Marhaban Ya Ramadan

Assalaamualaikum!

Salam Jumaat semua. Salam penuh barakah. Tak berapa hari lagi untuk kita sambut ketibaan Ramadan. Tetamu yang dinanti². Tetamu yang dirindu. Agaknya berapa ramai telah mengemas dan menghias rumah untuk menyambut tetamu istimewa ni? Ngee..

Check list di  bawah mungkin boleh digunakan untuk membuat persediaan menyambut Ramadan Mubarak:

  • Sediakan stok kurma - sunnah nabi berbuka dengan kurma dengan bilangan ganjil
  • Sediakan jadual menu berbuka & bersahur - elak pembaziran berbelanja di bazar ramadan
  • Tentukan masjid atau surau untuk berterawih dan juga solat subuh maybe..
  • Senaraikan pusat kebajikan, masjid atau seumpamanya untuk berderma
  • Ulangkaji tentang amalan berpuasa - Do's & Don'ts
  • Biasakan amalan membaca Al-Quran dari sekarang atau sejak dari bulan Rejab lagi.

Okaylah rasanya cukuplah tu untuk kita sediakan bagi menanti ketibaan Ramadan kekasih yang dirindui. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan. Amin.



NOTA: Maaf Zahir Batin dari Mummy

Lemas Dalam Rumah

Assalaamualaikum!

Pada tika dan saat sedang menaip ni, mummy kelemasan dalam rumah sendiri.. Ada terbau asap! Tengok di luar mendung ajer, tapi sebenarnye jerebu lar..

Sejak dari pagi Ahad lagi mummy perasan jerebu telah melanda semasa dalam perjalanan ke Putrajaya. Pemandangan nampak kelam ajer.. Kat radio hari ni pun dah kuar berita tentang jerebu yang berpunca dari pembakaran di Sumatera. Berhati² ye kawan², kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air putih.

Tingkap semua dah kena tutup sebab nak elak dari lebih banyak udara luar masuk, tapi kalu lemas jugak lepas ni tak tahu lah nak buat apa eih.. Pakai topeng kot! Walau berada dalam rumah..

Kisah RM4 & Faiza

Assalamualaikum! 
Mummy terbaca cerita ini dari fesbuk teman, teringin nak kongsi bersama korang pula. 
Jom pakat baca..

Kisah kejayaan seorang wanita yang telah mencipta nama dalam industri beras negara.

Beliau merupakan pembekal beras terkemuka negara iaitu Faiza Bayumi yang menjadi pengasas kepada Syarikat Faiza Sendirian Berhad. Semuanya bermula dengan RM4. Kehidupan seorang suri rumah sepenuh masa kelahiran Arab yang berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 bertukar menjadi seorang usahawan beras dan rempah yang berjaya.

Kisah RM4 cukup besar maknanya kepada Faiza Bayumi, apabila beliau berjaya menjual baju kanak-kanak yang dijahitnya sendiri dengan harga RM4 kepada pelanggan.Wang RM4 yang diperoleh Faiza mendorong beliau untuk berniaga dari rumah ke rumah. Selain menjahit baju untuk berniaga Faiza mencuba nasib membuat rempah yang berjenama Bunga Raya dan menjaja rempah tersebut ke rumah jiran dan kedai. Walaupun perniagaan rempah Faiza mendorong kurang mendapat sambutan, wanita tabah ini tidak mengalah.

Lantas, Faiza memulakan perniagaan beras secara kecil-kecilan. Ternyata usaha Faiza membuahkan hasil. Perniagaannya mendapat sambutan sehingga membawa beliau melebarkan perniagaan dengan memohon lesen pemborong beras dan pelbagai jenis termasuk beras wangi dan beras Siam.

Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras beras keluaran syarikat Faiza yang ditubuhkan pada tahun 1982, mendapat sambutan luar biasa daripada penggemar beras wangi. Jaringan perniagaan perniagaan Faiza bukan sekadar hanya dalam kalangan pelanggan di sekitar Johor malah jenama mula dipercayai pelanggan di Melaka dan Kuala Lumpur. Apabila jenama Beras Faiza semakin dipercayai telah membawa kepada penubuhan syarikat korporat yang dilihat lebih berdaya saing.

Pisang Apa?

Pisang sama panjang dengan sudu

Assalaamualaikum.

Semalam mummy ke Econsave mencari pisang dan barang dapur lain. Di sana ternampak ada dua label pisang - 'Berangan rm4.99 1kilo' dan 'Cavendish rm3.99 1kilo'.

Susunan pun nampak macam dari belah cavendish dan melebihi ke kawasan pisang berangan. Keutamaan memilih pun tak kisah sangat pisang apa. So, target yang murah lah, asalkan pisang! Selagi boleh berjimat, nak makan kasik lawass je pun.

Dah ambil pisang mummy pusing2 cari barang lain pulak, sementara hubby pergi beratur untuk timbang; tengok boleh tahan panjang Q, daripada kena tunggu lama, baik beratur awal. Masa timbang tu, mummy dah sampai di kaunter, dan.. Sekali pisang di timbang sebagai pisang berangan. Mummy pun tanya, "Ini bukan cavendish ke?" Tukang timbang tu boleh senyum je. Haiyo... Mummy memang tak kenal sangat jenis2 pisang ni.

Korang kenal tak pisang?

Nota: Pisang Tanduk je confirm mummy kenal..
Sent from my mobile®

Siapakah Yusuf Taiyoob?



Siapakah Yusuf Taiyoob?

PROFIL NAMA: Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN: Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
ISTERI: Datin Yusnita Ramli
ANAK: Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan.

Persediaan Ramadan

#Copypaste dari fesbuk Heliza Helmi

Persediaan Ramadhan:

1. Ilmu - ulangkaji ilmu² berkaitan puasa, quran, terawih, iktikaf dll.
2. Iman - mulakan baca quran, iktikaf dll
3. Hati - mula hiaskan hati dgn sifat baik & buang sifat buruk.
4. Anggota - mula kurang cakap benda takde faedah, kurangkan makan, kurang tengok yg takde faedah dan sebagainya.
5. Persekitaran - mula wujudkan persekitaran rumah, kerja, family & rakan² supaya menyambut ramadhan.

Sent from my mobile®

Cara Urus Wang Gaji


Berapa ramai yang belom tahu menguruskan wang yang masuk tiap bulan?
Berapa ramai yang wang poketnya sentiasa tidak cukup?
Perbelanjaan berhemat memang penting dan 'ukur baju di badan sendiri' perlu diterapkan.

Cara mudah untuk menguruskan wang supaya anda tidak berbelanja secara boros, dan perkara pertama yang anda perlu lakukan apabila menerima wang gaji adalah;

Asingkan wang anda mengikut peratusan berikut: (sumber dari radio)

PERTAMA - 10% adalah wang Simpanan (masukkan ke dalam bank yang sukar untuk anda keluarkan)
KEDUA - 55% adalah wang untuk Belanja wajib (duit segala bil, hutang dan belanja dapur)
KETIGA - 10% sebagai wang Sumbangan ( ibubapa atau cukai)
KEEMPAT - 5% untuk tujuan tabungan Pendidikan (hadir kelas kemahiran atau kursus mengurus kewangan atau lain²)
KELIMA - 5% untuk tabung Kecemasan (tayar pancit ke, atau perubatan)
KEENAM - 5% untuk tujuan simpanan Pelaburan saham atau sbgnya
KETUJUH  - 10% adalah wang simpanan untuk keperluan Pelancongan/Travel.

Semoga bermanfaat.

Terbaring..

Sebenar-benarnya, satu hari bermula subuh jumaat tadi.. Mummy telah terlantar kesakitan terlampau.
Sakit apa?
Tak pasti, tapi rasa nak je buang perut nih. Sakit sangat, sampai husben ajak gi klinik pun tak larat nak bangun bersiap.
Sejak dua tiga hari kebelakangan, mummy ada masalah nak tidor malam. Kadang2 sampai 2-3 pagi belom dapat lelapkan mata. Malam jumaat tu memang tak tidur langsung sebab bila tengok jam dah pukul 4, mummy sengkang je mata ni, takut2 tak terjaga subuh.
Bila mula sakit perut?
Malam tu memang dah ada tanda memulas sikit2, tapi kejap2 je. Lepas subuh, ia datang lagi, kali ni memang memulas sangat sehinggalah mummy sedar dah terkena keracunan makanan ni, tapi tak pulak cirit. Maaf! Jika kedengaran kurang selesa. Lepas melawaskan, perut masih sakit teramat. Heran! Tak pernah macam ni..
Bila dah ingat keracunan mummy suka amalkan sunnah nabi - iaitu minum madu, dan biasanya memang nak makan apa2 pun tak selera, campur cuak akan terus memulas. Terbaring je lah mummy sambil menahan sakit. Nak kata tidur tak juga, sekadar tidur2 ayam. Seketika, rasa macam mual dalam mulut, dan tiba2 termuntah - habis keluar semula madu tadi..
Perut ni terasa kosong je, sebab dari pagi belom makan apa2, jadi paksa diri untuk isi sedikit makanan. Makan la separuh kurma, dan minum madu lagi.. Macam tadi jugak, semua yg dimakan tu terkeluar semula selepas beberapa ketika. Semua sekali...
Teringat, mummy ada pesan dengan husben untuk beli pisang nak buat kueh hari jumaat tu. Makan pulak pisang untuk isi perut. Terkeluar jugak pisang2 tu walau mummy makan sikit saja. Bila dah takde lagi isi perut nak terkeluar, mummy tersendawa beberapa kali yang menandakan angin keluar. Kalu citer kat dokter pasal angin dalam badan, yang bila diurut2 tempat yang sakit, kita akan tersendawa, mesti kena gelak.
Mungkin sebab kepenatan campur belom tidur sejak malam tadi, akhirnya terlelap juga mata ni. Lepas 2-3 jam baru terjaga, masa tu memang dah rasa lega sikit perut, tapi bahagian kiri je yang sakit, nak gerak pun sakit. Alhamdulillah, masa tu dah boleh isi perut yang memang dah kekosongan. Makan la semula madu dan apa2 je yang ada untuk alas perut. Mummy rekues dengan husben tapaukan ikan untuk lunch. Bagi legakan perut yang sedang kekosongan, ikan adalah yang paling baik sebab cepat hadam berbanding lauk lain seperti ayam dan daging. Thanks dear, sudi melayan daku yang tengah kesakitan.
Mummy syak dah terkena gastrik, sebab setelah alami waktu tidur yang tak teratur, waktu makan pun jadi tak menentu. Itu yang perut dah masuk angin.. Sakit sangat bercampur, sakit sebab keracunan dan kena gastrik, dan juga mungkin sembelit sebab kurang amik sayuran dua - tiga hari kebelakangan. Janganlah melarat ke ulser perut atau lain2 yang menakutkan..
Esok, harap dapat gagahkan diri untuk ke klinik. Kadang, cuak jugak nak gi jumpa doktor.. Setiap orang ada la kan fobia nya. Mummy fobiaa tengok darah. Boleh pitam.
Bab cuak tu kena ketepikan jugak. Doakan mummy kuat untuk esok!
Wassalam.
Sent from my mobile®











Hari Ini Beday Adam

Hari ni Adam sambut hari kelahiran, syioknya dapat potong kek dan makan ramai². Adam syer tarikh beday dengan mamanya.. Rindu kat Adam entah bila dapat bersua lagi, kalu tak dalam sebulan, ada lah satu atau dua kali Adam akan terpacak di depan muka pintu umah mummy. Sekarang, Adam takde nak dtg² macam selalu, sebab papa Adam dah berpindah kerja di bumi kelahiran Adam.

Semoga panjang umur, murah rezeki & diberkati Allah selalu buat kedua-dua ibu&anak Adam.

Sent from my mobile®

Beli Al-Quran Digital Online

Assalaamualaikum.

Persedian untuk Ramadan

~ ~ ~ ~ ~



PEN AL-QURAN DIGITAL Focus One


Boleh membaca Al-Quran mengikut perkataan demi perkataan (word by word), ayat demi ayat, dan secara keseluruhan surah. Terdapat menu pilihan Qari dan terjemahan pada setiap mukasurat. 
Set quran didatangkan dengan EXCLUSIVE BRIEFCASE senang untuk dibawa kemana-mana.


Terjemahan

* Pen boleh menterjemah setiap ayat al-Quran
* Terjemahan Bahasa Melayu
* Terjemahan Bahasa Inggeris

Buku Tambahan
* Talking Dictionary
* Doa-doa harian & Cara solat (terjemahan terdapat dalam Bahasa Melayu)
* Doa hajj umrah, Muqaddam
* Sahih Muslim

Memori
* 4GB
* Pen boleh disambung ke komputer dengan kabel USB
* Mempunyai slot memori tambahan


Audio
* Built in speaker (Suara yang berkualiti tinggi)
* Earphone


Aksesori
* Pen elektronik (reader pointer)
* Al Quran khas
* Earphone
* Charger
* Kabel USB
*Kad Index




Harga Pasaran: RM300
Harga: RM180

Free shipping to Semenanjung
Free digital tasbih **while stock last


Potongan 30% @ Baby Chiko Bundle


Assalaamualaikum.

Pemberitahuan:

Ada potongan harga sebanyak Tiga Puluh - Empat Puluh Peratus di Baby Chiko Bundle.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di sana.

Jom singgah sekarang!

PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER


Segmen ini akan tamat pada 6 July 2014
Klik banner untuk sertai.

Wordless Wednesday 2014 [05] : Doa Rejab & Syaaban


Masuk Hospital

Mengenang kembali.

8 Mac yang lalu..

Danish adalah anak sedara mummy yang baru genap usia 6 tahun pada 8 mac, telah ditahan di Hospital Serdang setelah terkena cirit-birit dan muntah². Mummy tahu pun lambat setelah sehari dia di ward, abang baru bagitahu. Mummy ingatkan tersalah makan ke apa, tetapi pada hari pertama doktor kata suspek apendiks. Apendiks lagi? Apa kaitan kanak² dengan apendik ni yer. Mummy don't have the answer. Nak kata salah makan logik atas dasar minda mummy yang bukan doktor. 

Kesian, lihat wajah yang sugul ini.
Danish ni jenis tak kuat makan. Dia hanya suka makan nasik dan telur, lepas tu minum sirap. Walau telur rebus suku jenuh nak habiskan, nasik pun konfim tak habis. Tengok badan tu kurus kering je. Mummy nak komen lebih² pun bukan duduk serumah dengan dia, sah² mak-bapak dia lagi arif pasal pemakanan dia. 

Setelah didiagnosis, rupanya Danish telah terkena jangkitan kuman di peparu. Alahai, kesian. Nasib baik warded tak sampai seminggu. Tapi sayang, sekali pun mummy tak dan nak gi jenguk, hanya wakilkan hubby untuk ziarah Danish time hubby pulang kantoran

Pada masa tu kan cuaca sangat panas di siang hari. Mummy masa tu senang kena sakit kepala kalu terdedah kepada cuaca panas. Nak keluar sekejap untuk jemur kain pun, dah sakit kepala, apatah lagi nak keluar berlama² atas kenderaan memang rasa nak elak sangat. Nasib baik sekarang cuaca sejuk sedikit. Mintak² Malaysia tak terkesan sangat dengan El-Nino nanti. Wallahu'alam.

Eh! dah sihat ke?
Gambar di atas ni adalah gambar sehari ke dua hari sebelum keluar ward. Amboii! Sakan nampak dengan hp ibu dia tuh.. Dah sihat lah tu! Bila dah sah dah xde lagi kuman dalam peparu, dapatlah keluar ward. 

Rumah Makan Cibiuk

Dah lama tak ke Rumah Makan Cibiuk, yang terletak di Taman Putra Kajang. Rasanya last datang masa abang & kakak ipar yang ajak - makan ramai² dengan parent dan adik kakak ipar. 

Tengah minggu hari tuh, ncik hubby bawak ronda² cari tempat makan. Kebetulan malam tu mummy tak der mood nak masak. Siangnye mummy ada bagitahu ncik hubby, mummy sedang bersedih. So, kononnya nak pujuk hati ni. Mummy kata okaylah sekali-kala makan tempat nampak ala eksklusif.. Lagipun dah lama tak makan Indonesia Cuisine

Apabila belek-belek menu, perasan banyak menu yang sudah tiada seperti yang ada masa datang dulu. Tak tahu kenapa, daripada pengamatan, kedai ni ada je orang datang dan penuh juga terutamanya pada hujung minggu.

Malam tu bukan malam minggu memang tak ramai, dan boleh buat pilihan menu dalam keadaan aman je. Berdasarkan menu yang ada, paling yang tertarik hati mummy di sini adalah begedil jagung, yang hanya ada dalam set nasi bakar pulen komplit, untuk air pula mummy pilih teh botol yang memang terkenal di Indonesia. Tengok harga pun boleh tahan lah RM2.90 sebetolnya sebotol.

Set pilihan mummy

Pilihan hubby mesti ada jengkol

Alhamdulillah.. kenyang!

Dalam mood bersedih pun boleh habis jugak makan. Sayang woo kalu tak habis. Membazir amalan syaitan! Sudah kenyang, hati sedih pun lupa sekejap. Dah abih bayar jom balik! 

Tetiba mummy tengok resit.. opss!! lain lah harga air teh botol tuh..



Wasalam.

Cucu Baru - Irdina Safiyyah

Pada 16 Mei lalu, mummy dapat lagi cucu baru sorang lagi. Huhuhu.. Hai, asik dapat cucu jer. Nantilah senang² mummy nak amik anak angkat nak wat kawan dan teman nak bermanja. Sapa nak kasik?

Budak tecik Irdina ni lahir pada Hari Guru. Nak jadi guru kott.. Hehe

Jom usya cucu baru mummy..

Hari pertama

Hari ke dot dot


Nota: Syukur Alhamdulillah, mummy masih punya seorang suami.

Mari Beramal Bersama IRM

Salam Yaumul Jumaah.
Amalan menderma adalah salah satu punca murah rezeki.
Jom beramal bersama!

----
Islamic Relief Malaysia (IRM)

Fakta di Yemen
• 45% daripada 24 juta penduduk hidup di bawah garis kemiskinan.
• 43% daripada 24 juta penduduk mengalami kekurangan makanan.
• Hampir separuh daripada kanak-kanak mengalami proses tumbesaran terbantut.
• 35% masih menganggur.

Sudahkah anda menyumbang untuk membekalkan bantuan makanan asas kepada asnaf fakir dan miskin di dalam & luar negara (15 buah negara) semasa bulan Ramadhan melalui program Program Ramadhan: Care For Hunger?

Jika belum, sumbanglah sekarang!
Yemen merupakan salah satu negara yang akan menerima bantuan bekalan makanan asas tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:-
http://islamic-relief.org.my/ramadhan-relief-2014/

Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF!

Belog Sepi Mahu Ceria Kembali

Chak!

