Kotak Shoutmix Meragam

Salam kawan².

Hari ni ku baru nak mula berblogwalking secara aktif semula, tapi ada pula halangannya..
Macam biasa talian internet yang agak lembab, tapi kadang² oke. Oke tu bukannya laju mana pun, tapi setakat oke-oke jer lah.. Anda boleh bayangkan bukan?

Halangan utama adalah kotak shoutmix yang meragam la pulak.. Susah lah nak tinggalkan jejak kan.. Bukannya tak boleh tinggal jejak kat komen tu.. Cuma idea untuk mengomen tu selalu jer kering. Ini bukan cubaan tau, tapi betul-betul. Ngee....

Orang kata kalu nak berkata² biarlah yang baik² dan yang manis².

Hadis Nabi pula ada ditinggalkan untuk ingatan kita:
"Barangsiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah, 'Berkata yang baik ataupun diam'."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Salam Pagi Jumaat.

Masih pagi lagi kan?! Walau jam dah hampir Jam 12 tghari.. Hehe
Tapi hakikatnya, kat luar tu panas giler.. Hangat matahari sangat menyengat kulit.

Hari ni dah Jumaat.. Cepatnyer kan masa berlalu.

Petang nanti nak balik ke kampung lagi.. Ada kenduri tahlil untuk arwah adik ipar, pada malam ni. Tak dapat lah tolon memasak tapi dapat jugak tolon kemas2 lepas kenduri. Biasanya tukang masak memang dah ramai. Cuma bab kemas-mengemas jer yang kurang beres. Tu yang rasa bertanggungjawab kena balik jugak, untuk tolon kurangkan beban ibu mertua untuk mengemas lepas kenduri. Kalu malam belom beres, sambung esoknya la kan.

So, malam ni, esok dan lusa akan ku tinggalkan belog ini lagi.. Setelah hampir 2 minggu belog ini tak terurus. Korang tolon tengok2 kan ekk.. 

Mokcik tinggalkan dalam belog ini dengan sebuah hadis:
Daripada Jarir bin Abdullah al-Bajali r.a., Nabi s.a.w. bersabda: " Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun." 
(Riwayat Muslim)


Cerita Cacing

Salam.

Hari ni, tetiba teringat kat cerita cacing.
Jom layan..

#Cacing I

Sampel cacing yang ada kat kobis


Al-kisahnya, pada masa buat kenduri tahlil minggu lepas. Masa nak siang sayur kobis, ada makcik ni cakap; "Bukak daun kobis ni satu², takut ada cacing."
Ingat² lupa, rasanya ni pertama kali dengar pasal cacing dalam kobis. Tak penah hayat jumpa cacing masa potong kobis. Banyak sangat racun perosak kot kobis kita beli, sampai cacing pun tiada lagi.
Apa yang kita selalu buat, sebab nak cepat kan. Potong jer kobis sebesar mana nak. Lepas tu baru leraikan satu-persatu daunnya, dan rendam dalam air. Letak lah garam sket untuk bersihkan racun yang ada. Entah betul ke tidak cara ni. Sila komeng komen!


#Cacing II

Citer ni dah lama giler. Suatu hari kita bawa bekal ikan masak sardin pergi ofis. Time waktu makan, bawalah bekal ni nak pergi panaskan kat pantry. Terserempak pula dengan sorang makcik(bukan panggilan sebenar) ni. Kita pun berbasa-basi lah ngan dia kan; "Makcik dah makan?" dan ayatku bersambung lagi "Nak sardin tak?". Nak tahu apa jawab dia.. "Tak nak lah, sardin ada cacing!". Kita pun dengan terpinga² sambil bawa sardin ku lari.. dalam hati memang rasa tak puas hati, tapi malas nak panjang cerita. Lagipun makanan aku ni halal per.. Sardin cap pertima.


Moralnya: Rasa macam aku ni serba tak tahu jer. Tapi sebenarnya kita ada cara tersendiri dan pemikiran yang berbeza². Oleh itu kita kena hormat-menghormati satu sama lain. Bukannya nak tunjuk pandai atau menyakiti hati orang dengan lidah yang tajam. Eh! ada kaitan ker cerita dengan moralnya ni. Kalu takder, ada²kan lah yer! Ahak..

Catatan 20 Feb

::11.05pm::

Salam.

Seminggu dah berlalu selepas adik ipar kembali ke Rahmatullah.
Rasa ketidakpercayaan masih berbuku di hati.

Pada waktu yang sama di minggu lepas suami telah menerima panggilan dari kampung.
Bunyi jer telefon, hati ku sudah terdetik seperti ada kabar yang kurang enak untuk didengar.
Itulah hakikatnya, panggilan telefon adalah berita kematian beliau.

Percaya mahu pun tidak, kaki perlu gagah untuk pulang ke kampung, walau sudah terlambat untuk bertemu empat mata seperti sebelumnya. Malam itu juga kami bertolak pulang. Setelah berkemas apa yang patut, jam 12.50 kami bergerak ke Ampang untuk mengambil tok sedara yang ingin pulang bersama kami.

Hampir jam 5.30 pagi kami tiba. Suasana memang sunyi sepi sebab semua masih lena dan beradu. 
Begitu juga sekujur tubuh Allahyarham kelihatan tenang dan sangat lena tidurnya diselimuti kain batik dan sehelai kain jarang menutupi mukanya. 

Tika itu, air mata tak dapat lagi nak ditahan. Ia menujah keluar tanpa disuruh. Al-Fatihah.

Al-Fatihah

Assalaamualaikum warahmatullah..

Pemberitahuan:
Pada malam tanggal 14 Februari 2011, bersamaan 15 Rabbiul Awwal 1432, telah kembalinya adik ipar mokcik: Allahyarhamah Zarina binti Abdul Wahab ke rahmatullah.
Pemergian beliau adalah secara mengejut dan tidak disangka², dan perginya beliau mengadap Ilahi dengan meninggalkan dua anak kecil yang berusia: 7 tahun seorang dan seorang lagi 7 bulan.

Mari sama² sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau:

Pinjam dari Belog orang

Pesan Mokcik: Bila pula masa kita akan tiba?
Maaf, tak dapat jejak kawan2 semua.

Hari Kekasih

Assalaamualaikum!

Jangan salah yer.. Tetiba jer rasa nak tulis entri ni.
Jangan konfius dengan hari kekasih yang disambut dan dibesar²kan oleh puak kafirun tuh.
Hari apa tu? Sapa tahu angkat kening sebelah.. Malas nak sebut sebenarnya - Hari valentine. Hari  yang haram (ikut kata mudah) disambut oleh umat Islam. Tahu tak?
Tak tahu, tanya pada yang arif..

Hari yang dimaksudkan ikut tajuk entri adalah Hari Kekasih Allah Subhanahu wa ta'ala.
Iaitu, esok, kita nak sambut  Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
Jom kita banyakkan berselawat kepada baginda.





Pesan Mokcik: Banyakkan selawat kerana 
 Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Barangsiapa berselawat sekali ke atasku, Allah berselawat sepuluh kali ke atasnya." Riwayat Imam Muslim.

Sedapnya Sate


Salam.

Hari ni takder idea nak pos entri apa..
Teringat pulak, pasal sate kat atas tu.. Nampak sedap tak?
Dah lama tak makan luar, tambah² yang orang belanja.
Tapi itulah rezeki malam tu, sapa sangka. Ada orang baik hati nak belanja kami makan sate
Sambil² sembang, sempat jugak snap gambar buat kenangan.
Maka terciptalah entri ni, untuk tatapan hari kemudian.


1 - Tukang belanja sate
2 - Tukang kira lidi sate


Pesan Mokcik: Tiada pesanan! Cuma Terima Kasih Daun Keladi kepada yang sudi belanja.. Ngeh³

Kenapa Dengan Muka Aku? - Mirip Hanis Zalikha

Salam uols..

Cermin diri

Pagi tadi, sebelum keluar cari bekfes, tengah nak siap² pakai tudung ni.. Mestilah kena tengok cermin kan.
Masa dok tengok cermin tu lah, dok belek² muka.. Terkejut pulak haku... Muka waa dah macam mirip² Hanis la.. Hanis mana? Hanis mana?
Ala... Hanis yang glemer tu. Pernah tercatat dalam senarai sepuluh teratas orang yang dicari di laman bersawang sesawang.

Tak caya ker? Mukaku ada mirip orang femes..
Memang waa pun macam tak caya jugak.
Tapi sebab nak kasik korang percaya.. Sempat snap gambar tu.
Nah tengok ni..


Macamana? Ada mirip kan? Sekarang baru korang percaya.. Hehehe

Credit to Hanis Zalikha

Pesan Mokcik: Entri hari ni xder motif apa pun, sajer je teradmire kat bloger femes ini. Tak dapek doh mokcik nak famous macam dio.

Hosni Mubarak Letak Jawatan

Salam..

Berita awal pagi. 
Akhirnya Hosni Mubarak mengumumkan letak jawatan setelah 18 hari rakyat Mesir melakukan protes.
Beliau melepaskan jawatan pada usia 82 tahun, dan setelah memerintah Mesir selama 30 tahun sejak Oktober 1981 yang lalu.
Bayangkan betapa lamanya dia memerintah, membuahkan hasil protes sungguh2an oleh rakyat Mesir, dan ternyata protes mereka telah berjaya menamatkan pemerintah beliau pada 11 Februari 2011.
Ho-ho .. Tak leh nak gambarkan bagaimana perasaan rakyat Mesir pada tika ini.. Gembira sakanlah depa..
Alhamdulillah.. Mungkin ni adalah berkat doa mereka yang telah lama teraniaya..

Sekian sahaja berita awal pagi.

Pesan Mokcik: Banyakkan berdoa moga pelajar kita boleh terus sambung belajar dengan aman lepas ni..

Maher Zain Insya Allah Versi Melayu




Rasa tak gumbira masih berlanjutan ni.. Hu-hu
Apa nak buat ni?
Tadi dah gi jenjalan kat luar jap, jenjalan kat dalam belog pun sudah.
Cuma tak banyak tempat dapat singgah.
Line internet sekarang pandai merajuk lah..
Asik jer selow memanjang..
Merajuk pasal apa pun tak tahu.
Tensen btul.. Lagi buat rasa unhappy.

Moh la kita hiburkan hati dengan lagu Mahir Zain.
Video ni ada lirik dalam tuh..
Jom2..

Akhir Kalam:(Tengah nyanyi..) Sambil tabik spring kat Mahir Zain pasal fasih dengan sebutan melayu.. Ada pelat sket.. Janji paham

Hari Tiada Mood

Salam..

Hari ni Rabu, 9 Februari, bersamaan 6 Rabbiul Awwal.
Ah! Dah tengah minggu dah ekk..
Esok, Kamis. Lusa, dah Jumaat!
Apa² pun hari ni bukannya nak membilang hari, tapi....
Cuma nak bagitahu, "Aku rasa tak happy hari ni!"
Hari ni tak happy, bukannya bermaksud hari² lain tu aku happy.
Tapi mungkin sebab hari² sebelum ni memang tak berapa happy, dan hari ni adalah klimaksnya.
Argh.. rasa malas pulop nak rasa tak happy ni.. 
Kalu korang prihatin, dan nak kasik mood unhappy ni bertukar normal.
Tolon lah jawab survey nuff yang ada dok bertempek kat sebelah ni..
Tolon ek.. 
Segala pertolongan tuan hamba yang ikhlas pasti akan dibalas.

Pesan Mokcik: Tolong-menolong adalah amalan mulia.

Petua Kilatkan Kuku Kaki

Caner nak kilatkan kuku kaki mu


Buang kulit bawang putih dan potong dua.
Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat.
Ulangi sehingga anda rasa berpuas hati.

Pesan Mokcik: Bawang sekarang mahal, berjimat2 lah yer!

Petua Menghilangkan Kelemumur

Caner nak hilangkan kelemumur

Baca ni..

Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat.
Tapis dan ambil patinya.
Sapa pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu.
Gosok rata-rata tau dan biarkan selama 15 minit.
Bilas dengan air biasa hingga bersih.
Amalkan dua kali seminggu.

Selamat menerai!

Hot Tickets Double Prosperity

Salam Hari Selasa..

Hari ni rata² kalu pegi jalan², mesti jumpa bende ni kan?
Ahak..
Adakah anda sudah membahagi rezeki kepada kekawan?
Ahak..
Adakah anda tahu jika mike sampai, dan jumpa bende ni mike akan buat sesuatu?
Ahak..
Oh! Tidak, mike tidak akan memberi tahu pun jika mike telah pun buat sesuatu.. Tidak sekali² akan bagitahu.. Mike akan buat senyap² sajer..
Ahak..
Anda tidak percaya?
Percayalah.. Jika ada rezeki anda, pasti akan dapat rezeki itu!
Ingat..
Buatlah suatu pekerjaan dengan ikhlas..
Pasti balasan atau habuannya juga adalah berbaloi²..
Ahak..
Macam mengadalah bunyik nyer 'Ahak' tu ekk.. Abaikan.

Pada yang tak tahu pasal hot tiket double prosperity meh baca ni:

Bagi pembelian hot tiket bernilai RM20;
Anda akan dapat percuma: - utk tempoh 10 hari
  1. 170 Minit masa berbual
  2. 500 Sms
  3. RM20 Kredit Bonus
Kredit bonus lak adalah:
  • Sah utk berbual/SMS/MMS/panggilan video hanya ke line MAXIS/Hotlink sahaja
  • Sah utk 10 hari dan tidak akan di bawa ke hadapan
  • Kredit bonus hanya akan ditolak setelah minit dan SMS Hot tiket habis digunakan
  • Tawaran Double Prosperity ini hanya sah sehingga 31 Mac 2011
Sekian.

Pesan Mokcik: Bila ntahnye dapat pakai yang kredit RM20 tuh

PROMOSI BAJU TEE MUSLIMAH

Salamualaikum.

Pssttt... Hari ni Jumaat, 4 Februari. Ramai yang sedarkan? Hehe.. Tengah bercuti panjang ni, mana tahu ada yang tak tersedar lak, maklumlah masa pada zaman sekarang ni berjalan pantas semacam jer.

Okeh entri hari ni nak buat pos istimewa pasal produk atau design baru yang bakal mewarnai kedai online ku - Surf-Ann-Shoppe. Peniagaan ni didaftarkan tau dengan SSM. Oh! bukan nak citer pasal SSM, tapi promosi kat kedai online tu kay..

Ni dia antara design terbaru yang keluar.. ada banyak lagi kat sana!



Tak cantik ker?
Kalu nak lagi cantik cuba tengok sendiri kat sana. Maklumlah, lain mata, lain lah citarasanya.
Jom lah terjah. Boleh cuci² mata, sambil sokong perniagaan kecilan milik bumiputra ini.
Sesapa yang nak tempah untuk dihadiahkan kepada yang tersayang pun boleh juga. Tinggal diposkan ajer.

Ada promosi tau sehingga 8 Februari.

Tempah 2 helai baju dan ke atas, dapat percuma pos!
Cepat masa berjalan..

Jom ke Surf-Ann-Shoppe


Pesanan mokcik: Pilih betul², jangan salah saiz!

Petua Hilangkan Bintik Hitam

Hilangkan Bintik Hitam

Rendam sehelai tisu ke dalam putih telur
Tampalkan tisu tadi pada tempat yang ditumbuhi buintik-bintij hitam
Setelah kering, tanggalkan.
Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka.
Lakukan dua kali seminggu.

Selamat mencuba!

8 Pesanan Lukman Al-Hakim

LAPAN PESANAN LUKMAN AL-HAKIM

Anak adalah amanat Allah, dan hak yang paling utama adalah pendidikan. Betapa sayangnya Lukman Al-Hakim kepada anaknya dapat dijelaskan melalui pesanan² beliau untuk anaknya.

Dari Abu Umamah, bahawa Rasulullah Saw telah bersabda:
"Sesungguhnya Luqman memberi nasihat kepada anaknya: Wahai anak, selalulah kamu berkumpul dengan ulama dan dengarkan ucapan orang-orang bijak, kerana sesungguhnya Allah pasti menghidupkan hati yang mati dgn cahaya hikmah spt menghidupkan bumi yg kering kontang dgn basahnya air hujan." 
Ath-Thabarani.


Pesanan Lukman Al-Hakim yang menjadi perkara pokok yang disebut dlm Al-Quran ialah:-
1-Bersyukurlah kepada Allah
2-Janganlah mempersekutukan Allah
3-Berbaktilah kpd orang tua
4-Pergaulilah orang tua dengan baik
5-Tebarkan kebaikan, dan semua akan diperhitungkan
6-Mantapkan mental dan spiritual
7-Kembangkan komunikasi yang menarik
8-Sederhanalah dalam hidup dan bertutur dengan lembut

Sumber: Petikan Buku

Pesan Mokcik: Selamat Beramal

Proses Pemindahan Pelajar dari Mesir

Akhirnya...
Proses pemindahan pelajar Mesir keluar dari sana terlaksana juga dengan bantuan kerajaan Malaysia.
Pemindahan sementara sedang dijalankan sekarang, pelajar di bawa keluar dari Mesir ke Jeddah.

Berikut adalah makluman penting:
  • Setiap peserta hanya dibenar bawa barang/beg kecil 7 kilo je
  • Bawa pasport/dokumen perjalanan yang sah
  • Kos perjalanan balik ke Mesir adalah di atas tanggungan sendiri
  • Mesti berkumpul di tempat yang disediakan sebelum di bawa keluar 
  • Kena isi borang
Sila rujuk Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita untuk makluman lanjut.

Makluman tambahan:
1. CAIRO UNI : Bercuti 3 bulan
2. AL-AZHAR UNI : Bercuti 1 tahun
3. Ain Shams UNI : Bercuti 6 bulan

Memang patut balik Malaysia jer, uni pun dah umum cuti panjang.. Moga masalah di Mesir akan cepat reda dan selesai.


Nota: Alhamdulillah.. Semoga semua selamat sampai, terutamanya anak buah dan sepupu.

Krisis Diri

Assalaamualaikum!

Orang sebok ngan krisis kat Mesir atau mungkin sebok ngan cerita banjir kat Malaysia, atau ada yang diskas pasal krisis minyak naik lagi... Tapi aku?
Ada sket krisis dalam diri.. ho-ho-ho
Aku menghadapi krisis malas.

Malas nak berblogwalking
Malas nak balas jejak
Malas nak menaip
Malas nak buat kerja
Malas nak makan
Malas segala malas...

Dan oleh sebab malas, yang paling teruk efek adalah:
Trafik aku pun menjadi kureng..Oh- Tidak!

Tapi itu pun rasa malas nak fikir pasal trafik ini jugak...
Mungkin lebih baik aku berhibernasi sebentar.

Opss! sebelum pergi hibernasi nak syer tipps ni dulu. Tips komunikasi dengan pelajar di Mesir sana nun.
Tips komunikasi : jangan guna henpone . Guna tepon rumah,fixlines,landlines,skype. Buang simbol +2 dan digantikan dengan 002 dan nombor pelajar
CONTOH DI BAWAH:
  002***-*** ****


Pesan Mokcik: Jom kita solat dulu!
Nota: Lupa tadi nak taip, malas nak bagitahu kalu dah klik iklan orang, takut jadi tak ikhlas lak. Huhu

Cuti Umum 2011



Cuti Umum 2011

Bagi Negeri Selangor
      • 3 Feb - Tahun Baru Cina - Kamis
      • 4 Feb - Tahun Baru Cina (Hari ke2)
      • 15 Feb - Maulidur Rasul - Selasa
      • 1 May - Hari Buruh - Ahad
      • 17 May - Hari wesak - Selasa
      • 4 Jun - Hari keputeraan Agong - Sabtu
      • 17 Ogo - Nuzul Quran - Rabu
      • 30 Ogo - Aidilfitri - Selasa
      • 31 Ogo - Aidilfitri (Hari ke2) - Rabu
      • 31 Ogo - Hari Merdeka - Rabu
      • 16 Sep - Hari Malaysia - Jumaat
      • 26 Okt - Hari Depavali - Rabu
      • 6 Nov - Aidil Adha - Ahad
      • 27 Nov - Awal Muharam - Ahad
      • 11 Dis - Keputeraan Selangor - Ahad
      • 25 Dis - Krismas - Ahad

Nota: Dah pun masuk bulan kedua, baru nak pos kalendar 2011. Hanya untuk peringatan ku sendiri... yang sering² lupa akan hari cuti..

    Doakan Semua Baik² Belaka

    Kita datang dari Allah, dan akan kembali kepada Dia.
    Hanya satu ingatan di waktu getir.. Semoga kita dirahmati selalu.
    Banyakkan bermunajat kepada Dia.
    Semoga kita sentiasa bertenang untuk menghadapi segala rintangan hidup.

    SEMOGA ALLAH MUDAHKAN SEGALA URUSAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA DI MESIR. Aamiiin....

    Nota: Hendaknya waktu senang pun kita sentiasa ingatkan Dia.
    Dalam dok risau kat pelajar di Mesir, minyak lak naik rege.

    Bawa Balik Rakyat Malaysia Segera

    Salam Hari Selasa...

    Gara² rakyat Mesir merusuh, kerajaan asing telah bawa pulang rakyat mereka. Antaranya China, Jepun, Amerika, Turki dan Iraq. Masing² hantar pesawat mereka ke Kaherah dan Iskandariah. Malaysia dah hantar ke atau nak suruh mereka balik sendiri.

    Kabar dari anak sedara dan sepupu; masing² pelajar tahun tiga dan tahun satu mengatakan mereka telah berkumpul untuk dipindahkan ke Jordan semalam atau mungkin semestinya hari ni sudah bergerak ke sana - mesti hari ni adalah telahan saya. Sebab besok rakyat Mesir akan berkumpul dan pasti ada rusuhan lagi!

    Lepas Jordan, ke mana? Itu yang takder dalam benak saya.. Ada juga beberapa pelajar yang sudah sampai ke Malaysia semalam, 31 Jan. Harap yang lain akan menyusul dan selamat sampai.

    Wallahu'alam.


    Jom tengok gambar di sana! Sumber

    Suasana di Airport Cairo
    Manusia beratur panjang utk pulang


    Cuba pertahan Mall walau dah rosak dan terbakar
    Para pemprotes kat Cairo's Liberation Square

    Kerosakan
    Kereta kebal dan manusia merusuh


    Nota: Menulis untuk meluahkan perasaan, selain memanjatkan doa buat keselamatan semua rakyat Malaysia yang berada di sana

    Perihal Telinga Berdengung

    Salam..


    Aduss.. Malasnya nak hadap kerja!
    Korang tengah wat keje ke blogwalking tu?
    Ha-ha.. Kantoi.. tengah baca blog kat sini kan?!

    Hari ni rasa malas nak buat keje pasal telinga ku berdengung lagi.