Selamat Hari Kebangsaan

Assalaamualaikum warahmatullah.
Harap anda semua dalam keaadaan sihat walafiat dan dirahmati Allah selalu.
Hari ni mummy bersiaran dari Tasek, Ipoh. Jalan2 makan kenduri di Gopeng, menapak pula hingga ke mari.
Pagi ini hanya ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-57.
Wassalam.

Keputusan Segmen


Hiasan - Boring tunggu loading lamer sgt


Assalaamualaikum!

Maaf ye lambat kott hendak buat entri keputusan ini, bukannya hendak mungkirkan janji, tapi biasanya kehidupan di alam nyata, ternyata membuatkan entri ini asyik tertunda dek sebab kesibukkan dan kemalasan sedikit untuk menghadap pc semata. Kebiasaannya mummy ultra bz di hari minggu dan di hari² tidak minggu pun tidak kurang bizi juga, tambahan pula talian internet yang digunakan sekarang amat selow di hujung² bulan begini. Maklumlah dah abih quota adatnya. Macam duit jugaklah nak ujung² bulan ni memang ada masalah sikit, so semangat pun ada down juger kekdahnyer. Huhu..

Berbalik kepada topik entri. Pada pagi Ahad hari minggu lepas, walau ada bizi nak tunggu tetamu kata nak bertandang, maka seboklah nak prepare itu ini di dapur kan. Sambil² tu sempat jugak mummy buat screen shot untuk monitor url sapa yang paling top! 

Terkenang

Assalaamualaikum.


Rumah hinggapan pasti 


Tiba² ingatan kembali mengenang pada hari kehilangan keluarga terdekat - Kematian ibu saudara mengamit perasaan. Ingatan kembali mengimbau detik² terakhir bersama beliau sewaktu bertamu di rumah tumpangan @Homestay Taman Inang, Alor Setar, sempena meraikan kenduri di Kedah

Pesanan Terakhir Mangsa #MH17

Pesanan terakhir mangsa MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi kepada isterinya:
'Bersabarlah. Allah bersama-sama orang yang bersabar.'

Touchingnya.. Bersyukurlah kalu dapat suami macam ni walaupun dipinjamkan sementara. Suami korang ada?!

Wassalam.

Sent from my mobile® smartphone over the TuneTalk network

Hari Berkabung - Senarai Nama 20 Penumpang #MH17

Salam Jumaat!

Hari ini adalah hari berkabung negara di atas kehilangan 298 nyawa dalam pesawat malang  MH17 yang terhempas pada 17 Julai, 2014. PM menyeru semua rakyat Malaysia supaya bersatu dengan bertafakur sebentar selama seminit bagi menghormati mangsa MH17. Hari ini juga 20 jenazah akan dibawa pulang dan disemadikan di bumi Malaysia.
PM kita


Tamatkan Segmen Segera

Assalaamualaikum!

Selamat pagi!

Rasanya dah patut mummy tamatkan aje segmen puasa dan kueh raya pertama tu kan.. walaupun masih belom mencukupi target mummy hendakkan 30 bloglist. Mungkin sebab mood tersebut dah makin suram. Maka diumumkan; Minggu ini akan ditamatkan iaitu pada; 

23 OGOS 2014. 11.59 PM

BAARAKALLAHUFIKUM



Selamat Pengantin Baru kepada Omar Abu Namar, 30, dan pasangannya Heba Fayad, 23, yang telah diijabkabulkan di Kem Pelarian Al-Shatea, walaupun rumah dan pakaian pengantin mereka telah musnah dibedil tentera Israel. Ikut perancangan mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan di rumah pengantin perempuan di Beit Lahiya, utara Gaza, tetapi habis semuanya musnah segala keperluan untuk kelengkapan perkahwinan mereka setelah Gaza diserang Israel. 

Terima Kasih, IKEA

Sudah seminggu rupanya mummy telah sepi, cuti panjanglah katakan.. Maaf ye, sebab tidak dapat online dan tidak membalas kunjungan anda semua, pelan² mummy kayuh ni. Insha-Allah sampai jugak nanti ke rumah anda. 

Awal minggu hari tuh, patutnya buat entri pasal ni, masa jenguk ncik nuff, terperasan dapat CPUV Air Asia Go - Korea Sale. Apabila jenguk lagi pagi ni, tengok² dah credit pun ia.. Tetapi muncul pulak CPUV Ikea. Terima Kasih kerana sudi melekat lagi di Macam²Ann.

CPUV minggu lepas

Wassalam.

Cadangan Wedding Gift

Assalaamualaikum warahmatullah..

Apa kabar ye anda semua? Harap dalam keadaan sihat walafiat. Sudah habis puasa enam Syawal? Mummy belum lagi, dapat cuti panjang.. Insha-Allah minggu depan hendak tunaikan. Doakan ye moga berjaya lengkapkan puasa enam tahun ini.

Pagi² ni singgah ke sini meluangkan sedikit masa, hendak berkongsi sesuatu dengan anda semua. Sedikit idea untuk dijadikan wedding gift atau door gift orang lain dok panggil. Bendanya sedang², tidak besar atau tidak kecil sangat. Sesuai dijadikan sebagai hadiah walaupun tidak pernah orang buat, apa salahnya kita yang buat, kerana zaman sekarang ini rata² semuanya memiliki smartphone. Apa bendenya?

DOA QUNUT NAZILAH

Assalaamualaikum.

Di petang² Jumaat yang berkat ini, jom kita bacakan doa Qunut Nazilah untuk saudara kita di Palestin. Jika anda mampu, boleh juga beri sumbangan kewangan kepada mereka di sana...




Hantaran Simply Simple


Assalaamualaikum.

Hari ini hendak kongsi tentang majlis kenduri sepupu yang berlangsung di bulan Syaaban yang lepas, iaitu telah berlangsung sejurus sebelum Ramadan tiba. Dah sampai jodoh katakan.. Jangan ditangguhkan lagi.

Kematian & Kita

Assalaamualaikum.



Bila berlaku kematian di kalangan anggota keluarga terdekat, kita akan terasa kematian itu sangat hampir dengan kita, terbayang apakah kita sudah cukup bersedia menghadapi kematian. Terbayang pula apakah akan berlaku kepada ahli keluarga yang telah ditinggalkan. Apakah harus dilakukan untuk menghadapi hari² seterusnya tanpa insan yang kita sayang, atau yang lebih berat adalah apabila orang yang pergi itu adalah tunggak utama dalam keluarga.

Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama Dilanjutkan

Assalaamualaikum.

Selamat malam semua.. 

Apa agaknya aktiviti kawan² semua malam ini?
Mesti ada yang sedang dalam perjalanan pulang ke kota atau ada yang masih bertandang di rumah sanak saudara sempena Syawal yang mulia ini. 
Mungkin juga ada yang sudah mula berpuasa enam atau puasa ganti kot siang tadi?

Mummy rasa hendak lanjutkan lagi Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama, sebab rasanya tidak adil pada yang belom sempat nak ikut serta kerana kesibukkan berziarah dan mungkin juga sebok semasa 10 malam terakhir Ramadan tempoh hari. Lagipun, target mummy nak mencari 30 senarai bloglist belom terlaksana.

Segmen akan dilanjutkan sehingga akan diberitahu kelak tarikh penutupannya. Jom lah kongsi pengalaman anda semua, dapat jugak mengenang kembali kenangan manis. Ajak jiran sebelah rumah pun oke ni! Jom ramai² ikut. Jangan lupa hadiah untuk referral tertinggi yer..

Jom join & blogwalking..



Selamat beristirehat.