La Hot Spring - 'Sahaja aku pergi berendam'

Assalaamualaikum!

Pagi² Jumaat lepas, mokcik membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman di Kelantam. Sesampai sahaja di kg, ada lak yang buat rancangan nak pergi berendam ke air panas La. So, apalagi.. you go, i follow...




Kali ni adalah kali ke-3 sebenarnya kunjungan mokcik ke sini. Zaman dulu² pergi dah lama dah.. zaman belom aktif dengan belog lagi.. So, kali ni pergi takde lah sebok nak bergambar bagai. Just pergi for berendam - 'Sahaja aku pergi berendam air panas'

Jom layan sket info tentang La Hot Spring...

La Hot Spring terletak di Kampung La, Jerteh, Terengganu. Ia merupakan tempat yang cantik dan sesuai untuk berehat bersama-sama keluarga. Air panas La terletak dalam Daerah Besut, kira-kira 28km dari Pekan Jerteh, 101km dari kampung halaman mokcik, dan 155km dari Bandaraya Terengganu. Ia juga merupakan pintu masuk kepada hutan simpanan Gunung Tebu.
Tempat ini adalah sangat menarik kerana terdapat kawasan kolam air panas yang dikelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau. Bersebelahan kolam air panas, mengalir sebatang sungai dengan air yang jenih dan sejuk. Sesiapa yang berkunjung ke La Hot Spring bolehlah memilih antara air panas atau sejuk. Kan menarik tue...?

Sekian,dimaklumkan.

LUCU KE TAKK

As salam...

Baru teringat this story yang berlaku masa jadi nanny Adam Haziq...
Masa nak mandikan Adam, dia nangis² tak nak mandi, padahal dah pukul berapa kann masa tu, dah jam sebelah pagi. Ada 'barang baik' dlm pampers, mana boleh simpan lagi lama. Rasanye dia nangis sebab baru bangun tidur, dan tertidur lepas merajuk kena tinggal.

Dari nak bukak baju nangis, nak ajak gi bilik air pun nangis.. Dah sampai bilik air, nak bukak pampers nangis..

Tiba²..

Mokcik pun ter "Uwek.. Uwek.. Uwek.."

Dan² tu jugak adam terdiam, dan terus bersuara, " Eikk.." Bahasa budak kecik yang memang kita tak faham. Tapi mokcik translate kepada - "Busuk ker?". Haha...

Lepas pada tu, mood dia terus bertukar jadi baik..

Alkisah mokcik ni cepat terrespon kepada bau² yang busuk, memang nak termuntah saja². Jangan lah kalu time perut penuh.. mau bolih terkeluar segala isi perut kalu terhidu bau bucuk atau ternampak bende bu*uk.

Okay, end of story. So, Lucu ke tidakk?


Adam dah nak tido round ke-2

Terapi Ayat Al-Quran

Assalamualaikum!

Pernah dengar tentang perubatan dengan menggunakan ayat Al-Quran kan? Perubatan Al-Hidayah tu.. 

Mokcik sendiri dah lama tahu, tapi belom pernah ada kesempatan untuk ke tempat perubatannya, yang kini berpusat di Setiawangsa kalu tak silap. Dulunya di Sungai Pusu, Gombak. Dengarnya, memang ramai yang pergi berubat di situ. Kalu dah namanya guna ayat2 suci Al-Quran insha Allah mujarab. 

Berikut adalah beberapa keping foto yang diambil secara berizin dari facebook rakan baik yang kebetulan dia telah menghadiri ceramah Tuan Haji Lokman, pengasas Pusat Perubatan Al-Hidayah . di sekitar Petaling Jaya beberapa tahun yang sudah.




 

Paparan ini hanya sebagai panduan sahaja. Mungkin jika ada pesakit yang benar² ingin berubat, dinasihatkan berjumpa sendiri dengan Tuan Haji Lokman atau petugas dari Pusat Perubatan Al-Hidayah.

Sekian dimaklumkan.

#Perubatan Islam, #Alternatif, #Al-Quran




JOM LIKE → Kedai Online Nooxa

Separuh Hari Bersama...

Wokeh!
Ada story lagi nak syer for 2day..

Aikk.. Bulan nih macam ada banyak aura la pulak nak berhapdate belog.. Nak kata ada banyak masa tu, tetaplah sama 24 jam jer sehari macam orang lain jugak kan.. kan.

Nak kata banyak xtvt, hari² sebelum ni pun ada byk xtvt jugak.. Cuma yang beza, mungkin sebelum ni xtvt rutin, minggu ni macam ada xtvt berbeza cikit naa.. 

Atau sebab terkena aura kawan² blogger? Ngeh².. Tiba² rasa macam² stori nak taip. Uols tak kesah kan kalu mokcik amik sket aura dari korang yer. Macam ada magnet lah.. Full-stop.

Nak tahu ke apa xtvt yang ada beza sket tuh eih?! Tika dan saat dok taip kat perenggan ni, xtvt tu dah pun dah berakhir.. Mokcik pagi tadi diminta oleh anak sedara mokcik untuk menjadi nanny sementara jer.. Memang sementara lah, sebab besok bapak budak tu dah amik cuti. Maknyer pun by tomorrow morning dah abih programnyer. Dah takde chance nak play² dengan cucu sedara ku yang sorang ni - Adam Haziq namanyer.. Besok jugak kot si botak Adam nak balik kg dah.. Datang sekejap jer, di atas sebab urusan maknyer di Kolumpo sejak semalam..

Moh ler kita layan gambar Adam Haziq kejap. 


Gambar atas tu, masa awal pagi. Ala² merajuk sebab kena tinggal. Time menangis tak nyah citerlah memanglah harus kan.. Nasib baik mokcik tak sempat snap jer gambarnyer.. Gambar bawah ni pulak, lagak macam bisnesman lak yang serius & bz layan message pelanggan.. Siap garu² kepala tuh..



Rasanya itu ajerlah yang nak story-mory.. Terima kasihlah pada yang sudi baca&komen.

Wassalam.




JOM LIKE → Kedai Online Nooxa

Wishlist 2013

Salam 20sen!

Apa kabar? Hari ni mokcik nak wat tayangan gambar. Apo yang telah mokcik rasa menarik untuk dimiliki dan nak boli sangat², kalulah mokcik kayo dengan duit. Cuma waktu yang belom izinkan mokcik untuk berbelanja sakan dan sesuka ati.. Bondo² ni bukannyo takdo faedah, malahan sangat praktikal. 

Moh lar kito layan gambar dulu, sebelum mokcik melalut ke laut. Gambar² ini semua adalah ihsan dari Google..


Meja yang boleh dilipat


Kerusi memori - sesuai utk yg selalu sakit belakang mcm mokcik



Panel LED untuk membaca di tempat gelap

Pengupas epal

yang ni dah ader, tapi rosak lak xleh guna, nak tukar pun dah xde warranty.. uhukk


Moga suatu hari nanti, akan ku miliki jua..






JOM LIKE → Kedai Online Nooxa

Tentang Usus Kotor

Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:
1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Susah nak hadam
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic.
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon

Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:
1. Jantung stres atau lemah
2. Sakit sendi dan arthiritis
3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5. Badan lesu dan otot lemah
6. Berat badan bertambah
7. Cepat nampak tua
8. Kanser



Dan.. Ini mungkin salah satu cara macamana untuk merawatnya.



Khasiat Khal dari Perspektif Rawatan Islam

Khal telah digunakan sebagai pemangkin kesihatan yang utama sejak berkurun lamanya, dan telah disebutkan dalam kitab-kitah perubatan Islam klasik, model dan jurnal perubatan barat.

Ulama perubatan Islam terkenal Ibnu Sina (370-428H), menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) dan Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), dinyatakan antara kelebihan cuka kurma adalah seperti:

> dapat mencegah berlakunya pembengkakan pada badan seperti bisul dan barah
> membuang darah kotor dan melancar aliran darah
> mangatasi proses pencernaan makanan dalam perut
> melancarkan pergerakan usus
> merawat masalah kerongkong, kahak dan batuk yang berpanjangan
> memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
> menurunkan tahap kolesterol
> mengimbang tahap asid-alkali dalam badan dan mengeluarkan lebihan garam
> membakar kalori dengan cepat
> membuang toksin
> merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata dan telinga
> penyerapan kalsium lebih sempurna dalam membantu menguatkan tulang
> mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dalam perut
> merawat masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu)
> mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
> melancarkan pengeluaran susu ibu
> melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid)
> memperbaiki fungsi limpa
> menghilang masalah dahaga dan mengurangkan panas badan




JOM LIKE → Kedai Online Nooxa

Nooxa Collection

Assalamualaikum!

Ada yang tengah cari persalinan baru?
Nak ganti baju lama? 
Nak cari baju yang longgar?

Nooxa Collection kini baru saja mengupload new collection for Muslimah. 
Bahan dari kain cotton tshirt yang selesa untuk di pakai dalam cuaca panas sekalipun..

Ada pelbagai pilihan warna dan design.
Jangan lupa check dulu saiz yer.
Supaya tidak terlalu ketat..

Pakailah pakaian yang patuh syariat.







JOM LIKE → Kedai Online Nooxa

Bicara Hati

Salam 20sen.

Duh! Sekejap ajer hari ke sehari berlalu.. Belom sempat nak fikir nak update apa lagi untuk bulan Ogos, tuptup dah masuk september..  Belom sempat nak hapdate pasal harga minyak naik, sekarang harga barang dan makanan sudah mula terasa mahal.

Nampaknya kepala otak mokcik ni terasa lambat bonar nak pikir untuk buat entri, sedangkan masa semakin laju meninggalkan kita... Amacam? Korang okay ker? 

Bila dok fikir² pasal masa berlalu dengan pantas ni, memang ngeri rasanyer. Sebab apa? Kita dah semakin ke hujung doniya! Maksudnyer.. kiamat semakin hampirrrr benar. Takut takk? Eii... Mokcik risau dan takut sangat, pasal amalan tak cukup beb.. Cuma yang mampu usaha buat yang terbaik setiap hari, tapi nama lagi manusia, sering buat silap dan teralpa.

Ehsan Gugel

Dalam pada dok risau tuh, jangan lupa mohon ampun dan rahmat dari Dia - Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Wassalam.
Ehsan Gugel

CUTI UMUM MALAYSIA 2014



DateDayHolidayState
JANUARY
1 JanuaryWednesdayNew Yearexcept Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 JanuaryTuesdayProphet Muhammad's BirthdayNational
14 JanuaryTuesdayYang Di-Pertuan BesarNegeri Sembilan
15 JanuaryWednesdaySultan of Kedah's BirthdayKedah
31 JanuaryFridayChinese New YearNational

FEBRUARY
1 FebruarySaturdayFederal Territory DayKuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
1 FebruarySaturdayChinese New Year 2nd DayNational
15 February*SaturdayThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor
MARCH
4 MarchTuesdayAnniversary of Installation of Sultan of TerengganuTerengganu
APRIL
15 AprilTuesdayDeclaration of Melaka as a Historical CityMelaka
18 AprilFridayEaster - Good FridaySabah & Sarawak
19 AprilSaturdaySultan of Perak's BirthdayPerak

MAY
1 MayThursdayLabour DayNational
7 MayWednesdayHari Hol PahangPahang
13 May*TuesdayWesak DayNational
17 MaySaturdayRaja Perlis' BirthdayPerlis
27 May (TBC)TuesdayIsrak & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis
30 MayFridayHarvest FestivalSabah & Labuan
31 MaySaturdayHarvest Festival 2nd DaySabah & Labuan

JUNE
1 JuneSundayHari GawaiSarawak
2 JuneMondayHari Gawai 2nd DaySarawak
7 JuneSaturdayAgong's BirthdayNational
29 June*SundayAwal RamadanJohor, Kedah & Melaka

JULY
7 JulyMondayGeorgetown World Heritage City DayPenang
12 JulySaturdayPenang Governor's BirthdayPenang
15 JulyTuesdayNuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu
20 JulySundaySultan of Terengganu's BirthdayTerengganu
28 July*MondayHari Raya AidilfitriNational
29 July*TuesdayHari Raya AidilfitriNational

AUGUST
31 AugustSundayNational Day / Merdeka DayNational

SEPTEMBER
8 SeptemberMondaySarawak Governor's BirthdaySarawak
16 SeptemberTuesdayMalaysia DayNational

OCTOBER
4 OctoberSaturdaySabah Governor's BirthdaySabah
5 October*SundayHari Raya HajiNational
6 October*MondayHari Raya Haji, 2nd DayKedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
13 OctoberMondayMelaka Governor's BirthdayMelaka
23 October*ThursdayDeepavaliNational except Sarawak
24 OctoberFridaySultan of Pahang's BirthdayPahang
25 OctoberSaturdayAwal MuharramNational

NOVEMBER
12 NovemberWednesdaySultan of Kelantan's BirthdayKelantan
22 NovemberSaturdaySultan of Johor's BirthdayJohor

DECEMBER
11 DecemberThursdaySultan of Selangor's BirthdaySelangor
20 DecemberSaturdayHari Hol Almarhum Sultan JohorJohor
25 DecemberThursdayChristmasNational