SEMAKAN ARAH KIBLAT PADA 16 JULAI

Assalaamualaikum.

Mungkin ramai yang sudah tahu atau pernah semak arah kiblat di tempat tinggal masing². Pada yang belom, masih tidak terlambat untuk melakukannya, kerana setiap tahun ada dua tarikh yang boleh kita menyemaknya. Macamana hendak semak kiblat?

Senang je..

Ehsan dari Google


Menurut Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, umat Islam di Malaysia boleh menyemak ikut waktu piawai Malaysia iaitu pada tarikh 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun masing² pada waktu jam 5.16 petang dan 5.28 petang. Pada waktu tersebut, matahari akan berada tepat atas Kaabah, menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan arah kiblat.

Dirikan sebatang kayu atau tiang yang kurus lurus di kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah kiblat. Disarankan jam yang diguna-pakai adalah tepat untuk memastikan kesempurnaan semakan kiblat. Ini merupakan kaedah tradisional ahli falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat di seluruh dunia.

Sumber




No comments: