BAARAKALLAHUFIKUM



Selamat Pengantin Baru kepada Omar Abu Namar, 30, dan pasangannya Heba Fayad, 23, yang telah diijabkabulkan di Kem Pelarian Al-Shatea, walaupun rumah dan pakaian pengantin mereka telah musnah dibedil tentera Israel. Ikut perancangan mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan di rumah pengantin perempuan di Beit Lahiya, utara Gaza, tetapi habis semuanya musnah segala keperluan untuk kelengkapan perkahwinan mereka setelah Gaza diserang Israel. 

Tetapi UNRWA dan beberapa agensi lain, telah membantu pasangan ini untuk melangsungkan perkahwinan di kem pelarian tersebut, dan memberi kemudahan penginapan dua malam di hotel untuk pasangan baru pengantin ini. Selain, menyediakan keperluan lain seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

Semoga perkahwinan mereka diberkati dan diberikan rezeki untuk melahirkan lebih ramai anak bangsa yang akan membela nasib rakyat Palestin.



2 comments:

Z@i Z@mR33 said...

pengantin pompuan mcm anak patung

Mummy-Ann said...

hehehe.. comey