Assalaamualaikum wrm.

Agak lama belog ini sunyi. Sunyi dari entrinya, sunyi dari sapaan makhluk yang ada, dan sunyi dari segala yang sunyi. 

Dari April hingga Mei semua menjadi sepi. Kini, di bulan Jun, cuba kembali bangkit untuk ceriakan belog ini dan memberi sesuatu yang bermanfaat. Pada yang sudi singgah dan baca di sini, 'Terima kasih' didahulukan. Kalu ada yang tak bermanfaat tu jangan ditiru pulak yer. 

Dalam masa menyepi, mummy sebenarnya sibuk dengan kerja² freelance, nak cari duit poket lah. Nak , harapkan iklan nuff semata, setahun nak dapat cash-out pun belom tentu.. Memang tak boleh lah kan, sebab belog ini belom berdaya maju, dan letih lah kalu semua tempat kita singgah nak kena bagitahu, 'saya dah klik iklan awak', supaya inreturn orang tu dtg balik klik ilan kita. Kalu encik nuff tahu mesti dia mungeh. Mummy klik seikhlas hati oke. Jangan marah arr. 

Pada awal bulan April sebelum berkecimpung dengan freelance secara intensif, mummy ada ikut satu lawatan jemaah ni pergi ke Medan, Indonesia. Dapat pergi melawat makam alim ulama di sana. Sekali-sekala ikut kumpulan orang apa salahnya, kalu selalu biasa sendiri yang buat dan bawa rombongan jalan². Bawak rombongan cik-kiah ni juga boleh juga mengubat hati nan sepi, dan menambah kenalan katakan. Ala mummy caj harga kawan² jer.. Tapi tahun ni belom tahu ada rezeki lagi ke nak buat.. Kalu ada sambutan, mummy on jer... 

Cerita pasal jalan² ni memang best, boleh release tension. Tapi itulah modalnye mesti ada. Bagi mummy sendiri senang, buat tabung khusus untuk travel. Nak, seribu daya. Tak nak, cukup dengan satu dalih jer.. So, ada sesiapa nak ikut rombongan mummy pergi ke Garut, Indonesia akhir tahun ni? Boleh menabung dari sekarang! Acu komen, nak tengok berapa orang nak ikut?

Aktiviti lain yang buat mummy takde perasaan nak update belog, adalah sibuk mencari resepi dan mencuba resepi. Aktiviti masak-memasak ni pun sebab nak release stress. Lepas tu ada jugak, terima beberapa tempahan kecil-kecilan jer. Bagi yang bertanya tentang kelas roti, minta maaflah sebab mummy termenyepi sekali. Insha Allah jika diizinkan, lepas raya lah kita adakan. Itupun jika masih ada yang sudi menuntut ilmu dengan mummy, insya-Allah sepuluh kali mummy sudi curahkan sedikit ilmu yang ada ini.  Tapi kalu nak resepi free, anda boleh google je, berlambak² sampai sendiri pening mana satu nak buat. Resepi untuk kelas ini memang spesel sket lar - Ilmu yang dapat dari chef² yang mummy hadirkan diri di kelas mereka.

Haiya sebut pasal kubur, memang terasa tak nak mati lagi.. Sebab tak cukup amal. Dosa pastinya ada, dan belom tentu Allah dah ampunkan kita. Cuma kena terus muhasabah diri dan fikir sehabis positif pintu taubat masih terbuka. Mati itu pasti dan bila² masa je..

Jika ada salah dan silap mummy harap diampunkan. Mummy hanya manusia biasa yang inginkan kedamaian dan ketenangan, jika berada di sebaliknya, kepala mummy akan jadi macam orang kena migrain. Kalu boleh tidak mahu dipertanggunjawab kan ke atas apa² kesalahan yang telah mummy perbuat dan ada pula yang meniru kesalahan tersebut. Wai'yalzhubillah.