Jadi Member Kedai Bakeri

As salam

Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi bagi peluang untuk mummy bernafas menghirup udara segar dan nyaman dan sejuk sekali.. Musim hujan kann..

Apalah nasib mereka² yang dilanda musibah banjir, semoga mereka juga tetap bersyukur di atas ujian Allah.

Di hari/pagi ini nak taip seringkas boleh tentang citer semalam..

Mummy semalam telah pergi berbelanja di kedai bahan² bakeri untuk persediaan kelas roti Ahad nanti. So, lepas satu, satu, barang diambil hingga penuh bakul soping. Tiba masa nak bayar, ka-ching RM1++ totalnyer! Okay, tak terkejut pun, sebab memang nak capai target itu untuk layak jadi ahli kedai ni, yang buat blurr sket.. Cashier tu diam je, tak cakap apa.. Mummy pun kata, 'ni dah boleh jadi ahli kann.' So, sat² tu jugak dia bagi borang untuk isi. Erm, dalam hati ada taman. Kalu mummy diam je tadi mungkinkah dapat jadi member.. Tak tahulah.

Dah isi borang yang sehelai tu, mummy bagilah kat cashier yang sebelah pulak, sebab tengok dia takde entertain customer lain. Dengan lajunye dia cakap, 'kad aktif selepas 3 #@*, k#@* takde, cuma pakai #@*' sambil gariskan no.ic yang 4 no. belakang. Okay, at first sentence tue memang tak berapa clear dengar. So, mummy dengan soalan bodoh sket tanya lah: 'ooo, bila dapat kad boleh beli yg dpt diskaun tu ke?' <- ayat ada edit sket..

Lepas tu cashier tu jawab macam nak marah cikit lah.. 'Takde kad! Pakai no.ic yang belakang tu je.'

Hmmm.. Mummy pun terfikir, kedai ni kan, nak bagi orang jadi member ke tidakk, dahlah infomasi kurang, ala-ala orang tak tahu-menahu..'Kena beli RM100, layak jadi member'. Kena tanya baru tahu. Bila tanya, macam nak layan tak layan pulakk. Rasa macam kena marah jer.. Tapi kalu bersembang sama dia, alahai manis² mesra gitu. Ahaha.. Maafkan mummy kalu salah interprete cara/nada korang tue.. Just please keep in mind 'Customer is King' and not only 'Always Right'.

Bukan baru semalam belanja kat situ, kalu nak kira dah berapa kali beli.. Mesti dah beratus² lemon dah abih. Untuk pengetahuan pembaca juga, walau jadi ahli kat kedai tu, bukan semua barang dapat diskaun, hanya barang² tertentu sahaja seperti alat² bakeri. Diskaun pun hanya akan diketahui bila dah beli barang nanti, sebab semua dah set dalam sistem diorang.

Alamak panjang jugak nih.. Sekian.

Koya jap: bilalah nak buka kedai bakeri macam tokey² cina nih..

Sent from my mobile®









1 comment:

Cik Misstree said...

Pelik kedai bakeri tu.