Terkenang

Assalaamualaikum.


Rumah hinggapan pasti 


Tiba² ingatan kembali mengenang pada hari kehilangan keluarga terdekat - Kematian ibu saudara mengamit perasaan. Ingatan kembali mengimbau detik² terakhir bersama beliau sewaktu bertamu di rumah tumpangan @Homestay Taman Inang, Alor Setar, sempena meraikan kenduri di Kedah



Rumah tumpangan sementara

Walau rumah dihias indah, namun tiada rezeki beliau dan kami menikmati kedamaian dan panorama indah di situ. Malam itu beliau kelihatan amat berbeza dari sebelumnya. Sekali imbas kelihatan susuk wajah dan tubuhnya sangat sugul dan kurus. Kali terakhir telah bertemu beliau sebelum di homestay adalah sebulan yang lalu ketika kenduri akad nikah sepupu di Bangi. Masa itu kesusutan badan beliau tidak begitu ketara. Tidak menjangka pula malam itu adalah malam terakhir beliau di dunia fana ini.

Sekarang ini rasa seperti Allahyarhamah masih lagi ada bersama², tetapi hakikatnya dia sudah kembali menemui pencipta-Nya. Begitu juga agaknya yang dirasakan oleh keluarga mangsa tragedi #MH17 pada tika dan saat ini. Mesti terbayang yang pulang adalah batang tubuh orang yang tersayang, tapi hanya keranda yang kembali. Mummy sendiri sudah melalui detik dan perasaan kehilangan orang yang menjadi tonggak dalam kehidupan. Kali ini yang paling terbaru, perasaan sayu mengamit lagi tetapi tidak seperit dulu agaknya. Bersabarlah wahai hati² yang sabar. Semuanya sudah menjadi ketentuan Ilahi. 


Panorama di belakang homestay


Semoga roh mereka semua dicucuri Rahmat dan tenang berada di sana.
~ALFATIHAH~

3 comments:

PeRdU cINta said...

MasyaAllah..indahnya pemandangan di homestay tu..sangat menyenangkan mata dan hati..

mama ka0ri said...

Cantiknya pemandangan kat homestay tu...bertabahlah...Allah lebih sayangkan arwah...

CikSiti said...

al-fatihah kita sedekahkan..