Mesin Pembuat Roti

Semuanya sudah menjadi MUDAH..

Apabila anda boleh buat roti, pizza & kek tanpa perlu menggaul & penat memukul bahan² nyer dengan tangan.

Nak tahu bagaimana?

Sila baca sampai habisss yer!








Ya, kini mummy ada teman baru.. Boleh dikatakan teman paling akrab&setia juger lah buat masa ini, sebab dia boleh buat mummy tersenyum hepi sorang².


Itulah ia mesin pembuat roti a.k.a oven juga.. Dari kerja menggaul atau menguli, sehingga membakar juga. Tempat memanas sesuai untuk pembiakkan yis.. Eh! Lain macam lak bunyik nyer. Ahahaha.. Yelah tempat sesuai untuk roti tu kembang kan. 

Hanya perlu sukat bahan & letak dalam bekas tersedia. Pastu pilih program, dan biarkan jer semua kerja mesin tu akan siapkan. Yang paling mudah kalu nak buat sebuku roti. Nanti tunggu roti siap je. Dah sejuk, boleh makan terus. Mudahkan?

Selain buat roti buku, kita boleh jugak buat roti inti kacang, inti kepala kelapa, roti kentang, roti sosej, pizza pun boleh.. Caranya; selepas selesai ia menguli doh, kita bentukkan roti apa yang kita nak, lepas tu bakar guna mesin yang sama dengan pilih program membakar. Sebahagian jenis kek pun boleh buat guna ketuhar ni. Selain itu, boleh juga kita guna untuk salai atau memanggang. Hmm.. Biskut or cookies dan pai pun bolih buat ni, tapi mummy belom try test lagi.. Tengah gila ngan roti...

Mesin ni xder la mahal sangat, berbanding kalu nak beli mixer dan ketuhar yang berasingan. Kalu sesapa yang pernah pergi kelas buat roti secara profesional, ada pulak satu lagi tools tempat memanas atau dipanggil chiller kalu tak silap, tempat letak doh supaya cepat kembang sebelum kita kasi bakar sama roti. Tapi dengan ketuhar ini, semuanya ia dah mudahkan kerja kita. Lagi satu ketuhar ni, kita boleh set masa delay atau dalam melayu kita sebut sebagai pelewat masa, untuk kita set bila sepatutnya mulakan kerja mengaul & seterusnya bakar.

Contohnya; kita siapkan bahan² pada malam hari, esok nye kita bangun pagi, lepas solat, terus boleh sarapan dengan roti yang baru dimasak. Masak sendiri pulak tuh.. Nikmat kan?!

Apa macam? Ada suka tak? Okay, mummy hepi bangat, sudah dapat apa yang dah lama mummy idamkan. Alhamdulillah. So, mummy pun hepi juga kalu dapat sharing dengan anda semua. Jom lah kita adakan satu mesin ni di rumah masing². Kalu ada yang nak beli, mummy bolih tolong aturkan. Uols tahu kan camaner nak hubungi mummy, atau komen jer kat bawah dengan tinggalkan email. Jangan malu ye kalu nak tanya.. Insha Allah, mummy tolon mana yang bolih.. Nak ikut kelas pun bolih..

Sekian. Wassalam.

Gambar Perkahwinan Diana Amir

Assalaamualaikum!

Perkahwinan Diana Amir pada 25 Oktober 2013 lalu.
 Tersuka pulak mummy tengok gambar Diana Amir kahwin ni..
Sweet jer..









Selamat Pengantin Baru
Baarakallah
Kekal hingga ke Jannah


Gambar2 adalah ehsan dari Roti Kaya & Melvister

Bill Streamyx: Tak boleh check usage history

As salam,

Apa cer? Ada sihat ker?
Alhamdulillah mummy sihat jer..

