Kebetulan atau Suratan

Berita Gempak : Mengenai " Banyak Ikan Meloncat Loncat ke Pantai di Lahad Datu " yg Disiarkan di BULETIN UTAMA jam 8 Tdi , Aku Sendiri telah mencari jawapan disebalik kejadian itu . Setelah 1Jam Lebih aku cri dkt Blogger dan di Laman Web Yg Tertentu aku mentafsir , "Subannallah" Aku bkn nak mereka reka cerita atau karut dan bukan berlagak pandai , aku cri penyelesaian "Para Saintis" mengatakan "Jikalau haiwan di darat berlari lari atau ikan kembali ke pantai di nyatakan mungkin Ikan Kepanasan di Dasar Laut dan Binatang di Darat Kepupusan Alam Flora dan Fauna" . Di samping itu "Para Ulama" mengatakan Pada Zaman dahulu iaitu pada zaman Nabi berlaku kejadian seperti itu "Haiwan yg berlari lari dikatakan Allah menyampai kan Utusan yg Dikatakan "Amaran" . Para Ulama mengatakan ALLAH cuba menunjuk kekuasaan nya dgn memberi Amaran kpd kita apabila BUMI sdg "Tenat" dgn Segala DOSA2 Di DUNIA apabila Ramai manusia yg menyimpang dri JALAN nya , PARA ULAMA mengatakan kejadian seperti Ini banyak berlaku dia negara lain ? Seperti ACHEH , PHILIPINE , dan NEGARA2 Lain apabila selang beberapa Hari akan Berlaku Sebuah TSUNAMI Yg Besar . Aku Sebagai UMAT ISLAM ingin Mengajak ramai2 bertaubat , Memohon keampunan , banyak2 luang kan masa dgn solat , banyak2 kan Istifar , membaca Al QURAN , menutup aurat , berhenti mengikut cara gaya Barat , di MALAYSIA belom tercipta nya sebuah teknologi yg boleh mengesan gelombang TSUNAMI seperti di jepun yg berlaku TSUNAMi apabila rakyat JepunI Sempat menyelamat kan diri ? Kita pon tidak Jangka adakah betul atau pon tidak , tpi aku Sebagai HAMBA ALLAH CUMA MENYAMPAIKAN SEDIKIT INFO MUNGKIN BOLEH MENYEDARKN SESEORANG UNTUK BERTAUBAT SEBELOM AJAL DAN MAUT KITA SAMPAI ....... 
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani 
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA 
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia 
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic 
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu 
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani 
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki 
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun 
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki 
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang 
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki 
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia 
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island 
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki 
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic 
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki 
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris 
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA 
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang 
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina 
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA 
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA 
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia 
26 dec 2004 tsunami Aceh 

Satu fakta nombor yg menarik untuk kita fikir-fikirkan: Adakah kita sedari...??? 

Acheh Tsunami 26-12-2004, 
Jogja Gempa 26-05-2006 
Tasik, Jawa Barat Gempa 26-06-2010 
Guru Merapi Meletus 26-10-2010 
Jambatan Tenggarong Samarinda, Indonesia Runtuh 26-09-2013 
Bulan lalu pada tarikh 26 Okt. Taufan Haiyyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan Nya kepada seluruh rakyat Filipina yg telah merobohkan "Rumah Nya" di Manila untuk digantikan dgn shopping mall!! Mengapa semua ini Berlaku pada tarikh 26hb Adakah ini satu kebetulan?? Bukalah dan bacalah Al-Quran Juzuk ke: 26 Allah SWT telah berfirman Mafhumnya: "sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat". Biar mereka semua tahu bahawa Mu'jizat Allah itu ada !!! Jika sudi.. Sampaikanlah SMS ini kepada hamba Allah yg lain.. 
Wallahualam...


Copy n paste 
Sent from my mobile®

Periksa Solat Anda

SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mau meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

COPY & PASTE
Sent from my mobile®

Menghitung Hari..

Assalaamualaikum!

Hari apa yang dihitung lak tue? Nak kata mengandung, tak jugak. Mengandungi adalah.. Haha..

Entahnye, mummy suka² menghitung hari yang laju sangat berlalu.. dan..

Hari ni hari paling membosankan dalam minggu ini.. Tak tahu kenapa.. Mungkin anda juga ada hari² yang membosankan untuk dilalui.. Rasa tak boleh nak citer kat orang bagaimana rasanya.. Hanya orang yang rasa akan merasainya.. Uhuhu

Okay itu jer nak taip.

Hmm.. Ada tambahan sikit lagi. Harap malam ini menceriakan malam korang, sebab malam ni mummy ada sket masa untuk buat blog jogging.. But just a few blog i guess. Blogwalking, do drop comment and say 'Hi!', while watching 'Neraka Zionis' on TV Al-Hijrah..

Semoga hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini untuk mummy dan kawan² blogger juga. Aamin.



Ehsan Gugel

'Saya Takde Mak'

Assalaamualaikum bloggers.

Agak2 kan kalu korang dah tua benar, dan ada orang muda datang nak mengadu, dambakan kasih-sayang orang tua, serta bgtahu anda, 'Saya dah takde mak'.

Apa anda akan jawab pada orang muda tue?


Sent from my mobile®

Berakhir Kelas Disember 2013

Alhamdulillah.. 

Selesai sudah kelas roti, pizza & nasi arab mummy untuk bulan dan tahun ini.




Semoga dapat bersua lagi di tahun hadapan.

****

Pada yang berminat nak join kelas boleh pm mummy yer..
Kita susun jadual untuk tahun 2014 pula.




The Big Bad Wolf Book Sale 2013: 6-15 Dec 2013



Assalaamualaikum!

Ada sesiapa yang dapat pergi big bad wolf book sale ni takk.. Huhu.. Mummy baru je balik dari nak pegi situ. Otw ke sana jalan dah jem, walaupun jam dah sudah pukul 10 malam. Hancur berkecai nak ke sana, encik suam patah-balik, sebab dia memang jenis malas nak berjem.

Gambar Hiasan

Entah pukul berapalah jalan akan clear kan, tambah² dah nak tamat sale ni. Ada jugak kawan² yang pergi sebelum ni jam 1.00 pagi, masih ramai jugak orang. Harap² sale will extend the date.. Hehehe..

Rindu Budok Nih


Cepat oyak namo awok gapo dio...

Notis Gangguan Air di Selangor & Wilayah Persekutuan

Assalaamualaikum & Salam Jumaat..

Berita penting!!! Mummy baru dapat maklumat tentang gangguan air.

Gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Disember, manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Disembar (Ahad).

Semasa gangguan, tiada lori tangki yang akan membekalkan air ke kawasan gangguan, kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat. Oleh itu kena buat simpanan air secukupnya sendiri!!

Pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di
talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air:

WILAYAH KUALA LUMPUR:

1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat
Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN);
Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime

2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing;
Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan
Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan
Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri
Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman
Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman;
Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung
Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung
Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima
Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks
Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta.

4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga
Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas;
Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman
Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Tangan
Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris.

5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung
Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul
Selatan dan Bandar Baru Sentul.

6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid
Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta;
Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki.

7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit
Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan
Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah;
Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas;
Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.
9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC);
The Mall; Hentian Putra.

10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan
Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat
Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan
Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato\'92 Keramat;
Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom;
Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan
Titiwangsa)

11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre;
Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan
Pinang.

12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan
MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat
Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh;
Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China;
Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan
Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.

13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan
Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan
Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda
Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah.

14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen;
Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana;
Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin;
Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.

WILAYAH GOMBAK:
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway
SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa
Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3.

WILAYAH PETALING:
Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai
Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat
Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan;
Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7
Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52;

Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman
Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Tangan
Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan;
Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl,
Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas;

Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2;
Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM
Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga
Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen
17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya;

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM:
Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putera
Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26;
Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas,
Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ
Subang.

Sumber BERNAMA

Petua Mengasihi Suami - Bahagian 2

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata' inginkan seseorang yang dapat membantu', jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yang tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci. Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat.

Petua Mengasihi Suami - Bahagian 1

Entri ini adalah untuk bacaan yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Khas untuk suami-isteri attau yang bakal mendirikan mahligai bahagia tak lama lagi. 
Bukan untuk yang sedang couple² yang suka keluar² berdua-duaan tanpa ikatan yang sah. 
Tak sesuai dan sesetengahnya haram untuk diamalkan..

Amat sesuai untuk diamalkan kepada mereka yang sudah lama mendirikan rumah-tangga.. Ngeee..


****

TIPS KERETA KENA BANJIR

TIPS KALAU KERETA KENA BANJIR

Kereta Tenggelam Sebab Banjir??? JANGAN SESEKALI START...!!

Kita tidak tahu bila musibah menimpa.Tambah-tambah dalam musim banjir ini.
Dah bala nak sampai, tidak kira waktu kan? Dan kadang-kadang, kita tidak sempat pun nak selamatkan harta benda berharga.
Contohnya kenderaan kesayangan kita dan akhirnya, ia ditenggelami air.

>>>>Anda jangan risau, ia masih lagi boleh digunakan!

Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kereta,

>>>>JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA!!!

Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada kotak komputer.

Ini berlaku kerana masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, dan jika ia berlaku, alat tersebut terpaksa diganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 — RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna.
Tindakan ini juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin terbakar. Biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear (gearbox) mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak gearbox tidak sekata dan paling lama gearbox tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.
Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti (harga untuk gearbox baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).

Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranty kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

>>>>Jadi beringatlah, jangan sesekali berikan kunci kereta anda kepada mekanik ataupun ejen bengkel sehingga dipastikan kotak komputer dan sistem pendawaian elektrik dikeringkan sepenuhnya.

Ia tidak akan rosak walaupun ditenggelami air!!!!

Jom SHARE untuk maklumat bersama...

SUMBER: Facebook

Kelas Semalam - 8 Disember

Assalaamualaikum!

Alhamdulillah, selesai sudah kelas semalam dengan jayanya.. 
Walaupun tak capai target untuk penuhkan kelas seramai 5 orang trainee,
mummy syukur sebab antara yang hadir adalah teman² lama mummy masa studi Uni dahulu, 
tak lupa ada teman baru untuk berkenal-kenalan.
Sambil syer ilmu, dapat juga rapatkan silaraturrahim.

Jom layan gambar..


Pada yang teringin nak belajar dengan mummy
Bolih kontek² mummy yer.. tinggalkan emel uols

Jadual kelas akan datang:

Kelas Roti & Nasi Arab
Tarikh : 15 Dis. 2013 (Ahad)
Waktu: 10.00 pagi
Tempat : Kajang
Yuran : RM50 sahaja
Menu : Pelbagai roti - Shanghai bun & Wholemeal, Pizza, Nasi Arab, 
Menu Bonus: Mee Hoon Singapore
Kelas Roti
Tarikh : 15 Dis. 2013 (Ahad)
Waktu: 3.00 petang
Tempat : Kajang
Yuran : RM30 sahaja
Menu : Shanghai bun, Roti Wholemeal & Pizza

Selamat Hari Sabtu

Assalaamualaikum
Selamat Berhari Sabtu
---------------

Apa aktiviti korang hari ni?

Mummy nak berendek² ngan ncik suam hari ni..
Sebab besok mummy akan bz ngan kelas mengrotikan diri.

Selingan:
Dari semalam dok teringat kat budak tecik ni..
Katanyer demam sebab tu tak sampai² ke Kajang minggu nih.
Tapi dengar suara ikut telefon macam ok jer.. ceria... haha

Rindu Adam Hajik
Adam dengan kopiah atuk

Giveaway Peserta Bertuah




KLIK BANNER UNTUK JOIN



HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Jadi Member Kedai Bakeri

As salam

Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi bagi peluang untuk mummy bernafas menghirup udara segar dan nyaman dan sejuk sekali.. Musim hujan kann..

Apalah nasib mereka² yang dilanda musibah banjir, semoga mereka juga tetap bersyukur di atas ujian Allah.

Di hari/pagi ini nak taip seringkas boleh tentang citer semalam..

Mummy semalam telah pergi berbelanja di kedai bahan² bakeri untuk persediaan kelas roti Ahad nanti. So, lepas satu, satu, barang diambil hingga penuh bakul soping. Tiba masa nak bayar, ka-ching RM1++ totalnyer! Okay, tak terkejut pun, sebab memang nak capai target itu untuk layak jadi ahli kedai ni, yang buat blurr sket.. Cashier tu diam je, tak cakap apa.. Mummy pun kata, 'ni dah boleh jadi ahli kann.' So, sat² tu jugak dia bagi borang untuk isi. Erm, dalam hati ada taman. Kalu mummy diam je tadi mungkinkah dapat jadi member.. Tak tahulah.

Dah isi borang yang sehelai tu, mummy bagilah kat cashier yang sebelah pulak, sebab tengok dia takde entertain customer lain. Dengan lajunye dia cakap, 'kad aktif selepas 3 #@*, k#@* takde, cuma pakai #@*' sambil gariskan no.ic yang 4 no. belakang. Okay, at first sentence tue memang tak berapa clear dengar. So, mummy dengan soalan bodoh sket tanya lah: 'ooo, bila dapat kad boleh beli yg dpt diskaun tu ke?' <- ayat ada edit sket..

Lepas tu cashier tu jawab macam nak marah cikit lah.. 'Takde kad! Pakai no.ic yang belakang tu je.'

Hmmm.. Mummy pun terfikir, kedai ni kan, nak bagi orang jadi member ke tidakk, dahlah infomasi kurang, ala-ala orang tak tahu-menahu..'Kena beli RM100, layak jadi member'. Kena tanya baru tahu. Bila tanya, macam nak layan tak layan pulakk. Rasa macam kena marah jer.. Tapi kalu bersembang sama dia, alahai manis² mesra gitu. Ahaha.. Maafkan mummy kalu salah interprete cara/nada korang tue.. Just please keep in mind 'Customer is King' and not only 'Always Right'.

Bukan baru semalam belanja kat situ, kalu nak kira dah berapa kali beli.. Mesti dah beratus² lemon dah abih. Untuk pengetahuan pembaca juga, walau jadi ahli kat kedai tu, bukan semua barang dapat diskaun, hanya barang² tertentu sahaja seperti alat² bakeri. Diskaun pun hanya akan diketahui bila dah beli barang nanti, sebab semua dah set dalam sistem diorang.

Alamak panjang jugak nih.. Sekian.

Koya jap: bilalah nak buka kedai bakeri macam tokey² cina nih..

Sent from my mobile®









Barang Lama Wajah Baru

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera..

Sudah sekian lama mummy tidak berbuat sesuatu pada skrin belog macam2 ann ini. Kini tiba untuk perubahan.

Sikit2 mummy cuba buat utk menukar imej atau merubah rupa belog pencilan ini. Biasalah manusia ni cepat bosan. Kalu tak bosan bukan manusia namanyer.. Hehe..

Dulu background hitam, sekarang mummy tukar putih. Mummy memang suka warna2 klasik ini termasuk grey, dan juga pink kaler. Tapi bila guna background putih, objek dari warna2 pink terpaksa ditinggalkan kejap.

Mummy bercadang akan buang juga mana2 gajet yang difikir tidak relevan lagi.. Atau anda ada cadangan untuk mummy? Apa perlu dibuang atau ditambah dengan gajet lain yang sesuai untuk mummy ganti.. Huhu

Macam Link Misty tu terasa nak buang sebab ada setengah link sudah tak valid, tapi kadang mummy perlukan untuk buat belogwalking. Kalu guna bloglist untuk letak semua link yang mummy sudah follow akan buat loading page menjadi slow, walau 'show 5' aje. Kann?! Ada sapa2 bolih sahkan takk..

Segala perubahan ini diharapkan agar mood mummy untuk terus berbelog akan berbunga senantiasa, dan mendapat sokongan juga dari kawan2 blogger. Mummy tak berharap untuk menjadi blogger yang syok sendiri sahaja.. Wekekek..
Belog adalah perkongsian&perjuangan sampingan sementara hidup di dunia yang fana ini. Jika dapat rezeki lebih dari mr.nuff boleh lah beli domain baru pula kann.. Tapi untuk maintain gain tiap bulan atau tahun memang sukar.. Sebab belog mummy hanya pencilan dan (sebenarnye.. kalu korang nak tahulah) tidak suka war2kan jika sudah klik nuff uols.. Ahaks.

Sehingga ketemu lagi.

Sent from my mobile®

Terlupa Letak Tajuk - 'Apa XTVT korang?'

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera..

Tentu malam ini adalah malam yang agak memenatkan, dan sekarang sedang beristirehat. Kerana besok akan ada tugas yang menunggu, bagi yang bekerja di pejabat. Tapi yang bertugas di rumah pun lagi hebat tauu.. Tak percaya?! Tanyalah pada surirumah yang dulu pernah makan gaji..

Bagi tengah penat tu, mungkin sebab banyak aktiviti yang telah dilakukan bersama keluarga tercinta..

Macam mummy sendiri penat sangat, kerana sehari suntuk ke sana ke mari memandu kereta. Selalunya jd co-pilot, tapi sbb kaki ncik suam datang sakit lagi.. Terpaksa mummy yang drive, dengan kepala pk macam²- apa perlu dibeli, jalan mana nak lalu, mana nak pergi lepas ni, nak singgah mana lagi.. Kira kena buat perancangan on-the-spot jugak lah walau dah ada pelan awal..

Balik umah, letih kaki dan otak dibuatnyer, walaupun tang jalan mana tu ncik suam yang bagi guide.. Hihi.. Nak harapkan mummy sendiri hafal, memang makan buah langsat ler..

Bila dah ronda², ncik suam lapar prot, so singgah makan di kedai.. Yang ni xde dalam perancangan awal. Jarang makan kedai weii.. Dan mummy jarang lunch. Kat kedai ni, mummy terpandang satu famili cina singgah minum. Apa yang mummy tertarik adalah, minuman yang di order utk anak² diorang adalah milo panas/suam dan bukannyer milo ais yer.. Utk dewasa je mereka minum ais. Kan menarik minda mummy untuk berfikir 'betapa bagusnya diorang didik anak untuk tidak consume air ais'.

Okay, itu jer nak citer. Selamat berisitirehat..

Sent from my mobile®

Kelas Roti Cara Cepat Disember 2013


Assalaamualaikum!

Kepada yang ingin belajar dengan mummy..
Bagi kelas roti & nasi arab boleh lah book tarikh-tarikh di bawah ye

Kelas Roti & Nasi Arab - Fully Booked
Tarikh : 8 Dis. 2013 (Ahad)
Waktu: 10.00 pagi
Tempat : Kajang
Yuran : RM50 sahaja
Menu : Pelbagai roti - Shanghai bun & Wholemeal, Pizza, Nasi Arab, 
Menu Bonus: Mee Hoon Singapore

Kelas Roti & Nasi Arab
Tarikh : 15 Dis. 2013 (Ahad)
Waktu: 10.00 pagi
Tempat : Kajang
Yuran : RM50 sahaja
Menu : Pelbagai roti - Shanghai bun & Wholemeal, Pizza, Nasi Arab, 
Menu Bonus: Mee Hoon Singapore

Kelas Roti
Tarikh : 15 Dis. 2013 (Ahad)
Waktu: 3.00 petang
Tempat : Kajang
Yuran : RM30 sahaja
Menu : Shanghai bun, Roti Wholemeal & Pizza


Hands-on


Apa Istimewa kelas Nur Rizqi Home Delight:
>Murah
>Hands-on
 >Belajar cara pantas
>Hadiah misteri
>Of coz boleh bawa pulang hasil tangan anda..


Sesiapa yang berminat, boleh tinggalkan email atau fesbuk di ruangan komen.
Nanti mummy akan kontek semula.

Kos Kahwin Zain, Che Ta Kena Tegur

Comel je Che Ta

As salam.

Siang tadi mummy ada terbaca tentang teguran Ustazah Zawiyah terhadap kos kahwin Che Ta dan Zain yang mencecah 13 juta hinggit. Mak-aiihh.. Memang banyak nilai tuh. 

Dalam akhbar tersebut menyatakan jumlah itu adalah jumlah kelseluruhan tajaan yang bakal diberikan kepada kedua pasangan mempelai tersebut. 

Petikan daripada akhbar menyatakan,
“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.
Ada benar jugak kata Ustazah tu, sebab sekarang mummy perhatikan segelintir pengantin yang dah jadi trend pula mengadakan majlis perkahwinan secara berlebihan² dan grand², malah ada juga yang sanggup berhutang demi ingin 'merasa' kononnyer. Nak merasa apa pun tak tahu lah... Baik rasa kuih, ada jugak rasa manis ke masin.. Ngee..

Benarlah kalu boleh kahwin hanya sekali, tapi kalu dah berhutang sana-sini, itu maknanyer kurang kemampuan. Ukur baju di badan sendiri. Bukan macam Che Ta yang memang popular, dan ada pula yang sudi sponsor kan..

Tapi rasanya yang sponsor tu, kalu bagi pada yang betul² memerlukan lagi dapat menggembirakan mereka dan besar ertinya.. Kalu yang muslim, dapat pahala berlipat² ganda.. Peace..

Your Hero is My Hero



Berderai² air jernih keluar dari hujung mata mummy hari ni, bila terbaca tentang kucing Hero. Dulu cerita kucing yang telah dikerat dua kaki depannya oleh manusia kejam pernah mengejutkan kita kerana haiwan itu masih bertahan untuk hidup setelah menghadapi pengdarahan yang banyak. Tapi kini Ia telah pergi meninggalkan para pencinta kucing selamanya setelah disahkan mengidap leukimia. 

Sedih.. sebab mummy pun adalah pencinta haiwan lebih² lagi kucing, yang boleh dikatakan teman mummy sedari zaman kanak²..


Sedih lagi, bila lihat gelagat kucing Hero ini yang terpaksa hidup hanya dengan 2 kaki belakangnya sahaja.. Mummy sangat bersimpati kepada penjaga Hero di atas kehilangan Hero buat selamanya.. Semoga Allah balas jasa mereka setimpal dengan apa yang telah dilakukan kepada Hero.

Tolonglah wahai manusia, jangan berlaku kejam terhadap binatang, kerana sesungguhnya ia juga adalah makhluk ciptaan Allah. Suatu ciptaan Allah itu bukanlah sia².

Mereka juga perlu makan, minum dan berkasih-sayang seperti manusia walaupun dikurniakan tanpa akal. Perbuatan baik kita terhadap haiwan pasti Allah akan balas baik. Begitu juga perbuatan jahat pasti akan dibalas jua.. 



Kisah Hero selanjutnya ini boleh dibaca di blog Kakimotong atau boleh Like Kakimotong FanClub.

Sekian. Wassalam.






7 CHECKLIST SEBELUM MENINGGAL DUNIA

Tujuh perkara mesti dilakukan sebelum meninggal dunia.
1. Selesaikan rukun iman, tiada syirik.
2. Selesaikan rukun Islam - jika belum mendaftar haji, daftar segera!
3. Selalu bertaubat.
4. Pastikan diri meninggalkan perkara² yang diharamkan.
5. Telah dapat solat yang khusyuk atau berusaha untuk khusyuk.
6. Telah menulis hutang.
7. Membuat amalan yang kekal pahala - Ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, dan anak soleh yang mendoakan.

