Jalan² Ipoh Naik ETS

Assalaamualaikum!

Tiket Platinum

Hari ni dah Selasa, tapi mokcik nak citer pasal hari Sabtu yang lalu.. Ada jemputan orang kawin kat sungai siput - sepupu hubby kenduri kawen. We all plan nak balik dengan kereta antik hubby, untuk balik kampung dia sekali, plus nak gi carik stok makanan gabbit kat sana.. Tapi plan hanya tinggal rancangan, nama dah antik, ada pulak yang tak kena dengan tayarnya, tak sempat nak repair hari jumaat tuh.

Tup-tup, rancangan bertukar sepantas kilat - kena naik ketapi ETS yang direct dari KL Sentral terus ke Ipoh. Tiketnye rega RM45 satu. Hu-hu.. Lumayan kan.. Terpaksalah. Sebab nak gi bersilahturrahim, dapat makan nasik minyak lagi.. Ingat tak sebelum ni, mokcik ada citer nak gi JB makan kenduri, pun tak jadi sebab kete antik ni jugak. Hu-hu.. Dugaan tul lah..



Roti Pandan

Dengan harga tiket RM45, kami diberi makan brekfes dan sebotol air mineral. Okay jugak lah.. Tapi yang tak puas hati, mokcik dapat roti yang berapa masak ni, masa makan boleh terasa lagi tekstur gandum nyer.. Roti belum cukup gebus... Tapi lapar punya pasal, habis jugak lah. Mana tak nya, naik train kat KL Sentral kul 8 pagi. Sebelum tu dari Kajang naik komuter kul 6.30, mana sempat nak bekfes dulu.. Dengan kalut tercari² kat mana nak naik train ETS ni, sebab tiada papan tanda langsung.. Main tanya² orang jer, pastu stesen nyer bertukar² pintu.

Kami sampai di Ipoh lebih kurang 2 jam selepas itu. Memang laju lah train ni, kalu drive kete blom sampai lagi kott. Badan pun tak letih sangat, duduk santai jer dalam train tuh. Dari Ipoh ke rumah kenduri, adik ipar yang pick-up. Ho-ho.. kali ni dapat makan nasik minyak sedap.. Lupa lak nak snap gambar... Sedap nasiknyer ada kacang gajus.. He-he...

Bila dah petang, kami kembali ke Stesen Majestic Ipoh untuk balik ke KL. Kali ni mokcik amik tiket yang murah sket rege RM25 sorang, yang namanyer Tiket Silver, mokcik dah beli siap² sesampai kat Ipoh pagi tuh. Train ni berhenti² di kebanyakkan stesen antara Ipoh ke Kolumpo. So, sampainyer lambat sket.. Beza dalam setengah jam jer.. Syukur - selamat pergi dan kembali ke rumah.

Sekian.

P/S: Peserta GA mokcik harap bersabar yer.. 
Maaf mokcik akan ambil masa yang agak lama untuk umum pemenang.


1 comment:

Cik Misstree said...

Tak pernah lagi merasa naik ETS.