Cuma fikiran jer terganggu sejak mendapat bill TM untuk Oktober.. Mana tidaknyer, tetiba jumlah bill yang tidak terduga dek aqal, yang cecah sampai rm3++ hinggit. Pada kebiasaannyer, bulanan hanyalah around rm80 dan tidak lebih rm90 sesuai dengan bajet dan pakej yang sudah diambil. Paling tidak pun ada tunggakkan sebulan, jadi jumlah sekitar Rm1++, kerana husben mummy gaji awal bulan pada setiap bulan, tapi due date bill pada 3-4hari sebelum tiba penghujung bulan. Nampak kan problem/ kelemahan dari pihak mummy.. Hoho.. Bukan masalah ekonomi ku yang nak di bahas di sini.. tapi pada yang hadapi masalah seangkatan juger pasti bolih paham perasaan mummy nih.

Bill yang tak terduga tu lagi memeranjatkan mummy apabila disenaraikan pula segala aktiviti berinternet sejak dari bulan April 2013 sampai lah ke tarikh bulan ini.. Alamakkk, apa ke hal nyer? Dah tiap² bulan sudah dibayar walau lambat cikit, apa lagi nak caj orang sejak dari bulan April pulakk kann. Memang geramlah dan bercampur cuak jugak mummy. Cuak fasal, baru tengah bulan line telefon & internet kena potong sementara. Telefon tu x kisah sngat sbb mmg jarang² pakai, plus xde sapa pun nak tefon mummy... Sob.. Sob.. Sob...

Dipendekkan cerita, bila ditanya ke operator. Katanya bill tu salah. Apa daa, camno bolih salah nie.. Kalu dah salah, wat per pegi potong line pulakk. Wa, dah bayar per. Aiseh, katanya lagi, sebab limit call dah abih.. Aii macam² lah kan pantang larang, sedangkan selama ni tak tahu pun ada limit untuk call keluar bagai.. Kata 'free'. Seingat mummy mmg jarang² call keluar. kalu mcm itu mmg sikit benor limit yang free tu ekk.. Ini boleh dikatakan menganiaya atau tertipu. Kita hidup memang ada peraturan- kitab Allah iaitu Al-Quran dan dikukuhkan lagi dengan hadis Nabi. Tapi dalam Al-Quran tu xde pula kasi peraturan yang tersembunyi kecuali beberapa lain yang ghaib dan tidak dijelaskan. Alkisah, sebab nak pakai internet, terpaksa korek duit dari bajet lain, bagi penyambungan semula, walau dah bayar awal bulan hari tuh untuk bulan lepas. Mummy pun masih keliru dengan bill bulan ni.

Dan.. Tiba² hari ni talian dipotong lagi untuk ketiga kalinya dalam bulan ni... Dalam sejarah ni. Boleh masuk rekod memana ker. Dan kali kedua kena telefon operator wat query fasal bill.. Mana mummy tefon tak nyah tanya lah.. memang bukan pakai tefon rumah lah kann.. Line dah kena kasi potong! Di bawah adalah caj yang dikenakan untuk menelefon khidmat pelanggan.

100 call charges:

Service TypeTM Customer Service 100
Fixed LineFree
MaxisDepends on service provider*
CelcomRM1/call
DigiDepends on service provider*
U-mobile, Tune Talk and othersDepends on service provider*


So sebab apa kena potong? Fasal masalah bayaran yang sudah dibuat, tetapi tidak dikemaskini secara berhemah. Maka kononnya, bill ni masih lagi tertunggak, padahal dah bayar dah, siap buat lebihan bayar lagi.. Sebab mesin tak terima singgit, dua ringgit.. Patut dah xde tunggakkan lagi. Walau mummy ni dah tua, tapi belom nyanyuk oke! Bila orang dah amuk dalam tefon, baru lah nak cek & balance berapa udah di bayar.. Itu pun tadi, masa awal² tuh. Operator cakap; 'Kena bayar lagi Rm bla..bla.. untuk buat sambungan balik.' Terus kena sambar petir sound lah. Barulah nak cek semula, tung-tang-tung-tang. Operator kata: 'Okay bayaran sudah terima.' Sekarang tm sudah ada hutang sama mummy. Mau nak cakap... 'Kamu bank-in balik duit saya tuh sekarang jugak..' Ahaha.. tak terpikir pun tadi tuh. Baru sekarang terpikir masa menaip nie..

Tak sabar nak tunggu tengok bill bulan depan.. Selalu sampai pada 8 atau 10 haribulan setiap bulan. Harap² bill baru nanti sudah clear dengan segala tunggakkan mummy. Kalu tiap² bulan dapat cash money dari nuff pun kira bagus jugak kan..Boleh bantu bayar bill streamyx nih << Berangan jer lebih.

Oh! Tentang tajuk.. Ahahaha.. perenggan ni baru nak masuk tentang tajuk. Takde citer pun nak ulas.. Cuma tertanya² kenapa ekk sejak beberapa bulan yang lepas, tapi tak perasan bulan bila. Dah tak boleh tengok berapa minit kita dah guna untuk streamyx yang kita langgan. Itu penting bagi mummy untuk memantau supaya tidak terlebih guna.. Penting untuk poket juger. Kann..Kann.. ~Wink-wink~

Panjang pulak entri mummy kali ni, memang meluahkan perasan sungguh. Kadang hati kita memang jadi panas, maka ubatnya adalah luahan. Semoga jadi iktibar pada pembaca. Dan kepada TM silalah buat pelarasan atau adjustment cepat sikit. Kenapa kena sampai tunggu dua-tiga bulan, baru nak clear data bayaran pelanggan. Nak potong cepat jer, bayaran pelanggan pun update lah cepat jugak.

Terima kasih pada sudi membaca..

P/s: Apasal sekarang line internet selow bangat

Buah Penyebab Kanser

Assalaamualaikum.

Mummy terbaca ini di fesbuk. Memandangkan wall di sana agak pantas bergerak, kadang memang akan miss suatu yang amat berharga untuk pengetahuan kita semua. So, mummy pun amik copy & paste ke sini.. Ia tentang cara kita makan buah-buahan.. Penting tau, sila baca sampai abih okay!

Mummy pun sebelum ni memang ada jugak amal makan buah sebelum makan nasik, tapi tak sangka.. kalu salah cara boleh jadi bahaya pula... Boleh sebabkan KANSER!!

Ehsan

Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita...

Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh!
Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.
Ubat utk Cancer sudah ditemui !
Anda percaya?
Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional.
Pesakit cancer tidak seharusnya mati !
Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:
Makan buah segar dan caranya!
Ini sangat informatif!
Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita...
Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.

Cara yang tepat makan buah;

* JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!

BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!

Menurut penelitian Dr Herbert Shelton;
Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an,
Anda memiliki;
Badan yang sihat,
Penuh tenaga,
Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.

Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus.

Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.

MINUM AIR SEJUK@AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!!

Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU)
maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN).

Cara Terbaik adalah:

Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan
Makan buah segar saat perut kosong.


Nota: Ini adalah entri berschedule.

Blouse Cantik Baru Masuk





HANYA 

Jom lah singgah sekarang

Ada banyak lagi warna dan corak
Insha Allah harga berbaloi²


Summary Budget 2014

Berikut adalah ringkasan bajet 2014 yang berjam² dibentangkan di Parlimen semalam, dari waktu sebelum asar sehingga hampir waktu luput asar. Awas!! semua dalam english, x dan ler mummy nak translate. Hanya sekadar untuk paparan pada yang mau baca dan rujuk.

Details of the Budget 2014 are listed below:

Total budget: RM264.2 billion

Operation expenditure: RM217.7 billion

Development expenditure: RM46.5 billion

GDP growth
2014: 4.5% – 5.5%
2013: 4.5% – 5.5%
2012: 4.5% – 5.0%

Revenue
2014: RM224.1 bil
2013: RM220.1 bil
2012: RM206.2 bil

Deficit
2014: 3.5% of GDP
2013: 4.0%
2012: 4.5%

Domestic economic prospects
Net foreign direct investment was higher at RM18.2 billion in the first half of 2013 compared with RM15.9 billion during the same period in 2012.
International reserves remained strong at RM444.9 billion at Oct 14, sufficient to finance 9.7 months of retained imports and 3.9 times the short-term external debt.
For entire 2013, domestic economy expected to expand 4.5% – 5%. Growth supported by private investment, increasing 16.2% to estimated RM165 billion.
Private and public consumption expected to grow 7.4% and 7.3% respectively
Domestic economy projected to grow at a stronger pace of 5% to 5.5%. Growth to be driven by private investment at 12.7%, and private consumption 6.2%.
Exports of goods expected to grow 2.5% over improving external demand. On the supply side, construction sector expected to grow 9.6%, services sector at 5.7%.
Unemployment rate estimated at 3.1%, inflation rate to remain low between 2% and 3%.
Per capita income for 2014 expected to reach RM34,126. Plans to achieve the target per capita income of RM46,500 in and even "achieve developed nation status much earlier than 2020″.

