Kematian & Kita

Assalaamualaikum.



Bila berlaku kematian di kalangan anggota keluarga terdekat, kita akan terasa kematian itu sangat hampir dengan kita, terbayang apakah kita sudah cukup bersedia menghadapi kematian. Terbayang pula apakah akan berlaku kepada ahli keluarga yang telah ditinggalkan. Apakah harus dilakukan untuk menghadapi hari² seterusnya tanpa insan yang kita sayang, atau yang lebih berat adalah apabila orang yang pergi itu adalah tunggak utama dalam keluarga.


Di kemuncaknya adalah terselit perasaan seperti tidak mahu menerima langsung berita kematian itu. Mana tidaknya, baru sebentar bersua, tapi kini hanya berita yang sampai, bahawa beliau sudah tiada lagi.

Itulah yang mummy lalui beberapa hari lepas, semasa hendak menghadiri kenduri menghantar sepupu ke rumah mertuanya di Alor Setar pada Sabtu. Kami semua tiba di sana pada petang Jumaat, tapi setelah salah seorang ahli rombongan telah kembali kerahmatullah, pada awal Sabtu, semua terpaksa bergegas pulang semula ke Kelantan, termasuklah mummy yang langsung tidak ada rancangan untuk pulang ke kampung halaman. Itulah yang selalu disebut², kita merancang, Allah juga merancang, dan kita kena percaya perancangan Allah lagi hebat.

Ibu saudara mummy yang telah menghembuskan nafas terakhir di hospital di Alor Setar merupakan adik kepada Allahyarhamah ibu mummy, dan antara ibu saudara yang rapat dan sering kami keluar travel bersama² sejak tahun 2008. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah ibu saudara mummy ini.



Alfatihah buat Allahyarhamah Wan Amnah Wan Yaacob.

1 comment:

Suziana Ahmad said...

Semoga beliau ditempatkan di kalangan para shuhada'. Amin...