Terkini : Simanja

Assalaamualaikum!

Alhamdulillah dilafazkan kepada Allah ta'ala. 

Syukur² sangat, sebab sikelabu manja telah pulang ke rumah dengan selamatnya pada hari Kamis lalu, setelah menjalani pembedahan kecil untuk procedure spay/casitration.

Bagi melengkapkan lagi atau memastikan procedure berjaya dan selamat, simanja kelabu diarahkan utk di 'cage' kan selama 10 hari. Huhu.. kesian ia. Tapi rasanya hari ke-9 je mokcik akan simpan dalam cage kecil. Sebab hari sepuluh tu dah nak balik kampung. Kesian lah kat dia kalu kena berkurung dalam tu jugak selama beberapa hari mokcik nak tinggal ia tanpa pengawasan nanti kan.. 
Terima kasih juga kepada kawan² yang telah sudi mendoakan simanja mokcik ni.. Sekarang hanya tinggal 3 ekor sahaja daripada 6 ekor. 2 ekor mati depan mata, sekor lagi hilang. Memandangkan hanya tinggal 3 ekor ni je kawan dan teman mokcik. Harapan agar simanja and the gang ni akan dipanjangkan lagi usianya.  
Sedikit info: Purata hayat kucing adalah 10 tahun, tapi ada jugak boleh hidup menjangkau ke 30 tahun. 

gambar ehsan