Demam Dah Kebah

Assalaamualaikum..

Demam dah kebah dah ker? Tapi suara lak tak mau keluar. Macam serak² basah lak, macam suara Ella, penyanyi rock tuh. Ish, tersebut pula nama penyanyi ni. Mana dia pergi ekk, dah lama tak dengar cerita dia. Tak per lah kita tinggalkan dia dulu, datang ni nak bercerita pasal diri ku yang malang ni.

Pada suatu malam yang dingin, ditakdirkan sebelum nak masuk tidur terasa sejuk tapi badan lak panas sket. Pada siangnya dah kena sakit tekak. Lepas tu esoknya, conform demam. Tak semena-mena selesema pun hinggap sekali. Lepas sakit tekak hilang, suara pula tak keluar. Selsema tak payah cakap lah, sampai hari ni masih ada lagi. Memang, hari ni mc ler.. Campur kepala rasa penin², ni mesti sebab selesema yang telah membuat hidung ku tersumbat.





Kalu dulu masa mula² kena sakit tekak, memang rajinlah nak wat mandi spa buih, tapi sekarang tak tahulah kenapa rasa malas sesangat. Alhamdulillah memang menjadilah kalu dok spa ni, sakit cepat lega, dan jimat wang untuk pergi jumpa doktor kat klinik. Mungkin sebab musim serba-serbi dah naik malas lak rasa nak pegi tadah air, nanti mesin tu nak pakai elektrik lak. Tapi belom naik lagi lah tariffnyer. Hmm.. Takpe lah mulakanberjimat cermat dari sekarang. Balik² kita yang kena berjimat, sampai sakit pun masih nak berjimat tuh. Dasat sungguh!

Ini adalah tempat mandian spa buih tadi tu yang berwajah baru, yang suatu ketika dulu berada dalam bilik tidur utama, itu yang rajin dok spa. Sekarang dah pindah ke luar, tapi nampak macam selesa sket kan berbanding tempat lama.



Dalam nak berjimat pun, sebenarnya melayang juger duit, pasal sekarang dok amalkan pemakanan organik pulak. Mahal jugak beb! Tapi untuk kesihatan, layan juga lah.

Nak tahu macamana sakit tekak ni boleh hilang dengan segera? Tapi walaupun ia segera, kadang terasa ia datang dan pergi.. Cuma yang boleh dikatakan kat sini, sakit tekak tu takder melarat sakit sampai rasa seksa nak menelan air liur. Alhamdulillah.. Dengan Izin-Nya.
Ehsan Encik Google
Itulah rupernyer. Nama gelaran ia - Jus Epal, mengandungi vitamin C tinggi, dan yang penting ia adalah organik, okay! Dan mestilah halalan thoyiban.


p/s: Petang-petang sket rasa nak kena spa jugaklah.. lepas tu baru pergi jumpa doktor, mana tahu termometer kat umah ni tipu.. kata tak demam, tapi sebenarnya demam. Ya Allah, sihatkanlah badanku, tajamkanlah pendengaranku, tajamkanlah penglihatanku. Tiada Tuhan selain Allah. Aamiiiin.

No comments: