Aktiviti Terbaru Lagi Best



Salam.

Meh sini nak dengar gossip orang tak femes... Ceh! Sapa nak dengar atau baca kalau dah tak femes kann. Tak perlah x femes, mokcik tetap nak stori jugakk. Sebab ni belog mokcik kan, korang kena baca jugak mokcik nak citer apa kali ni. Kekekekek...

Sejak bulan lepas lagi, iaitu februari 2012. Mokcik secara rasmi telah melibatkan diri dalam usahawan bundle weih... Setelah selama beberapa tahun dok berkecimpung dalam bisnes baju² baru. Teringin lak nak jual bundle, sebab mokcik memang suka konsep jual murah² & mampu milik. Almaklumlah semua orang nak kena pakai baju kan..dan barang² pulak semakin naik harga.

Lagipun nak ikut sunnah Nabi kita - iaitu berniaga. i loikke bisnes. Lagi untuk isi masa lapang, yang takderlah lapang sangat sebenarnya. Tapi tak salah isi dengan aktiviti yang boleh meningkatkan ekonomi keluarga dan bantu suami nak sara keluarga dia dan keluarga kita. Lagi terpanggil nak tolong bantu anak² yatim yang mak mertu tengah bela. Lagi, mokcik nak kena sara binatang ternakan mokcik yang berupa arnab², kucing², burung², ayam² orang singgah datang makan, harimau belang, harimau bintang yang kaler hitam tu.. Hiks! banyaknyer binatang.... Ha-ha mokcik tokok tambah jer ni...

Maklumlah dulu, kita makan gaji. Sekarang dah takder gaji tetap untuk nak sara makan, bawak gi klinik, beli pasir untuk poo-poo nyer.. dan macam² lagi lah nak buat yang nak kena pakai duit.

Harap dapat sokongan dari kawan² di sini dan di sana juger.. Tak kiralah sokongan moral ker, sokongan tak moral ker.. Asal aktiviti mokcik ni akan terus menerus berjalan. Amiiin.

Berbalik kepada bundle tadi.. Mokcik beri nama sebagai 'Kiki Bundle'. Kiki Bundle start dengan jualan ladies dress. Suatu masa nanti bercadang nak tambah pakaian anak² dan jugak kaum bapa. Ada ke jejaka ensem yang sudi nak beli dengan mokcik?

Sekarang tengah nak bawak masuk skirt pulak.. Baru nak snap² gambar.. Skirt labuh ada.. skirt pendek pun ada.. Alahai... sapa pulak nak pakai skirt pendek ni.. Pendek paras lutut jer.. Kalu uols ada kawan² Chinese or bangsa² lain yang pakai skirt pendek ni.. Tolon lah promotekan Kiki Bundle kat diorag yep.. 

Segala pertolongan dan sokongan anda didahulukan dengan ucapan Terima Kasih Daun Keladi.


Jemputlah singgah epp..  Kiki Bundle

2 comments:

Nz said...

Rasa nak bela monyet lak.. Kesian yg nmpk semalam tu kat sg.ramal hehehe

Nz said...

erkk.. monyet di sg.ramal