Fadhilat Ramadan 2



Jom tengok hadis ni pulak

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Fadhilat Ramadhan 1

Jom kita renungkan sejenak hadis ini.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN


Ucapan yang biasa diucapkan ketika menyambut Ramadhan:
Ramadhan Kareem...
Jawapan: WALLAHU Akram!
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!

Pemenang Anniversary Give Away 2012



Asalaamualaikum Warahmatullah

Sempena di hari Sayyidul Ayyam, iaitu hari Jumaat ini, 

Hadiah GA

Assalamualaikum!

Keputusan dah ada di tangan.
Harap para peserta akan bersabar sedikit masa lagi..
untuk uruskan pengumuman

Soriiiiii for being so late to announce!!
sebab mokcik terlalu biziii

Cute kan saya?!
Sedangkan Nabi ampunkan ummatnya.. Apatah lagi kita sesama ummat.
Time-out utk prepare dinner..

See you soon..

6 Julai Sudah...


Assalaamualaikum.

Hari ni dah 6 Julai 2012 bersamaan 16 Syaaban.
Cepat kan masa berlalu, dah tak lama lagi kita nak mula berpuasa. Mohon umur kita dipanjangkan supaya dapat bersua Ramadan al-Karim.

Cepat masa berlalu juga, membuatkan mokcik terpaksa membiarkan belog cumil ni kekeringan entri. GA hari tu pun terlewat buat inspection. Tapi jangan risau, senarai peserta dah beres, penyertaan jer nampak macam tak beres. Hehe.. But, no worry, pemenang akan diumumkan jugak. Tolong yer check balik link entri anda semua dan tungguuuuu..

Ada sedikit masa terluang ni sebenarnya nak citer pasal cucu sorang ni. Jangan tak tau, mokcik dah ada cucu wei.. Cucu yang ke-3. Hebat kan bunyiknyer.. Dah ada cucu, cuma anak jer belom ada, tapi tak termasuk anak kucing, anak kunci, anak tekak dan yang sewaktu dengannya, semuanya lengkap.