Doa Ketika Sakit atau Demam

Assalaamualaikum.

Salam 1 Ramadan!

Bagaimana dengan puasa anda pada hari pertama ni? Oke-oke je kan.. Mokcik pun Alhamdulillah oke² aje. Takde rasa penat cuma malas memang ado. Huhu.. Minggu lepas je tak berapa sihat. Terlantar je kat tempat baring, apabila sudah dilanda menstrual cramps. 2-3 hari lepas tu kepala pulak sakit memanjang. Dari pagi ke petang, petang ke malam. Ubat nyer tidur jer lah.. dengan baca² sikit apa yang mokcik tahu. Belom reda sakit kepala, tekak pulak gatal. Nak batuk pun rasa tak lepas, terasa ada kahak degil tak nak keluar. 

Pada malam mula² nak kena tu, dah nak terlelap dah, tiba² tekak rasa gatal. Gagah jugaklah bangun, teringat petua nak hilangkan kahak - bancuh air suam, madu dengan limau nipis. Tapi malam tu, hanya ada limau kasturi. So, jalan jugak.. Itu pun nak dijadikan cerita, siangnya gagahkan kaki keluar pergi pos barang customer. Singgah pergi kedai, nak beli apa² yang patut untuk barang dapur, tapi masa tu memang rasa tak tahu nak beli apa - sebab mood masak memang xde. Last² rasa nak amik limau kasturi jer sebab harga murah sket dari limau nipis kan.. Hehe.. Kegunaan dan rasanya Insha Allah lebih kurang aje. Sejak malam tu batuk memang takde sangat lah, cuma sekali-sekala.

Dalam tempoh dok terbaring tu, adalah wat google tentang sakit² ni.. Almaklumlah dah tua pun, mesti akan ada datang penyakit, kalu kita tak pandai jaga makan.. Kat bawah ni mokcik pastekan. Jom sesama hafal. Doa ni memang mokcik baru belajar..

Doa ketika menghadapi sakit atau demam :
بِسْمِ اللَّهِ الْكَبِيرِ أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ
Maksudnya : “Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Aku berrlindung daripada kejahatan setiap peluh yang meruap-ruap dan daripada kejahatan setiap kepanasan api.”
(Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya)
Sumber: http://darussyifasetiu.blogspot.com/2010/04/doa-penawar-daripada-hadis-nabi.html

Selamat Berbuka & Beramal. Semoga Ramadan tahun ni lebih baik dari tahun² sebelumnya.

4 comments:

Normi Nieza said...

good sharing..:)

Noor Mala Shahar said...

good info selamat berpuasa

Sop said...

salam ramadan dan selamat berpuasa :)

Isabel Diaz said...

Nice sharing sis