Kos Perbelanjaan Hari Raya

Kos Sebenar Hari Raya

Baju Raya : Pakaian terbaik(sunnah nabi) yang terdapat dalam almari = RM0
Kuih Raya : Tiada dalam hadis atau dari sunnah Nabi s.a.w.= RM0
Duit Raya : Tiada dalam amalan sunnah nabi = RM0
Zakat Fitrah : Ikut Negeri (untuk Selangor) = RM7


Jumlah Sebenar = RM7

---------------------------------------------------

Itulah ia kos sebenar untuk menyambut Aidil Fitri. Tidak melebihi pun daripada RM10. Jika lebih dari RM10, itu adalah perbelanjaan yang ikut kehendak atau kepuasan dan bukannya satu keperluan. Oleh itu berhati² lah dalam berbelanja, jangan sampai boros atau melebihi kemampuan kita. Walaupun ada duit lebih sekalipun jika digunakan pada jalan yang betul pasti akan lebih diberkahi. Belanjakan wang lebihan di sini atau di sini.

Duit Raya yang menjadi amalan sekarang adalah amalan yang ditiru dari kaum Cina yang memberi duit angpau semasa meraikan Hari Tahun Baru Cina. Dipercayai amalan ini ditiru selepas Malaysia menyambut kemerdekaan. Cuba tanya orang tua² yang hidup zaman sebelum merdeka atau selepas atau yang sewaktu dengannya, bagi sesiapa yang masih punya moyang, datuk, nenek, mahupun opah kalian.

Tradisi berbelanja untuk Kueh Raya pula mungkin sebab hendak menyambut tetamu yang datang berkunjung. Lebih jimat kalau dapat disediakan sendiri seadanya. 

Agaknya berapa kos perbelanjaan raya korang tahun ini?


**Auto schedule post**

No comments: