Kereta Rosak

Gambar hiasan

Assalaamualaikum.

Nak citer sikit pasal kejadian malam Sabtu lepas.. 

Mummy dan Hubby tersadai kat hiway SKVE pada malam tu dalam perjalanan ke satu perjumpaan di Putra Height. Dari rumah, mummy memang dah ada rasa tak sedap hati - six sense lah tuh. Tapi biarkan aje sebab tak layan bisikan nakal konon dan percaya penuh pada Hubby, sebab itu kereta dia. Haha.. Namun, Allah izinkan jua perkara itu nak terjadi. 

Nasib baik masa tu waktu masing awal, dalam pukul 9pm.. Takdelah cuak sangat.. Maklumlah malam kan, kita tak tahu apa yang ada di situ. Berhenti je kat bahu jalan, terus cari² nombor SKVE.. Dalam 10-15 minit, kereta peronda SKVE sampai. Ingatkan diorang boleh tunda ke kawasan tol yang terdekat, memang dah nak dekat plaza tol pun. Rupanya mereka tak bolih buat demikian. Hanya cadangkan kami satu nombor telefon untuk tunda ke suatu tempat, dan letakkan kon di belakang kereta kami. Mereka juga tolong tolak kereta ke depan sikit, tempat yang agak terang. Katanya, tidak elok duduk lama² tersadai tepi jalan ni. Takut kenderan yang laju² satu. Satu lagi takut ada ancaman lain dari orang ada berniat jahat. 

Sebenarnya, lepas call SKVE, mummy dah suruh hubby cepat² call agen insuran kereta yang ada khidmat tunda percuma untuk 30 radius kilometer pertama. Alasan mummy agar takde lah tunggu lama sangat kalupun SKVE boleh tunda ke plaza tol. Agen kata truck tow akan sampai dalam masa 40-45minit. Nombor kereta tunda yang orang SKVE bagi tu ambil juga lah untuk standby.

Bak kata pepatah, ' Penantian satu penyiksaan'. Memang itulah yang dialami masa penantian tue.. Macam² yang mummy zikirkan dan berdoa moga selamat, dipermudahkan urusan dan kereta tunda tu cepat sampai. Rasanya dekat pukul 10 gitu kereta tunda sampai. Alhamdulillah semua selamat..

Bagus juga insuran Etiqa Takaful ni.. Rasanya dah 3 kali pakai khidmat percuma tunda ni.. Maklumlah kereta kami pun dah berusia, memang patut ada khidmat ni.. Kalu tidak sekali tunda mesti kena caj RM120-RM300 ikut kawasan.

Nota kaki: 
Bilalah dapat pakai kereta baru yang kurang masalah.
Doakan untuk keselamatan Rakyat Malaysia & MH370.



Segmen Bloglist April 2014 Tamat

Assalaamualaikum!

Hari ni sebenarnya hari last untuk segmen bloglist April 2014. Sehingga saat ini hanya tiga peserta, dan patut berakhir sebelum detik 12 malam nanti. Tapi mummy ambil keputusan untuk tamatkan sekarang juga kerana sudah tak semangat lagi nak meneruskan segala kerja-kerja pemilihan untuk kategori yang disenaraikan. Namun, senarai bloglist akan dikekalkan untuk senarai utama mummy buat blogwalking.

Terima kasih pada yang sudah sudi ikut serta. Segala kebaikan anda mummy amat hargai dan hanya Allah boleh membalasnya.



Baby Chiko Bundle

Tajuk Gadget Sudah Kembali

Assalaamualaikum.

Alhamdulillah.. 

Siang tadi masa mummy sempat online sekejap, terperasan title for 'My blog List' sudah dipaparkan. Terus mummy pergi cek pula function edit html yang dikatakan bermasalah itu. Pun.. sudah kembali berfungsi.. Satu jer lagi yang belum pulih. Function untuk jadi follower



So, sorry ye kekawan. Mummy bukan nyer menyombong tak follow belog korang, tapi ada problemo..

Jom lah ikut segmen mummy ye.. uhukk! Baru ada dua peserta. Nampak sangat belog ni pecisan.. Mana ni yang kata nak join kalu wat GA or segmen... Mummy tagih janji korang tau.. huhu





#LokasiMH370 Disahkan

Assalam.
Sebentar tadi baru dengar pc dari Pm kita yang mengesahkan MH370 telah akhiri penerbangan di bahagian selatan lautan hindi.
Sedih dan syukur akhirnya kita sudah tahu dimana mh370.
Semoga keluarga mangsa juga kini lega dan tabah dengan berita ini.
Al-fatihah..

Sent from my mobile®

Seminggu Lagi - Segmen Bloglist April 2014

Assalaamualaikum.

Hari Isnin dah kita. Masih ada 1 minggu lagi untuk join segmen mummy mencari senarai blog list yang baru, untuk mummy buat rujukan utama terbaru bila ada masa untuk berblogwalking.

Klik banner untuk info


Buat masa ni baru seorang yang ikut segmen ni dan mummy dah senarai kan dalam bloglist. Walaupun masalah yang text bloglist hilang tu masih terjadi, tapi mummy tetap listkan dan letak di bahagian sidebar kanan. Kawan² lain pun boleh ziarah kawan baru mummy ni untuk tambah kenalan dan saling berukhwah.

Mummy nak kena log-off dulu untuk ke dunia nyata. Sehingga ketemu lagi..



Masalah Untuk Diselesaikan

Assalamualaikum.

Selamat Hari Minggu..

Mummy punya title untuk bloglist masih tidak dapat diperbaiki.
Lately, mummy ada jugak perasan.. ada masalah nak jadi follower kat belog kekawan.
Ketiga, ada masalah nak edit html my own blog. Huhu..
Nampaknya terpaksa buat sesuatu perubahan yang besar untuk belog ini, tapi bukan hari ni, sebab hari dan esok full pack of activity.. Ini pun entri segera.

Tapi sebagai nak tepati janji. Mummy letak jugak bloglist yang kelihatan tanpa title. Ada kat bawah 'Latest Popular'. 

Jangan lupa join segmen mummy yer... Klik banner kat bawah untuk lihat details.





MENJAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W. SETIAP HARI

Sumber: Ummi Iman
Terima kasih Ummi Iman
Assalamualaikum
Sedikit sharing drp Ustaz Don Daniyal yang diterima melalui whatsapp.


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

-----
Semoga bermanfaat dan dapat kita amalkan bersama.
Entri dipos secara auto schedule




Segmen Bloglist April 2014


Assalaamualaikum.

Bloglist Mummy dah lama tak diperbaharui. Lately, title gadget mummy tak nak appear, dan mummy dah pun buang sebab geram tengok.
Mummy ambil keputusan untuk adakan segmen ini untuk mencari bloglist yang baru.
Harap mendapat sambutan dari kawan² blogger semua.


SYARAT WAJIB:
1- Sila LIKE page² berikut:

Baby Chiko Bundle

Bundle Bobi

Kain Sulam Murah Meriah

Lady Kiki Bundle

NR Home Delight

Nozza Collection Online Shopping

2- FOLLOW blog ini atau ADD CIRCLE MUMMY. ( Ada di sidebar kanan)

3- Buat ENTRI RINGKAS dengan letak banner di atas atau letak banner kat blog masing² supaya kawan² blogger lain nampak, sebagai promosi untuk war-war segmen ini.
Link banner: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2IXjG6oux70Oi3vv2l2hBfqiRWQN6K9OMJMD4ZeyqOmfKXmVDA_Jc4fOvw8E9OrVUr9ThaXLJbppGZEdDgwmZb7zopK7yPT6EEjljt7lPb69zEI4nG5rF1uIsvVnCFzw-FxzakKuSYAfN/s1600/segmen+carian+April+2014.jpg

4-Tinggalkan KOMEN penyertaan di sini.

SYARAT SUNAT: 
(optional)
1- Add facebook mummy sebagai friend anda (wajib letak id fb masing² dalam ruangan komen nanti).
Norxa نور ظریفة | Create your badge

2- Tinggalkan banyak² komen positif & membina di mana² entri yang ada dalam blog ini.


GANJARAN:
Ada dua ganjaran
*Tertakluk kepada SYARAT WAJIB & SYARAT SUNAT

Kategori A
5 blog dicari untuk disenaraikan dalam bloglist selama  lebih kurang 1 bulan- dari sekarang hingga hujung bulan April

Kategori B
Paparan like (bagi yang ada) page utama anda akan diletak di footage(rujuk bawah entri) 
setiap entri secara bergilir-gilir selama sebulan.
Dan juga review blog secara eksklusif dari mummy.


PEMILIHAN:
Kategori A : Undian oleh random.org
Kategori B :  Bilangan komen terbanyak sepanjang segmen berlangsung.


TAMBAHAN:
TIGA peserta pertama akan serta-merta akan dimasukkan ke dalam senarai bloglist untuk senang mummy nak wat blogwalking ~wink~

Selamat bersegmen.



Hanya Pada Allah Ku Berserah #LokasiMH370

Asssalaamualaikum.. Baru sebentar mummy membaca cerita ini dari http://greenboc.blogspot.com/

Ini mummy copy&paste sahaja supaya korang tak perlu ke sana, tapi kalau nak terus ke sana pun boleh aja..
Apa yang mummy nak kongsi kat sini adalah cerita ni seperti ada asasnya.. Cuma tak leh nak sahih 100% dan hanya akan diketahui jika ada pihak yang berkuasa yang boleh pergi sana, sahkan & umumkan. Apakan daya lautan dalam tak dapat kita duga.. Apakan daya pencarian difokuskan ke koridor utara dan selatan buat masa ini..

Mac giveaway by ckod-ckodok


Segmen giveaway ini akan berlangsung dari 12-31mac 2014.
Jom support kawan blogger ckod-ckodok.
Klik banner untuk ikut serta.

Syarat mudah:
1. follow blog ckod-ckodok ini. >DONE
2. buat entri bertajuk mac giveaway By Ckod-Ckodok dan letakkan banner diatas(linkkan banner diatas ke url entri) >DONE
3. like fanpage ckodok-ckodok.(tengok kat bahagian kanan sidebar blog ni tau) >DONE
4. tinggalkan link entri penyertaan anda di komen. >DONE

Wordless Wednesday 2014 [04] : KEEP CALM


Petua Doa Makbul

Petikan dari buku Doa&Zikir Harian

»Berdoa dengan ikhlas
»Mulakan dengan pujian kepada Allah, dan diikuti selawat ke atas Nabi s.a.w.
»Akhiri doa dengan pujian dan selawat juga
»Bersungguh2
»Khusyuk dan rendah hati
»Berdoa setiap masa, ketika senang atau susah
»Tidak berdoa di tempat maksiat
»Mengadap kiblat dan berwudhuk
»Hendaklah bertaubat dahulu sebelum memohon hajat
»Makanan & minuman mestilah dari sumber yang halal
»Hendahklah melakukan perkara kebaikan dan meninggalkan perkara yang dilarang
»Berdoa untuk diri sendiri dahulu baru doakan untuk orang lain
»Sapukan tangan ke muka bila selesai berdoa
»Aminkan doa yang dibaca.

... Ada banyak lagi petua, boleh dapatkan buku tersebut untuk panduan penuh.

Semoga bermanfaat. Wassalam.


Sent from my mobile®

Survive After 2 Months

#AllahAlMighty

Sent from my mobile®

WHY??

COPYPASTE: Facebook

A British man came to Sheikh and asked:
Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?
The Sheikh said:
Can you shake hands with Queen Elizabeth?
British man said:
Of course no, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.
Sheikh replied:
Our women are queens and queens do not shake hands with strange men.
Then the British man asked the Sheikh:
Why do your girls cover up their body and hair?
The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British:
If I ask you to take one of the sweets which one will you choose?
The British replied:
The covered one.
The Sheikh said:
That's how we treat and see our woman.

Sent from my mobile®

Salam Jumaat Dariku Untukmu

Jumaat yang diberkati kembali lagi. Pastinya terasa sekejap sahaja. Moga hari ini kita lebih sedar akan dosa-dosa kita lalu memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat. Khususnya di musim pelbagai cabaran dan musibah sedang menguji kita. Sedari akan belas dan ihsan Allah swt dalam menerima rayuan dan taubat hambaNya yang ikhlas memohon.

Kalau ketika susah ramai seolah 'terpaksa' ingati Allah swt dan memohon. Bagaimana di ketika kita senang? Nabi bersabda

"Sesiapa yang MENGENAL (mengingati & taati) Allah swt di ketika senang, nescaya Allah akan MENGENALNYA (membantu & memudahkannya) tatkala sukar". (Hadis riwayat Ahmad). Imam Hasan Al-Basri berkata : "Kerana amal soleh sewaktu senang, Allah membantunya akan membantu sewaktu sukar."

Ini Mummy quote dari fb Uztaz Zaharudin, sebab isi dia memang ada pada plot yang Mummy cuba nak sampaikan di hari Jumaat yang mulia ini, cuma kadang memang ada masa kita malas nak fikir buat ayat sendiri. Pagi ni mummy ada task untuk penuhi tempahan kek leleh dari customer.

Satelit China Kesan Tiga Objek Besar Di Laut China Selatan #MH370





Pagi ni, Mummy ada terbaca di akhbar luar negara tentang tiga objek yang dikesan satelit China. Tengok Astro awani pun dah ada berita yang sama.. Korang pi lah baca sendiri ek, nanti kalu taip sini kata buat spekulasi pulak..



Wordless Wednesday 2014 [03] : HANYA DOA


Sent from my mobile®

Misteri Kehilangan #MH370

Misteri.
Masuk hari ke-5, kehilangan pesawat mas masih menjadi tanda tanya kepada kita semua. Apakah Malaysia sedang diuji dengan satu ujian yang amat besar?

Jom kita tengok kronologi saksi.
Hari kedua»Nelayan di Kuala Besar mendakwa terlihat pesawat terbang rendah pada pukul 1.30 pagi semasa memancing 8.3.2014. Laporan polis dibuat siangnya bila mendapat berita tentang kehilangan pesawat mas.

Hari keempat
1» Petani di Tumpat mendakwa terlihat ekor pesawat ada api, dan sedang meluncur perlahan menuju ke Pantai Sri Tujuh sekitar jam 2 pagi. Dia juga terlihat logo Mas pada ekor pesawat. Laporan polis juga segera dibuat bila mengetahui tentang kehilangan pesawat tersebut.
2» 4 orang saksi dari Marang melaporkan ada bunyi dentuman sekitar jam 2 pagi.

Pendapat peribadi.
Kronologi ini adalah pengamatan Mummy dari media massa Astro Awani. Mummy tengok kronologi saksi ni macam ada logiknya.. Kalu ikut route pesawat terbang dengan masanya.. Tapi misterinye kalu terhempas atau buat emergency landing, dimanakah lokasi nya.. Adakah di lautan gulf thai. Mungkin kena cari di daratan juge kann.. Di pulau ke.. Segala kemungkinan harus diambil-kira.

Segala kepakaran dan kecanggihan teknologi dari seluruh dunia sedang membantu dalam operasi mencari pesawat, harap mereka fokus juga kat daratan & mudahkan carian mereka. Mummy kat sini hanya dapat doakan dan bagi sedikit 'two-cent'. Memandang sekarang dunia sedang fokus ke Malaysia, menjadikan Malaysia semakin dikenali.. Allah sedang menguji kerajaan dan rakyat Malaysia dari segala segi, yang mummy tak leh nak nyatakan semuanya di sini. Kita dididik hanya untuk bersangka baik.

Manusia merancang. Allah juga merancang. Perancangan Allah lagi hebat..

Wassalam.
Sent from my mobile®

Pesawat MAS #MH370 Hilang

Tengah hari Sabtu. Berderau darah bila terbaca di fesbuk tentang kehilangan pesawat MAS Kuala Lumpur ke Beijing. Seriau pun ado. Bayangkan jika kita adalah mangsa ataupun keluarga mangsa.

Sedikit maklumat tentang kehilangan pesawat:
»Pesawat mulakan penerbangan 12.40pagi dan dijangka sampai di Beijing 6.30pagi
»hilang hubungan pada pukul 2.40pagi
»lokasi terakhir di 120 batu nautika dari Timur Kota Bharu
»Operasi penyelamat dari pelbagai negara Asia; China, Malaysia, Singapura & Vietnam dan termasuk Amerika.

Dari tadi tunggu depan tv, harap2 ada pengumuman, selain tengok juga sumber media lain, tapi masih belom dapat jawapan dan harapkan masih ada keajaiban. Hanya pada Allah kita serahkan. Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita semua akan kembali.

Takziah ke atas semua keluarga & sahabat handai mangsa. Semoga Allah permudahkan semua urusan dan beri yang terbaik.
Sent from my mobile®