Mesin Pembuat Roti

Semuanya sudah menjadi MUDAH..

Apabila anda boleh buat roti, pizza & kek tanpa perlu menggaul & penat memukul bahan² nyer dengan tangan.

Nak tahu bagaimana?

Sila baca sampai habisss yer!








Ya, kini mummy ada teman baru.. Boleh dikatakan teman paling akrab&setia juger lah buat masa ini, sebab dia boleh buat mummy tersenyum hepi sorang².


Itulah ia mesin pembuat roti a.k.a oven juga.. Dari kerja menggaul atau menguli, sehingga membakar juga. Tempat memanas sesuai untuk pembiakkan yis.. Eh! Lain macam lak bunyik nyer. Ahahaha.. Yelah tempat sesuai untuk roti tu kembang kan. 

Hanya perlu sukat bahan & letak dalam bekas tersedia. Pastu pilih program, dan biarkan jer semua kerja mesin tu akan siapkan. Yang paling mudah kalu nak buat sebuku roti. Nanti tunggu roti siap je. Dah sejuk, boleh makan terus. Mudahkan?

Selain buat roti buku, kita boleh jugak buat roti inti kacang, inti kepala kelapa, roti kentang, roti sosej, pizza pun boleh.. Caranya; selepas selesai ia menguli doh, kita bentukkan roti apa yang kita nak, lepas tu bakar guna mesin yang sama dengan pilih program membakar. Sebahagian jenis kek pun boleh buat guna ketuhar ni. Selain itu, boleh juga kita guna untuk salai atau memanggang. Hmm.. Biskut or cookies dan pai pun bolih buat ni, tapi mummy belom try test lagi.. Tengah gila ngan roti...

Mesin ni xder la mahal sangat, berbanding kalu nak beli mixer dan ketuhar yang berasingan. Kalu sesapa yang pernah pergi kelas buat roti secara profesional, ada pulak satu lagi tools tempat memanas atau dipanggil chiller kalu tak silap, tempat letak doh supaya cepat kembang sebelum kita kasi bakar sama roti. Tapi dengan ketuhar ini, semuanya ia dah mudahkan kerja kita. Lagi satu ketuhar ni, kita boleh set masa delay atau dalam melayu kita sebut sebagai pelewat masa, untuk kita set bila sepatutnya mulakan kerja mengaul & seterusnya bakar.

Contohnya; kita siapkan bahan² pada malam hari, esok nye kita bangun pagi, lepas solat, terus boleh sarapan dengan roti yang baru dimasak. Masak sendiri pulak tuh.. Nikmat kan?!

Apa macam? Ada suka tak? Okay, mummy hepi bangat, sudah dapat apa yang dah lama mummy idamkan. Alhamdulillah. So, mummy pun hepi juga kalu dapat sharing dengan anda semua. Jom lah kita adakan satu mesin ni di rumah masing². Kalu ada yang nak beli, mummy bolih tolong aturkan. Uols tahu kan camaner nak hubungi mummy, atau komen jer kat bawah dengan tinggalkan email. Jangan malu ye kalu nak tanya.. Insha Allah, mummy tolon mana yang bolih.. Nak ikut kelas pun bolih..

Sekian. Wassalam.

2 comments:

Khir Khalid said...

wah best.. tahniah.. mesti bnyk buat kuih muih & roti moti lepas ni hehee.. seronok.. :)

Mommy zara said...

sy mmg plan nak cari bread maker.
tengah pilih jenama lg sbb ada yg suggest kenwood jugak.
tp tak sure kenwood tu bole bakar macan nie ker tak.
thanks for sharing.Lepas nie jemput berkunjung ke blog sy juga www.chekuseeha.com