GIVEAWAY : WIRDA WARNA

Click banner to join


required entries :

1. First of all , do LIKE my WirdaWarna Facebook page -Done
2. Make a simple entry about this GiveAway and dont forget to put on the banner in your entry (which provided up there) . -Done
3. Do follow me & my blogshop WIRDAWARNA, just to make you easier with this giveaway updates . -Done
4. Do tag at least 2 of your friends and make sure that they aware with your tag. 
list their names -Done
Tag goes to:

5. DONE ! and leave your link HERE ! -Done

This giveaway open from today, 26 of July till 25 of August 2011


Grand Prize

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!





Syarat-syarat penyertaan:
Boleh klik banner untuk maklumat lanjut.

Hadiah Giveaway:

  • 5 hadiah utama dari Bandung dan Korea.
  • 10 hadiah saguhati dari Bandung.
  • 1 hadiah istimewa untuk peserta yang tag paling ramai. ( Fridge Magnet dari Korea)

Kali ni mokcik nak tag:
  1. http://www.lindarosman.com/
  2. http://www.myaelqayreenaazryan.blogspot.com/
  3. http://telagaputihworks.blogspot.com/
  4. http://mimiesaienie89.blogspot.com/
  5. http://knini.blogspot.com/

GiveAway EdY : still beauty


Salam..

Dah lama x join memaner kontes ataupun GA. Tkasih umiliza dah tag mokcik.

Mokcik pernah join GA Edy ni dulu.. tapi xder luck.. maka nak try cuba test lagi sekalik. Sesapa nak join gak cuma klik banner kat atas. Syaratnyer pun mudah jer..

Antaranyer:-

1. Kena follow dua belog nih

2. Kena tag orang:

Tarikh tutup adalah pada 11.59 malam, 7 Ogos 2011

So, apa tunggu lagi.. Jom serbu pakat join.

Al-Fatihah Buat Opah

Assalamualaikum.

Harap anda semua dalam keberkatan Allah Azzawajalla.

Petang Isnin baru² ni, opah kepada suami ku telah meninggal dunia akibat sakit tua. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir di rumah anaknya,di Klang, dan telah dibawa pulang ke kampung.
ALFATIHAH buat Allahyarhamah.

Kami pula tak dapat terus pulang pada malamnyer.. Sebab seben pula baru baik dari demam, selesema dan batuk yang sebabkan dia macam nak kena asma.. Mokcik sendiri pun tak berapa sihat - tapi hanya kena serang sakit tekak jer, dan kadang² sakit kepala.

Pagi² Selasa baru kami bertolak ke kg. Alhamdulillah semua urusan pengebumian Allahyarhamah berjalan lancar semalam sebelum masuk waktu solat Zuhur.

Lewat petangnyer pulak kami terus balik kemari, kerana hari ni- Rabu, seben kena kerja lagi. Dari kampung sampailah di rumah tengah malam semalam, kepala mokcik terasa sangat sakit.. Lepas tidur pun masih belom reda. Tup² hari ni, mokcik lak yang kena demam - rasa panas badan, plus hidung terus berair dan tersumbat. Kepala pun ada penin sket.

Nota Mokcik: Doakan kesejahteraan roh Allahyarhamah opah yer. Juga kesembuhan mokcik jugak ni.. Tolon tengok jugak Wordless mokcik hari ni

Wordless Wednesday [4]


Masalah Sistem Pemparitan

Assalaamualaikum!

Tengah buat apa tuh?! Hehe.. Mestilah tengah belogwalking kan..kan..kan..
Meh sini singgah baca entri jap.. Pasal Sistem Pemparitan ni..

Sistem pemparitan sangatlah..Hua..Hua..Hua.. Bunyi macam gempak, sebenarnya nak citer pasal masalah tempat laluan dari sinki ke keluar tu yang tersumbat. Sistem kat rumah mokcik ni laluan air keluar berkongsi antara sinki dan air basuhan dari mesin basuh.. Kalu sebelum ni air mesin basuh jer yang melimpah, tak kisah sangat.. sebab air sabun jer.. Tapi kali ni lagi dasat, air sinki lak yang melimpah.. Huhu.. Huaaaaa..

Dari pagi dah usaha pergi carik unclog drain ke apa ke namanya kat kedai mymydin.. Tapi masa matahari tegak atas kepala, tak mahu jugak air mengalir keluar... Apalagi mokcik pun bersusah payah lah carik idea lain, camaner nak bagi air keluar ni. Jolok dengan besi pengcungkildah tentu.. Siram air panas lah.. Habiskan semua stok pencuci dan tuang ke dalam lubang.. Tapi degil jugak air nih. Last² mokcik dapat idea - Jolok batang paip dalam² pastu pasang air kuat². Segala ketulan sisa keluar naik dan timbul. Mak-aiii banyaknyer sampah..

Sampah berupa ketulan macam tanah, patutlah air tak nak keluar. Nampak macam biskut pun ada.. Huhu.. Sebenarnya, mokcik dah lapar la.. Dari tengahari sepatutnya masak, ku dok jolok lubang paip tuh.. Sekarang ni tengah take 5 kali kedua - cicah biskut dengan air kopi. Entah nanti nak masak apa la.... Paip nyer masih sumbat, periuk semalam pun belom berbasuh.. Adoiyaiii


Pesan Mokcik: 
Kena rajin siram air panas ke dalam sinki tu sebelum masuk tidur at least 2 minggu sekali.

Keluar Hospital

Assalaamualaikum kekawan..
Moga semua sihat sejahtera hendaknya.

Aiyaah.. Beberapa hari tak sempat nak update belog, banyaknyer criter nak story.. Entah rajin ke tidak nak menaip nie.. Jom layan citer mokcik.

Mula² nak sambung citer pasal my sis:
Hari Sabtu minggu lepas lagi, dia dah discharged dari hospital. Sebenarnya hari kamis, dia dah dapat hint dari doktor hari esoknya dah boleh keluar, tapi sebab ada berlaku sedikit kesilapan oleh doktor kecil; - doktor besar marah² kenapa ada udara dalam botol tempat darah kotor / bisa keluar.

Sepatutnya, botol tu tiada udara supaya memberi tekanan untuk mengeluarkan segala darah yang kotor atau air bisa tempat kena bedah keluar, dan masuk ke dalam botol.  Jadi, bila benda yang patut keluar atau kering awal tak habis² lagi, camaner kakak ku boleh keluar kan.. Terpaksa dia ditahan di hospital sehari lagi. Itu yang Sabtu baru boleh keluar hospital.

Okay, citer pasal penyakit dia pulak.. Alkisah tiroid ke kanser?
Doktor ada bagitahu, kakak ku ada kanser. Dan sahlah yang dia dok merana selama ni, adalah bukan tiroid.. Cuma doktor belom sahkan lagi kanser apakah itu? Tunggu sebulan lagi selepas doktor buat kajian..

>>Baca kisah sebelum<<

Nota Mokcik: Tiada penyakit yang tiada ubat, kecuali sakit mati

Bilik Bedah

Assalaamualaikum.

Apa kabar semua? Harap semua sihat² sokmo.

Wokey, sekarang nak amik sedikit masa untuk hapdate citer pasal my sister yang masuk spital semalam.

Pagi tadi, sempat sekejap sahaja bertemu mata dengan dia. Pasal, pagi adalah bukan waktu melawat. Sebenarnya guard tak bagi masuk, ku berkeras nak masuk juga dengan dua orang pengiring lagi.. Huhu.. ku janji nak masuk sekejap jer... kejap jer.. So, terpaksa ku kotakan janji.

Masa jumpa, kakak ku nampak begitu pucat dan lemah-longlai. Ni mesti sebab rasa takut dan gundah untuk menghadapi operasi-nyer nanti. Hei, sapa tak gemuruh, aku sendirik pun cepat panik!

Semalam, doktor ada memaklumkan bahawa operasi kakak ku ini akan disediakan dengan kata lain menempah satu katil untuk dia di bilik ICU untuk menghadapi segala kemungkinan. Dan semalam juga, my sis sendiri yang menandatangani surat persetujuan pembedahan ke atas-nyer untuk hari ini.

Nak pendekkan cerita.. my sis kena sorong masuk ke dalam bilik bedah kul 11.15 pagi. Alhamdulillah... Akhirnya, penantian kami di luar bilik bedah  rasa begitu lega kerana kul 3 petang dia kelihatan disorong keluar dari sana.

Debaran untuk hari ini sudah berakhir di sini. Tunggu untuk cerita selanjutnyer..

Baca kisah sebelum.


Nota Mokcik: Alhamdulillah.

Tiroid ke Kanser

Assalaamualaikum.

Selamat petang dan selamat berbahagia semua...

Sejak-dua menjak berada di kampung ni, ku tidak menyempat nak update belog. Tapi masa kat rumah pun macam tu jugak. Al-sebok dengan kerje² lain pulak. Hari ni dapat peluang keemasan ni nak citer sket pasal keberadaan ku di kampung ni.

Hari ni di awal pagi, ku dan kakak ku pergi menghantar kakak ku yang seorang lagi ke hospital. Kakak ku ada temujanji dengan doktor untuk menjalani operasi besok-nyer, kerana ada masalah di dalam kerongkongnya. Doktor tidak sahkan ia adalah tiroid atau pun kanser.. Katanya; " lepas bedah baru boleh tahu ia tiroid atau tidak". Pelik takk bunyik nyer..

Hmm.. Ku ni tak tahu menahu pasal ni, tak dapat lah citer lanjut apakah bende tu.. Hanya mampu berdoa akan keselamatan dia - kakak ku. Amin.

Kekawan yang baca ni, please yer.. Doakan sekali.

Wassalam.

Sew Love 1st Giveaway



Assalaamualaikum!

Bismillahirrahmanirrahim.
I would like to join this Sew Love 1st GA. This GA is giving away Wallet, Wristlet & Tote-Bag made from Sew Love. There're so cute and so adorable. Hope i am one of the winner.

Let's join the GA. Just click on Sew Love banner to know the details.

Ejen Halal

As-Salamualaikum..

Moga kekawan semua dalam keadaan ceria dan sihat sejahtera hendaknya.

Semalam kat tv al-Hijrah ada rancangan Ejen Halal. Korang tengok takk.. Rancangan ni sangat bagus untuk kita mengetahui perkembangan dan isu² berkaitan barangan dan makanan halal.

Kalu ada yang belom pernah tengok - Boleh tengok rancangan ni setiap Isnin Jam 8.30 malam. Mokcik memang selalu tunggu rancangan ni setiap minggu.

Minggu lepas citer pasal barangan kosmetik dan isu botox - yang sememangnya diharamkan kerana botox itu sendiri adalah bakteria ke virus apa ntah..yang disuntik ke dalam tubuh manusia. Bakteria ni boleh didapati daripada tin-tin yang makanan yang sudah rosak, yang mana ia akan mengembongkan tin tersebut.. Begitu lebih kurang boleh mokcik citerkan. Kalu nak tahu lebih tepat, tengok sendiri lah, tapi tiap minggu, mesti isu² yang berlainan akan dikupas.

Sekian. Wassalam.