Aku Sedey..

Salam Mesra..

Mokcik sedey ni..

Bukan fasal belom makan lunch. Atau bukan sebab belom mandi sebab sabun mandi dah habiss.. Ermm.. Bukan jugak fasal bisnes tak kencang.. Cu teka.. cu teka..

Mesti jawapan korang sipi² jer ni..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Sedey.. fasal x dan nak update belog.. campur blurrrrr.. blurr.. blurr.


Nota Mokcik: Doakan moga blurr tu cepat hilang.. ekk

Hari Liburan

26 Oktober 2o11
Assalaamualaikum!

Nama lagi hari cuti, tentulah hari untuk meliburkan diri bersama tutttt...

Ha.. Jangan salah sangka.. Mokcik gi liburan ngan cik abe yang jadi housemate mokcik ni la.. iaitu ncik hasben. Kami keluar ronda² carik pasal apa yang patut - Mokcik gi carik mesin hampagas.. Eh! betul ke sebutan ni. Senang citer vacuum lah.. Maklumlah mesin yang sedia-ada dah lama tersadai, dah tak leh pakai...

Takder lah sangat namanya berlibur sebenarnya.. Tapi sebab hari² selalu dok rumah jer, bila dapat keluar rumah terasa lah macam pergi melibur gituh.. Cumanyer sedikit rasa terhibur pasal dah dapat apa yang dicita.. Dah banyak kali dok survey dan usha beberapa jenama mesin.. Akhirnye, dapat jugak sambar satu jenama yang tak tersenarai pun untuk dibeli.. Vacuum LG yang bagless.. dan harganyer kira okay lah..

Ni lah gambar yang dapat hasil dari gugel...

Pastu bila dah keluar berlibur tu.. Sampai tak sempat nak pos nak balas jejak kekawan kan.. Malam ni pun datang semput², hampir sajer tak dapat nak pos entri.. Pasai internet sekarang macam siput.. Malam semalam pun cam gituh jugak.. Adehh..

Nota Mokcik: Apasai sekarang internet makin semput eh..

Esok Cuti Yeah..


Salam Lewat Malam..

Yeah..yeah.. Sok cuti rayer..
Berapa kali nak rayer dalam setahun neh ekk..
Raya diwali lar pulop kan.. Ngeh3x.. Maklumlah dok kat negara yang majmuk ni.. Jadi sumer rayer kita sambut.. Ehem.. Salah tuh... Sambut cuti jer, bukan sambut rayer bersama taw..

Apa yang dok merapu nie.. Kemaruk sebenarnyer nak menaip.. Fasal dah banyak hari off hapdate belog..
Wokey lah see u tomorrow.. Jika panjang umur.. Mati sudah tentu, Hidup belom pasti

Nota Kaki: Selamat Cuti².. Okeh!!

Hot Tiket Bola vs Hanis Zalikha

Salam Ceria.

Nak citer apa lak kali ni yekk..
Cuba tengok ni..
gambarajah.. bukan gambar gajah ekk

Tiada Lagi Rahsia - BE Susut

Ehsan gugel

Assalaamualaikum.

Rata² daripada pemerhatian mokcik semasa buat lawatan dari belog ke belog. dah kurang orang nak cerita pasal BE. Agaknyer orang lain dah lali dah dengan BE ni.. Dah tak heran dah, sebab dah berkepuk masuk kot.. Macam dalam gambar kat atas, simpan bawah tilam jerk..

boleh nampak ke figure tuh.. jgn cuba intai, nanti juling..
Tak kisahlah.. kali ni mokcik nak gak show off pasal BE mokcik yang tengah berlangsung. Lau tak silap minggu lepas sampai 5 BE yang tersenarai, tapi hari ni hanya tinggal 3 jerk.. Okaylah daripada takder kan?!

Sekarang, mokcik tengah tunggu jer ni nak gi cash out.. huhu.. Harap dapat keluarkan ia cepat.. lau cukup amaun boleh lah yekk..

