ALHAMDULILLAH.. Neelofa Sudah Berhijab

Assalaamualaikum warahmatullah..

Setiap petang Jumaat akan disiarkan Usrah Nurani di radio Ikim.fm, dan mummy berkesempatan mendengarnya petang tadi. Teruja kali bila dengar #Neelofa @ Lofa menjadi salah seorang ahli usrah. Bukan apa, sebab memang sudah maklum tentang dia baru sahaja menukar imej baru, iaitu berhijab, dan paling bermakna adalah Lofa sudah berhijrah. Alhamdulillah. 

Mummy mungkin telah menjadi peminat dia - sebab boleh dikatakan sering juga mengikuti rancangan Meletop di Astro jika tiada rancangan lain. Cuma sejak dua menjak, ada saja perkara atau hal yang buat mummy terlupa untuk menontonnya. Tup-tup, masuk Ramadan, terdengar Lofa sudah berhijab. Itu mungkin sebab buat mummy lagi teruja masa mendengar suara Lofa tadi.

Menitis air mata bila dengar cerita Lofa, bagaimana dia mula mengambil keputusan untuk berhijab. Syukur sangat atas hidayah-Nya. Semoga dengan penghijrahan ini, akan ada lebih ramai lagi insan² yang masih teragak² dan yang belom menutup auratnya akan mengikut jejak Lofa untuk memakai tutup kepala dan melabuhkan tudung.

Pengajaran yang mummy dapat dari usrah tadi; kita sebagai hamba kepada Pencipta, perlu sentiasa berkomunikasi dengan Dia yang Maha Mendengar, untuk memohon keampunan dan petunjuk dari-Nya semoga kita sentiasa di jalan yang lurus.

Tahniah! Lofa. I love u Lillahitaala...


Ehsan Pacik Gugurl

2 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah.,moga terus istiqhomah..

Aneez Jaafar said...

inshaaAllah... baguslah semoga makin ramai pengikut neelofa turut berhijab juga..