Dah Kena Saman Dah..

Salam uols

Masih ingat kah saudara? 
Pasal pendedahan berani Uncle Seekers tentang bekas permaisuri agong di blog beliau..
Agak heran juga.. Betapa berani uncle seekers ni.. 
Dan yang tak herannya.. Tang bila kena saman tu.. 

Ann xder nak belah mana2 pihak. Tapi kalu keaiban kita orang dedahkan, apa nak buat? Saman jugak lah kan..
Baca Berita penuh dari kosmo:





KUALA LUMPUR - Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana didakwa telah membocorkan maklumat dirinya.
Siti Aishah menamakan Syed Abdullah sebagai defendan pertama manakala ayah Syed Abdullah, Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.
Writ saman bertarikh 2 Disember itu difailkan melalui Tetuan Gunaseelan & Associates di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir.
Mahkamah tersebut kemudian menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan interparte untuk kes tersebut.
Dalam saman tersebut, Siti Aishah sebagai plaintif memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama dan kedua untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat semasa plaintif menerima 'rawatan' daripada defendan.
Plaintif juga memohon perintah melarang kedua-dua defendan itu daripada menerbitkan sebarang buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog atau laman web mengenai plaintif.
Menurut pernyataan tuntutan, pada Jun 2010 Siti Aishah mendakwa telah meminta bantuan Syed Abdullah untuk menangani masalah emosi yang dihadapinya selepas defendan pertama membuat representasi secara lisan bahawa beliau (Syed Abdullah) boleh mengubati dan menjalankan kaunseling berhubung masalah emosi yang dihadapi oleh bekas Raja Permaisuri Agong itu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


p/s: Jika kita menutup aib orang lain, Tuhan juga akan menutup aib kita!

5 comments:

gaung said...

gist of the story..jaga kepercayaan yang orang da bagi dekat kita..follow you..

bard bahtiar said...

mokcik,smpai jugk kt umah mokcik ni..buatla kopi mokcik...ekekeke,...nahaslh uncle pas ni!

Lieya said...

saya setuju..kalau kita menutup aib org.. Allah akan lindungi aib kita..

Fyzal said...

uncle seeker yang takde pasal, pergi cari pasal. kan dah kena. hurmmm..

azhar said...

singgah...baguslah mcm tu..