Peti Ais Rosak

Salam di petang2 selasa.
Petang ni kepenatan selepas membikin kek tempahan. Semalam pun ada tempahan juger. Tapi penat buat kek pun kira ok lagi...
Tak laratnyer bila kena berperang dengan askar semut. Nak tahu; kat rumah dah lama berkoloni sang askar ni. Sampai dah buntu nak letak ubat apa lagi.
Sekarang ni hanya mampu menengok jer ia berbaris. Kadang2 bila geram, ku gilis jer dengan kain lap.
Semalam nak dijadikan tragedi.. terserempak dengan askar ni berbaris dalam peti sejuk lak. Panik giler lah, pasal yang dihurun tu kek coklat. Bertungkus-muluslah berperang, sehingga berkali2 kena bukak tutup peti ais.
Sudahnyer, peti sejuk mokcik dah tak sejuk lagi.... uwaaaaaa
Apa nak buat yer, boleh dibaiki ke, bahagian freezer macam ok lagi.. atau kena beli baru?
#aduh! kena kumpul duit lagi

No comments: