Penghujung September



As-Salamualaikum.

September sudah di penghujung, tanpa di sedari.. tup-tup esok dah 1 Oktober.

September muncul di waktu orang masih menyambut syawal.. Mungkin ada yang masih di kampung halaman melepaskan rindu-dendam di sana.. Tiba masa pulang bandar, tanpa rela bila kena ikut suami balik untuk meneruskan pekerjaan. Bagi yang tidak bekerja macam mokcik.. bukannyer kesah sangat berapa haribulan pun..

Biasalah kan dah balik ke rumah ni, tradisi open house ada jer berjalan.. Bersuka-ria pulak dengan kawan².
Tak berapa lama kat rumah, mokcik ikut pulak rombongan cik kiah ke vietnam.. Trip tak terancang. hip-hip horayy lak kat negara orang - lupa diri lagi.. opss.. lupa haribulan lah tu maksudnyer..

Tiba masa balik ke negara asal, mokcik dipanggil bertugas pula.. Ha-ha.. macam askar lak yekk.. Tapi bukan sebenarnyer.. Just keje jadi programmer cabuk jer.. Tak sampai 2 minggu bertugas, mokcik rasa macam kurang selesa. Agaknyer dah lama sangat bertapa kat rumah sambil buat marketing.. Lastly, mokcik amik keputusan untuk buat kerja sendiri sahaja..

Tak sesuai rasa nak ikut telunjuk orang kot atau tak boleh nak terima opper orang kasik yang sket berbanding apa yang sudah lama ada dalam diri.. hu-hu.. demand la pulop.. Apa² pun apa mokcik buat adalah untuk kebahagian diri ku jua, yang penting ia adalah persetujuaan dan sokongan dari suami tercinta..

Begitu September pergi berlalu tanpa belas, berlalu tanpa semboyan mahupun siren.. Sampai ada beberapa bil yang mokcik lupa nak jelaskan.. Ha-ha.. tetiba jer dapat bil baru, 'Afsal ada tunggakan ni?'

Nota Mokcik: Nak pergi calculate bil.. Korang dah ker?


Hot Tiket Bola

RM15 FOOTBALL HOT TICKET

  • 50 Minutes
  • 150 SMS
  • 7 days validity
  • All local networks, All day
  • Minutes & SMS worth RM33.00


RM10 FOOTBALL HOT TICKET
  • 35 Minutes
  • 80 SMS
  • 5 days validity
  • All local networks, All day
  • Minutes & SMS worth RM20.60

Aktifkan Hot Tiket, dan ada berpeluang memenangi trip ke England! Ha-ha-ha sapa tak nak gi england...
*terms and conditions apply

Ada lagi..
Scratch and win - hadiah bernilai sehingga RM50 bolih di redeem serta-merta tempat belian tiket tersebut..
Ada t-shirt, beg dll


Bukan itu sahaja.. ada pulak game.. maklumat lanjut sila check web: www.hotlink.com.my


Apash Sweet Treats: FIRST GIVEAWAY


Click banner to join

Assalaamualaikum..

Dah lama tak join GA. Maka hari ini Kamis dengan besar hati ingin meriahkan First Giveaway dari Puan Apash. Jangan marah yer...

Syarat GA pun sangat mudah dan ringkas, dan ternyata lebih susah rasanya untuk mokcik mendapat hadiah-nyer - sebab jarang² bertuah ni! huhuhu.. But please wish me luck this time. Amin.

Jom ikut serta! Tarikh tutup adalah pada 10 October 2011 jam 8.00 pagi.


Antara Hadiahnye:

Taraaaa....

Tak Nak Menyusahkan Anak

Assalaamualaikum warahmatullah..

Kawan² pernah atau selalu dengarkan ayat dalam tajuk atas tu kan..
Agak² korang terpikir ke apa yang tengah mokcik pikirkan ni.

Mokcik terpikir kan.. Kalu bukan anak, siapa lagi, sebagai orang tua yang mahu kita susahkan, kan?
Nak susahkan kawan², atau jiran tetangga atau adik-beradik yang belom mereka juga hidup senang? Macamana pula pada mereka yang tak punya anak, dan yang beriya nak ada anak.. Kalu dah selalu keluar statement, tak nak susahkan anak, baik kita tak payah ada anak pulak.. Hehehe..  Tak nyah nak stress² bila, orang tanya, 'anak dah berapa?' Jawab pun selow jer,'belom ada'.

Ni hanyalah pikiran mokcik lah, kalu tak setuju, mokcik oke jer.. ahaks..

Tata.

Nota Mokcik: Afsal lak entri ni tercipta... Kering idea lah tue.

Fitnah Al-Masih Dajjal

As-salaamualaikum!

Dalam Riwayat Hadis Abu Hurairah, Nabi selalu membaca doa selepas Tasyahudnya, yang bermaksud: 
‘ Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah Dajjal’. 

Nah! Betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah Dajjal tersebut, Nabi s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat lindungan dari Allah sendiri selalu memohon perlindungan dari fitnah dajjal.. Sedangkan siapalah kita disisi Allah?

Nota Mokcik: Mari beramal!

اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال

Nak Ke Tak Nak

Salam Aidilfitri...

Wooott... 1 Syawal sudah berlalu.. Tapi mood raya masih ada kan! Kueh raya ada takk.. Nanti boleh mokcik singgah beraya..

Mokcik ni dah berangan campur tak sabar nak beraya kali kedua sbnrnyer, tapi ada jer halangan. Paham² jer lah yer.. Dah ada satu halangan, tambah satu lagi halangan.. Bukan halangan sangatlah, tapi macam peluang lah pulak. Nak grab ke tak nak jer peluang tuh...

Penin dah ke? Kejap kata halangan, sekejap kata peluang..

Apakah ia gerangannyer tuh..? Sampai tak leh nak start poser nam lagi.. Huhuhu..

Nak citer ke tak nak.. Apa² pun inilah ia permulaan entri mokcik untuk september 2011. Kuikuikui..

Kalu nak tahu korang singgah lah bila² senang. Nanti mokcik story kay..


Gambar Hiasan