Perkara di atas adalah wajib dilaksanakan kepada mereka yang sudah berumur, dan menjadi perkara beringat² kepada yang rasa masih muda.. kerana mati itu pasti dan akan kunjung tiba pada bila² masa sahaja.

Gambar Kelas Roti

Kelas Roti Pertama Mummy
Tak ramai, tapi tetap beronok² buat roti
See.. seronok bila dapat makan hasil buatan sendiri

Kelas Roti Anak Sdara Semalam
Ramai, dan meriah
Mari masak nasi arab


Kelas roti mummy akan diajar buat roti manis berinti, bun pizza, mini pizza, dan roti wholemeal.
Juga ada kelas untuk belajar masak nasi arab dalam masa  4 minit sahaja , dan masak meehoon dalam masa 2 minit sahaja belom masuk masa penyediaan.
^_^
Pm mummy kalu nak join kelas yer..

Kelas Roti & Nasi Arab

Assalaamualaikum!
Salam hari minggu pada kawan² blogger yang berada di pantai barat. Untuk pengetahuan, mummy sekarang berada di pantai timur.. Balik kampung lagi daaa..

Di sini, kebetulan anak sedara mummy buat kelas roti & belajar buat nasi arab hanya dalam beberapa minit sahaja... So, mummy layan jer lah.. Seronok jugak bila ramai dtg meriahkan kelas dia. Gambar nyer nanti mummy update kemudian okeh!

Tomorrow, will have another class for her trainee.. See u tomorrow.

Sent from my mobile®

SENARAI PUASA SUNAT 1435H

Sumber: Ustaz Zahazan Mohamed

PUASA 1-9 MUHARAM 
5-13 NOV 2013

PUASA HARI ASYURA 
10 MUHARAM 
13 NOV (Sunat sebelum) - 14 NOV 2013


PUASA SUNAT REJAB 
1-29 MEI 2014

PUASA SUNAT SYAABAN 
(Kecuali Hari Syak 30 SYAABAN) 
30 MEI - 27 JUN 2014

PUASA ENAM SYAWAL
(Puasa mana2 6 hari Syawal kecuali 1 SYAWAL)
29 JULAI - 26 OGOS 2014

PUASA 1- 8 ZULHIJJAH 
26 SEPT-3 OKT 2014

PUASA HARI WUQUF
(Bagi mereka yang tidak menunaikan Haji)
4 OKT 2014

PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS
(Mana2 hari Isnin & Khamis kecuali hari Tasyrik 11 ZULHIJJAH)
6 OKT 2014 (Isnin)

PUASA HARI PUTIH 
Pada 13, 14 & 15 Haribulan setiap bulan hijrah
MUHARAM = 17-19 NOV 2013
SAFAR = 16 -18 DIS 2013
RABIULAWAL = 15-17 JAN 2014
RABIULAKHIR = 13-15 FAB 2014
JAMADILAWAL = 15-17 MAC 2014
JAMADILAKHIR = 13-15 APR 2014
REJAB = 13-15 MEI 2014
SYAABAN = 11-13 JUN 2014
SYAWAL = 09-11 OGOS 2014
ZULKAEDAH = 08-10 SEPT 2014
ZULHIJJAH = 08-10 OKT 2014


“Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (Allah) dan akulah yang langsung membalasnya.”
(Riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim)

Salam Jumaat Pertama di Tahun Baru Hijrah

Assalaamualaikum!

Hari ni dah Jumaat oke.. Bikin apa tu? Jangan bikin kecoh tauu..

Mummy hari ni tiba² rasa bosan pulak. Padahal memang hari² pun bosan - xder orang nak melayan bersembang. Hari² kena melayan blues sorang².. Korang ader? Haha.. Mesti sorang dua yang baca ini ada senasib macam mummy jugak.

Ikut agenda, hari ni pagi² nak keluar pergi kedai/pasar. Semua oarng ada tugasan memasing nak buat, so, bila xde teman nak keluar ni yang rasa malas. Berat sangat punggung nak bangun. Tambah² bila dah melekat hadap internet.. Mana tak nyer, dari semalam dok hold nak reply emel customer. Pagi² tadi haruslah bukak pc, layan emel dulu. Sudahnyer teringat pulak pada anaknde blogger semua... Alasan!

Okey, teringat memang lah ingat.. masa dolo² asik wat blogwalking.. sekarang x dan nak semua tu serentak.. Sekarang blogwalk atas mobile je.. tapi itulah banyak kekangan bila on mobile. tak leh nak tinggalkan komen pun.. Just jalan² baca jer lah, kadang² sampai kena restart hp sebab dah sangkut, bila dah tersinggah ke laman² yang ada banyak popup skrin agaknyer. Lepas masuk situ, mesti dah tak leh nak surfing lagi..

Campur dengan bizi dengan kehidupan sehari², memanglah banyak kekangan nak berblogging selalu.. Last week, ada kenduri di kampung mummy, pun belom sempat nak update. Insya Allah coming soon. Doakan. Hujung minggu ni pula, insya Allah mummy nak wat kelas roti. Harap ada sambutan & semua berjalan lancar.. Buat kat rumah jer, terhad untuk 5 orang.

Doakan mummy berhasil jayakan kelas roti yer..



DI HARI JUMAAT 
BANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD s.a.w.

Selamat Tahun Baru Hijrah

Assalaamualaikum.

Selamat menyambut maal hijrah.
Semoga kita semua di tahun ini lebih diberkati dan dilimpahkan rezeki yang melimpah-ruah.

Soalan popular bila tiba tahun baru; 'Apa azam tahun ini?'
Sent from my mobile®

Berkelana.. Ke Kg Halaman

Assalaamualaikum.

Apa kabar org kampung? Okay, mummy sudah ada di kg, dan sekarang sudah otw balik semula ke rumahku.

Hari Sabtu pagi balik kg sebab ada kenduri. Sesampai je di rumah, terus bersiap untuk hadiri majlis akad nikah anak sedara di Tendong - di rumah pengantin perempuan.

Hari ni, Ahad majlis di rumah kami pula.. Habis majlis di waktu petang, ada pula yang bersiap2 sediakan layar/skrin besar untuk event menonton bola akhir piala Malaysia - Kelate vs Pahang. Mummy pula kena pulang juga malam ni sebab sudah tempah tiket awal.

Sesampai je di epot, dah lepas imigresen, sekali.. flight kami sudah kena retime daa. Aduyaiii.. Berlama2 lah pulak kat sini. Flight patut jam 10.55 ditunda ke 12.05 Sudahlah xde skrin untuk tayangan bola di sini. Frust x dapat nonton ramai2 kat rumah tadi. Kalu diberitahu awal, mesti seronok dapat sorak ramai2. Tapi sudahnya The Red Warrior tewas 0-1 malam nih. Keciwa lagi sekali..

Sent from my mobile®

Jenis Zakat

Selain zakat perniagaan ada banyak lagi zakat² lain yang diwajibkan ke atas kita. Berikut adalah jenis² zakat yang perlu dikeluarkan zakat.

1. Zakat Pendapatan
Contoh Pengiraan Zakat Pendapatan
Cara 1Cara 2
Jumlah pendapatan kasar setahunRM48,000A.PENDAPATAN semua sumber seperti elaun,bonus dan divedin ang diterima(setahun)RM48,000
Zakat atas pendapatan (kerana lebih nisab) X 2.5%RM1,200B.TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan(setahun)
Diri
Isteri
Anak (Contoh : 3 orang x RM1,000)
Pemberian kepada ibu bapa
(Contoh : RM200 x 12 bulan)
KWSP (11%)
Caruman ke organisasi,koperasi,institusi kewangan yang membayar zakat
bagi pihak caruman/pendeposit
(Contoh : Tabung Haji RM110 x 12 bulan)
Jumlah Tolakan Perbelanjaan


RM9,000
RM3,000
RM3,000

RM2,400

RM5,280
RM1,320




RM(24,000)
C.PENDAPATAN YANG LAYAK Di ZAKAT (A-B)RM24,000
D.ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR
(kerana C lebih besar dari nisab) RM24,000 x 2,5%
RM600
E.JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN
(RM600 / 12 bulan)
RM50


2. Zakat Perniagaan

2.5% atas harta perniagaan yang layak dizakatkan tertakluk kepada nisab.

Keadah Pengiraan:

Kaedah 1 - Modal Kerja (Working Capital)

[Aset Semasa - Liabiliti Semasa]* X %Pemilikan Saham Muslim X 2.5%

Nota: Sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat seperti syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Perniagaan, Perusahaan dan sebagainya dimana terdapat pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa
Kaedah 2 - Modal Berkembang

[Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Separuh Tetap]* X % Pemilikan Saham Muslim X 2.5%

Nota: Sesuai digunakan bagi institusi kewangan dan perbankan Islam yang biasanya tidak mengkelaskan aset semasa dan liabiliti semasa* Lebih atau sama dengan nilai nisab

3. Zakat Wang Simpanan

Zakat wang simpanan dikenakan 2.5% ke atas baki terendah dalam akaun sepanjang tempoh setahun sekiranya melebihi nisab tanpa perlu ditolak hutang.

4. Zakat Saham
Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh-Zakat mendefinisikan saham sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi-transaksi perdagangan khususnya di Bursa Malaysia.

>Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia atau saham dalam koperasi.
>Saham yang dibeli dari wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah ditolak kerana dikira tidak sempurna milik.

5. Zakat KWSP
Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwajibkan zakat apabila dikeluarkan daripada simpanan tersebut. Ia berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama' Fiqh sependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang. Mata wang tersebut telah menggantikan mata wang emas dan perak yang digunakan oleh oran-orang Arab terdahulu dalam berurusniaga sebelum kedatangan Islam. Mata wang emas dikenali sebagai dinar dan mata wang perak sebagai dirham. Setelah Rasulullah S.A.W diutus menjadi Rasul, maka dinar dan dirham telah diiktiraf sebagai mata wang yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurusniaga. Kewajipan zakat wang simpanan ini bersandarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith Nabi S.A.W.

6. Zakat Emas
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9


7. Zakat Perak
Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:

>Jongkong perak
>Matawang perak
>Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
>Barang perhiasan/barang kemas perak

Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

8. Zakat Pertanian
Zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sebuah negeri yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya.

9. Zakat Ternakan
Zakat ternakan adalah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.


Mesin Pembuat Roti

Semuanya sudah menjadi MUDAH..

Apabila anda boleh buat roti, pizza & kek tanpa perlu menggaul & penat memukul bahan² nyer dengan tangan.

Nak tahu bagaimana?

Sila baca sampai habisss yer!








Ya, kini mummy ada teman baru.. Boleh dikatakan teman paling akrab&setia juger lah buat masa ini, sebab dia boleh buat mummy tersenyum hepi sorang².


Itulah ia mesin pembuat roti a.k.a oven juga.. Dari kerja menggaul atau menguli, sehingga membakar juga. Tempat memanas sesuai untuk pembiakkan yis.. Eh! Lain macam lak bunyik nyer. Ahahaha.. Yelah tempat sesuai untuk roti tu kembang kan. 

Hanya perlu sukat bahan & letak dalam bekas tersedia. Pastu pilih program, dan biarkan jer semua kerja mesin tu akan siapkan. Yang paling mudah kalu nak buat sebuku roti. Nanti tunggu roti siap je. Dah sejuk, boleh makan terus. Mudahkan?

Selain buat roti buku, kita boleh jugak buat roti inti kacang, inti kepala kelapa, roti kentang, roti sosej, pizza pun boleh.. Caranya; selepas selesai ia menguli doh, kita bentukkan roti apa yang kita nak, lepas tu bakar guna mesin yang sama dengan pilih program membakar. Sebahagian jenis kek pun boleh buat guna ketuhar ni. Selain itu, boleh juga kita guna untuk salai atau memanggang. Hmm.. Biskut or cookies dan pai pun bolih buat ni, tapi mummy belom try test lagi.. Tengah gila ngan roti...

Mesin ni xder la mahal sangat, berbanding kalu nak beli mixer dan ketuhar yang berasingan. Kalu sesapa yang pernah pergi kelas buat roti secara profesional, ada pulak satu lagi tools tempat memanas atau dipanggil chiller kalu tak silap, tempat letak doh supaya cepat kembang sebelum kita kasi bakar sama roti. Tapi dengan ketuhar ini, semuanya ia dah mudahkan kerja kita. Lagi satu ketuhar ni, kita boleh set masa delay atau dalam melayu kita sebut sebagai pelewat masa, untuk kita set bila sepatutnya mulakan kerja mengaul & seterusnya bakar.

Contohnya; kita siapkan bahan² pada malam hari, esok nye kita bangun pagi, lepas solat, terus boleh sarapan dengan roti yang baru dimasak. Masak sendiri pulak tuh.. Nikmat kan?!

Apa macam? Ada suka tak? Okay, mummy hepi bangat, sudah dapat apa yang dah lama mummy idamkan. Alhamdulillah. So, mummy pun hepi juga kalu dapat sharing dengan anda semua. Jom lah kita adakan satu mesin ni di rumah masing². Kalu ada yang nak beli, mummy bolih tolong aturkan. Uols tahu kan camaner nak hubungi mummy, atau komen jer kat bawah dengan tinggalkan email. Jangan malu ye kalu nak tanya.. Insha Allah, mummy tolon mana yang bolih.. Nak ikut kelas pun bolih..

Sekian. Wassalam.

Gambar Perkahwinan Diana Amir

Assalaamualaikum!

Perkahwinan Diana Amir pada 25 Oktober 2013 lalu.
 Tersuka pulak mummy tengok gambar Diana Amir kahwin ni..
Sweet jer..









Selamat Pengantin Baru
Baarakallah
Kekal hingga ke Jannah


Gambar2 adalah ehsan dari Roti Kaya & Melvister