Menghitung..

Assalaamualaikum!

Salam November juger buat teman² seperjuangan.



Tajuk hari ni adalah 'Menghitung'. 
Nak hitung duitkah, atau hitung hari? Boleh jadi hitung hutang kot.. 
Apa bende yang hendak, perlu, atau kena hitung tuh.. Meh terus baca kalu rasa nak tahu..



Mokcik tengah menghitung:
  • Syiling - Adakah cukup bulan ni dan kehadapan untuk bayar tol & lain² picisan keperluan kehidupan.
  • Stok - Bolehkah habis tahun ni, memandangkan dah nak masuk tahun baru. Kalu habis, boleh rolling untuk stok baru
  • Saham dunia - Sempatkah aku nak jadi jutawan, bagi membolehkan aku membantu sedaraku seislam. Alhamdulillah zakat tiap tahun ada bayar walau tak seberapa.
  • Saham akhirat - Adakah sudah cukup untuk bekalan aku bila dibangkitkan nanti.
  • Saat - Adakah lagi masa berbaki untuk buat amal jariah, melihatkan umur sudah meningkat, dan mati itu pasti akan tiba bila² masa sahaja..


Oleh sebab mati itu bila² masa jer.. 
'Maafkanlah diri ini seandainya ada terkasar bahasa atau tingkah perlakuanku. Aku tidak sempurna. Halalkan makan,pakaiku. Hutang juger yer..Sebagaimana sudah aku halalkan kalian semua.'



1 comment:

Muttallif said...

Kita Harus sentiasa membuat perhitungan atas apa sahaja tindak tanduk kita.

Perlu hitung masa lampau untuk mempelajari manfaatnya dan menghitung masa depan supaya tidak kita tersalah langkah.