Kos Kahwin Zain, Che Ta Kena Tegur

Comel je Che Ta

As salam.

Siang tadi mummy ada terbaca tentang teguran Ustazah Zawiyah terhadap kos kahwin Che Ta dan Zain yang mencecah 13 juta hinggit. Mak-aiihh.. Memang banyak nilai tuh. 

Dalam akhbar tersebut menyatakan jumlah itu adalah jumlah kelseluruhan tajaan yang bakal diberikan kepada kedua pasangan mempelai tersebut. 

Petikan daripada akhbar menyatakan,
“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.
Ada benar jugak kata Ustazah tu, sebab sekarang mummy perhatikan segelintir pengantin yang dah jadi trend pula mengadakan majlis perkahwinan secara berlebihan² dan grand², malah ada juga yang sanggup berhutang demi ingin 'merasa' kononnyer. Nak merasa apa pun tak tahu lah... Baik rasa kuih, ada jugak rasa manis ke masin.. Ngee..

Benarlah kalu boleh kahwin hanya sekali, tapi kalu dah berhutang sana-sini, itu maknanyer kurang kemampuan. Ukur baju di badan sendiri. Bukan macam Che Ta yang memang popular, dan ada pula yang sudi sponsor kan..

Tapi rasanya yang sponsor tu, kalu bagi pada yang betul² memerlukan lagi dapat menggembirakan mereka dan besar ertinya.. Kalu yang muslim, dapat pahala berlipat² ganda.. Peace..

2 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

untung che ta ditaja.. betul tu, ukurlah baju di badan sendiri..

Khir Khalid said...

Fuhh.. 13 juta utk raja sehari tu mmg jadi semput dada mendengarnya walaupun tajaan huhu.. :D