Goods and Services Tax
Government to introduce Goods and Services Tax (GST) at 6% starting April 1, 2015. Sales and Services Tax to be abolished.
Items to be exempted from GST – rice, sugar, salt, flour, cooking oil, dhal, chilli, herbs, salted fish, cincalok, budu, belacan, piped water, electricity (for first 200 for domestic use), government services, public transport (bus, LRT, ferry, toll) sales and purchase of property or rental of property.
Implementation comes with a reduction in tax structure effective from 2015. Generally, those with family and earning RM4,000 and below need no longer pay income tax.
After GST, a one-off cash payment of RM300 to be made to those now receiving BR1M help.
GST monitoring committee to be chaired by Minister of Finance II Ahmad Husni Hanadzlah to ensure smooth implementation.

Tax incentives
In tandem with GST, individual income tax rates to be reduced by one to three percentage points for all taxpayers.
Chargeable income subject to maximum rate to be increased from exceeding RM100,000 to exceeding RM400,000.
Current maximum tax rate at 26% to be reduced to 24%, 24.5% and 25%. These measures to be effective from 2015.
Tax rebate of RM2,000 for those earning less than RM8,000
To help the employer's burden of implementing of minimum wage scheme – RM900 in Peninsula Malaysia and RM800 in Sabah and Sarawak, the government will introduce extra tax incentives for whole of 2014. This is to help employers to top up salaries of their employees to the minimum level.
Corporate tax rate cut by 1 percentage point from 25% to 24%, for SMEs reduction from 20% to 19% from year of assessment 2016.
Cooperative tax rate cut by 1 to 2 percentage points from year of assessment 2015.

Projects and allocations
Projects to be implemented include 316km West Coast Expressway from Banting to Taiping. and double-tracking projects from Ipoh to Padang Besar and later from Gemas to Johor Bahru.
National Entrepreneur Development Office to be established to plan and coordinate all entrepreneurship activities.
RM1 billion investment in companies scoring high on Environmental, Social and Governance Index.
RM265 mil to resolve electricity cuts in Sabah.
Government to conduct audit on projects valued at more than RM100 million.
496 more CCTV at 25 areas. RM200 mil allocated for police to get more equipment (weapons, bulletproof vest, forensic vehicles, biometric equipments)

Education
Education budget for 2014: RM54.6 billion or 21 percent of total budget.
RM450 mil funds for school maintenance. Breakdown: RM100 mil for SK, and RM50 mil each for all the rest: SJK(C), SJK(T), Sekolah Mubaligh, Sekolah Asrama Penuh, MRSM, government-aided religious school and sekolah agama rakyat.
Government to continue giving RM100 cash to all primary and secondary school students.
Baucer Buku 1Malaysia for pre-U students of RM250 to continue. RM325 mil to be allocated and it is estimated that this will help 1.3 million students nationwide.
RM100 mil to improve education and training for Indians.

Tourism
2013 – RM25 mil tourist arrivals
2014 – Target: 28 mil tourist arrivals
2014 – Visit Malaysia Year
2015 – Year of Festivals
Government to spend RM 1.2 bil to develop, promote and publicise tourism in 2013-2014.
RM2 bil for Special Tourism Infrastructure Fund to finance building tourism infrastructure.

Air transport
RM700 million to build new air traffic control and management system at KLIA. This is to replace the existing one in Subang.
RM312 million to upgrade Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu and Mukah airports, additional upgrade of terminals in Langkawi International Airport and Kuantan Airport.
Services sector blueprint to be launched next year, the logistics sector master plan and national aviation policy to be formulated.

Public transport
RM62 million for 'park and ride' facilities at LRT, KTM Komuter and ERL stations.
RM15.3 million for Centralised Taxi Service System to ensure efficient mobilisation of taxi services.
RM28 million for building 'last city terminals', upgrading of bus stops and providing 'drop-and-ride' facilities.
Refurbishing electric trains at a cost of RM28 million to ensure frequency and efficiency of services.
High-speed broadband
Second phase of the High-Speed Broadband (HSBB) project in collaboration with the private sector involving RM1.8 billion investment to expand coverage to major towns. Internet speed to be increased to 10 Mbps.
RM1.5 bil to build 1,000 new telecommunications tower over three years. RM850 mil to build new undersea cable to improve internet in East Malaysia over 3 years.

Agriculture
RM6 bil allocated to implement high value-added and commercially viable agriculture programmes.
RM2.4 bil for agricultural subsidies and incentives for paddy and fish farming.
Subsidies reduction
Sugar subsidy of 34 sen to be abolished tomorrow. Price to go up to RM2.84 per kg.
Government to allocate RM47 bil for subsidies in 2013 and 53% or RM24.8 bil went to petrolem products that benefitted all, even the rich, the businessmen and foreigners.
Najib cites the recent petrol price subsidy cut as an example of this structural changes to come for subsidies, which make up to a fifth of the total national budget.

Retirement scheme
To allocate RM210 mil for a private retirement scheme (PRS) to encourage young to start saving. Starting Jan 1, the government will top up RM500 into the account for those aged 20-30 years old who can save RM1,000.
It is estimated that 420,000 youths may join this scheme to run for five years.

Increase of Real Property Gain Tax (RPGT)
RPGT increased as follow:
- 30% (first 3 years)
- 20% (fourth year)
- 15% (fifth year)
- For foreigners: 30% for all five years
Minimum property purchase price for foreigners to be doubled from RM500,000 to RM1 mil.
Cheaper homes: Subsidy of RM15,000 to RM20,000 for private and public developers for low and medium cost homes, for sale to first home buyers.

BRIM 3.0
Those earning household income of below RM3,000 to get RM650, an increase of RM150.
RM450 for those households earning between RM3,000 and RM4,000.
For single individuals earning below RM2,000, they get RM300 each.
In total, RM4.6 billion will be handed out under BR1M 3.0.

Health
Additional 6,400 nurses in government hospitals.
RM3.3 bil for medication and medical equipment

~The End~

Pagi Petang Masak-Memasak

Ini adalah cerita pada Sabtu mingu yang sudah.

Pagi mummy ada kelas roti di rumah. Mummy belajar buat roti dari mama Adam. 

Sebenarnya, mummy ni dah pernah belajar buat roti, muffin dan sebagainya dari salah sebuah akademi bakeri. Tapi itu dah lama dulu, dan disebabkan keterbatasan untuk menyediakan perkakasan, semua ilmu itu terkubur begitu saja. Maklum lah rumah mummy pun xder luas sangat dapurnya, pikir pulak nak beli oven, mixer lagi, bukan murah pulak tuh, itu belom kira untuk extend dapur.

Baru sekarang ni mummy jumpa sesuatu kaedah yang sangat mudahkan hidup. Alhamdulillah.. Nanti mummy ceritakan di lain entri ye apa kedahnye tuh.. Sementara hari ni just nak syer camaner rupa roti yang mummy dan mama Adam hasilkan.

Taraaa...



Panggilan Dari Nombor



Pernah tak korang terima panggilan dari nombor² tersebut, tapi bila diangkat tiada siapa di hujung talian..
Tolong syer sikit pengalaman uols.

Pengalaman mummy sendiri, kalu angkat nombor² yang tidak dikenali...

SATU - Memang situasi macam di atas lah. Angkat jer diam atau line putus.

DUA - Nanti adalah yang buat promosi jual insuran lah, minta maaf ye para penjual insuran.

TIGA - Dapat baucer lah untuk penginapan kat mana² hotel atau

EMPAT - Tak pun nak offer percutian dengan nak caj ke atas kad kredit.

Tapi itu citer lapuk lah, zaman mummy kerja dulu. Ada jugak masa mula² berhenti keje dulu yang call nak offer kad kredit bagai, ingat² lupa jugak mummy ni, ingat banyak sangat hutang. Sebab apa i quit, becoz im no more hutang-piutang. Finance freedom. Memang malas nak layan lah sebenarnya kalu dapat call yang macam tu.

Fesen yang lagi satu ni, call orang, tapi bila angkat diam pulak. Apa ye opus operandi diorang ni.. stress lah mak macam ni!

Tolong mummy ye syer pengalaman korang atau sedara² korang.

Wassalam.

Outing & Cooking Day with Adam

Ahaha.. Tajuk guna bahasa omputih macam gempak, tp intinya tetap bahasa melayu kita weihh..

Pada hari Kamis yang lalu, mummy kuar jalan² cari pasal bersama Adam Haziq...

Kecian Adam x berapa sihat sebenarnya hari tuh.. Dia ceceme + mata ada taikk cikit.. Sakit mata lah tue.. Dia sudah jangkit dengan kupu-kupu, dua pupu dia. Tapi sebab memang ada hal ngan mama Adam kat luar terpaksa gak bawak Adam bersama².

Mujur dia x banyak ragam pun walau panas sket.. X caya?!

Meh, usyar gambar Adam.

Adam Haziq
Kann okay jer dia.. Suka lak pose kalu orang nak tangkap photo dia.

Abih citer outing, sambung citer hari masak² bersama Adam yang mencuit hati.. Adam kan tengah ceceme. So, memanjang lah air hidung dia meleleh, orang nak kesat pakai sapu tangan, selalu jer nak mengelak, toleh ke lain. Memanglah kena paksa².. Kalu x memang ke mulut lah jawabnyer. Ahaha..

Masa mummy dengan mama Adam sibuk kat dapur, Adam dibiarkan bersama gundiks² nya kat depan. Sekejap² si Adam ni dtg jugak jengah kat dapur..

Dia jenggah tu bukan sesaja, memang ada je keje yg dia akan buat. Paling lucunya, boleh dia dtg dekat kain lap tangan yg sedia ada kat kabinet, dia cuba membuang hingusnye kat situ, memang ada bunyi lah,'seh-seh'.

Aduiii, selamba giler. Kalu time org nak lap ngan sapu tgn dia, xde pulak nak buat bunyik gitu. Loyar buruk jugak budak Adam nih..

Layannnn...

Lukisan Alam ~ Hijjaz



Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaan-Nya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan

Hasbi Allah... hasbuna Allah
Hasbi Robbi... jalalallah... ya Allah

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Suburkanlah sifat sabar
Di dalam jiwamu itu

Nota: Sabar ada batasnya. Masih valid kah?

Panggil Mummy Sudah ler..

As salam,

Bolehkah jika mokcik ingin buat permintaan dari korang² semua?

Mokcik ni teringin sangat nak punya anak yang boleh panggil mokcik sebagai mummy dia.. Cuma rasa usia sudah makin meningkat ni, macam x kan jadi kenyataan lerr..

Itu sebab tu, mokcik nak korang ajer lah yang panggil mummy kat kiter! Boleh kann..

Untuk pengetahuan korang yg tersayam semua, cucu sedara mokcik jer yg dah panggil mummy. Rasa mcm x cukup lah, rasa nak lagi, sebab bukan jumpa diorang hari² pun.. Kalu mokcik singgah sini hari² dapatlah dengar sendiri sebutan tuh hari² kan?! Haha.. Mcm mentalist lak haku.. Okay, I masih waras kay!

So, boleh takk.. Boleh lah kann..

Panggil ajer 'mummy'

Berkorban Apa yang Ada

Selamat Hari Raya Korban!

Walaupun hari ini sudah tiada lagi ibadah korban -sembelih menyembelih lembu atau kambing sudah berakhir, keraian hari raya masih terus terasa. Tetapi rasanya ini hanya berlaku di pantai timur sahaja kott.. 

Zaman kanak² / remaja mokcik di kampung dulu memang macam tu lah.. beraya haji sampai ke penghujung bulan Zulhijjah. Jangan nak raya puasa je beraya sampai sebulan kann. Raya haji sepatutnya kita panjangkan juger dengan kunjung-mengunjung sanak-saudara. 

Bercerita pada berkorban. Selalu orang sebut berkorban apa sahaja. 

Ayoyo.. 'Apa sahaja'? Nampak takk. Apa yang merisaukan adalah apabila ada yang salah guna  dengan kata² sebutan ini. Malas lah nak ulas lebih².. Anda pikirlah sendiri, bagi yang rajin berfikir..

Pada mokcik berkorban lah dengan apa yang ada atau yang termampu.

Gambar Ehsan

Selamat Berkorban

ASSALAAMUALAIKUM

SALAM IDUL ADHA

Tak kira di mana anda beraya..
Doakan kesejahteraan ahli keluarga dan semua umat Islam.

Sempena bulan haji ini, yang tak pergi haji digalakkan untuk buat ibadah korban. 
Ibadah korban dilakukan oleh yang berkemampuan untuk menolong yang susah.
Yang makan gaji tu rasanya semua berkemampuan.. kalu rasa² tak berkemampuan.. 

Boleh buat macam ni;

"Simpan duit satu ringit satu hari"

Insha Allah boleh buat korban sekali setahun.


Berkenaan Amalan Bulan Zulhijjah

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..


Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :
"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya
وعن ابن عباس أيضا أنه النهار كله ، وعبر عنه بالفجر ; لأنه أوله
Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).


AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

---
Dipetik dari: http://zaharuddin.net/

Boleh baca sepenuhnya di sana okeh...

Petanda Hati Sakit

Ehsan

Bila solat, hadiri majlis ilmu, buat perkara² baik rasa tak seronok.
Tapi bila buat perkara derhaka, buat maksiat hati rasa seronok.

So, beware..
Jangan terlalu beronok-ronok. Periksa hati anda!!

Nota: Ini adalah Entri berschedule

Bila Toyol Beraksi

Ahahaha.. Abaikan tajuk!

Awas!! Ini bukan toyol sebenar, tapi toyol jadian..

Masih kenalkan raut wajah budak ini? Ini adalah wajah² Adam Haziq merupakan cucu sedara mokcik yang ketiga okay! Macam nilah orang belom ada anak sendiri, dapat main dengan cucu sedara pun oke.. dulu2 main dengan anak sedara, sekarang semuanya dah besar panjang, dan beranak-pinak sudaa.. Main dengan anak diorang lah pulak. 

Dah tua² ni, dapat jugaklah menumpang kasih, dan bermain² dengan anak² kecil ni yang Insha Allah sentiasa dirahmati Allah.. Ahli syurga nih..

Lucu kan..

Gambar ni di ambil masa Adam mengunjungi mokcik minggu lepas. 

Sekarang Adam dah pandai sengih/senyum bila orang nak snap gambar dia. Kalu tak dulu selalu muka serius jer. Tapi itulah Adam sengih ke tidak tetap macam toyol... hehehe... Masa botak jer lah.
Paling tak lupa, dah snap jer gambar dia, mesti cepat² datang dekat kita. Nak tengok gambar dia lah tuh... Ahahaha.. Cute jer aksi..

Terima kasih Adam kerana datang ziarah Mommy..Semoga jadi anak soleh dan berguna kepada masyarakat dan agama. Bagus juga kalu jadi tahfiz bila besar nanti dan doakan Mommy & Tok bila kami dah tiada lagi di dunia fana ini.


Merangkak Ke Putrajaya

Agak² kalu mokcik wat nazar akan merangkak dari Kajang ke Putrajaya, masa pilihanraya akan datang untuk dun Kajang ni.. Ada tak mana² parti akan sokong dan dapat darjat Dato'

Payah jugak woo nak merangkak ni, bukan kerja senang! Kalu dah biasa jalan kaki kan, memang sukarlah. Ni pulak selalu berkereta ke sana, nak jalan kaki pun jenuh jugak nak nyampai-nyer, apatah lagi kalu merangkak ke Putrajaya.. ~wink. ~wink....

Ehsan pacik gugle

Nota: x pandai nak berenang, sebab tu terfikir nak merangkak jer..