DOA QUNUT NAZILAH

Assalaamualaikum.

Di petang² Jumaat yang berkat ini, jom kita bacakan doa Qunut Nazilah untuk saudara kita di Palestin. Jika anda mampu, boleh juga beri sumbangan kewangan kepada mereka di sana...






Terjemahan Doa Qunut Nazilah

"Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah."

Aamin.


Cara untuk membaca doa di atas ada tiga. Maka, bolehlah dipilih salah satu dari 3 cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut Subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.


Panduan lengkap boleh rujuk di sini.

2 comments:

PeRdU cINta said...

Nice sharing..

anajingga said...

Insyaa allah..sama2 ingat mengingati..