Jadi, peluang yang ada, mokcik nak ucapkan terima kasih lah pada ncik Nuff dan kepada pengunjung semua yang dah buat mokcik separuh sedar gumbira nie.. Huyeah².. Opss.. Alhamdulillah....

Nota: Kalian doakan lah ia cepat terlaksana.. Moga korang pun sama dapat ganjarannyer..

Belajar Bahasa Sarawak

Masa pergi Sarawak baru² ni, ada satu perkataan baru mokcik belajar - tangkap dengar masa diorang berborak:
Pusak = kucing.
yang mokcik dah sedia maklum adalah:
auk = Ya
kamek = Saya
sikda = Tiada
gerek = kekasih
Bawah ni pulak yang mokcik dapat dari gugel:
kenapa = kenak
kalau = mun
budak = miak
sana = sinun
sini = sitok
awak = ko/kauw
cantik = kacak /lawa




Senarai 14 Barangan Terkawal Sempena Deepavali


Sumber dari Bernama

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan penetapan harga maksimum borong dan runcit bagi 14 jenis barang di bawah Skim Harga Musim Perayaan sempena perayaan Deepavali 5 Nov ini. penetapan harga itu akan dikuatkuasakan selama 10 hari bermula Ahad ini.

Harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal untuk Kuala Lumpur ialah

  1. ayam hidup RM6.10 sekilogram
  2. ayam standard (RM7.20)
  3. ayam super (RM8.05)
  4. daging kambing tempatan bertulang (RM29)
  5. daging kambing biri-biri import bertulang (RM17)
  6. daging kambing biri-biri import tanpa tulang RM20 sekilogram
  7. telur ayam gred A (RM0.34 sen sebiji)
  8. telur ayam gred B (RM0.33 sen)
  9. telur ayam gred C (RM0.32 sen)
  10. cili merah (RM11)
  11. tomato (RM4.20) 
  12. bawang merah kecil dari India (RM5)
  13. ubi kentang import dari China (RM2.50)
  14. kacang dhal dari Australia RM3.50 sekilogram

Peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim tersebut akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946. 'Bagi orang perseorangan, boleh didenda sehingga RM15,000 atau dua tahun penjara atau dikompaun sehingga RM7,500 manakala bagi pertubuhan perbadanan, denda maksimumnya ialah RM25,000 atau dikompaun sehingga RM12,500'

Pengguna yang mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi peraturan itu diminta membuat aduan melalui e-aduan@kpdnkk.gov.my atau talian bebas tol 1-800-886-800 atau pejabat kementerian itu di seluruh negara.

Orang Utan - Pusat Hidupan Liar Semenggoh


Assalaamualaikum.

Nak sambung citer pasal jalan² kat Sarawak.

Hari kedua, pagi² lagi kami bergerak ke pusat hidupan liar kat semenggoh. Kat sini ada orang utan yang hidup secara semulajadi tanpa di kurung. tapi mereka akan diberi makan orang petugas kat sana. Waktu makan adalah pada jam 9 pagi. So, kalu nak tengok binatang ni kena lah datang waktu makan dia-ekor.. Ngeh3x..

Renew Roadtax


Assalaamualaikum.

Tadi kan pergi renew insurance kereta hasben. Dah renew insuran, apalagi nak renew roadtax la pulak kan..

Tak pernah hayat tolon renew roadtax kenderaan orang lain, first time tolon renew yang hasben punyer.. Pastu ada pulak yang nak minta tolon sekali - agen tempat mokcik renew insuran mintak tolon renew kan roadtax lori. Sebelum ni pernah lah mokcik pi tempat agen untuk renew insuran dan roadtax.. Kan ada fee untuk itu semua. Tapi khidmat mokcik tadi foc.. Mahu gak dekat setengah jam tunggu giliran.. sib baik tak lama prosesnyer..

Nak tahu? Roadtax lori untuk 6 bulan adalah 177 hinggit.. kalu lori lagi besar kena sampai 398 hinggit... Berbanding kereta hanya 90 hinggit setahun.. Tiada motif apa².. hanya nak kongsi figure sahaja..

Tak pernah lak terpikir hari ni, ada yang minta tolon bayarkan roadtax lori.. maklumlah pejabat agen ngan JPJ sebelah jer.. Mungkin atas dasar percaya dia minta tolon, mana taknyer.. dekat 6 ratus hinggit dia bagi cash untuk bayar roadtax. Mokcik lak, antara nak ngan tak nak buat.. tapi dah orang mintak tolon.. relakan ajerlah apa yang mampu..

Nota mokcik: Korang pernah?

Balik Kampung.. Oooo...

Assalaamualaikum.

Tengah wat per tu koram? mokcik tengah menaip ni, meh sini baca meh! Dah manyak hari tinggal belog yang agak tak meriah ni.. mokcik dah cuba dah untuk meriahkan di kala tengah menganggur ni, tapi rupanyer bila tidak kantoran, lagi bizi rasanyer kehidupan realiti mokcik.. ni kejap lagi nak keluar pergi renew insuran keter seben.. Ermm.. bila dah tak kena masuk opis, macam ni la kot kena buat sumer keje daa... ingatkan dok rumah leh belek buku resepi jer, lepas tu masak²... ekekekek Ah! apa kait ngan tajuk belog lak ni mokcik.

Okeh bebeh, back to the topic. Bukan ada citer best pun pasal balik kampung semalam. Just suka² nak tulis je ni, dari biar belog ni makin usang dan kosong dari entri.  Sambil nak asah kemahiran mengarang yang makin pudar dimamah usia. Belog mokcik pun bukannyer best sangat kan?! Kadang² jer rasa best bila baca <= Ini ayat perasan, jangan layan. Okey, sebenarnyer tak besh langsung.

Tujuan balik kampung sudah sedia-maklumlah, nak melawat dan ziarah orang tua di sana. Sementara mereka masih ada ni kita nak jenguk².. nak tanya kabar dan berbuat baik. Sebut buat baik - mokcik selalu per buat baik masa melawat belog koram. Tak percaya? itu yang dok klik² kat iklan koram tu, buat baik per! hehe.. Kadang² mokcik malas jer nak mention - pasal takut tak ikhlas lak. Tapi kalo tak bagitahu. nanti koram tak tahu pulok.. mokcik pun dalam dilema nak bagitahu ke tidak. mokcik serah kat Allah Ta'ala je..

Selain dapat menziarahi saudara-mara, masa balik kampung seben di teluk intan tu, dapat jugak kami pergi carik ikan segar kat pelantar.. Tapi semalam harga yang kami dapat agak mahal sket dari sebelum ni, pasal tempat yang selalu kami beli tak naik ikan la pulak.. Neway, dapat ikan segar... Alhamdulillah.

Gambar hiasan hasil dari gugel

Nota Mokcik: Jom sesama buat baik


Pusak


Assalaamualaikum!

Tengah malam semalam, mokcik baru tiba dari Pusak aka Kuching, Sarawak. 3 hari kat sana adalah terasa sangat tak cukup. Mana taknyer, 3 hari masa untuk melawat banyak tempat² menarik. Tempat² bersejarah ada. Tempat kraftangan ada, macam tikar & pasu. Tempat membuat kek lapis lagi. Belom masuk tempat jualan barang² souvenir lak.

Kali ni, macam biasa mokcik pergi dengan rombongan cik kiah, so, most of the tempat yang dilawati adalah kedai - iaitu tempat jualan untuk membeli dan belah.. Hehe..

Sakan wei.. beli-belah kat Sarawak.. Semua bende kraftangan yang ada sangat menarik perhatian mokcik & rombongan cik kiah. Sib baik lah datang Sarawak naik belon, kalu tak abih semua kena borong daa..

Jom layan gambar dulu...

Ini Pusak Besar yang dijumpai di sana
Kraftangan di Sarawak
Sibuk membeli-belah
Lepas beli.. Sebelum nak belah..
Barang kraf yang dijual di Pasar Serikin
Zoom-in barang kraf dari rotan
Cerita seterusnya akan bersambung..

Bajet² La Sket.. Dah Tahun 2012 ni..

Baru lepas dengar bajet 2012.. Camaner korang ok ke? Mokcik ingat kali bajet yang dikeluarkan adalah sangat besar.. dan memang kerjaan berjiwa rakyat.. Tapi bagi mokcik ni yang bukan penjawat awam terasa sangat rugi.. kenapa lah dari dulu tak keje ngan kerajaan.. Sekarang dok apply asik jer tak dapat.. Nak kena pakai cabel car ke.. huhu..

Dah lama dok menjawat kat swasta.. tapi tak kaya² jugak.. kayap ada lah.. Sekarang ni dah tak menjawat kat mana² dah.. dok umah sapu sampah, masak nasik.. buat bekal seben gi keje.. tengahari goyang kaki depan tv.. eh, bukan.. depan monitor ni ha.. Nak jadi blogger konon.. macam Red Mummy.. Dapat sponsor sana-sini.. ohoho.. entah bile lah nak jadi kaya.. wakakaka

Tapi tak per lah. Mokcik pakai istilah; cacing celah batu pun boleh hidup... Biar Sederhana Asal bahagia

Leh baca pasal bajet 2012 kat sini.

Wassalam.

Belanjawan 2012

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2012 berjumlah RM232.8 bilion, dan mengumumkan Dasar Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program-program transformasi yang telah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju menjelang tahun 2020.

Perdana Menteri berkata dasar itu, yang menjadi kemuncak kepada semua program dan inisiatif untuk menjadi negara maju, bermula tahun ini sehinggalah tahun 2020.

Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, Najib memperkenalkan falsafah pentadbiran 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebelum menyusuli dengan Program Transformasi Nasional (GTP), Program Transformasi Ekonomi dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik untuk menjadikan Malaysia negara moden, progresif dengan demokrasi yang berfungsi.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012 bertemakan "Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara" di Dewan Rakyat pada Jumaat, Najib yang juga Menteri Kewangan, menggariskan strategi merangsangkan ekonomi, sambil menyarankan program inklusif yang peka terhadap kesejahteraan rakyat dalam menangani kos sara hidup yang meningkat.

Belanjawan kali ini cuba memberi keselesaan kepada setiap lapisan rakyat, daripada golongan gelandangan, pemandu teksi, nelayan, warga emas, peneroka Felda, penjawat awam dan pesara, golongan wanita dan belia, hinggalah kepada kalangan kontraktor dan pelabur.

Malah, Anggota-anggota Parlimen juga bakal menikmati elaun baru serta kemudahan lain.

Dalam ucapannya selama dua jam 10 minit itu, Perdana Menteri yang yakin dengan keutuhan asas ekonomi negara beserta langkah-langkah rangsangan, berkata ekonomi negara dijangka tumbuh antara 5 peratus dan 6 peratus tahun depan.

Katanya pelaburan swasta dan awam dijangka meningkat, disokong peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua (RP-Kedua) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Belanjawan 2012 menyediakan peruntukan RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Najib berkata defisit kerajaan Persekutuan bagi 2012 dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 5.4 peratus pada 2011.

-- BERNAMA

Kedai Online


Salam Ceria..

Buat semua para blogger yang singgah di sini di hari penuh barakah. Semoga kalian sentiasa dirahmati oleh-Nya. Amin.

Hari ni mokcik nak buat announcement lagi bagi yang belom tahu - S&S adalah kedai online mokcik yang dah lama berada di alam maya sejak tahun 2008 lagi. Ia masih berdiri hingga ke saat ini adalah di atas sokongan para pelayar alam maya, iaitu mungkin kamu adalah orangnya. Oleh yang demikian, mokcik ingin sekali mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan perhatian yang diberi selama ini.

Kepada yang belom pernah ke sana, tunggu apa lagi.. Jom lah singgah.. Tengok² apa yang ada. Tak nak beli pun takper, mokcik pun blogger juga, yang inginkan trafik.. Kalu nak beli untuk hadiahkan kepada ibu pun oke..

Wassalam.

Nota: Macam skema lak ayat.. hehe.. Nak tengok bajet lak ni kul 3

Jom Sihat

Salam Ceria.

Pada siang hari tadi, pergi lepak kat tempat keje seben a.k.a. bekas opis mokcik jugak.. Dah boring lepak sampai petang - dah tyme orang balik, ajak seben ronda mall yang berdekatan lak..

Nak dijadikan cerita, tyme masa menapak nak masuk kete, ada pulak sorang kakak ni bagi salam. Nak. Tak nak. Salam wajib kena jawab.. Cuak jugak masa tuh - Sampai tak ingat apa soalan pertama dia. Tapi mokcik lak yang tanya dia balik, 'Ni jual produk apa?'

Dia jawab,'Bukan jual produk, tapi.. nak kongsi pasal kesihatan. Dulu saya ada sakit kronik.. bla..bla..Hormon tak stabil..bla..bla..'

Apalagi, mokcik pun balas balik, 'Saya pun dulu ada masalah susah nak tidur, sekarang ok, lepas ada dan buat spa sendiri kat rumah. Saya tak makan ayam biasa dijual di kedai, mesti carik yang organik. Makan pun masak sendiri.. Sekarang pun dah tak keje, boleh masak untuk suami saya bawa bekal hari².. bla..bla.. bla...'

Kakak tu: 'Bagus².. Camaner pulak dengan parents?' Mokcik: ' Saya dah takder parents'.

Kakak tu pintas: ' Jiran? '. Mokcik pintas balik: 'Mak mertua ada lagi.. Tapi itulah bab nak jaga kesihatan ni susah sket nak didik-mendidik.. Spa saya nak bagi percuma pun, orang tak nak datang. Yang penting kesedaran itu kena datang dari dalam diri sendiri. Okaylah saya ni nak rush.. Rumah saya jauh dari sini..'

Ayat terakhir tu memang ikhlas sebab nak balik cepat - dah pukul 6 lebih tyme tuh, nanti kang maghrib kami entah di mana.. Mokcik salute dengan cita² murni kakak tu nak bagi kesedaran untuk jaga kesihatan, cuma mokcik masih berfikir ada lagi ke perkara lain dia cuba nak lakukan - macam ada sesuatu.. Wallahua'lam.

Nota Mokcik: Ada sesapa pernah mengalami situasi sebegini?

Lawatan Mengejut

Salam Ceria.

Pada tika dan saat ini, Alhamdulillah.. Selesema mokcik dah pergi jauh².. cuma batuk sekali-sekala datang. Baru teringat baru 2 hari lepas mokcik ada minum jus epal organik. Mungkin itu yang telah Allah izinkan untuk mokcik sembuh.. Sebab sebelum itu memang tak sempat nak amalkan pun.

Al-kisahnyer.. Dapat batuk - sakit tekak hari tuh adalah pada hari terakhir kat HCMC, Vietnam. Itulah dia lawatan terkejut mengejut mokcik. Sampai jer kat sini, nampak jerebu teruk melanda Kuala Lumpur, manalah tak melarat batuk ni. Tambah² kena masuk opis balik yang suhunya di bawah takat beku, selesema pun hinggap sekali..

Tapi hari ni, mokcik dah dapat hip-hip-horayy kat rumah, boleh menghupdate belog lagi, dan lagi.. Okeh, sebelum kuar cerita panjang² yang akan membosankan korang..
Jom layan gambar mokcik dulu yekk..

Sapa kata vietnam takder tol

Pejabat Pos Besar

Bahagian dalam Pejabat Pos

Souvenir lagi

Souvenir utk dilihat sahaja - x beli pun

Orang² tua kat sana suka bersenam di pagi hari

Tadika 2 tingkat maa - mana ada kat Mesia

Minah vietnam pakai penutup mulut dan kepala sekali

Trafik di HCMC