Apa Maknanya

Assalaamualaikum

Dalam tidur kita bermimpi sedang bersedih akan sesuatu perkara.
Bila tersedar dari tidur, ada air mata benar² mengalir di kedua² belah kiri dan kanan mata.
Siapa tahu atau pernah alami?

Betul ke?

Wad Bersalin

Ahad, 12.10.14 - Seawal jam 6.15 pagi sudah terpajak di wad bersalin. Tiada angin tiada ribut, entah kenapa pulak mummy dtg check-in sini..

Jeng3x...

Panik takk? 



Waktu azan subuh sedang berkemundang, perut dah terasa something dan ketahuan air ketuban dah pula keluar.. Okay, mummy tak panik dari luaran. Tapi dalam hati Allah je yang tahu, apa perasaan sebenar mummy yang tiada langsung pengalaman nak bersalin ni..

Pertanyaan dianggap Fitnah

Pernah anda berada di situasi di atas?

Oh-ho.. Kalu anda terlibat, pasti ngilu rasa hati seperti ngilunya gigi bila saraf² nyer telah terdedah malahan lebih ngilu lagi. Apa² pun maafkan sajalah dia wahai hati. Semoga kemaafan itu setidaknya dapat melembutkan hati kita sendiri, walaupun ingatan mungkin sukar untuk dilupakan.

Ehsan google

Selamat Tahun Baru Hijrah


Salam Maal Hijrah yang ke 1436.

Di kesempatan ini, 
mummy ingin memohon maaf 
di atas segala kekhilafan yang berlaku selama 
berada di dunia blog bersama teman² semua.

Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun² di belakang.

Segmen Bloglist November 2014 By AdeLine

Klik banner untuk join sama.


Bismillahhirrahmannirrahim.

Pagi ni semasa jalan² melawat ke belog kawan²,
terjumpa pulak segmen ini.
Maka, mummy ambil keputusan untuk ikut serta.
Semoga mendapat kebaikan darinya.

Hari Ini Gerhana Bulan

Assalaamualaikum wrm.

Dikabarkan hari ni 8 oktober akan berlaku gerhana bulan dan dijangka akan kelihatan pada jam 7.30mlm ini di kebanyakkan negeri² di Malaysia.

Pada yang ingin menunaikan solat sunat gerhana bulan, menurut hadis sahih tak ingat pulak riwayat sapa: adalah disarankan untuk melihat dulu gerhana bulan barulah menunaikan solat. 

Tetapi terdapat juga kawasan yang tidak boleh melihat atau gerhana bulan tidak akan kelihatan disebabkan cuaca dan sebagainya. Maka, perlulah mendapat kepastian daripada mereka yang berada di kawasan yang telah melihat gerhana bulan.

Gerhana bulan boleh dilihat di bahagian timur. Caranya: Apabila keluar dari masjid, maka pandanglah ke sebelah timur. Mummy nak kena check kompas dulu.. hehe.. konpius sikit. Kalu dulu dok hafal: Ulam-Timun-Sambal-Belacan. Korang boleh faham tak?!

Kucing Gemuk Minta Makan


Kucing mummy pun gemuk² dari tuannya.. tapi tak pulak minta makan macam dalam video nih.. 
Comel campur kesian.

Selamat Eidul Adha

Assalaamualaikum wrm.

Menu Pagi Eidul Adha

Masih ada yang beraya di kampung? Syioknyer kan.. Apa menu pagi korang?

Mummy beraya di bandar aje.. dengan abang seisi keluarga. Alhamdulillah, ada juga rasa beraya. Lepas selesai solat hari raya, dapat berkumpul dengan keluarga abang dan dapat makan beramai² dengan bermacam² hidangan juadah yang kakak ipar telah sediakan. Mummy pun tak nak lepaskan peluang untuk sediakan satu menu. Mummy buat yang paling simple iaitu ayam tandoori..hiks! Simple kan?! Berbanding 3 menu lain yang kakak ipar buat semuanya; nasi arab(rekues adik kakak ipar), ada rojak(abang yang rekues) dan ada mee rebus(tak tahu sapa rekues yang ni). Oh! ada lagi satu, kek keju meleleh yang mummy buat atas permintaan kakak ipar.

Oktober Telah Tiba

Assalaamualaikum.

Salam Jumaat dan Salam Eidul Adha.

Apa kabar? Harap kalian dalam limpahan kasih dan sihat wal'afiat.

Mummy ada kurang sihat sikit jer sejak dua-menjak. Insha-Allah sudah beransur sihat, selsema pun makin baik. Alhamdulillah..

Oktober kali ini tiba dengan sambutan Hari Raya Haji, dan merupakan hari raya yang terbesar untuk seluruh umat islam kerana berlakunya pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail kepada pencipta-Nya, juga peristiwa pengorbanan Siti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim yang redha bila diperintahkan Allah untuk ditinggalkan di kawasan padang pasir. 

Kita sebagai penganut Islam juga disarankan untuk melakukan ibadah korban lembu, kambing atau binatang seumpama dengannya, ayam tidak boleh tau..! Ibadah korban ini dituntutkan ke atas setiap penganutnya sehinggakan diharuskan untuk berhutang. Tak percaya? Pi tanya ustaz.. Kalu hendak kahwin pun sanggup buat personal loan, inikan pula untuk tunjukkan kecintaan kita kepada Allah Taa'la yang telah banyak beri kita nikmat oksigen dan lain² lagi yang kita tidak pinta, tetapi Allah tetapkan sediakan.