Terlupa Letak Tajuk - 'Apa XTVT korang?'

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera..

Tentu malam ini adalah malam yang agak memenatkan, dan sekarang sedang beristirehat. Kerana besok akan ada tugas yang menunggu, bagi yang bekerja di pejabat. Tapi yang bertugas di rumah pun lagi hebat tauu.. Tak percaya?! Tanyalah pada surirumah yang dulu pernah makan gaji..

Bagi tengah penat tu, mungkin sebab banyak aktiviti yang telah dilakukan bersama keluarga tercinta..

Macam mummy sendiri penat sangat, kerana sehari suntuk ke sana ke mari memandu kereta. Selalunya jd co-pilot, tapi sbb kaki ncik suam datang sakit lagi.. Terpaksa mummy yang drive, dengan kepala pk macam²- apa perlu dibeli, jalan mana nak lalu, mana nak pergi lepas ni, nak singgah mana lagi.. Kira kena buat perancangan on-the-spot jugak lah walau dah ada pelan awal..

Balik umah, letih kaki dan otak dibuatnyer, walaupun tang jalan mana tu ncik suam yang bagi guide.. Hihi.. Nak harapkan mummy sendiri hafal, memang makan buah langsat ler..

Bila dah ronda², ncik suam lapar prot, so singgah makan di kedai.. Yang ni xde dalam perancangan awal. Jarang makan kedai weii.. Dan mummy jarang lunch. Kat kedai ni, mummy terpandang satu famili cina singgah minum. Apa yang mummy tertarik adalah, minuman yang di order utk anak² diorang adalah milo panas/suam dan bukannyer milo ais yer.. Utk dewasa je mereka minum ais. Kan menarik minda mummy untuk berfikir 'betapa bagusnya diorang didik anak untuk tidak consume air ais'.

Okay, itu jer nak citer. Selamat berisitirehat..

Sent from my mobile®

No comments: