Masalah Tangki Utama

Salam Muhibbah Petang Sabtu..

Adoiyaiii.. Petang² begini sepatutnye buat prepareration untuk bbq malam nanti. Berangan² dapat gather² dengan famili&frenz nak makan ayam bakar, udang bakar, kambing bakar.. bersama nasik kelabu kerabu buatan sendiri.. Namun semua menjadi angan2 mak jemah ajer la yer.. Sebab rumahku takder sumber air yang boleh dibenarkan masuk ke tangki utama mahupun untuk ke paip direct dari syabas melalui tangki filter yang wajib ado, kalu xdo, jawabnyer air kuning pula akan mengeruhkan segalanya...


Abih citer berangan, masuk bab masalah tangki. Punca pertama yang menjadi sabit adalah bermula pada akhir bulan jun lalu, iaitu selepas pulang dari makan kenduri di Kluang, Johor. Pada waktu tiba malam di rumah, mendapati siling di dapur telah menitiskan air dari tangki utama, disyaki ada air melimpah dari tangki berpunca dari tanki tidak bertutup, dan dikhuatiri ada binatang tumpang minum air dari tangki, yang memang ada kedengaran binatang dok berehat² di atas bumbung rumah kami.

Dekat² nak masuk bulan puasa, panggil tukang untuk tutup tangki, dan bersihkan tangki sekali, alang² dah panjat atas tu kan.. Sekalian minta tukang tutup sekali lubang yang menjadi laluan binatang seperti kucing, musang dan tupai. Masalah seperti sudah settled.

Kes tangki bermula lagi minggu lepas, bila pergi beraya sampai ke Klang di petang hari, malam balik jer umah, siling menitiskan air lagi. Cepat² buka air untuk kurangkan air dalam tangki. Kali ni, punca disabit kepada pump dalam tangki sudah rosak. Sejak hari itu, air tangki asyik jer melimpah, terpaksa pulak tutup paip air utama, menyebabkan memang sukar untuk guna air direct.

Seari pagi hingga waktu ini, ada seorang tukang bidang terjun menawarkan diri untuk naik ke atas bumbung dan sedang membaik-pulih tangki utama yang bermasalah itu. Dari kes pump, kini ada masalah penyambung di luar tangki pulak yang menyebabkan siling basah dan menitiskan air. Rupanya punca yang sedang dialami sekarang adalah sebab penutup tangki yang telah di tindih dengan bata yang berat, mengelendut ke bawah disebabkan cuaca semakin panas sekarang ni. Menjadikan pelampung pada pump pula tidak dapat menjalankan fungsinya dengan betul menyebabkan air cepat melimpah keluar. Waduh banyaknyer punca dan sebab. Harap korang dapat tangkap apa yang cuba mokcik sampaikan ini.

Disebabkan kes ini juga, maka terhasilah karangan panjang menjela ini, berpunca dari sudah tidak tahu nak buat apalagi. Setelah semua kerja di rumah tidak boleh dijalankan disebabkan TIADA AIR, hanya elektrik jer boleh pakai pada saat dan tika ini.

Kes paip pemyambung di luar tangki yang bocor tu pulak masih dalam siasatan sebab dan punca baru hari ni nak bocor kan. Penin jugak bila memikirkannya, daripada pikir, lebih baik tukar saja yang baru. Harap kes ini cepat selesai, sebab malam ni tetap nak guna air.. Harap tukang itu tetapkan iman dan bersabar(kat atas tu panas) ye.. bikin kerja sampai abih. Dah siap, nanti upahnya sendiri bayar yekk.. Ahak.

Pasang tangki ini untuk elak siling basah&bocor



NOTA KAKI:- Sapa yang nak sauna FREE, boleh naik ke atas bumbung rumah masing².




1 comment:

Mummy MM said...

Kesian sis