Catatan 14 November 2010

Gambar Hiasan


Assalaamualaikum...

Selamat petang dan selamat beristirehat!

Hari ni ditakdirkan belum sihat lagi. Tika dan saat menaip ni pun tengah terbatuk².. Huk..Huk.. Huk.
So, idea nak mengayat pun tersangkut² jugak. 

Semalam semasa menunggu giliran nak jumpa tuan doktor, kawan ada hantar text tanya kabar, rupanyer dia pun baru lepas baik demam. Bila masuk jumpa doktor, pun terbatuk², demam juga doktor ni. Ye lah, dia pn manusia. Memang dah musim demam sekarang ni. Sapa lagi yang demam, angguk kepala! Hmm.. Harap²mereka yang di luar sana yang senasib dengan diriku, semoga cepat² sembuh yer! Rajin² jaga kesihatan.

Sebab hari ni dah 8 Muharam, dan besok adalah 9 & 10 Muharam. Jom pakat puasa!
Aii, larat ker nak puasa ni, tengah lemah badan lagi. Meh kuatkan semangat.






Di dalam riwayat Abu Qatadah ra, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :

صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].

Nabi saw telah memberi perhatian keatas syahsiah (kepribadian) Islamiyah khususnya didalam segala hal, supaya orang Islam memiliki keutuhan dari yang lain, beliau menganjurkan agar berpuasa pada hari yang ke 9, iaitu bersama hari 10, agar dapat membezakan diantara puasa mereka dan puasa ahli kitab.

Dari Ibn Abbas berkata : Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura', dan memerintahkan berpuasa, maka mereka berkata :-

يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى! فقال: "فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع" قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم
"Ya Rasulullah, sesungguhnya hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani!' Maka baginda bersabda :'Maka jika kalau tiba tahun hadapan insyaallah kami akan berpuasa hari ke 9'. Maka dia berkata : Maka tidak datang tahun hadapan sehinggalah Rasulullah saw wafat." -[Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud].


Hadis dipetik dari email.
Wallaahua'lam.


p/s: Tengok tajuk nampak sangat tengah kering idea. Apa²pun.. Jom reramai pakat buat pahala untuk bekalan di hari kemudian. Semoga diberkati Allah selalu. Aamiiiin.

No comments: