Selamat Hari Malaysia

Assalaamualaikum.

Pada tika dan saat ini, mummy tengah menonton 'Siri Hijrah' di Tv AlHijrah. Berkisar tentang ATM dari dulu hingga sekarang. Ada juga menceritakan tentang betapa perit mereka yang telah berkorban untuk menjaga keamanan semasa sebelum Malaysia terbentuk.

'Selamat Hari Malaysia'.


Sent from my mobile® smartphone over the TuneTalk network

'The Versatile Blogger Award'



Rules:
1. Thanks the person who nominated you
2. Provide a link to the person's blog
3. Write 7 facts about yourself

'Nak Tengok Babang'

Cucu saudara


Assalaamualaikum warahmatullah..

Hari ni nak citer kisah Adam nak tengok 'babang' yang bermaksud kapal terbang. Kisahnya pada Rabu lalu, merupakan hari keberangkatan anak sedara pulang ke Mesir untuk menjalani peperiksaannya yang terakhir untuk semester yang terakhir, Insya-Allah. Adam bila dengar makciknye nak naik 'babang', memang itu saja yang disebutnya dari hari mula²  bertolak dari Kaybee hingga ke hari sampai di KLIA. 

Mummy juga ikut serta untuk menjadi co-pilot ke KLIA. Sebelum ke parkir kereta, sempat juga Adam tengok kapal terbang yang parkir di sekitar KLIA. Katanya, 'Sikit', bila orang sebut, 'Banyaknya kapal terbang'. Aduyai.. Bising dia dalam kereta dengan mengulang² ayat 'Nak tengok babang'. 

Aktiviti Petang Semalam


Mini bun
Assalaamualaikum!

Hai uols.. Dah lama rasanya mummy tak buat roti. Asyik² buat pizza je.. Semalam masa pergi rumah pakcik saudara teringat pulak, dia ada request mummy buatkan roti. Rupanya dia peminat roti berdasarkan dari cerita dari makcik merupakan isteri beliau. Makanya mummy gagahkan diri untuk meng'roti'kan diri petang semalam. Maklumlah dah lama tak buat ni, takut² tak menjadi pulak kan.. Kalu pun resepi dah betul, rupa yang tak lawo akan mempengaruhi orang nak makan kan. Tapi sendiri buat, sendiri nak makan oke jer. Hiks!

Lagi Idea Door Gift

Assalaamualaikum.

Cuti sekolah bakal bermula, pasti ramai yang akan berkunjungan ke majlis² kenduri kahwin nanti kan. Bagi bakal² pengantin dan keluarga pengantin juga mesti tengah sibuk² siapkan persiapan untuk majlis masing². 

Antara paling penting dalam suatu majlis kenduri kahwin adalah door-giftnya. Paling basic atau ikut temurun, telur rebus yang dihias lalu dipanggil bunga telur. Bila zaman beredar,  harga barangan juga sudah berbeza dan otak manusia juga semakin kreatif. Kali ni mummy nak kongsi door gift yang mummy dapat semasa mengunjungi beberapa kenduri yang lalu. Mungkin akan beri idea bagi mereka yang masih buntu mencari door gift untuk bakal tetamu nanti.


Gift untuk rombongan pengantin


Hand towel dijadikan door gift

Parcel Pemenang



Assalamualaikum.

Pemberitahuan: Parcel untuk pemenang segmen mummy dah pos semalam (8 sept), sambil²  pergi pos barang customer. Jimat petrol gitu.. Ikut perancangan patutnya setiap Sabtu mummy pergi pos barang² order, tapi Sabtu lalu pos malaysia tutup.

Mood Berbaking

Assalaamualaikum.

Di sebalik tabir snowy cheesy


Dah tido ke baru bangun uols? Mummy baru nak hapdate belog ni.. Siangnyer tak dan nak menaip, tapi sempat jugak jejak dan komen di beberapa belog kawan² sambil simpan mood untuk berbaking. Simpan mood? Boleh pulak gitu eih..

Kereta Abang Rosak



Alkisah semasa dalam perjalanan ke Gopeng tempoh hari, kereta abang telah overheat dan enjinnya dimatikan secara automatik. Dekat setengah jam jugaklah, kami tersadai di tepi jalan, sebelum dapat meneruskan perjalanan yang hanya berbaki kurang lebih 30km lagi sebelum tiba di destinasi penginapan kami. Bila enjin sudah boleh dihidupkan, kami meneruskan perjalanan dengan bekalan berbotol² air untuk diisi jika berlaku lagi overheat dan tangki kering lagi. Ternyata kereta itu berjaya sampai di destinasi tanpa mati enjinnya.

Keesokan harinya, abang mummy dah nekad selepas kenduri harus singgah dulu ke bengkel sebelum balik ke Kuala Lumpur. Tambahan pagi tu, bila abang cek, air dalam tangki berkurang lagi. Mummy yang menaiki kereta lain, kereta kakak ipar yang memang dia insist untuk kami berdua membawa kereta dia ke Gopeng, telah keluar pagi² Ahad untuk mencari sarapan. Sambil² tu kami usha lah mana² bengkel yang buka kan. Last² semasa dalam perjalanan ke tempat kenduri, kami ternampak satu bengkel melayu dekat area Taman Ampang Jaya, dan seperti yang dirancang selepas kenduri, abang pun singgah di bengkel tersebut. Satu sebab dekat, dan satu lagi memang takder dah kedai lain yang buka cuti² hari minggu dan hari merdeka.

Lunch Hari Ini

Setelah kepenatan, dan kelaparan menanti segala urusan baharui insuran kereta dan cukai jalan diselesaikan, perut pula perlu diisi. Terus singgah ke kedai berdekatan untuk tapau sedikit makanan. Lauk pilihan mummy hari ini adalah... Tempe goreng tauhu dan ikan celop tepung. Aiyokk semua bahan protein yang bergoreng.

Cuba teka berapa harga ni?

Perbaharui Insuran Kereta

Hari ni mummy tugaskan diri sendiri untuk memperbaharui insuran dan road tax kereta yang telah mati pada 29hb ogos lalu. Sudah xpired baru perasan maa..
Pagi2 keluar rumah, terus ke kedai insuran etiqa. Kononnya yang terawal lah, sekali internet kedai tu problem la pulak, terpaksa ke kedai insuran lain, yang sudah tentu ada pelanggan sedang berurusan dan tunggu giliran. Dari pukul 8.45 tadi pukul 10 baru selesai renew insuran.
Insurans kereta sudah naik lah.. Aiya, belom lagi GST dilaksana. Hmm, ada kaitan ke? Mummy tidak tahu.
Dalam ramai2 yang tengah tunggu tadi ada sorang kakak ni telah potong Q bro yang sepatutnya dilayan selepas mummy. Nasib baik bro tu cool jer.. Haha. Tapi korang janganlah buat macam tu yer.. Walaupun tiada nombor giliran, lihatlah sekeliling siapa yang datang dulu. Please be alert!! Kesian orang lain pun manusia macam kita yang hendak menggunakan khidmat yang sama. Kalu hendak orang hormat hak kita, kitalah dulu yang kena menghormati hak orang lain. Ya dakk?!
Nota kaki: Sekarang tengah tunggu giliran nak renew roadtax.
Sent from my mobile® smartphone over the TuneTalk network