Nasib Peniaga

Salam Malam Tahun Baru Masihi 2011

Ehsan Ncik Google


Sana-sini, dok sebuk dengan bola lagi ke?
Ann minat bermusim jer. Hihi..
Ada juga yang saling dok tanya apa azam tahun baru?
Tapi, Ann percaya dah ramai yang pasang azam sejak masuk tahun baru Islam baru² ni.

Malam ni ada lah tu yang pasang bunga api, baik tidur awal, nanti detik kul 12 langsung tak leh tidur, sebab bising! Huhu.. Tengok gambar bunga api kat sini cukuplah.

Banyak² berita yang ada dalam paper kosmo, ada satu yang menarik perhatian, sebab kesian  kat peniaga ni, cedera di kepala akibat ditetak. Dah baca ke? Apa ke jalan singkat yang depa 6 orang tu nak cari duit.. Na'uzubillah.

Jom layan berita pendek.



Peniaga cedera ditetak 6 perompak

REMBAU - "Walaupun badan saya ditetak berkali-kali namun saya tetap kerahkan seluruh tenaga melawan enam perompak yang bersenjatakan parang.

"Namun, saya rebah dan tidak berdaya lagi kerana kehilangan darah yang banyak selain cedera di kepala, muka dan tangan kanan."

Itulah detik-detik cemas yang dialami seorang peniaga getah, Abdul Razak Ahmad, 56, yang menjadi mangsa rompak di kediamannya di Kampung Pedas Hilir di sini semalam.

Abdul Razak berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama isterinya sebelum terjaga akibat terdengar bunyi bising kira-kira pukul 3 pagi.

Katanya, dia yang mengesyaki sesuatu terus mencapai selaras senapang patah di dalam almari tetapi belum sempat dia mengisi peluru kumpulan penjenayah berkenaan terus masuk ke dalam biliknya.

Petikan dari kosmo.


Nota: Minta Tuhan jauh kan lah dari segala kejadian buruk dari menimpa ku dan seluruh keluarga ku. Aamin.

No comments: