah menjadi peminat dia - sebab boleh dikatakan sering juga mengikuti rancangan Meletop di Astro jika tiada rancangan lain. Cuma sejak dua menjak, ada saja perkara atau hal yang buat mummy terlupa untuk menontonnya. Tup-tup, masuk Ramadan, terdengar Lofa sudah berhijab. Itu mungkin sebab buat mummy lagi teruja masa mendengar suara Lofa tadi.

Menitis air mata bila dengar cerita Lofa, bagaimana dia mula mengambil keputusan untuk berhijab. Syukur sangat atas hidayah-Nya. Semoga dengan penghijrahan ini, akan ada lebih ramai lagi insan² yang masih teragak² dan yang belom menutup auratnya akan mengikut jejak Lofa untuk memakai tutup kepala dan melabuhkan tudung.

Pengajaran yang mummy dapat dari usrah tadi; kita sebagai hamba kepada Pencipta, perlu sentiasa berkomunikasi dengan Dia yang Maha Mendengar, untuk memohon keampunan dan petunjuk dari-Nya semoga kita sentiasa di jalan yang lurus.

Tahniah! Lofa. I love u Lillahitaala...


Ehsan Pacik Gugurl

Wordless Wednesday 2014 [07] : Pes Segera



Sent from my mobile®

Tifah Tertifu..

Assalaamualaikum.

Alahai. Baru terperasan & malunya rasa. Siang tadi ada buat entri, lepas tu pergi blogwalking dan sempat tinggalkan beberapa jejak. Malunya kalu2 mungkin ada tertaip 'Salam 2 Ramadan' kat belog uols, begitu juga di entri di sini. Padahal, hari ni dah 3 hari kita berpuasa, dan malam ni dah pun masuk 4 Ramadan. Cepat kan masa berlalu.

Memang rasa macam baru dua hari berpuasa. Mungkin sebab cuaca juga - agak nyaman. Tak terasa panas sangat macam cuaca sebelum ini yang agak terik. Cuaca tempat uols macamaner pula?

Pasal yang 2 Ramadan dalam entri tadi, esok-esok lah mummy akan betulkan, bila dah dapat on di desktop. Sekarang bersiaran dari mobile jer, menaip sambil2 rehatkan badan, sementara tunggu mata nak lelap.

Selamat Bersahur!


Sent from my mobile®

Kesilapan Di Bulan Ramadan

Bismillahhirrahmannirrahim.

Salam 2 Ramadan!
Salam 3 Ramadan!

Apa kabar puasa kalian? Semoga ia baik² ajer dan Allah menerima amalan puasa kita. Amin. Jom buat semakan apakah kesilapan yang sering dilakukan di bulan Ramadan untuk memastikan amalan puasa kita diterima sepenuhnya.

Antara kesilapannya:
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa
5) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana solat terawih
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah
7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Penerangan penuh boleh disemak di laman: http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/148-kesilapan-kerap-dalam-bulan-ramadhan.html.

Sumber: Ustaz Zaharuddin