Keputusan Segmen


Hiasan - Boring tunggu loading lamer sgt


Assalaamualaikum!

Maaf ye lambat kott hendak buat entri keputusan ini, bukannya hendak mungkirkan janji, tapi biasanya kehidupan di alam nyata, ternyata membuatkan entri ini asyik tertunda dek sebab kesibukkan dan kemalasan sedikit untuk menghadap pc semata. Kebiasaannya mummy ultra bz di hari minggu dan di hari² tidak minggu pun tidak kurang bizi juga, tambahan pula talian internet yang digunakan sekarang amat selow di hujung² bulan begini. Maklumlah dah abih quota adatnya. Macam duit jugaklah nak ujung² bulan ni memang ada masalah sikit, so semangat pun ada down juger kekdahnyer. Huhu..

Berbalik kepada topik entri. Pada pagi Ahad hari minggu lepas, walau ada bizi nak tunggu tetamu kata nak bertandang, maka seboklah nak prepare itu ini di dapur kan. Sambil² tu sempat jugak mummy buat screen shot untuk monitor url sapa yang paling top! 


Nak tahu sapa?!

Pam param pammm.. wokey itu adalah sound-efek nyer.


Screenshotnye pula:

Keputusan Muktamad lagi Sohih

Nampak kan? 

Makanya, si empunya badan sila tampilkan diri untuk menuntut hadiah. Mummy belom dapat lagi info tentang saiz baju hang.. wahai empunya url! Sila cepat² email bagi details lengkap seperti nama, alamat, dan saiz baju.

Fuhh! Dah selesai sudah pengumumannya untuk segmen puasa dan kueh raya pertama. Alhamdulillah.. Peserta² lain janganlah terkeciwa pula, sebab anda dah pun melayakkan diri untuk tersenarai dalam 30 bloglist yang mummy nak buat lawatan bila ada masa untuk blogwalk nanti. Mungkin ada rezeki anda di tempat dan di waktu yang lain pula. Terima kasih juga pada kalian yang telah sudi ikut serta.

Akhir kalam, doakan juga mummy ada rezeki lebih dan lebih rajin untuk buat GA atau segmen lain di lain siaran.

Email me!
Terima kasih daun keladi.

Wassalam.

3 comments:

azman Arsad said...

hehehe.. rezeki saya.. saya melapor diri.. tapi saya tak tahu nak emailkan detail kemana?
boleh mummy bagikan alamat email?

Anizz Annisa said...

wahh tahniah pemenang :)

azman Arsad said...

sorry mummy saya dah jumpa emailnya.. nanti saya hantarkan detail..