Bukan Mengganas: #doauntukgaza




Hamas bukan pengganas seperti yang telah digembar-gemburkan oleh pihak barat. Begitu juga Briged Al-Qassam, mereka adalah pejuang Palestin. Mereka hanya mempertahankan bumi mereka yang diceroboh. Mereka bukan memerangi sebab penceroboh itu orang Yahudi. Tetapi sebab mereka menceroboh tanah Palestin, membunuh rakyat Palestin sesuka hati. Anak² menjadi yatim piatu, wanita menjadi balu, malah ada yang sekeluarga mati terkorban. Semoga Allah sentiasa dihatimu wahai Pejuang Islam.


Hari ini masuk hari ke-11 Palestin di zalimi Isarel laknatullah dan telah menlancarkan serangan darat ke atas Palestin. Sehingga kini telah mencederakan 1915 orang dan mengorbankan 248 orang, semoga mati syahid Insya Allah.  

Semalam hanya 5 jam  dilaksanakan gencatan senjata yang bermula dari 10 pagi waktu tempatan, menjadikan Bandar Gaza sibuk dan sesak kerana rakyat Palestin berpusu² keluar untuk mendapatkan bekalan setelah 10 hari berkurung. Bayangkan bagaimana tidak bebasnya mereka berada di bumi sendiri? Kaum wanita tidur dengan bertudung sebagai persediaan jika mereka syahid atau tercedera, aurat mereka tidak akan terdedah masa diselamatkan. Setengahnya, ada yang tidur beralaskan tanah di kawasan lapang, dan berselimutkan langit, kerana dikhuatiri rumah mereka akan dibom atau dibedil Israel laknatullah.

Terdapat tiga cara atau tanda bagaimana Israel akan melancarkan serangan:
  1. Bunyi seperti ketukan di atap² rumah sebagai tanda akan dibedil dalam dalam masa beberapa minit seperti yang di claim pihak Israel; tetapi hakikatnya dalam beberapa saat bahan ledakan akan sampai dan meletupkan rumah/bangunan tersebut.
  2. Panggilan telefon mengatakan 'Rumah kamu ada pengganas. Sila keluar untuk selamatkan diri, kerana dalam masa 35 minit rumah anda akan dibom.' Hakikatnya, tidak sampai 30 saat pun, rumah akan dibedil mereka.
  3. Tiada amaran sama sekali.

Wallahua'lam. #doauntukgaza

NOTA: Fokus untuk 10 malam terakhir Ramadan.
Salam takziah untuk keluarga crew dan mangsa #MH17

No comments: