Kelas Roti Cara Cepat Disember 2013


Assalaamualaikum!

Kepada yang ingin belajar dengan mummy..
Bagi kelas roti & nasi arab boleh lah book tarikh-tarikh di bawah ye

Kelas Roti & Nasi Arab - Fully Booked
Tarikh : 8 Dis. 2013 (Ahad)
Waktu: 10.00 pagi
Tempat : Kajang
Yuran : RM50 sahaja
Menu : Pelbagai roti - Shanghai bun & Wholemeal, Pizza, Nasi Arab, 
Menu Bonus: Mee Hoon Singapore

Kelas Roti & Nasi Arab
Tarikh : 15 Dis. 2013 (Ahad)
Waktu: 10.00 pagi
Tempat : Kajang
Yuran : RM50 sahaja
Menu : Pelbagai roti - Shanghai bun & Wholemeal, Pizza, Nasi Arab, 
Menu Bonus: Mee Hoon Singapore

Kelas Roti
Tarikh : 15 Dis. 2013 (Ahad)
Waktu: 3.00 petang
Tempat : Kajang
Yuran : RM30 sahaja
Menu : Shanghai bun, Roti Wholemeal & Pizza


Hands-on


Apa Istimewa kelas Nur Rizqi Home Delight:
>Murah
>Hands-on
 >Belajar cara pantas
>Hadiah misteri
>Of coz boleh bawa pulang hasil tangan anda..


Sesiapa yang berminat, boleh tinggalkan email atau fesbuk di ruangan komen.
Nanti mummy akan kontek semula.

Kos Kahwin Zain, Che Ta Kena Tegur

Comel je Che Ta

As salam.

Siang tadi mummy ada terbaca tentang teguran Ustazah Zawiyah terhadap kos kahwin Che Ta dan Zain yang mencecah 13 juta hinggit. Mak-aiihh.. Memang banyak nilai tuh. 

Dalam akhbar tersebut menyatakan jumlah itu adalah jumlah kelseluruhan tajaan yang bakal diberikan kepada kedua pasangan mempelai tersebut. 

Petikan daripada akhbar menyatakan,
“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.
Ada benar jugak kata Ustazah tu, sebab sekarang mummy perhatikan segelintir pengantin yang dah jadi trend pula mengadakan majlis perkahwinan secara berlebihan² dan grand², malah ada juga yang sanggup berhutang demi ingin 'merasa' kononnyer. Nak merasa apa pun tak tahu lah... Baik rasa kuih, ada jugak rasa manis ke masin.. Ngee..

Benarlah kalu boleh kahwin hanya sekali, tapi kalu dah berhutang sana-sini, itu maknanyer kurang kemampuan. Ukur baju di badan sendiri. Bukan macam Che Ta yang memang popular, dan ada pula yang sudi sponsor kan..

Tapi rasanya yang sponsor tu, kalu bagi pada yang betul² memerlukan lagi dapat menggembirakan mereka dan besar ertinya.. Kalu yang muslim, dapat pahala berlipat² ganda.. Peace..

Your Hero is My Hero



Berderai² air jernih keluar dari hujung mata mummy hari ni, bila terbaca tentang kucing Hero. Dulu cerita kucing yang telah dikerat dua kaki depannya oleh manusia kejam pernah mengejutkan kita kerana haiwan itu masih bertahan untuk hidup setelah menghadapi pengdarahan yang banyak. Tapi kini Ia telah pergi meninggalkan para pencinta kucing selamanya setelah disahkan mengidap leukimia. 

Sedih.. sebab mummy pun adalah pencinta haiwan lebih² lagi kucing, yang boleh dikatakan teman mummy sedari zaman kanak²..


Sedih lagi, bila lihat gelagat kucing Hero ini yang terpaksa hidup hanya dengan 2 kaki belakangnya sahaja.. Mummy sangat bersimpati kepada penjaga Hero di atas kehilangan Hero buat selamanya.. Semoga Allah balas jasa mereka setimpal dengan apa yang telah dilakukan kepada Hero.

Tolonglah wahai manusia, jangan berlaku kejam terhadap binatang, kerana sesungguhnya ia juga adalah makhluk ciptaan Allah. Suatu ciptaan Allah itu bukanlah sia².

Mereka juga perlu makan, minum dan berkasih-sayang seperti manusia walaupun dikurniakan tanpa akal. Perbuatan baik kita terhadap haiwan pasti Allah akan balas baik. Begitu juga perbuatan jahat pasti akan dibalas jua.. 



Kisah Hero selanjutnya ini boleh dibaca di blog Kakimotong atau boleh Like Kakimotong FanClub.

Sekian. Wassalam.






7 CHECKLIST SEBELUM MENINGGAL DUNIA

Tujuh perkara mesti dilakukan sebelum meninggal dunia.
1. Selesaikan rukun iman, tiada syirik.
2. Selesaikan rukun Islam - jika belum mendaftar haji, daftar segera!
3. Selalu bertaubat.
4. Pastikan diri meninggalkan perkara² yang diharamkan.
5. Telah dapat solat yang khusyuk atau berusaha untuk khusyuk.
6. Telah menulis hutang.
7. Membuat amalan yang kekal pahala - Ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, dan anak soleh yang mendoakan.

Perkara di atas adalah wajib dilaksanakan kepada mereka yang sudah berumur, dan menjadi perkara beringat² kepada yang rasa masih muda.. kerana mati itu pasti dan akan kunjung tiba pada bila² masa sahaja.

Gambar Kelas Roti

Kelas Roti Pertama Mummy
Tak ramai, tapi tetap beronok² buat roti
See.. seronok bila dapat makan hasil buatan sendiri

Kelas Roti Anak Sdara Semalam
Ramai, dan meriah
Mari masak nasi arab


Kelas roti mummy akan diajar buat roti manis berinti, bun pizza, mini pizza, dan roti wholemeal.
Juga ada kelas untuk belajar masak nasi arab dalam masa  4 minit sahaja , dan masak meehoon dalam masa 2 minit sahaja belom masuk masa penyediaan.
^_^
Pm mummy kalu nak join kelas yer..

Kelas Roti & Nasi Arab

Assalaamualaikum!
Salam hari minggu pada kawan² blogger yang berada di pantai barat. Untuk pengetahuan, mummy sekarang berada di pantai timur.. Balik kampung lagi daaa..

Di sini, kebetulan anak sedara mummy buat kelas roti & belajar buat nasi arab hanya dalam beberapa minit sahaja... So, mummy layan jer lah.. Seronok jugak bila ramai dtg meriahkan kelas dia. Gambar nyer nanti mummy update kemudian okeh!

Tomorrow, will have another class for her trainee.. See u tomorrow.

Sent from my mobile®

SENARAI PUASA SUNAT 1435H

Sumber: Ustaz Zahazan Mohamed

PUASA 1-9 MUHARAM 
5-13 NOV 2013

PUASA HARI ASYURA 
10 MUHARAM 
13 NOV (Sunat sebelum) - 14 NOV 2013


PUASA SUNAT REJAB 
1-29 MEI 2014

PUASA SUNAT SYAABAN 
(Kecuali Hari Syak 30 SYAABAN) 
30 MEI - 27 JUN 2014

PUASA ENAM SYAWAL
(Puasa mana2 6 hari Syawal kecuali 1 SYAWAL)
29 JULAI - 26 OGOS 2014

PUASA 1- 8 ZULHIJJAH 
26 SEPT-3 OKT 2014

PUASA HARI WUQUF
(Bagi mereka yang tidak menunaikan Haji)
4 OKT 2014

PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS
(Mana2 hari Isnin & Khamis kecuali hari Tasyrik 11 ZULHIJJAH)
6 OKT 2014 (Isnin)

PUASA HARI PUTIH 
Pada 13, 14 & 15 Haribulan setiap bulan hijrah
MUHARAM = 17-19 NOV 2013
SAFAR = 16 -18 DIS 2013
RABIULAWAL = 15-17 JAN 2014
RABIULAKHIR = 13-15 FAB 2014
JAMADILAWAL = 15-17 MAC 2014
JAMADILAKHIR = 13-15 APR 2014
REJAB = 13-15 MEI 2014
SYAABAN = 11-13 JUN 2014
SYAWAL = 09-11 OGOS 2014
ZULKAEDAH = 08-10 SEPT 2014
ZULHIJJAH = 08-10 OKT 2014


“Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (Allah) dan akulah yang langsung membalasnya.”
(Riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim)

Salam Jumaat Pertama di Tahun Baru Hijrah

Assalaamualaikum!

Hari ni dah Jumaat oke.. Bikin apa tu? Jangan bikin kecoh tauu..

Mummy hari ni tiba² rasa bosan pulak. Padahal memang hari² pun bosan - xder orang nak melayan bersembang. Hari² kena melayan blues sorang².. Korang ader? Haha.. Mesti sorang dua yang baca ini ada senasib macam mummy jugak.

Ikut agenda, hari ni pagi² nak keluar pergi kedai/pasar. Semua oarng ada tugasan memasing nak buat, so, bila xde teman nak keluar ni yang rasa malas. Berat sangat punggung nak bangun. Tambah² bila dah melekat hadap internet.. Mana tak nyer, dari semalam dok hold nak reply emel customer. Pagi² tadi haruslah bukak pc, layan emel dulu. Sudahnyer teringat pulak pada anaknde blogger semua... Alasan!

Okey, teringat memang lah ingat.. masa dolo² asik wat blogwalking.. sekarang x dan nak semua tu serentak.. Sekarang blogwalk atas mobile je.. tapi itulah banyak kekangan bila on mobile. tak leh nak tinggalkan komen pun.. Just jalan² baca jer lah, kadang² sampai kena restart hp sebab dah sangkut, bila dah tersinggah ke laman² yang ada banyak popup skrin agaknyer. Lepas masuk situ, mesti dah tak leh nak surfing lagi..

Campur dengan bizi dengan kehidupan sehari², memanglah banyak kekangan nak berblogging selalu.. Last week, ada kenduri di kampung mummy, pun belom sempat nak update. Insya Allah coming soon. Doakan. Hujung minggu ni pula, insya Allah mummy nak wat kelas roti. Harap ada sambutan & semua berjalan lancar.. Buat kat rumah jer, terhad untuk 5 orang.

Doakan mummy berhasil jayakan kelas roti yer..



DI HARI JUMAAT 
BANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD s.a.w.

Selamat Tahun Baru Hijrah

Assalaamualaikum.

Selamat menyambut maal hijrah.
Semoga kita semua di tahun ini lebih diberkati dan dilimpahkan rezeki yang melimpah-ruah.

Soalan popular bila tiba tahun baru; 'Apa azam tahun ini?'
Sent from my mobile®

Berkelana.. Ke Kg Halaman

Assalaamualaikum.

Apa kabar org kampung? Okay, mummy sudah ada di kg, dan sekarang sudah otw balik semula ke rumahku.

Hari Sabtu pagi balik kg sebab ada kenduri. Sesampai je di rumah, terus bersiap untuk hadiri majlis akad nikah anak sedara di Tendong - di rumah pengantin perempuan.

Hari ni, Ahad majlis di rumah kami pula.. Habis majlis di waktu petang, ada pula yang bersiap2 sediakan layar/skrin besar untuk event menonton bola akhir piala Malaysia - Kelate vs Pahang. Mummy pula kena pulang juga malam ni sebab sudah tempah tiket awal.

Sesampai je di epot, dah lepas imigresen, sekali.. flight kami sudah kena retime daa. Aduyaiii.. Berlama2 lah pulak kat sini. Flight patut jam 10.55 ditunda ke 12.05 Sudahlah xde skrin untuk tayangan bola di sini. Frust x dapat nonton ramai2 kat rumah tadi. Kalu diberitahu awal, mesti seronok dapat sorak ramai2. Tapi sudahnya The Red Warrior tewas 0-1 malam nih. Keciwa lagi sekali..

Sent from my mobile®

Jenis Zakat

Selain zakat perniagaan ada banyak lagi zakat² lain yang diwajibkan ke atas kita. Berikut adalah jenis² zakat yang perlu dikeluarkan zakat.

1. Zakat Pendapatan
Contoh Pengiraan Zakat Pendapatan
Cara 1Cara 2
Jumlah pendapatan kasar setahunRM48,000A.PENDAPATAN semua sumber seperti elaun,bonus dan divedin ang diterima(setahun)RM48,000
Zakat atas pendapatan (kerana lebih nisab) X 2.5%RM1,200B.TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan(setahun)
Diri
Isteri
Anak (Contoh : 3 orang x RM1,000)
Pemberian kepada ibu bapa
(Contoh : RM200 x 12 bulan)
KWSP (11%)
Caruman ke organisasi,koperasi,institusi kewangan yang membayar zakat
bagi pihak caruman/pendeposit
(Contoh : Tabung Haji RM110 x 12 bulan)
Jumlah Tolakan Perbelanjaan


RM9,000
RM3,000
RM3,000

RM2,400

RM5,280
RM1,320




RM(24,000)
C.PENDAPATAN YANG LAYAK Di ZAKAT (A-B)RM24,000
D.ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR
(kerana C lebih besar dari nisab) RM24,000 x 2,5%
RM600
E.JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN
(RM600 / 12 bulan)
RM50


2. Zakat Perniagaan

2.5% atas harta perniagaan yang layak dizakatkan tertakluk kepada nisab.

Keadah Pengiraan:

Kaedah 1 - Modal Kerja (Working Capital)

[Aset Semasa - Liabiliti Semasa]* X %Pemilikan Saham Muslim X 2.5%

Nota: Sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat seperti syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Perniagaan, Perusahaan dan sebagainya dimana terdapat pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa
Kaedah 2 - Modal Berkembang

[Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Separuh Tetap]* X % Pemilikan Saham Muslim X 2.5%

Nota: Sesuai digunakan bagi institusi kewangan dan perbankan Islam yang biasanya tidak mengkelaskan aset semasa dan liabiliti semasa* Lebih atau sama dengan nilai nisab

3. Zakat Wang Simpanan

Zakat wang simpanan dikenakan 2.5% ke atas baki terendah dalam akaun sepanjang tempoh setahun sekiranya melebihi nisab tanpa perlu ditolak hutang.

4. Zakat Saham
Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh-Zakat mendefinisikan saham sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi-transaksi perdagangan khususnya di Bursa Malaysia.

>Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia atau saham dalam koperasi.
>Saham yang dibeli dari wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah ditolak kerana dikira tidak sempurna milik.

5. Zakat KWSP
Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwajibkan zakat apabila dikeluarkan daripada simpanan tersebut. Ia berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama' Fiqh sependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang. Mata wang tersebut telah menggantikan mata wang emas dan perak yang digunakan oleh oran-orang Arab terdahulu dalam berurusniaga sebelum kedatangan Islam. Mata wang emas dikenali sebagai dinar dan mata wang perak sebagai dirham. Setelah Rasulullah S.A.W diutus menjadi Rasul, maka dinar dan dirham telah diiktiraf sebagai mata wang yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurusniaga. Kewajipan zakat wang simpanan ini bersandarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith Nabi S.A.W.

6. Zakat Emas
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9


7. Zakat Perak
Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:

>Jongkong perak
>Matawang perak
>Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
>Barang perhiasan/barang kemas perak

Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

8. Zakat Pertanian
Zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sebuah negeri yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya.

9. Zakat Ternakan
Zakat ternakan adalah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.